Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, May 8, 2015

Mengetahui Hari Subur Wanita : Copy Paste


Date: Fri 22 Aug 2008 02:11
From: tipswanita


Mengetahui Hari Subur Wanita

Di Internet

http://blog.perempuanmelayu.info/2008/08/mengetahui-hari-subur-wanita.html

http://blog.perempuanmelayu.info/

Mengetahui hari subur wanita adalah penting untuk tiga tujuan :-

(1) Bagi pasangan suami isteri yang merancang keluarga. Yang tidak
selesa dengan cara lain seperti memakai kondom atau penggunaan pil
perancang keluarga, yang mahu melepaskan mani terus dalam faraj
isteri. Ada kajian mendapati melepas air mani ke dalam faraj wanita
memberikan nikmat yang tinggi kepada perempuan.

(2) Mengetahui hari subur isteri bagi meningkatkan peluang untuk
mengandung.

(3) Hari subur wanita merupakan hari yang paling berahi untuk wanita.
Keinginan melakukan hubungan seks tinggi sewaktu hari subur. Bagi
pasangan suami isteri yang ingin menikmati seks yang romantik adalah
mencari hari paling subur.

Fakta tentang pusingan haid wanita perlu ketahui :-

1. Wanita biasanya mengeluarkan satu telur bagi setiap bulan pusingan
haidnya. Jangkaan adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang
berikutnya.

Telur yang dikeluarkan akan bergerak daripada ovari wanita ke rahim
wanita melalui salur fallopian. Sperma lelaki perlu senyawakan telur
dalam masa 24 jam dalam salur Fallopian ini. Satu-satu ruang yang akan
memastikan telur yang disenyawakan sampai pada rahim pada masa yang
bersesuai.

Telur wanita hanya hidup 36 ke 48 jam. Selepas itu ia akan mati.
Walaupun jangka masa hidup telur wanita lebih panjang, namun jangka
masa sesuai untuk senyawa telur hanya dalam masa 24 jam selepas ia
dikeluarkan dan ianya perlu dilakukan sewaktu telur bergerak dalam
salur Fallopian.

Lebih kurang 12 hari kemudian, lapisan permukaan rahim akan menanggal
dan keluar sebagai haid wanita. Rahim kemudian akan membentuk lapisan
baru untuk menunggu telur yang disenyawa pada pusingan haid
berikutnya.

2. Sperma lelaki boleh bertahan dalam wanita sehingga 7 hari selepas
air mani dipancut dalam faraj wanita.

Daripada fakta diatas jangkaan hari subur wanita boleh dikira. Sebagai
contoh sekiranya wanita datang haid setiap 28 hari, maka waktu keluar
telur adalah hari yang ke 14 daripada haid hari pertama. Sekiranya
wanita datang haid setiap 32 hari, maka waktu keluar telur adalah hari
ke 18.

Hari keluar telur, merupakan hari paling subur wanita.

Dalam pusingan haid wanita terdapat tiga fasa, fasa tidak subur
sebelum keluar telur, fasa subur dan fasa tidak subur sebelum haid
berikutnya.

Fasa tidak subur sebelum keluar telur, adalah antara hari pertama haid
sehingga hari ke tujuh. Ingin diingatkan sperma lelaki boleh bertahan
sehingga 7 hari dalam wanita.

Jika wanita haidnya kering diantara hari pertama hingga hari ke tujuh.
Sekiranya hubungan seks dan pancutan air mani dilepas dalam faraj
wanita, maka kemungkinan untuk mengandung adalah rendah. Hari ke 7
biasanya hari berhati-hati. Pakailah kondom jika tidak mahu
mengandung.

Hari ke 8 sehingga hari ke 16 adalah, hari yang tidak selamat bagi
melepaskan air mani dalam faraj wanita, ini bagi pasangan suami isteri
yang merancang keluarga. Ini adalah afasa subur wanita.

Bagi yang ingin mendapatkan anak, hari 13 dan 14 merupakan hari betul-
betul sesuai untuk bersama melakukan hubungan seks dan memastikan
peluang yang tinggi untuk mendapatkan anak.

Adalah diingatkan, walaupun pada hari paling subur, hubungan seks
bukan hanya masuk dan lepaskan air mani sahaja dan berharap sperma
lelaki akan bertemu dengan telur di salur Fallopian. Untuk meninggikan
lagi peluang untuk isteri mengandung. pasangan suami dan isteri perlu
dengan berahi yang tinggi. Dengan berahi yang tinggi akan membuat
pasangan suami dan isteri mencapai klimak atau orgasm yang tinggi.

