Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, October 8, 2010

Agama & Kepercayaan Jahiliah

 
Bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan  Islam.
 Pengenalan :
  •  Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman  kedatangan Islam ( 610 M)
  • Ciri-ciri masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan.
  • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pad 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan.
  • Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi.
  • Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
 Isi :
Kepercayaan agama terbahagi dua iaitu Agama Samawi ( agama langit ) yang diturunkan oleh Allah melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab, dan agama ardhi ( agama ciptaan ) yang direka oleh manusia sendiri.
1.         Agama Hanif :
Agama yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim. Penganutnya digelar Hunafa”. Agama ini tidak mempunyai kitab tetapi suhuf. Agama ini mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama ini ialah Waraqah bin Naufal dan Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
2.         Agama Yahudi :
Agama yang dianuti oleh masyarakat arab sebelum Islam. Agama ini dibawa oleh Nabi Musa serta mempunyai kitab suci, iaitu kitab Taurat. Walau bagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini demi kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3.         Agama Nasrani :
Agama ini juga telah diselewengkan oleh golongan pendeta agama tersebut. Meskipun Allah telah menurunkan kitab Injil kepada Nabi Isa, namun penganut agama ini telah mengubah kandungan asalnya. Penganut agama asal agama Nasrani dikenali dengan gelaran ahli kitab.
4.         Agama Wathani :
Majoriti masyarakat Jahiliah menganut agama wathani, iaitu agama sembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu atau emas. Sesetengah Arab percaya berhala dapat memberikan manafaat dan mudarat, mempunyai keberkatan dan sebagainya.  Terdapat 360 buah berhala disekeliling kaabah. Antara yang popular ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al-Hubal.
5.         Agama Majusi :
Agama ini juga digelar Zoroaster dan berasal dari Farsi. Mereka menyembah matahari dan api. Pendeta-pendeta Majusi menyembah matahari 4 kali dalam satu hari. Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan ibu dengan anak serta adik beradik.
6.         Agama penyembahan Cekarawala :
Mereka menyembah matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cekarawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan.
7.         Agama Animisme :
Mereka menyembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok, mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan dan padang pasir yang kering sebagai tempat kediaman tuhan yang jahat.
8.         Agama Penyembahan Makhluk Halus ( Polydemonisme ) :
Mereka menyembah malaikat, Jin, roh nenek moyang dan sebagainya. Makhluk makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka.
9.         Penyembahan Tuhan Padang Pasir.
Penganutnya digelar Ahl-al-Saf ( ‘ahlil-saf’ ). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
10.       Kepercayaan tahyul :
  • Kepercayaan tangkal azimat
  • Roh orang mati menjadi burung.
  • Percaya kepada ahli nujum.
  • Percaya kepada ahli sihir.
  • Percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan- Jika ke kiri membawa kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan.
  • Mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
  • Mengikat tali pada mana-mana pokok, jika ikatan terlerai sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang.
  • Membuat keputusan melalui anak panah.
Kesimpulan :
Gambaran kehidupan masyarakat Jahiliah di atas menunjukkan mereka tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, sebaliknya menurut hawa nafsu semata-mata.
__._,_.___

Thursday, September 30, 2010

Memotong kuku dan rambut ketika berjunub

Oleh: AKHISALMAN

Telah disebut dalam kitab syarah Iqna' matan kepada Abi Syuja' kitab fekah dlm mazhab Syafie :Imam Ghazali berkata dalam kitab Ihyaa Ulumuddin:

"Tidak boleh mencukur, memotong kuku, mencukur bulu ari2, mengeluarkan darah atau memotong sebahagian anggotanya dalam keadaan berjunub. Ini kerana seluruh anggotanya anggota badannya akan dikembalikan diakhirat yg menyebabkan anggota yg dipotong ketika junub akan kembali dalam keadaan berjunub. Dikatakan: Sesungguhnya setiap bulu akan menuntut hak jenabah mereka"

Syeikh Atiah berkata:

"Kenyataan ini tidak bersandarkan kepada dalil yg melarang melakukan perkara demikian ketika berjunub. Tidak wujud juga dalil yg mengatakan anggota yg dipisahkan ketika berjunub akan menuntuk haknya pada hari kiamat."

