Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ust ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

ustaz shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, March 27, 2012

Jenis darah dan peribadi anda.

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?

DARAH ‘O ‘
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH ‘A ‘
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.

DARAH ‘ B’
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Memilih Makanan Mengikut Jenis Darah

Adalah diperhatikan bahawa tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi menyenggara tahap lemak badan.

Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan; vegetarian.

Struktur protin pengalihlectin, diketahui terdapat dalam makanan, mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel, tisu-tisu dan sistem imun bergantung pada jenis darah.

Oleh demikian adalah disyorkan:

Jenis O� : mengambil lebih protin dari sumber haiwan; focus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah; mengambil bahagian dalam riadah berat; mengawal tabiat melawan.

Jenis A� : mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam; menumpukan menguruskan tekanan (stress); melibatkan riadah ringan bagi menangani stress; rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.

Jenis B : pelbagaikan diet; tumpukan kepada minda yang kreatif; melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress; elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jenis AB: Makan sedikit tetapi lebih kerap; tumpukan dalam membaikkan kecenderungan spiritual; riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga; elakkan berperasaan diasingkan.

Walaupun bunyi seolah-olah �alchemy� dan �anecdotal� pemerhatian yang teliti dan masa yang lama telah dilibatkan bagi merumuskan syor di atas. Diet mengikut jenis darah telah diamalkan ramai guru-guru seni mempertahandiri, �martial arts, di Jepun China dan eropah, juara-juara tinju, pro bola keranjang, �pro bolasepak dan atlit. Kajian lebih lama akan membuahkan rumusan lebih saintifik bagi digunakan secara rasional dalam perubatan. Pada sudut perubatan functional, tiada halangan kembali kepada alam semuladijadikan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Diet Mengikut Jenis Darah

Diet Mengikut Jenis Darah

 

Diet yang agak baru popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.


Darah O

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene, roti Ezekiel Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa
Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

Darah A

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein
Ayam, ayam belanda Daging lembu, babi, kambing, rusa, kijang, itik
Makanan Laut Cod, ikan mas, kerapu, makarel, ikan siakap, salmon, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Barracuda, kaviar, beluga, lala, ketam, udang sungai, katak, lobster, kerang, tiram, sotong, kura-kura
Tenusu
Yogurt, mozzarella, keju kambing, susu kambing Semua jenis keju yang lain dan susu
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, minyak cod liver Minyak jagung, cottonseed, minyak safflower, sesame
Bijirin Kacang, labu Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang Brazil, cashew, pistachio
Kacang Kacang hijau, kacang hitam, black-eyed peas
Tamarind, kacang merah
Gandum Buckwheat, amaranth
Graola, wheat germ, wheat bran, durum wheat
Roti & Mi Roti (Essene, Ezekiel, tepung soya, sprouted wheat), kek nasi, tepung (oat, nasi, rye), mi, pasta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan English muffins, roti (high-protein whole wheat, multi-grain), matzos
Sayur Halia, bawang, broccoli, lobak, bayam, labu, dandelion, okra, tofu
Pepper, ubi kentang, yam, tomato, mushroom, eggplant
Buah Nenas, cherry, apricot, anggur, lemon
Tembikai, tembikai susu, manga, betik, kelapa, oren, tangerine
Rempah Tamari, miso, sos soya, halia
Vinegar, pepper
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Aloe vera, green tea, red wine, kopi
Bir, soda, black tea

Darah B

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, kijang, arnab Lembu, ayam belanda, rusa Ayam, itik, babi
Makanan Laut Cod, salmon, halibut, sole Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Keju, keju kambing, susu kambing, mozzarella, susu, yogurt Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Aiskrim
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin
Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Cashew, pine, pistachio
Kacang

Black-eyed pea, pinto, aduke, azuki, kacang hitam
Gandum Oatmeal, nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Wheat, rye, buckwheat (cornflakes, cornmeal)
Roti Roti, beras perang, kek nasi Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bagel, muffin, roti multi-grain, soba
Sayur Sayur hijau Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Tomato, jagung, zaitun, avocado, labu, tofu
Buah Nenas, pisang, cranberry, anggur, betik, plum Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kelapa, belimbing, pear
Rempah Kari, cayenne pepper Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan
Perasa

Sos tomato, mayonis
Minuman Ginger, peppermint, raspberry, green tea, ginseng, licorice
Aloe vera, soda

Darah AB

Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Kambing, arnab, ayam belanda Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Lembu, ayam, itik, babi, rusa, kijang
Makanan Laut Tuna, cod, makeral, pike, siakap merah, sardin Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Semua yang berkerang (ketam, udang, lobster, tiram, dll), barracuda, beluga, katak, octopus, siput, kura-kura
Tenusu Yogurt, telur, mozzarella, keju kambing, susu kambing, ricotta Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Keju america, aiskrim, susu penuh
Lemak Minyak zaitun
Minyak canola, cottonseed, safflower, sesame, sunflower
Bijirin Peanut, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Filbert, biji labu, biji sesame
Kacang

Lima
Gandum Millet, oat bran, oatmeal, rye Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Jagung, buckwheat, kasha, soba
Sayur Broccoli, cauliflower, celery, cucumber, eggplant, garlic, ubi kentang, tempe, tofu, yam Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Artichoke, avocado, jagung, lima, cili
Buah Anggur, plum, berry, cherry, nenas, lemon, kiwi
Manga, jambu, kelapa, pisang, oren
Rempah Kari, miso Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Esktrak almond, barli, tapioca
Minuman Licorice, red wine, dandelion, kopi, green tea
Soda, black tea

 

Wednesday, March 14, 2012

DIET IKUT JENIS DARAH O

Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif.
Secara umum, golongan darah O adalah yang paling umum dijumpai di dunia, meskipun di beberapa negara seperti Swedia dan Norwegia, golongan darah A lebih dominan. Antigen A lebih umum dijumpai dibanding antigen B. Karena golongan darah AB memerlukan keberadaan dua antigen, A dan B, golongan darah ini adalah jenis yang paling jarang dijumpai di dunia.


Darah O


Digalakkan Dibenarkan Tidak dibenarkan
Protein Daging lembu, kambing, rusa, cod, herring, mackerel Semua jenis daging dan makanan laut kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Bacon, ham, angsa, babi, barracuda, ikan keli, ikan salmon, kaviar, sotong
Tenusu
Mentega, mozzarella, keju kambing, susu soya Semua produk tenusu dan yogurts (keciwa, sgt suka yogurt )
Lemak Minyak zaitun, minyak flaxseed Minyak canola, sesame Minyak jagung, minyak kacang, minyak safflower, minyak cottonseed
Bijirin Biji  labu, walnut Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tanah, pistachio, biji poppy
Kacang Kacang azuki, black-eyed peas Semua kecuali dalam senarai tidak dibenarkan Kacang tamarine, kacang hijau, kacang merah
Gandum Roti essene,
roti Ezekiel
Bali, nasi Jagung, gluten, oat, tepung, roti, mi
Sayur Brocoli, bayam, dandelion, bawang, lobak, cili merah, ubi kentang, labu, rumpai laut Tomato Terung, jagung, avocado
Buah Plums, prunes Anggur, kebanyakan beri Tembikai, tembikai susu, tangerine, strawberry, blackberry, kelapa
Rempah Kari, garam, cayenne pepper
White pepper, black pepper, vinegar, cinnamon, cornstarch
Perasa
Chocolate, madu, cocao Sos tomato, mayonis
Air
Soda, tea Bir, wine Kopi, black tea

