Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ust ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

ustaz shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Wednesday, December 30, 2009

WAHABI, SALAFI DAN ANTI MAZHAB

Oleh: Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Seketika dalam perjalanan menuju ke kedai makan sekitar Gombak, ustaz mendengar radio IKIM yang ketika itu membicarakan tentang persoalan salafi dan wahabi dan golongan yang anti mazhab. Kupasannya sedikit emosi dan kosong daripada dalil dan bukti. Sepertinya hanya ingin melepaskan apa yang terbuku dihati. Khusyuk melayan radio beberapa kali ustaz terlepas susur untuk ke restoren Takwa. Di asrama ada tempat makan, tetapi sengaja mencari kelainan. Restoren takwa amat sesuai dengan namanya sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi niat dihati nak habiskan pembacaan yang bersangkutan dengan ilmu “Maqasid”.


Dijemput orang yang kurang sesuai atau mungkin dia tidak bersedia untuk mengupas isu yang besar itu. Atau mungkin juga kerana terlalu beremosi hingga lupa menerang secara berilmu dan berdisiplin. Benar! Mencari orang yang berilmu pada zaman ini amatlah sukar. Apatah lagi orang berilmu yang mampu menyelesaikan masalah ummah dan menyatukan mereka. Bukannya orang yang bersahaja mengaku bersarjana tetapi hanya menimbulkan kekeruhan dalam masyarakat.

Teringat kata-kata guru kami al-Iraqi: “Orang faqih itu bercakap sesuatu yang menyelesaikan masalah ummah bukannya menimbulkan kekeliruan”. Guru kami Al-Ukkazi Al-Misri pernah berkata: “Walaupun kamu mengusai pelbagai aliran mazhab, maka jangan kamu timbulkan fitnah pada masyarakat kamu”.
 

Ilmu satu perkara yang amat indah. Hassan Al-Basri pernah berkata:”Kalau ilmu mempunyai gambaran pasti ianya lebih cantik daripada matahari, bulan dan bintang”. At-Thusi berkata:” keistimewaan ilmu diketahuioleh semua, kerana ianya hanya kepunyaan manusia. Sifat-sifat lain dikongsi antara manusia dan binatang. Ilmulah yang menjadi semua para malaikat sujud kepada Adam. Iannya satu-satu jalan untuk memperolehi kebahagian yang abadi”.


Berbalik kepada isu wahabi, salafi dan anti mazhab perlu ditangani dengan berilmiah dan menjaga adab. Serang menyerang antara satu sama lain hingga melupakan adab dan akhlak akan merugikan ummah ini. Ianya mungkin menjadi racun kepada orang awam Islam dan menjatuhkan maruah agama dihadapan bukan Islam. Sedangkan perkara utama dalamIslam adalah penyatuan bukannya perpecahan. Inilah objektif utama Islam. ianya dinamakan ilmu "Maqasid".Biarlah ianya diselesaikan dengan perumpamaan ini,"Umpama menarik rambut di dalam tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerakkan. Semoga ummah ini sentiasa bersatu.
 
Amin
 

No comments:

Post a Comment