Imam as-Safarini telah berkata dlm kitabnyaa ghizaul albab:

"Imam Ibnu Taimiah telah diajukan soalan seumpama ini dan menjawab(ini adalah dalil2 yg menunjukkan boleh memisahkan anggota ketika berjunub):

1. Telah datang hadis Nabi s.a.w berkata ketika Abu Hurairah malu berjumpa dgn Nabi ketika berjunub:

إن المؤمن لا ينجس حيا ولا ميتا
Maksudnya: "Sesungguhnya orang beriman tubuhnya bukan najis hidup atau mati."

(ini menunjukkan suruhan mandi dan wuduk bukan kerana anggota manusia itu najis ketika berjunub tetapi sekadar suruhan ta'abbudi. jadi tidak ada maslah nak memisahkan anggota seperti rambut ketika berjunub)

2. Nabi s.a.w bersabda kepada orang yg masuk Islam:

ألق عنك شعر الكفر واختتن
Maksudnya: "Buanglah rambut kekufuran kamu dan berkhatanlah."

Disini Nabi s.a.w menyuruh orang yang baru masuk Islam utk buang rambut dan berkhitan. Nabi s.a.w tidak menyuruhnya untuk mandi dulu sebelum buang rambut dan berkhitan. Umumnya sabda Nabi s.a.w menunjukkan boleh mendahulukan mana2 yg dikehendaki.

3. Wanita yg berhaid disuruh menyikat rambutnya ketika mandi sedangkan bersikat boleh mengugurkan rambutnya. Maka ini menunjukkan tidak makruh yang demikian.

4. Apa yg disebut berkenaan dgn anggota yg terpisah meminta haknya di hari kiamat itu adalah dalil yg tidak ada sandaran dari mana2 kitab suci Al-Quran atau Hadis.

5. Ata' berkata:

"Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur kepalanya sekalipun tidak berwuduk." (HR Bukhari)

Syeikh Atiah Saqor berkata:

"Oleh kerana yg demikian tidak dilarang memotong rambut dan kuku ketika sedang berjunub."

Tuesday, September 14, 2010

Ilmu utk dikongsi bersama



Berdasarkan radio IKIM (91.50 FM), Ustaz Zawawi bercerita tentang sunnah Rasulallah S.A.W.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Memberi salam - "assalamualaikum"
Menjawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata (Contoh) "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH ye".  Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" - statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
  Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"
As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi terhadap orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT '.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya..

 


JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN, FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT
 ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

Tuesday, August 3, 2010

Jika Berlaku Kemalangan

 

1) Mula-mula sekali, jangan panik.

Cuba ingati diri anda dan jika anda seorang Ijip, cuba ingati apa makanan kegemaran anda. Setelah itu cuba perhatikan nombor pendaftaran kereta di hadapan anda dan cuba ingatinya. Periksa juga mereka yang berada di dalam kenderaan anda sekiranya ada yang tercedera. Selepas itu cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta di belakang anda pula sekiranya ada dan anda telah dilanggar.

