Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ust ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

ustaz shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, December 11, 2009

Tauhid Tiga Serangkai

Posted on November 30, 2009 by Abdullah Zaik
Mega Isnin 30 Nov. 2009 menyiarkan satu tulisan oleh Panel Penyelidik Yayasan Sofa bertajuk Tauhid tiga serangkai disyariatkan dalam Islam? Tauhid tiga serangkai yang dimaksudkan ialah tauhid rububiyyah, tauhid uluhiyyah, dan tauhid asma’ dan sifat yang disebut sebagai rekaan Ibnu Taimiyyah.
Barangkali ini ada kaitan dengan isu berbangkit susulan kepada penangkapan Dr Asri. Walaubagaimanapun saya tidak ingin mengulas isu ini dalam konteks polemik tersebut kerana tidak mahu menambah kusutkan masalah. Bagi saya isu-isu furu’ itu tidak sepatutnya menyebabkan perpecahan umat. Saya juga menganggap kemungkinan bahawa ada maksud tersirat di sebalik isu tersebut di mana komen semberono tidak mungkin akan membantu menghurai kekusutan.
Cuma bila saya terbaca artikel seperti yang tersiar dalam Mega tersebut, saya terpanggil untuk mengulas bukan dalam konteks menyokong atau menolak mana-mana mazhab tetapi dari segi metodologi penghujahan semata-mata.
Dalam artikel itu penulis berhujjah bahawa pembahagian tauhid tiga serangkai (ikut istilah penulis) sebagai tidak syarie, rekaan dan bid’ah kerana perkara itu tidak disebut begitu dalam kitab Ahmad yang merupakan Imam kepada Ibnu Taimiyyah, tidak disebut oleh sahabat, tidak disebut oleh Nabi s.a.w, tidak tercatat dalam kitab-kitab sunnah bahawa nabi menyeru kepada tiga jenis tauhid tersebut, Al quran tidak membezakan antara tauhid rububiyyah dan uluhiyyah. Dan mengikut penulis lagi dengan pembahagian tersebut seolah-olah agama belum sempurna.
Hujah-hujah tersebut amat tidak munasabah. Niat penulis untuk membersihkan Islam dari bid’ah tetapi adalah suatu yang baik tetapi tanpa disedari boleh mencalar kesucian dan kebesaran agama Islam sebagai penyudah segala agama. Islam bukanlah satu agama yang rigid dan kaku sebaliknya ugama yang dinamik mampu menjawab permasalahan manusia sepanjang zaman hingga hari akhirat. Saya kira satu perkara yang sangat asas dalam akidah bahawa Islam adalah agama terakhir yang sesuai sehingga ke akhir zaman. Persoalannya bagaimana Islam boleh menjadi agama sepanjang zaman jika kita mengambilnya sebagai satu yang kaku? Maha suci Allah yang maha mengetahui akan tabiat hidup manusia yang berubah dan berkembang yang telah menurunkan wahyu yang sentiasa bersifat kontemporari.
Terlalu banyak perkembangan berlaku ilmu Islam yang istilahnya tidak wujud zaman Raslulullah s.a.w.. Hatta ilmu tauhid itu sendiri, ilmu fiqah, usul feqah, tasawuf dan sebagainya kalau kita tanya Rasulullah s.a.w sebut ke tak sebut, jawabnya tidak. Maka dengan itu ia dianggap bid’ah dan sesat, apa yang saya boleh ucapkan ialah innalillah wainna ilahi rajiun.
Kehidupan manusia yang berubah, berkembang dan sentiasa berhadapan dengan persoalan-persoalan baru memerlukan keanjalan manhaj penyampaian Islam bukan sahaja berkaitan fikah bahkan juga dari aspek akidah. Oleh itu bagi saya wujud khalaf dan salaf, kaum muda kaum tua, wujud mazhab-mazhab dalam masalah fikah adalah satu tuntutan semasa yang perlu dilihat secara positif. Ia tidak harus menjadi asas kepada pergaduhan dan perbalahan. Pada saya mazhab-mazhab dalam akidah dan fikah lahir untuk menjawap cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam pada satu-satu masa.
Sebagai contoh izinkan saya menggunakan istilah “tauhid sifat 20″ lahir pada zaman umat Islam diserang oleh pengaruh falsafah Greek. Pengaruh Aristotle yang mula bercakap tentang isu ketuhanan atau apa yang diistilahkan sebagai persoalan di sebalik alam semuala jadi yang membahagikan wujud ini kepada dua samada jauhar atau arad (sifat). Ulamak Islam pada masa itu berhadapan dengan cabaran ini lalu mengemukakan tauhid melalui sifat 20. Kalau anda mengkaji tauhid sifat 20, anda akan dapati ia sarat dengan istilah falsafah. Dan kalau anda bertanya adakah tauhid ini disebut dalam al quran dan berhujjah dengan hujjah yang sama nescaya anda akan berjumpa dengan jawapan yang sama iaitu tidak dan adalah juga merupakan satu yang bid’ah.
Berbalik kepada akidah tiga serangkai begitu juga. Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air.
Begitu juga dengan umat Islam hari ini, mereka berhadapan dengan cabaran sekularisma yang menolak peranan agama dalam kehidupan dan sekali gus menjadikan ketuhanan sebagai satu mitos. Ulama Islam perlu berijtihad dan mengemukakan akidah yang sesuai dengan persoalan semasa. Dengan itu muncul istilah hakimiyyah dalam penulisan-akidah akidah moden seperti tulisan Syeikh Naim Yasin dalam kitab “al- Iman, rukun dan perkara-perkara yang membatalkannya”. Maududi tulis buku empat Istilah mengupas maksud ilah, rab, din, dan ibadah. Jika tidak umat Islam boleh terjebak dalam bahaya syirik dan kufur dalam keadaan ia tidak menyedarinya.
Dari aspek yang lain sesiapa yang faham bahasa Arab boleh faham dengan mudah dari mana asal usul kalimah uluhiyyah dan rububiyyah, dan tidak mungkin menolak asal kewujudannya di dalam al Quran.
Wallahu aklam

No comments:

Post a Comment