Rahsia PERSONALITI dari jenis DARAH



Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

Tuesday, March 13, 2012

DETOKS


Monday, December 29, 2008

DETOKS

SOALAN,
Salam Saudara Bahrin,
Dewasa ni saya sering terbaca tentang keperluan menyahtoksin badan. Soalan saya, adakah ia benar2 perlu dan setakat mana keberkesanannya?
JAWAPAN,
Detoks. Sejak kebelakangan ini detoks menjadi perbualan kebanyakan orang. Sesetengah-sesetengahnya sanggup membeli produk-produk herba detoks kerana terpengaruh dengan iklan atau dengan pujukan wakil jualan syarikat jualan langsung. Kebanyakan orang tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan detoks dan kaitannya dengan darah kotor.
Perbicangan yang saya tulis ini mungkin tidak lengkap kerana kelengkapan memerlukan tulisan yang panjang. Moga anda faham keterangan yang saya tulis dalam artikel ini yang secara keseluruhan adalah dari perspektif kesihatan holistic.
Tubuh kita mempunyai pelbagai organ  sistem dan setiap satu berinteraksi atau berkomunikasi dengan yang lain. Ketidakcekapan atau kegagalan sejenis organ sistem akan mempengaruhi organ sistem lain. Prinsip atau pandangan ini berbeza dengan yang dianuti oleh budaya perubatan moden di mana dikatakan pada kebanyakan keadaan mereka menganggap tubuh hanya terdiri dari mesin-mesin wujud secara individu.
Mereka faham bahawa setiap sistem mempunyai pengaruh terhadap sistem lain tetapi ketika menangani keadaan kesihatan atau penyakit mereka hanya menumpukan pada simtom. Jika tumpuan diberikan pada punca pun boleh dikatakan pada kebanyakan masa mereka menumpukan pada 'organ-organ yang terlibat' sahaja dengan kewujudan simtom. 
Contoh maksud 'organ yang terlibat' ialah kalau sakit kulit contohnya diberikan tumpuan pada kulit. Sakit kepala diberikan tumpuan pada kepala, sakit mata hanya diberi tumpuan pada mata. Sering demam dan batuk diberikan tumpuan bagaimana mengatasi demam dan batuk. Sakit-sakit sendi dan otot diberikan tumpuan sebagai pesakit yang mengalami rheumatism dan/atau arthritis. Obesiti diberikan kaedah dan ubat untuk mengatasinya sahaja. Perut berangin hanya diberi tumpuan bergantung kepada simtom: diberikan antacid kalau didapati perut berasid, diberikan ubat mengurangkan angin.
Dari perspektif kesihatan holistik pula setiap penyakit yang disebutkan berpunca daripada disequilibrium pada organ sistem tubuh. Penyakit-penyakit tersebut juga boleh wujud secara serentak. Contohnya sering demam dalam setahun, sakit kepala, arthritis. Sering sakit mata, batuk, perut berangin, sukar buang air besar berselang seli dengan diarea.
Memang bukan setiap penyakit yang timbul mesti diiringi oleh penyakit yang lain. Saya hanya memberikan contoh. 
Sekarang kita masuk topik detoksifikasi. Proses detoks atau penyahtoksin dijalankan oleh keseluruhan sel-sel tubuh tetapi terdapat organ sistem tertentu yang menjalankan peranan yang sangat jelas iaitu hati. Hati memiliki lebih dari 500 fungsi antara lain ialah menjalankan detoksifikasi terhadap bahan-bahan seperti makanan, ubat-ubatan, bahan-bahan kimia. Ia menggunakan cytochrome p450 (CYP450) iaitu sejenis enzim yang dibina dari asid-asid amino. Setiap enzim CYP450 mempunyai afiniti atau kecenderungan untuk mendetoks bahan-bahan kimia dari kategori tertentu yang biasanya ditentukan oleh struktur kimia.
Tugas CYP450 dibantu oleh beberapa jenis vitamin dari vitamin B, Magnesium dan Zinc. Ia tidak bertindak bersendirian tetapi dibantu  oleh antioksidan semulajadi tubuh iaitu glutathione oxidase, antioksidan dari luar seperti vitamin A, E, gamma orizanol, dan pelbagai jenis bioflavonoid.
Selain hati, organ-organ eliminasi seperti paru-paru, kulit, usus kecil dan besar, sistem genitourinari (buah pinggang dan salur kencing) juga memainkan peranan penting terutama terhadap fasa pertama eliminasi yang terdiri dari produk serta produk hiliran yang larut air.
Hati dan organ-organ eliminasi sememangnya dicipta oleh Allah untuk membantu mengnyah toksin. Kecekapannya bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, pemakanan, keseimbangan nutrien, keadaan kesihatan, kecenderungan mengambil ubatan moden, bersenam, stress (rokok, gula, kopi penyakit, kerja terlalu keras, tekanan kerja adalah punca-punca stress), .
Jadi, sepanjang kehidupan seseorang, organ-organ eliminasi tersebut mungkin mengalami ketidakkesempurnaan dari segi fungsi. Dengan penerangan yang diberikan ia menunjukkan bahawa setiap orang boleh mengalami ketidakseumpurnaan detoksifikasi. Sesetengah orang mengalaminya secara teruk dan sesetengah orang pula secara sederhana. Organ-organ yang terlibat juga berbeza yang bergantung kepada fisiologi termasuk jenis metabolisme seseorang.
Detoksifikasi memang dijalankan secara otomatik oleh tubuh. Tetapi terdapat faktor-faktor samada membantu, menjadikannya kurang cekap atau langsung membantutkan proses tersebut. Gejala-gejala atau simtom-simtom yang saya sebutkan ialah tanda-tanda darah kotor atau ketidakcekapan proses detoksifikasi atau eliminasi walau pun setiap satu simtom tersebut boleh berpunca dari ketidakseimbangan biokimia atau fisiologi yang lain.
Konsep darah kotor diketahui oleh pengamal-pengamal tradisional sejak zaman berzaman. Dengan pengetahuan sains contohnya patofisiologi, herbalis moden dapat mengaitkan kesan ketidakseimbangan organ sistem tertentu atau beberapa jenis organ sistem dengan kehadiran simtom-simtom.
Contohnya, dari sudut perubatan tradisional China, sakit kulit dikaitkan dengan ketidakcekapan fungsi paru-paru yang mana dari sudut fisiologi moden ia adalah salah satu organ yang menjalankan detoksifikasi (menggunakan CYP450). Dari perspektif herbalisme barat ia dikatakan berpunca antara lain ketidakcekapan fungsi hati, gastro-usus, genitourinari, kulit, paru-paru samada secara bersendirian atau gabungan.
Darah kotor hasil ketidakcekapan detoksifikasi mengandungi bahan-bahan berasid yang mengundang kepada peningkatan radikal bebas, keradangan dan penyakit-penyakit hasil keradangan, kerosakan sel dan DNA, ketidakcerkapan sistem kekebalan, dan gangguan fungsi pada organ sistem.
Pada pandangan saya proses detoksifikasi perlu dijalankan oleh setiap orang terutama seseorang yang berisiko tinggi untuk mengalami darah kotor berdasarkan faktor-faktor yang saya sebutkan di atas. Cara-cara untuk mengatasi darah kotor ialah
  • Kurangkan/elakkan dari punca-punca yang meningkatkan risiko seperti yang disebutkan.
  • Elakkan makan secara berlebihan
  • Elakkan makanan-makanan reaktif iaitu yang mengalami tindak balas sistem kekebalan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN
  • Makan makanan menurut metabolisme. Untuk mengetahui lebih lanjut sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN
  • Minum 6 – 8 gelas air sehari
  • Bersenam secukupnya sekurang-kurangnya berjalan pantas 30 minit setiap kali, 3 X seminggu
  • Gunakan garam gunung Himalaya dalam masakan. Ia menyumbang pelbagai jenis elemen kelumit yang dipercayai membantu proses detoksifikasi tubuh.
Makan berlebihan menyebabkan input bahan-bahan untuk didetoks melebihi kapasiti yang boleh dijalankan oleh hati dan sel-sel lain dalam tubuh. Jika ia berlaku secara berterusan, makhluk baru akan wujud yang terdiri dari gabungan antigen-produk hiliran detoks.
Tindak balas makanan berpunca dari makan makanan tertentu dan sistem kekebalan bertindakbalas terhadap makanan tersebut dan menimbulkan keradangan. Jika berlaku secara berpanjangan ia dipercayai jadi punca darah kotor, membebankan fungsi hati serta organ-organ yang terlibat dengan eliminasi.
Antara herba yang dapat membantu detoksifikasi ialah:
  • Sayur-sayuran dari pelbagai jenis
  • Pelbagai jenis buah-buahan yang kurang manis
  • Cuka epal (Apple cider vinegar)
  • Minyak zaitun (extra virgin)
  • Kulit buah dan batang manggis, buah delima, buah senduduk masak
  • Rebusan tulang ayam, lembu, ikan (direbus dengan api sederhana antara 2 - 8 jam
  • Beberapa jenis cendawan termasuk Shiitake dan Ganoderma
  • Bawang putih dan bawang
  • Kunyit, temu lawak
  • Akar Seruntun atau Putrawali (patawali)
  • Triphala (sejenis herba gabungan dari tiga jenis herba India)
  • Tutup Bumi (rebusan keseluruhan tumbuhan).
  • Dandelion
  • Lobak putih
  • Kau Chi (Kei Chi atau Go Ji). Boleh didapati dari kedai singseh sebut Kei Chi.
Setiap herba tersebut mempunyai afiniti samada terhadap organ sistem tertentu atau lebih dari sejenis organ sistem.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindakbalas makanan dan kategori metabolisme sila baca buku saya KAWAL BERAT BADAN terbitan ALAF 21.
Herbalis Bahrain, RH (AHG)
Blog utama
SEMBANG-SEMBANG HERBA