Sekiranya anda seorang wanita dan kejadian itu berlaku di waktu malam, maka anda dinasihatkan memandu (sekiranya kereta boleh dipandu) ke balai polis yang berhampiran. Laporan polis boleh dilakukan di mana-mana balai polis di dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
Jika tidak, duduk sahaja di dalam kereta dan buatlah panggilan kepada kenalan anda ataupun bantuan penunda kenderaan.
Jika anda yakin situasi selamat dan anda ingin menyelesaikan sebarang perkara di situ juga (selalunya jika anda yang bersalah) pandu kereta anda di tepi jalan dahulu serta jauh dari aliran trafik.
Jika anda benar-benar bersalah dan kesalahan itu dilaporkan, anda akan disaman maksimum RM300 serta merta dan jika tuntutan insurans pihak ketiga dibuat maka anda akan kehilangan Bonus Tiada Tuntutan @ NCB (No Claim Bonuses).
2. Melaporkan kejadian di balai polis
Perkara pokok yang perlu anda tahu ketika memberikan laporan ialah waktu kejadian, tempat kejadian, situasi bagaimana kemalangan terjadi, nombor pendaftaran kereta di hadapan, nombor pendaftaran kereta di belakang, kecederaan pemandu/penumpang dan bahagian kereta yang rosak.
Laporan polis akan dibuat menggunakan bahasa yang standard dan anda boleh menyemaknya sebelum membuat pengesahan. Pihak polis juga akan mengambil gambar kenderaan anda serta kenderaan yang melanggar / dilanggar oleh anda. Dapatkan nombor laporan serta pegawai penyiasat kes untuk rujukan.
3. Dalam tempoh 1 hingga 2 minggu selepas kejadian
Anda perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, lesen memandu, geran kenderaan serta Cover Note insuran kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) cawangan trafik di mana kemalangan itu berlaku.
Jika anda melaporkan kejadian bukan di IPD kawasan kemalangan, anda perlu berhubung dengan IPD trafik kemalangan bagi mengenalpasti siapakah pegawai penyiasat kes anda.
Ada perlu mendapatkan perkara berikut sebelum berhubung dengan pihak insuran:
a. Salinan laporan anda yang disahkan
b. Salinan laporan pihak ketiga yang disahkan
c. Rajah tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
d. Kunci penanda tempat kejadian yang disahkan oleh pegawai penyiasat
e. Laporan kes yang disahkan oleh pegawai penyiasat
f. Gambar kenderaan anda yang disahkan
Proses memdapatkan segala dokumen di atas agak merumitkan sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan ie: Hulu Tembeling.
Adalah disarankan anda sentiasa menghubungi pegawai penyiasat bagi mengetahui situasi dokumen yang diperlukan tetapi jangan sampai mendesak dan memberitahu apa yang perlu mereka lakukan.
Di sini pentingnya diplomasi dan yang penting, anda berjaya mendapatkan apa yang anda perlukan *gelak penoh makna*
4. Prosedur membuat tuntutan
Setelah memperoleh segala dokumen yang diperlukan, anda boleh membawa kenderaan anda di mana-mana bengkel yang boleh membuat tuntutan insuran dan mempunyai kelengkapan membaiki, mengimpal dan mengecat di satu tempat.
Jika anda membuat tuntutan atas insuran anda sendiri, maka anda mempunyai tempoh selama 2 tahun untuk berbuat demikian dan 5 tahun sekiranya membabitkan pihak ketiga.
Pihak bengkel akan membuat tuntutan kepada pihak anda dan pihak insuran anda pula akan membuat tuntutan kepada pihak insuran ketiga. Pastikan tidak ada barangan berharga (duit syiling, kad Touch & Go, CD etc) ditinggalkan di dalam kereta anda.
Juga jangan sekali-kali tinggalkan Central Lock anda bersama kunci. Tinggalkan hanya kunci kenderaan dalam bentuk manual.
Pastikan juga anda bertanya apakah barangan yang perlu diganti dan tandatangani borang perakuan sebelum anda meninggalkan kereta.
Seperti juga dengan pihak polis, anda juga memerlukan diplomasi & hubungan baik dengan pihak bengkel bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Hubungi mereka selalu (tapi jangan kerap!) bagi mengetahui situasi kenderaan anda.
5. Mengambil kenderaan
Pastikan anda memeriksa kenderaan terlebih dahulu sebelum menandatangani apa-apa dokumen pelepasan. Bertanyalah dengan mekanik sekiranya anda tidak pasti, itu hak anda.
Pihak bengkel juga akan menguruskan tuntutan hilang upaya kenderaan sementara (bergantung kepada cc kenderaan anda).
Pastikan anda menguji kenderaan anda terlebih dahulu sebelum membawanya pulang