Berahi dan Klimak dan orgasm yang tinggi, akan memastikan air mani
dengan sperma yang terbaik dihasilkan. Wanita pula akan membuat faraj
dan rahim menarik masuk mani dan sperma lelaki dengan denyutan-
denyutan yang lagi mencepatkan sperma sampai ke salur fallopian. Ingat
ya. Hanya ada 24 jam untuk memastikan isteri mengandung.

Berahikan Atau Gairahkan Pasangan Anda
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/06/berahikan-atau-gairahkan-pasangan-anda.html

http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

Hari yang selamat untuk melepaskan mani didalam adalah selepas hari ke
17 sehingga haid pertama berikutnya. Ini adalah fasa tidak subur
sebelum haid berikutnya.

Penerangan diatas adalah untuk pusingan haid 28 hari.

*** Untuk pusingan haid 32 hari. Kiraan adalah seperti berikut. ***

Telur dijangka keluar hari ke 18.

Hari selamat fasa sebelum keluar telur. Adalah hari pertama
sehinggalah hari ke sebelas.

(18 tolak 7 = 11 :- 18 hari keluar telur. 7 adalah jangka masa hidup
sperma dalam wanita). Hari ke sebelas adalah hari perlu berhati-hati,
pakailah kondom sekiranya tidak mahu wanita mengandung.

Fasa subur adalah bermula dari hari 12 sehingga hari 20. Waktu paling
sesuai untuk peluang mengandung yang tinggi adalah hari ke 18 dan 19.

Hari selamat fasa sebelum haid berikutnya adalah hari ke 21
sehinggalah hari 32 atau datang haid berikutnya.

Lakukan kiraan seperti diatas bagi pusingan haid dengan jangka masa
yang berlainan. Yang paling penting menentukan hari keluar telur
wanita iaitu 14 hari sebelum jangka haid berikutnya.

Wanita dinasihatkan menyimpan rekod datang haid pertama setiap bulan
bagi memastikan jangkaan hari keluar telur dan subur dapat ditentukan.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar
kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan yang betul.

*** Kiraan Kalendar Untuk Merancang Keluarga ***

Sekira pasangan mahu menggunakan cara kiraan bagi merancang keluarga.
Simpanan maklumat haid isteri selama 6 bulan perlu diketahui. Fakta
bahawa pusingan haid wanita tidak tetap perlu diambil kira.

Untuk menentukan hari pertama subur bagi fasa subur maka

Dapatkan pusingan haid yang paling pendek dalam catatan 6 bulan
pusingan haid. Sebagai contoh ada pusingan haid mengambil masa hanya
27 hari sahaja. Tolakan dengan 18 hari maka mendapat hari ke 9.

Untuk mendapatkan permulaan hari bagi fasa tidak subur sebelum haid
berikutnya. Dapatkan pusingan haid paling lama. Contohnya 31 hari.
Maka tolakan dengan 11 hari. Maka hari permulaan bagi fasa tidak subur
sebelum haid adalah hari ke 20.

Diringkaskan.

Hari pertama datang haid hingga hari ke lapan merupakan fasa tidak
subur pertama. (Hari 7 dan 8 merupakan hari berhati-hati. Pakailah
kondom jika tidak mahu mengandungkan isteri).

Hari 9 hingga 20 merupakan hari-hari memboleh wanita mengandung atau
fasa subur wanita. (hari 13 hingga 18 adalah jangkaan hari-hari keluar
telur. Masa-masa yang sesuai untuk suami isteri untuk mendapatkan
anak).

Lelaki perlu menjaga kesihatan diri untuk memastikan sperma yang kuat
bertahan dalam faraj wanita bagi jangka masa diatas. Adalah penting
hubungan seks jika mahu isteri mengandung perlulah romantik dan
mencapai berahi yang tinggi bagi kedua-dua pasangan.

Hari 21 keatas adalah hari selamat untuk melepaskan mani dalam faraj
wanita atau fasa tidak subur sebelum datang haid berikutnya.

Penerangan diatas masih tidak tepat. Nasihat daripada doktor dan pakar
kesuburan masih diperlukan bagi memastikan kiraan dan cara yang betul.

Dapatkan penerangan mengetahui hari subur wanita melalui peningkatan
suhu dalam faraj dan cecair faraj dalam artikel berikutnya atau
berhubungan dengan

FEDERATION OF FAMILY PLANNING ASSOCIATIONS, MALAYSIA
(Member of International Planned Parenthood Federation)
81 B Jalan 55 15/5A, Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-56337514/16/28 Fax: 03-56346638
http://www.hati.my/

Sekular Itulah Jahiliyyah