Tuesday, June 10, 2008

Vitamin Memendekkan Umur?

Vitamin A, C, E serta Selenium dan
Beta Karotin memendekkan Umur?


Sesekali media-media dunia menyiarkan berita dari penemuan sains atau semakan terhadap laporan-laporan kajian sains dikenali sebagai analisa-meta (meta-analysis) yang dilakukan oleh saintis-saintis terkemuka.

Penyiaran hasil analisa-meta terbaru yang menggemparkan ialah konon vitamin A, C, E, selain Selennium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian. Ia membawa maksud vitamin-vitamin boleh membunuh kita.

Laporan yang diterbitkan oleh Cochrane Library seperti disiarkan di internet pada pertengahan April tahun ini telah menarik minat media-media dunia dan menyebabkan orang-orang awam semakin keliru dan takut dengan vitamin. Adakah yang dilaporkan oleh saintis-saintis tersebut benar?

Rakan-rakan saya bertanya pandangan saya samada berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan internet bahawa vitamin boleh mempercepat kematian boleh diterima dan dipercayai.

Saya jawap secara ringkas. Semua orang apatah lagi saintis-saintis, doktor-doktor, pakar-pakar pemakanan sentiasa percaya bahawa saintis yang menjalankan penyelidikan atau melakukan analisa-meta yang melibatkan beratus-ratus laporan sains bukan calang-calang kepakaran mereka.

Setiap orang tahu mereka memiliki kekuatan dari segi kelayakan akademik, kepakaran, pengalaman dan mungkin juga nama. Jadi, sudah tentulah setiap orang mengatakan saintis-saintis tersebut menjalankan tugas dengan sempurna.

Orang juga akan mengatakan tidak mungkin mereka tidak beretika iaitu dengan melaporkan sesuatu yang membawa keburukan kepada masyarakat seluruh dunia.

Pengamal-pengamal serta saintis-saintis alternatif yang mahir dan berilmu memang telah masak dengan kaedah-kaedah yang digunakan oleh saintis-saintis tertentu untuk memutar-belit fakta. Yang cerah dikatakan gelap. Yang siang dikatakan malam. Yang tidak bahaya dikatakan bahaya.

Kalau diteliti secara sungguh-sungguh sebenarnya saintis-saintis yang menjalankan analisis-meta terhadap vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin tersebut sebenarnya memang sudah biasa menjalankan kajian-kajian sains.

Kajian-kajian mereka ditaja oleh pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden. Setiap kali sebelum kajian dijalankan saintis-saintis boleh dikatakan sudah tahu setiap keputusan hasil kajian. Maksudnya keputusan dan kesimpulan dari setiap ujian wajib memihak kepada kehendak pengeluar ubat-ubatan moden yang menaja mereka.

Mereka berkerja dalam keadaan tertekan kerana silap hari bulan mereka tidak akan menerima wang tajaan baru, bungkus kain baju dan tidak bekerja. Jadi, dalam kes analisa-meta ini tidak menghairankan bahawa sebenarnya mereka melakukan kerja dan menghasilkan kesimpulan yang jadi bahan ketawa kepada yang mengetahui.

Oleh sebab kerjaya mereka bergantung kepada wang-wang tajaan selain mungkin otak mereka berfikir sehala seperti kuda lumba, mereka sedaya upaya cuba memuaskan kehendak pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden supaya mencemuh keberkesanan makanan-makanan tambahan. Mereka melakukan analisa-meta tersebut dengan kesimpulan yang telah mereka jangka dan harapkan.

Pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden memang sangat faham bahawa pengambilan makanan-makanan tambahan menjadikan manusia seluruh dunia lebih sihat. Apabila kurang berpenyakit sudah pasti orang kurang mendapatkan doktor untuk mendapatkan ubat.

Ubat-ubatan moden ialah periuk nasi pengeluar-pengeluar ubat-ubatan tersebut. Mereka telah menjalankan kajian-kajian klinikal yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Semakin ramai orang sakit semakin ramai yang akan mendapatkan ubat-ubatan dari doktor dan hospital.