Tuesday, July 20, 2010

Bahaya ROKOK

Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan berdampak tidak baik bagi kesehatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanker atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sulit sekali untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang beresiko menyebabkan penyakit jantung, 25 persen dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok
cid:image003.jpg@01CB2412.57CB1790

Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesehatan kita
rokok dapat menyebabkan Kanker pundi kencing,
Kanker perut,
Kanker usus dan rahim ,
Kanker mulut ,
Kanker Esofagus,
Kanker tekak,
Kanker pankrias,
Kanker payudara,
Kanker paru-paru,
Penyakit saluran pernafasan kronik
Strok,
pengkroposan tulang atau yang dikenal dengan
osteoporosis
Penyakit jantung,
Kemandulan,
Putus haid awal,
Melahirkan bayi yang cacat
Keguguran bayi,
Bronkitis,
Batuk,
Penyakit ulser peptik,
Emfisima,
Otot lemah,
Penyakit gusi,
Kerusakan mata
Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi perokok aktif, apa itu perokok aktif ? perokok aktif adalah orang yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut orang yang sedang merokok

cid:image004.jpg@01CB2412.57CB1790

Di bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif.
Meningkatkan risiko kanker paru-paru dan penyakit jantung
Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
Sakit atau pedih mata
Bersin dan batuk-batuk
Sakit kerongkong
Sakit kepala

zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah :
2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
3 kali lebih banyak tar
50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan

Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnya
Keguguran janin
Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Pendarahan dari uri (abruption
placenta)
Berat badan berkurang - 20 hingga 30%

Bahaya asap rokok terhadap bayi
Masalah dan penyakit pernafasan
Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan
Jangkitan telinga
Leukeamia
Kanker otak 22%
Cepat lelah
Sindrom kematian secara mendadak

baca juga artikel mengenai sejarah rokok
Categories: Kesehatan
Tags: Artikel Bahaya Rokok, Bahaya Rokok, Kandungan Rokok, Rokok, rokok bahaya


fakta menarik haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.



2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.



3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.



4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!



5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!



6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.

7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.



8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.



9) Tiram boleh bertukar jantina.



10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.



11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.



12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.



13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.



14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.



16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.



17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.



18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!



21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.



22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.



23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.



24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!



25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.



26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.



27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun



28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!



29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.



30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.



31) Buaya pula tidak boleh mengundur.



32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.



33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.



34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja.

Pelbagai Petua

Menghindari Penyakit




Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.



Menahan Nafas

Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.



Memulihkan Sakit Jantung

Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula.

Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.



Menghindarkan Sakit Jantung

Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari.



Menghilangkan Bisa-bisa Tulang

1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu.

2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu.

3. Ambil satu sudu cuka makan, tuangkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa.



Luka Bersalin

Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-

1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam,

gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.



2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.



3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.



4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.



5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.



Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-



1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari.



2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.



4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.



Telinga Dimasuki Air



Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air.



Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid



Cara untuk mengatasinya ialah :-

* Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.



* Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.



Memerahkan Bibir

1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.

2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.



Rawatan Anak Demam Panas

Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.



Demam Panas

Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.



Apabila Terkena Air Panas

Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi.

Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.



Bawang Putih Bunuh Kutu

Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu.



Bengkak Akibat Terjatuh

Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.



Batuk

Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini:



1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.



2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.



3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.



4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.



Sakit Angin

Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :-



1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali.



2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia

Memulihkan Tenaga Lelaki

1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.



2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.



Mengubati Sakit Mulut

Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.

* Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.

* Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.



* Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.



Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit

1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh.



2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit.



Cairkan Lendir di Tekak

Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak.



Daun Pucuk manis Ubat Pitam

Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan

paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali.



Daun Sirih Ubat Kembung Perut

Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi

.

Penawar Sakit Kepala

1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini :



o Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.

o Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.



2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.



3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.



4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.



5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.



Menambahkan Darah

Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah :

1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang.



2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus.



Mengurangkan Tekanan

Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja.



Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan



Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa.



Penawar Batu Karang

Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.



Anak-anak Demam Berlarutan



Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.



Elak Keracunan Udang atau Ketam

Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu.

Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda.



Mententeramkan Jiwa

Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi.



Gusi Berdarah

Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :

1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi.



2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam



Bibir Pecah Akibat Kepanasan

Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas.



Hentikan Muntah

Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum.



Hilangkan Rasa Pijar

1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang.



2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk.



Jadam Legakan Bengkak

Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman.



Tersusuk Duri

1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.



2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian

bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut.



Ruam

Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :-



1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas.



2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.



3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh.



Penawar Bisul

1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh



2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.



3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.



4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.



5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.



Mencantikkan Kulit Bayi

Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain.



Ketuat

1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah.



2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh.



Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih

1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih.



2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut.



Mengubat Kaki Terseliuh

Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa.



Kurangkan Bercakap

Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.



Kurangkan Panas Badan Anak

Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda.



Kurangkan Penyakit Darah Tinggi

1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat.



2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari.



3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu.



4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.



Mabuk Kenderaan

1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.



2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan.

Wednesday, July 14, 2010

HITLER : yang kita tidak tahu mengenainya

HITLER : yang kita tidak tahu mengenainya


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
___________________________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds


Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Saturday, July 10, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN

TANDA-TANDA KEMATIAN

Soalan; Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan;

Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; "Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak". Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.

Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)

Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;

1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

2. Berpeluh di dahi

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))

Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)

Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).

3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).

(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).

Wallahu a'lam.

Monday, July 5, 2010

Masuk Islam tak boleh keluar???

Masuk Islam Tak Boleh Keluar,
Macam Kongsi Gelap ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
 



 
Kerap kali saya mendengar, membaca dan melihat tulisan yang mengelirukan berkenaan hukuman murtad. Saya pernah menulis sebuah artikel berkenaannya di web ini, namun mungkin akibat artikel itu bersifat ilmiah, dipenuhi dalil dan istilah-istilah arab, menyebabkan kurang ramai yang berminat atau mampu untuk memahaminya. Khususnya di kalangan pembaca awam atau layman.
Sekarang, timbul lagi persoalan seperti berikut :-
"Adakah Islam ini seperti MAFIA dan ahli kongsi gelap yang mana sekali orang telah memasukinya, ia tidak boleh keluar sama sekali. Hanya boleh keluar dalam keadaan mati ?"
Mereka berkata lagi:
" One would not realise the truth till one has dwell deeply into it and could not escape alive! As joining a mafia or Islam?"
Sudah tentu ada yang berkata demikian dengan niat jahat dan prejudis, namun tidak dinafikan ada juga yang termakan dengan persoalan itu lalu ingin mencari jawapan secara ikhlas atau sincere.
Mereka memerlukan jawapan logik ringkas serta mudah, tanpa istilah arab, nama kitab dan dalil panjang lebar. Mungkin terdapat sebahagian ulama yang telah menulis berkenaannya dengan logic, ringkas lagi mudah, namun tidak sampai ke pengetahuan kita. Jika ada sekalipun, teknik menjawab perlu dikemaskini dan diupdate sesuai dengan minda dan aqal manusia di zaman ini.
Jadi, bagaimana jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka? Menerusi tulisan ini, saya cuba untuk menyediakan sedikit panduan jawapan. Namun amat dialukan buah fikiran para ilmuan Syariah yang lain untuk menokok tambah bagi melahirkan sebuah respon terbaik buat yang bertanya. Semoga nanti, semua ilmuan yang belum berfikir mendalam tentangnya dapat memanfaatkan panduan jawapan kita ini.
POKOK PERSOALAN
Pertamanya, tentu umat Islam tidak bersetuju sama sekali untuk disamakan Islam dengan kumpulan MAFIA, sebuah kumpulan penjenayah dan kongsi gelap, malah seluruh pergerakannya juga dipenuhi rahsia. Maklumat berkaitan Islam tidak sama sekali rahsia. Justeru, perbandingan itu amat tidak adil, bersifat penghinaan dan amat tidak tepat kerana Islam bukan sebuah kumpulan penjahat dan pembunuh seperti kedua-dua kumpulan itu. Islam adalah sebuah agama yang suci, amat menyeru kepada kebaikan dan kemakmuran berteraskan panduan Pencipta alam semesta. Namun itu bukanlah yang ingin dibaca oleh yang bertanya dan bukan pula isu yang ingin saya ulaskan di sini, mungkin lain kali.
Keduanya, isu utama dalam pertanyaan atau pertikaian pada hemat saya ada dua iaitu :
 