Saya tanya anda samada anda pernah dengar orang meninggal dunia kerana mengambil suplemen vitamin yang asli? Berapa ramai orang seluruh dunia yang meninggal atau menghidap komplikasi kerana mengambil ubat-ubatan moden termasuk masalah hati dan buah pinggang?

Bukankah pengambilan vitamin-vitamin, garam galian, makanan-makanan kaya nutrien (superfoods), bioflavonoid, herba dan pelbagai jenis nutrasiutikal membantu tubuh memulihara dan menyeimbangkan pelbagai sistemnya?

Sya percaya kita semua telah ketahui bahawa apabila diambil dengan cara dan gaya yang betul ia dapat membantu seseorang mencegah dari mengalami penyakit-penyakit degeneratif seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit lain.

Sekarang saya terangkan bagaimana saintis-saintis tersebut melakukan analisis-meta dan menghasilkan kesimpulan yang menggemparkan.

Terdapat sejumlah 452 laporan yang melakukan kajian terhadap fungsi vitamin A, C, E, selain Selenium dan beta karotin. Mereka mengketepikan sebanyak 405 laporan-laporan kajian yang melibatkan pengambilan suplemen-suplemen tersebut oleh orang-orang yang bukan diambang kematian dan tiada seorang pun didapati meninggal kerana mengambil vitamin-vitamin tersebut.

Mereka hanya fokus semakan terhadap sejumlah 47 laporan kajian yang mengkaji kesan pengambilan bahan-bahan tersebut pada orang-orang yang mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik serta sedang menunggu saat kematian. Kemudian mereka mendakwa semakan mereka menunjukkan vitamin-vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian.

Jika kita guna akal yang sihat kita akan kata bahawa oooo... begitu caranya mereka jalankan semakan analisa-meta dan mendapatkan ‘bukti’. Mereka menjalankan analisa-meta bukan secara jujur iaitu mengketepikan semua kajian yang menunjukkan bahawa vitamin-vitamin dan suplemen tersebut menghalang kematian dan mereka terus hidup.

Jumlah laporan ini lebih besar berbanding dengan yang diberi vitamin ketika menjelang saat kematian.

Saya terangkan secara analogi supaya anda lebih faham apa yang mereka telah lakukan. Sesiapa pun boleh temui bukti untuk menyokong sebarang kesimpulan yang sudah jangka.

Katakanlah saya menghimpun dan menyemak 200 kajian mengenai kesan aspirin kepada ereksi. Katakanlah juga aspirin mempertingkat dan memanjangkan tempoh ereksi pada kaum lelaki. Kaum wanita pula tidak menunukkan sebarang kesan atau kesan kecil (marginal) yang tidak signifikan secara statistik.

Mari kita secara suka-suka memutuskan untuk ketepikan semua kajian melibatkan kaum lelaki. Kemudian kita tumpukan perhatian kepada wanita sahaja.

Selepas itu kita umumkan – dengan bukti yang menyokong – bahawa ‘aspirin dikaitkan dengan ketidakupayaan Ereksi!’ Mengapa? Sebab tiada seorang pun dalam kumpulan yang kita analisa mengalami ereksi.

Memanglah begitu kesimpulannya sebab semua subjek dalam kajian itu ialah wanita. Ini menunjukkan dengan secara suka-suka mengketepikan kajian-kajian tertentu dari analisa kita boleh “buktikan” apa-apa pun yang kita kehendaki walau pun sebenarnya ia tidak masuk akal.

Sekarang, anda tahu siapa yang bermain dengan fakta dan etika. Sesuatu laporan berdasarkan semakan-pakar (peer-review) menjadikan setiap orang mudah menerima tanpa berfikir.

Laporan-laporan sebegini cuba menyampaikan bahawa vitamin-vitamin dan secara tidak langsung suplemen-suplemen lain termasuk herba tidak selamat. Adakah ia memanafaatkan kita? Siapa yang untung dan siapa pula yang akan rugi?

Bahrain Samah, RH (AHG)
Pakar Runding Kesihatan Holistik – Kuala Lumpur
ARTIKEL-ARTIKEL NUTRISI HOLISTIKhttp://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/

Pueraria Lobata Menyebabkan Kanser?

SOALAN:

Adakah Pueraria Lobata penyebab kepada kanser Payudara? Bukankah bahan ini bahan ramuan tradisional dari tumbuhan dan selamat digunakan? Mengapa terdapat amaran pada label kotak produk yang menggunakan bahan P. Lobata atau P. Mirifica menyatakan bahawa ia tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai kanser ataupun yang positif estrogen?

JAWAPAN:

Pada pandangan saya pengeluar menggunakan peringatan supaya berhati-hati.
Kanser disebutkan pada dua perenggan berasingan pada iklan tersebut.Perenggan di bahagian tengah cuba menerangkan ‘mekanisma’ pembentukan kanser dikaitkan dengan apa saya pun kurang pasti. Tidak jelas.

Perenggan terakhir memberi peringatan supaya tidak diambil oleh individu-individu yang mengalami kanser atau masalah hormon estrogen berlebihan.

Untuk mengatakan bahawa herba Pueraria spp. boleh menyebabkan kanser perlukan bukti. Ia telah digunakan secara meluas di China, Amerika, Thailand dan setakat ini tiada sebarang kes dilaporkan menunjukkan ia menyebabkan sebarang jenis kanser atau kanser khusus.

Bahan-bahan kimia yang terdapat dalam Pueraria spp. terdiri dari pelbagai jenis isoflavonoids seperti daidzin, daidzein, genestein, biochanin A, puerarin menunjukkan sebaliknya iaitu dengan sifat-sifat farmakologi:
a. Antioksidan. Perlu diketahui bahawa agen yang mempunyai sifat antioksidan (menutralisakan radikal bebas) juga adalah dalam masa yang sama sudah tentu bantu mencegah pembentukan kanser (antimutagenic dan anticarcinogenic).
b. Kajian mendapati ia meningkatkan aktiviti superoxide dismutase. Superoxide ialah sejenis radikal bebas yang sangat kuat kesannya dalam merampas elektron dengan menyerang molekul-molekul lain dalam tubuh. Ia terbentuk ketika proses detoksifikasi dalam hati dan setiap sel yang menjalankan proses pembinaan tenaga. Superoxide dismutase ialah sejenis enzim yang membantu tindakalas superoxide dengan ion hidrogen p dalam proses pembentukan molekul hidrogen peroksida (kurang reaktif dibandingkan dengan superoxide)
c. Antikanser: terdapat kajian menunjukkan sifat ini pada biochenin A, genestein,dan daidzein. Antikanser ialah agen yang mencegah atau membantutkan kanser
d. Antinflammatory – Peradangan berpunca dari serangan radikal bebas seperti radikal-radikal oksi dan spesis-spesis oksigen reaktif (reactive oxygen species) terhadap sel. Kajian mendapati pueraria merendahkan pelepasan paras prostaglandin E2 dan tumor necrosis factor (TNF)-alpha,kedua-duanya bertanggungjawab dalam proses peradangan. Peradangan (jika berpanjangan) terlibat dalam fasa inisiasi dalam pembentukan kanser.