Masuk Islam dan tidak boleh keluar
   
Nak faham sesuatu serta merasai kebenarannya dengan perinci, perlu masuk atau sertai dahulu, hanya selepas itu baru boleh mendapat keputusan, sama ada ia benar atau tidak. Tapi dalam hal Islam, tiada ruang itu kerana sekali masuk, tidak boleh keluar sama sekali, kecuali MATI.
 
NAK KAJI ISLAM KENA MASUK DULUKAH?
Saya ingin bertanya kembali terlebih dahulu, adakah kebenaran dan perincian berkenaan Islam sememangnya tidak boleh dikaji KECUALI setelah masuk Islam?
Jawapan ringkas saya : TIDAK !
Sesuatu kebenaran sebenarnya, khususnya kebenaran Islam masih boleh dikaji daripada luar dan dalamnya tanpa perlu menyertainya terlebih dahulu. Apa yang perlu adalah kajian berdisplin, keinginan mengkaji dan keikhlasan mendapatkan kebenaran.
Apa yang perlu dan mesti dikaji adalah fakta-fakta Islam yang sohih dan bukan melihat gelagat penganutnya serta menganggapnya sebagai sebahagian dari Islam. Kelemahan penganut tidak boleh sama sekali dibebankan ke atas sistem dan ajaran Islam.
Semua maklumat berkenaan Islam boleh didapati dengan mudah dari dua sumber asal Islam iaitu al-Quran dan Al-Hadis, jika sekiarnya terdapat kekeliruan untuk bermula dari mana, itu adalah masalah metodolgi si pengkaji dan bukan sesuatu yang timbul dari Islam.
Lihat sahaja berapa ramai professor dan sarjana barat yang mengkaji Islam, malah berkemungkinan jauh lebih hebat ilmu Islam berbanding umat Islam, seperti Prof. John L. Esposito dengan bukunya bertajuk "Islam, The Straight Path", Karen Armstrong dengan bukunya "Islam, a Short History", dan ‘Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives) dan ‘Muhammad: A Biography of the Prophet' dan ramai lagi penulis dan pengkaji termasuk sebahagiannya telah memeluk Islam seperti Dr. Gary Miller dan lain-lain.
Cuma adalah kurang tepat mengkaji Islam dari hasil penulisan sarjana bukan Islam semata-mata. Rujuklah buku dan rujukan yang ditulis oleh para sarjana Islam juga, kebanyakannya telah diterjemah ke bahasa Inggeris atau Melayu, Kesimpulannya, bagi orang bukan Islam, intipati dan kebenaran ajaran Islam amat boleh dikaji dari luar. Tiada benar alasan perlu untuk masuk terlebih dahulu.
Malah, jika inginkan lebih feel dalam setiap kajian khususnya melibatkan hal ehwal ibadah seperti ingin mengkaji serta melihat cara solat yang sebenar, selain dipelajari dari buku, pengkaji juga boleh melihat sendiri bagaimana tatacara dan displin solat masjid atau surau. Namun jangan pelik jika mendapati perbezaan fakta buku dengan amalan harian umat Islam, kerana terlalu amat ramai orang Islam  yang dilahirkan sebagai Islam tanpa ilmu, menyebabkan ibadah mereka turut dikerjakan tanpa ilmu yang tepat. Mereka ini kerap menjadi penghalang kepada kesucian dan kebenaran Islam. Moga dijauhi Allah SWT. 
Jika ingin mengkaji ibadah puasa, si pengkaji boleh cuba menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal mulut dan mata dari sebarang kejahatan. Untuk mengkaji berkenaan  ibadah Haji, tontonlah rancangan dokumentari lengkap National Geographic. Namun, kegagalan untuk pergi merasai sendiri ibadah haji bukanlah satu alasan masih belum dapat menyelami kebenaran Islam kerana ibadah Haji hanyalah satu kewajiban ke atas mereka yang berkemampuan. Ini bermakna masih ramai orang Islam tidak mengerjakan haji kerana kurang mampu, dan mereka masih tetap terus Islam.