Sifat-sifat tersebut dan sifat-sifat teraputik lain yang dimiliki oleh pueraria spp. tidak dimiliki oleh estrogen tubuh.

Setakat ini saya mengekalkan pendapat bahawa Pueraria spp. tidak menyebabkan pembentukan kanser atau kanser payu darasecara khusus. Sifat-sifat isoflavoids dalam pueraria tidak serupa dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh xenoestrogens seperti dari racun rumpai, racun serangga, atau pelbagai jenis plastik.

Kedua-duanya bersifat estrogenik iaitu boleh menempatkan diri pada reseptor-reseptor estrogen dalam tubuh. Walau bagaimana pun, phytoestrogen memiliki pelbagai kesan teraputik yang positif tetapi xenoestrogen tidak. Xenoestrogen memiliki sifat-sifat mutagenic (menyebabkan sel termutasi) dan carcinogenic (mencetus pembentukan kanser).

Sifat antiestrogenik P.lobata dikatakan menyebabkan perembisan estrogen asli tubuh dikurangkan.Dengan lain perkataan ia berkeupayaan mengimbangi paras estrogen yang tinggi.Jika estrogen mempunyai sifat pencetus kanser jadi dengan pengamalan Pueraria lobata mungkin boleh membantu mencegah pembentukan kanser dengan beberapa mekanisma iaitu pengurangan perembisan estrogen asli serta sumbangan sifat-sifat yang menghalang pembentukan kanser seperti yang disebutkan: antioksidan, mempertingkat paras superoxide dismutase, antiinflamatori, antikanser.

Hanya satu kes alergi dilaporkan ialah alergi dalam bentuk rashes bermula dari peha

Sebagai langkah keselamatan kita boleh gunakan cadangan dari Botanical Safety Handbook (1997) yang diusahakan peneribatannya oleh American Herbal Products Association, teribtan CRC Press, mengkelasifikasikan Pueraria lobata dalam kelas 1 iaitu herba yang boleh diambil(makan) apabila digunakan cara yang sepatutnya (menurut cadangan pakar atau yang digunakan secara pengamalan dan pengalaman (empirikal)).

Sukatan penyediaan dan pengambilan berbeza antara satu pengeluar,pengamal yang lain. Sukatan paling tinggi pernah dilaporkan ialah 1.2g ekstrak P.lobata sehari selama sebulan untuk ketagihan alkohol.

Herbalis Bahrain, RH (AHG)
Artikel-artikel Nutrisi Holistik
http://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/
Web blog utama:
SEMBANG-SEMBANG HERBA

Sunday, May 25, 2008

Kurangkan Pengambilan Garam tetapi Tekanan Darah Masih Tinggi?

Oleh Herbalis Bahrain, RH (AHG)

Seorang wanita berumur 68 tahun mengalami tekanan darah tinggi dengan bacaan sistolik 170. Pada masa-masa tertentu ketika beliau mengalami stress ia mencecah 200.

Beliau mengambil beberapa jenis ubat-ubatan moden (diuretic) tetapi ia tidak banyak membantu. Beliau kurangkan pengambilan lemak seperti santan, kurangkan makan, kurangkan gula, kurangkan pengambilan garam, dan makan sayur seperti biasa. Garam yang beliau ambil untuk digunakan dalam masakan ialah garam gunung/kristal Himalaya.

Mengapa pemakanan yang dijaga dari segi jenis yang diambil dan pengurangan pengambilan makanan-makanan yang di-percayai menyumbang peningkatan tekanan darah disamping pengambilan ubatan moden tidak banyak membantu meredakan masalah beliau?

Pemakanan

Kebanyakan doktor perubatan moden, pakar-pakar nutrisi mencadangkan pesakit-pesakit mengurangkan pengambilan garam biasa dalam kehidupan seharian samada ketika sihat atau ketika mengalami penyakit-penyakit khusus seperti tekanan darah tinggi. Mereka juga menyarankan sekadar menggunakan garam biasa sehingga paling banyak pun ialah 2.4 gram iaitu lebih kurang 1 camca teh.

Jika pengambilan garam secara berlebihan dikaitkan dengan peningkatan tekanan darah tetapi kekurangan galian-galian seperti Kalium dan Magnesium juga boleh membentuka kesan yang serupa. Itulah sebabnya dengan membiasakan diri mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan akan menyumbang sedikit sebanyak Natrium dan galian lain seperti Kalium, Kalsium dan Magnesium. Keempat-empat jenis galian tersebut apabila berada dalam nisbah yang sesuai akan membantu mengembangkan atau merehatkan arteri.

Sayur-sayuran dan buah-buahan juga bersifat diuretik iaitu membantu melancarkan pembuangan air kecil dan ia sedikit sebanyak membantu merendahkan tekanan darah. Itulah sebabnya individu yang memilih untuk jadi vegan (pemakan sayur) untuk meredakan tekanan darah tinggi ebrjaya melakukannya dalam waktu yang singkat.

Paradigma

Pakar-pakar pemakanan, pakar-pakar penjagaan kesihatan komplemantari termasuk herbalis terlatih boleh mencadangkan tetapi hanya sebilangan kecil pesakit yang berdaya mengubah pola pemakanan. Antara punca jenis-jenis makanan yang disyorkan tidak menyelerakan.

Saya pernah beberapa kali bertemu dengan beberapa orang wanita separuh umur yang menjalani hidup dengan membiasakan diri sebagai vegetarian. Kesemua mereka sangat berselera apabila bercerita mengenai sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka makan ikan hanya 2-3 kali seminggu. Mereka tidak makn daging atau ayam apatah lagi ayam yang bergoreng tsecara terendam lama.

Kali pertama saya sangkakan mereka semua 10 tahun lebih muda dari umur sebenar. Kulit mereka bersih dan tegang, fisikal bergas. Apabila mereka bertanya pendapat saya samada pemakanan yang mereka amalkan elok atau tidak saya katakan bahawa amalan mereka sesuai dengan metabolisma mereka.

Memang benar. Saya menggunapakai teori bahawa terdapat tiga kategori metabolisma: pemakan daging, pemakan ikan, dan yang boleh makan dari kedua-duanya. Setiap satu kategori iaitu pemakan daging akan mendapati fisiolohi mereka berubah jika mereka terus-menerus mengamalkan pengambilan makanan dari kategori pemakan ikan dan sebaliknya. Walau bagaimana pun metabolisma seseorang boleh berubah.

Itulah sebabnya terdapat individu yang sesuai dengan suplemen Kalsium tetapi yang lain sesuai dengan Magnesium untuk meredakan tekanan darah. Begitu juga dengan suplemen vitamin C hanya sesuai dengan pemakan ikan tetapi tidak sesuai dengan pemakan daging. Pemakan daging sesuai dengan Calcium Ascorbate.