MASUK DAN TIDAK BOLEH KELUAR ?
Isu pokok kedua adalah seperti di atas. Adakah benar dan apa alasan jika ia benar?
Sekali lagi diingatkan, saya tidak akan menyatakan apa-apa rujukan, dalil dan pendapat sarjana Islam dalam tulisan ini bagi mengelakkan sebarang redundansi. Walaupun begitu, sebahagian isi tulisan ini adalah hasil kesimpulan para sarjana Islam juga, manakala sebahagian yang lain adalah isu khilaf di kalangan ulama.
Maka dengan itu, berikut adalah ulasan dan kesimpulan ringkas saya:-
Sebagai pendahuluan, ibaratkan anda sedang ingin membuat keputusan untuk menjalankan sebuah bisnes atau menetap di luar negara, anda sedang memilih beberapa buah negara yang sesuai. Anda sememangnya bebas untuk memilih, namun sejurus anda memilih dan  telah menetap di sesebuah negara, anda TERPAKSA sama ada suka atau tidak untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang di negara tersebut.
Itu asas pertama yang perlu difahami, jika keadaan seperti di atas dirasakan logik dan  boleh diterima oleh minda dan aqal sihat, sepatutnya boleh juga menerima undang-undang  Islam  yang dikenakan ke atas penagnutnya, Islam ada undang-undangnya yang khusus buat mereka. Sebahagian dari undang-undang ini adalah MELARANG PENGANUTNYA UNTUK KELUAR MASUK Islam sewenang-wenangnya. Persoalan adakah mesti dibunuh jika keluar? baca selanjutnya tulisan ini untuk mengetahui.
Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa untuk masuk ke dalamnya, ia perlu dibuat secara sukarela dan kefahaman sendiri. Namun sejurus ia telah masuk ke dalam Islam, semua kewajiban SELAKU UMAT ISLAM, MESTI dilakukan tanpa culas. Jika culas, sebahagiannya membawa dosa di antara si pelaku dosa dengan Allah swt, pembalasannya adalah di akhirat. Sebahagian jenis dosa yang melibatkan manusia lain seperti membunuh, merompak, menyeksa, berzina dan lain-lain, hukumannya ada diperuntukan di dunia juga, tetapi ia hanya akan dijalankan setelah proses penghakiman yang adil dijalankan.
Nah, sekarang apa pula ulasan untuk tidak boleh keluar dari Islam setelah masuk ? . Ini dia :-
1.  Hal Agama Bukan Perkara Kecil
Larangan Islam untuk penganutnya keluar dari Islam memberikan indikasi kepada semua yang ingin menukar agamanya menganuti Islam bahawa sebarang keputusan di dalam bab agama bukanlah satu keputusan kecil seperti pembelian kereta dan rumah atau lain-lain barangan komoditi. Ia melibatkan satu hal yang amat penting.
Ini adalah nota awal yang ingin diberikan kepada mereka yang ingin menganut Islam, jika mesej ini difahami oleh orang bukan Islam, tatkala itu mesej dikira sudah sampai tetapi terdapat perinciannya dan ia bukan hanya satu fakta ringkas sebegitu sahaja.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang menganggap agama sebagai candu, permainan, barang murah seperti baju yang tidak perlukan fokus berlebihan semasa memilih, mereka dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum memasuki Islam. Itulah satu jenis pembelajaran Islam kepada seluruh bakal penganutnya hatta sebelum mereka menjadi Islam. Dengan demikian, kuranglah para ‘penganut agama secara main-main' yang berani untuk keluar masuk ke dalam agama Islam. Semua orang mungkin boleh sesuka hati keluar dan masuk Kristian, Hindu, Budhha tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian dengan Islam. Dengan undang-undang ini, Islam lebih terjaga.
 