Penglibatan hormon

Pengurusan emosi adalah salah satu elemen yang penting dalam mencadangkan perubahan gaya hidup kepada pesakit. Walau bagaimana pun sesetengah individu yang sentiasa mengalami stres sepanjang hidup boleh mengalami suatu keadaan di mana perembisan hormon kortisol sentiasa tinggi. Peningkatan hormon kostisol dikaitkan dengan pengecutan salur darah. Warga tua memang mengalami peningkatan perembisan hormon kortisol tetapi kepada yang biasa mengalami stres, peningkatan parasnya jauh lebih tinggi.

Pada hemat saya antara cara untuk meredakan perembisan tersebut ialah dengan mengambil herba-herba bersifat adaptogenik iaitu kategori herba yang membantu memperseimbang perembisan hormon-hormon stres. Ia membantu meredakan paras cortisol dan dalam masa yang sama bantu kelenjar adrenal merembiskan hormon-hormon adrenal pada masa yang diperlukan.

Herba-herba bersifat adaptegonik yang baik ialah:

☺ Aswhagandha iaitu sejenis herba dari India
☺ Holy Basil (ruku-ruku atau kemangi) juga baik untuk masalah sembelit.
☺ Reishi (dikenali juga dengan Ganoderma)
☺ Siberian Ginseng

Untuk kes-kes seperti makcik tadi yang biasa mengalami stress sepanjang hidupnya dan bersedia untuk menggunakan perawatan komplementari, salah satu herba yang disebutkan di atas boleh diambil dalam usaha untuk meredakan tekanan emosi dan tekanan darah tinggi.

Minyak zaitun

Minyak zaitun mempunyai sifat-sifat terapeutik yang pelbagai antara lain dikatakan mentona dan menguatkan fungsi hati, memperseimbang paras HDL/LDL dan merendahkan paras jumlah kolesterol, membantu pencernaan. Ia sesuai untuk digunakan kepada yang mengalami tekanan darah tinggi kerana ia mempunyai sifat terapeutik merehatkan salur-darah dan dalam masa yang sama pengguna mendapat manafaat lain dari sifat-sifat terapeutik yang disebutkan disamping ia menyumbang nutrien seperti bioflavonoids yang berindak sebagai sifat antioksidan dan anti-keradangan.

Garam gunung/kristal Himalaya

Garam kristal Himalaya terbentuk lebih 200 juta tahun dahulu. Ia berasal dari garam laut purba yang menyejat dan mengalami tekanan tinggi. Benua India pada suatu masa dahulu adalah sebuah pulau telah bergerak ke utara datang menekan benua Asia. Tekanan tinggi yang berterusan membentuk gunung-ganang dan bukit-bukau dan garam berkristal dengan susunan kristal paling seimbang. Selain dipercayai menyumbang tenaga apabila digunakan oleh tubuh ia juga dipercayai membantu mengembalikan pelbagai galian makro dan elemen-elemen makro atau kelumit yang diperlukan oleh tubuh.

Kajian yang dijalankan oleh Doktor Peter Ferreira di German menunjukkan ia membantu meredakan tekanan darah tinggi. Ia juga didapati mengurangkan agregasi plalelet iaitu ‘mencairkan darah’ yang secara tidak langsung juga membantu meredakan tekanan darah tinggi.

Ia boleh digunakan dalam masakan dan boleh diambil dalam minuman. Mengambil ‘sole’ atau larutan tepu garam ini didapati dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Kesimpulannya ialah pendekatan holistik boleh diamalkan oleh penghidap-penghidap tekanan darah tinggi untuk meredakannya. Jika dilakukan dengan menerima hakikat bahawa fisiologi tubuh boleh membetulkan ‘dysequilibrium’ dengan bantuan elemen-elemen holistik saya percaya berkat kesabaran anda akan membuahkan hasil dari usaha anda yang bertanggung-jawab ke atas diri sendiri.

Herbalis Bahrain, RH (AHG) ialah seorang herbalis profesional bertugas seagai jurunding nutrisi holistik, pendidik, penulis, kolumnis.

http://artikelcikguherba1.blogspot.com/

artikelcikguherba1.blogspot.com 2008

Sunday, March 2, 2008

Haramkan Minuman Ringan di Sekolah-sekolah

Setiap hari ibu saya bekalkan sepuluh sen untuk belanja waktu rehat. Lima sen beli mee atau nasi lemak, lima sen lagi beli air minuman. Air minuman zaman persekolahan saya ketika itu hanya air sirap.

Itu cerita 40 tahun dahulu, awal tahun 70an. Dulu lain, sekarang lain. Hari ini kantin atau cafeteria sekolah bukan sahaja menjual ari sirap, malahan air-air tin yang manis-manis. Air tin ini dijual dengan harga sekitar RM2.00 setin. Kebanyakan ibu-bapa hari ini membekalkan sehingga purata RM5.00 sehari untuk belanja makan di kantin. Jumlah itu cukup untuk dibelanjakan untuk membeli setin air minuman ringan.

Air minuman ringan bukan kepalang manisnya. Ia dilengkapi dengan sirap fruktos iaitu sejenis gula dari jagung. Jika kiat lihat pada Indeks glaisemik, fruktos mempunyai indeks glaisemik yang rendah tetapi sebenarnya ia juga memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Gula dan makanan/minuman yang manis juga menjadikan seseorang ketagihan sepertimana ketagihan rokok, kafina, dadah jalanan, dan alkohol. Semua jenis kimia yang disebutkan adalah dalam kategori perangsang. Setiap satu merangsang perembisan hormon-hormon adrenalina dan insulin.

Setiap kali makanan atau kimia jenis perangsang metabolik ini diambil menyebabkan gula dilepaskan dengan pantas dan pada paras yang tinggi ke dalam darah. Seseorang akan merasa aktif, boleh menumpukan perhatian, cergas. Kemudian, paras gula akan jatuh dan seseorang akan meraa lesu, kurnag bermaya, mudah mengantuk, sukar menumpukan perhatian. Untuk kembali ’cergas’ mereka perlu mengambil bahan-bahan perangsang tadi sepanjang hari.

Simtom-simtom pemberhentian (withdrawal symptoms) akan dirasai sekurang-kurangnya seminggu apabila seseorang kurang atau berhenti dari mengambil setiap jenis kimia yang disebutkan. Simtom-simtom tersebut serupa malahan lebih teruk dari simtom-simtom yang dialami pada setiap hari apabila paras gula berkurang pada kadar yang cepat.

Membiasakan diri mengambil minuman ringan mendedahkan kanak-kanak untuk mengalami obesiti, diabetes, masalah sukar memberikan tumpuan (ADHD: Attention Deficit Hyperactivity Disorder).

California, sebuah negeri di Amerika Syarikat yang telah mengharamkan penjualan minuman ringan di sekolah-sekolah elementari (rendah) dan sekolah menengah. Ia adalah langkah yang bijak dan patut dijadikan contoh bukan sahaja oleh negeri-negeri lain di sana tetapi oleh negara-negara lain di dunia.

Langkah ini sedikit sebanyak merugikan peniaga dan pembekal untuk beberapa ketika pada pelbagai peringkat tetapi pada pandangan saya kesihatan masyarakat terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah perlu diutamakan dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan. ’Vending machines’ iaitu sejenis mesin yang mudah digunakan untuk membeli minuman ringan juga memang tidak patut dipasang di sekolah-sekolah.

Kempen kesedaran perlu dijalankan samada di peringkat PIBG dan Kementerian Pendidikan. Mendidik ialah tema, tanggungjawab, dan tugas kementerian tersebut oleh itu ia perlu menjalankan analisa khusus untuk sama-sama menjayakan usaha pihak Kementerian Kesihatan menjalankan kempen mengurangkan pengambilan gula.

Herbalis Bahrain MH
www.artikelcikguherba1.blogspot.com

Friday, February 22, 2008

Kolesterol punca Atherogenesis?


The only man who never makes a mistake is the man who never does anything.” THEODORE ROOSEVELT.
Biasanya memang agak sukar untuk menukar corak berfikir dan paradigma seseorang terutama individu yang sentiasa berpegang kepada pendapat majoriti, atau kerana status pekerjaan/pendidikan yang tinggi menjadikan prinsip ilmu yang diketahui dianggap sebagai sentiasa benar. Mereka biasanya mengembangkan ilmu-ilmu berdasarkan prinsip-prinsip yang telah mereka ketahui dan sukar untuk keluar dari tempurung – yang lain adalah salah.
Untuk anda yang minat untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik teori-teori yang sedia ada dan biasa disebarkan, bacalah dengan hati yang tenang, teliti dan diamkan untuk beberapa waktu tanpa diterima atau ditolak. Artikel ini tidak menghidangkan semua yang mungkin anda ingin tahu tetapi sedikit sebanyak berisi maklumat-maklumat bahawa teori-teori tertentu dipersoal dan diperdebatkan dari semasa ke semasa.
Isi penuh mengenai tema artikel ini saya telah muatkan dalam sebuah manuskrip yang insyaAllah akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan. Progres penerbitan akan diberitahu dari semasa ke semasa nanti.
Kurangkan makan makanan berlemak?

Kita biasa dengar kolesterol memang diperlukan oleh tubuh tetapi dalam masa yang sama kita dinasihatkan supaya mengurangkan makanan berlemak seperti santan, lepa susu (pure butter) dan daging berlemak. Peningkatan kolesterol dikaitkan dengan pembentukan atherosklerosis iaitu penebalan dinding dalam arteri koronari yang terletak di jantung.

Lebih buruk lagi apabila semua orang termasuk pakar penjagaan kesihatan terikut-ikut mengatakan bahawa lemak tepu menyebabkan peningkatan kolesterol. Menurunkan paras kolesterol dikatakan dapat menurunkan kemungkinan menghidap penyakit-penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. Inilah yang dijaja oleh hipotesis lipid/lemak tepu-kolesterol.

Salah satu kaedah perubatan moden yang digunakan untuk menurunkan paras kolesterol pesakit ialah menggunakan ubat dikenali sebagai statin. Menurut para pengkritik, pengurangan kadar penyakit kardiovaskular bukan disebabkan penurunan paras kolesterol oleh statin tetapi dipercayai berpunca dari beberapa mekanisma lain.

Tubuh kita sebenarnya mampu untuk mengawal paras kolesterol pada paras yang selamat. Ramai saintis terkemuka berpendapat bahawa paras kolesterol tinggi yang didapati ketika seseorang mengalami masalah kardiovaskular bukanlah satu-satunya penanda biologi (biological marker) untuk masalah yang dihadapi.

Pelbagai teori punca aterogenesis

Enapan kolesterol pada arteri bermanisfestasi dari punca-punca tertentu dan setakat ini ia hanya sekumpulan kecil teori yang boleh difikirkan. Terdapat teori pembentukan atherosklerosis berpunca dari lelemak dan kolesterol teroksida, kekurangan vitamin C, lipoprotein (a), jangkitan mikro organisme, paras gula tinggi, punca dari pemakanan dan pengambilan ubat-ubatan yang menyebabkan darah bertoksin (kandungan paras radikal bebas tinggi dalam darah) dan lain-lain. Beberapa tahun kebelakangan pembentukan atherosklerosis dikaitkan dengan serangan homocysteine terhadap sel-sel endothelium.

Homocysteine ialah sejenis radikal bebas yang terbentuk dari methionine (sejenis asid amino biasanya terdapat dalam daging haiwan) yang terbentuk kerana kekurangan beberapa jenis vitamin B untuk menyumbang methyl. Peningkatan paras homocyteine dipercayai dari pelbagai punca termasuk gaya hidup yang tidak holistik seperti makan berlebihan, kurang bersenam, merokok, stress emosi/fisikal, lemak trans, marjerin dan lain-lain.

Teori lain menyebut bahawa arteri koronari adalah laluan mengalami tekanan darah tinggi, stress dan sibuk oleh itu ia mudah tercedera dan untuk memperbaikinya lelemak termasuk kolesterol digunakan. Secara analogi, anda boleh bayangkan mengapa sesetengah kulit pada bahagian-bahagian tertentu tubuh yang sering digunakan mudah mengalami eczema.

Kritikan terhadap teori kolesterol-penyakit kardiovaskular

Beberapa orang saintis menentang teori yang mengatakan paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan atherosklerosis sedangkan mereka yang mempunyai paras kolesterol rendah juga boleh mengalami atherosklerosis.

Mereka juga mempersoalkan jika peningkatan kolesterol dalam darah dikaitkan dengan pembentukan atherosklerosis mengapa atherosklerosis hanya berlaku pada bahagian-bahagian tertentu tubuh iaitu terutamanya pada arteri koronari dan carotid (yang menuju ke otak) tetapi tidak dalam keseluruhan arteri dalam tubuh. Sebuah analisis meta menunjukkan hampir lima puluh peratus penghidap masalah kardiovaskular mempunyai paras kolesterol yang normal.

Pelbagai hasil penyelidikan menunjukkan paras kolesterol yang rendah boleh menimbulkan pelbagai jenis penyakit termasuk kemurungan, kanser, menurunkan keupayaan sistem kekebalan, serta mempercepat kematian. Itulah sebabnya pengkritik hipotesis kolesterol-masalah kardiovaskular percaya bahawa peningkatan paras kolesterol adalah normal dengan peningkatan umur terutama ketika seseorang mengalami usia warga emas.

HDL tinggi kurangkan peluang atherogenesis?

Kolesterol diperlukan oleh pelbagai jenis sel untuk memulihara membran. Ia berfungsi antara lain sebagai mengukuhkan membran-membran sel. Terdapat teori mengatakan bahawa sesiapa yang biasa mengambil lelemak poli tak tepu menjadikan membran sel menggelebeh oleh itu kolesterol diperlukan pada membrane untuk mengukuhkannya.

Hasilnya sesiapa yang mengambil minyak poli tak tepi akan mengalami paras trigliserida yang rendah (sebenarnya paras trigliserida merujuk kepada paras VLDL, ia melepaskan lelemak poli tak tepi pada membran-membran sel). LDL pun menjadi rendah sebab ia telah melepaskan kolesterol pada kadar yang tinggi untuk memulihara membran-membran sel yang menggelebeh.

Teori yang mengatakan HDL mengambil kolesterol dari sel-sel tisu boleh diterima tetapi teori yang menyebut apabila HDL tinggi bermaksud ia memungut kolesterol berlebihan dan mengurangkan kemungkinan pembentukan atherosklerosis menjadi tanda tanya.

Menyergah minda

Artikel ini sekadar bertujuan menyergah minda anda. Ilmu sains boleh dimanafaatkan dengan pelbagai cara dan pelbagai pihak. Ia menunjukkan ilmu sains apabila dieksploit dari perpekstif tertentu oleh golongan tertentu boleh menjadi alat atau senjata yang kuat untuk mempromosi atau mendukung sesuatu jenis idea. Ia juga boleh digunakan sebagai alat untuk mengawal fikiran bawah sedar ramai orang termasuk saintis-saintis, doktor-doktor, pengamal-pengamal penjagaan kesihatan alternatif, orang-ramai.

Fakta-fakta’ yang dipromosi adalah fakta-fakta yang membantu menggalakkan golongan tertentu tidak perlu melakukan penyelidikan kerana semuanya sudah tersedia. Kalau perlu dielaborasi pun menjurus kepada lingkungan perbahasan yang serupa. Fakta-fakta penting yang berlawanan atau silang pendapat diketepikan.

Di Amerika dan beberapa negara maju lain terdapat ramai saintis yang tidak menyokong hipotesis lemak tepu-kolesterol dan hipotesis kolesterol-penyakit kardiovaskular. Mereka mempunyai fakta-fakta tersendiri dengan butir-butir hasil penyelidikan yang mantap. Salah seorang pendukung hipotesis lemak tepu-kolesterol yang beria-ia mengaitkan terdapat bukti kaitan antara lelemak tepu dan peningkatan kolesterol telah ditanya supaya menunjukkan bukti samada dari RCT (randomized controlled trials) atau meta-analysis tetapi sebagaimana biasa yang dilakukan oleh pendukung-pendukung hipotesis ini beliau terus menyepikan diri.

Herbalis Bahrain MH

Sunday, February 17, 2008

Telefon Bimbit Penyebab Kanser Otak

Sebuah penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Anna Lahkola dari Radiation and Nuclear safety Authority, Finland mendapati penggunaan telefon bimbit secara berterusan--walau pun jenis moden-- meningkatkan risiko pembentukan tumor otak kepada ramai pengguna. Hasil penyelidikan dilaporkan dalam International Journal of Cancer.

Mereka mendapati bukti kukuh bahawa pennggunaan telefon bimbit menyebabkan risiko mengalami tumor otak dikenali sebagai glioma meningkat antara 40-70%. Peningkatan risiko terebut berlalu kepada bahagian kepala yang biasa digunakan untuk melekapkan telefon bimbit ke telinga.

Pandangan Konvensional

§ Kajian membandingkan 1,521 pengguna telefon bimbit yang mengalami glioma dengan peserta kawalan seramai 3,301 orang tanpa tumor.

§ Mereka yang menggunakan telefon bimbit moden lebih dari 2,000 jam sepanjang hayat mengalami peningkatan tumor otak sebanyak 270 %.

§ Kajian ini dipercayai yang kedua yang benar-benar mengaitkan pengunaan telefon bimbit dengan peningkatan risiko pembentukan tumor otak tertentu.

§ Risiko paling tinggi pada individu berumur di bawah 20 tahun.

§ Telefon generasi awal jenis analog telah didapati sebagai sumber tumor-tumor otak tetapi kewujudan telefon-telefon bimbit digital masih mendatangkan risiko yang serupa

§ Menurut jangkaan beberapa orang saintis, keputusan kajian jangan dikaitkan dengan pembentukan tumor ketika penggunaan selama 10 tahun tetapi tumor tersebut akan wujud selepas tempoh tersebut

Pada pandangan saya, sesetengah orang MUNGKIN boleh mengalaminya dalam tempoh 10 tahun penggunaan telefon bimbit. Ia bergantung kepada faktor-faktor penyumbang pembentukan tumor seperti gaya hidup yang tidak holistik. Radiasi telefon bimbit membentuk kanser dan aya hidup tidak sihat sebagai agen penggalakan pertumbuhan kanser atau sebaliknya.

Pandangan Alternatif

§ Pengeluar-pengeluar telefon bimbit telah cuba mendiamkan bahaya telefon bimbit dengan menaja penyelidikan mereka sendiri yang memberi keputusan bahawa telefon bimbit adalah selamat. Tujuan dan keputusan sesuatu penyelidikan boleh bias kepada kehendak penaja.

§ Semua orang apa tah lagi kanak-kanak dan remaja belasan tahun hendaklah diperingati supaya mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana risiko pada golongan ini untuk mengalami tumor otak meningkat.

Sebuah kajian yang dijalankan di Israel oleh para penyelidik dari Weizmann Institute of Science yang dilaporkan dalam Biochemicla Journal mendapati penggunaan telefon bimbit selama hanya 10 minit boleh mencetus perubahan terhadapa sel-sel otak yang dikatikan dengan pembahagian sel dan pembentukan kanser.

Sebelum ini pelopor yang mendakwa penggunaan telefon bimbit sebagai selamat telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa penggunaannya tidak akan menyebabkan kerosakan otak kerana paras radiasi gelombang mikro yang dibebaskan sangat rendah untuk membolehkan ia memanaskan sel-sel tubuh.

Dalam kajian terbaru perubahan dalam proses-proses biologi bermula pada paras tenaga yang lebih rendah dari yang digunakan oleh telefon bimbit. Perubahan biologi tersebut juga didapati tanpa pemanasan.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari kajian ini ialah penggunaan telefon bimbit mempunyai implikasi buruk kepada kesihatan.

Dalam kajian tersebut para penyelidik telah mendedahkan sel-sel manudia dan tikus kepada radiasi berparas rendah dengan frekuensi 875 mehaHertz iaitu frekuensi yang serupa digunakan oleh kebanyakan telefon bimbit. Walau bagaimana pun intensiti radiasi adalah di bawah paras yang digunakan oleh kebanyakan telefon.

Dalam masa 10 minit saintis-saintis tersebut mendapati beberapa perubahan berlaku dalam sel-sel. Suis kimia yang berfungsi mengawal pembahagian sel di’buka’ – sejenis suis yang dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.

Dari kajian, tiada bukti secara langsung bahawa kanser terbentuk. Antara kesimpulan dari kajian ialah sel-sel bertindakbalas kepada radiasi telefon bimbit dalam bentuk non-thermal (bukan sebab pemanasan). Rony Seger mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan 1/10 dari paras radiasi yang biasa digunakan oleh telefon bimbit.

Itulah sebabnya seorang kawan saya bernama Franklin di Sydney jarang menggunakan telefon bimbitnya untuk bercakap.

Terdapat pelbagai punca kematian dan sakit. Kita mampu mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor penyebabnya. Itulah gunanya manusia dikurniakan mata, telinga, dan hati – untuk belajar membezakan mana yang baik, mana yang sederhana, dan mana yang buruk.


Herbalis Bahrain MH
http://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/