2.  Sifat Islam Sebagai Agama Atas Asas Ilmu
Oleh kerana Islam adalah sebuah cara hidup atau agama yang amat mementingkan ilmu. Islam mengarahkan semua individu yang ingin mendekati atau menganuti Islam agar mendekatinya dengan ilmu dan kefahaman yang jitu, bukan dengan emosi dan kehendak semata-mata. Perlu dibezakan pemilihan agama dengan pemilihan sesuatu yang lain. Justeru keputusan memasukinya adalah beserta tanggngjawab kefahaman yang jitu tentang Islam itu sendiri.
 
3.  Menjaga Kesucian Dari Digugat
Kewujudan undang-undang larangan keluar Islam (murtad) juga amat relevan jika dilihat dari sudut logik demi survival dan kesucian sebagai sebuah agama. Dengan itu ia akan mengelakkan perancangan licik man-mana gerakan musuh Islam, yang merancang untuk menganut Islam dan kemudiannya keluar beramai-ramai dengan niat mencemar imej Islam.
Sebagai contoh logik, lihat apa yang dilakukan oleh George Soros kepada matawang Malaysia, dia membeli matawang Malaysia sebanyak-banyaknya dan kemudian menjualnya sekaligus, menyebabkan nilai matawang Malaysia jatuh teruk serta tergugat. Benar, agama tidak seperti matawang tetapi sesebuah agama yang boleh keluar masuk dengan mudah, tanpa displin dan undang-undang adalah bukan sebuah agama yang bernilai.
 
4.  Kaunseling Proses Penting
Bagi mereka yang benar-benar ingin keluar dari Islam bukan kerana dengki dan rancangan jahat terhadap Islam, mereka akan mendapat privilege untuk berbincang dengan ilmuan Islam yang berkelayakan, untuk benar-benar menyemak semula sebab-sebab yang mencetus keinginannya untuk keluar dari Islam. Ini adalah satu proses kaunseling yang dinamakan ‘istitab'. Tempohnya boleh mencecah 3 hari sehingga seumur hidup bergantung kepada keadaan dan keputusan pemerintah Islam dalam menilai seseuatu kes dan individu.
Namun tidak dinafikan berkemungkinan sewaktu tempoh kaunseling itu, individu itu telah pun keluar dari Islam, walaupun begitu tidak semestinya hukuman bunuh serta merta akan dilaksanakan, khususnya jika tiada sebarang kempen memburukan Islam. Sepanjang tempoh itu, kaunseling boleh terus berjalan. Usaha membawa dirinya untuk kembali yakin dengan Islam berterusan.
 
5.  Keluar Islam Secara ‘Senyap' & ‘Bising'
Bagi yang tetap pendirian walau apa juga jenis kaunseling yang diberi, pemerintah Islam  juga tidak akan mengambil tindakan ke atas mereka jika keluarnya mereka secara senyap sunyi tanpa kempen dan memperlecehkan Islam.
Hakikatnya  di Malaysia sudah amat ramai yang keluar dari Islam dengan cara ini. Adakah mereka dihukum bunuh!? Tidak !, ini disebabkan tiadanya pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan malah jika ada sekalipun, dia tetap tidak dihukum kerana ia berlaku di luar pengetahuan pemerintah. Hukuman tatkala itu hanya akan bermula di alam kuburnya sehingga akhirat.
Tindakan hukuman (dalam sesebuah Negara yang melaksanakan hukum Islam) hanya akan  pasti dilaksanakan berpunca dari tindakannya yang memperlecehkan  dan memburukkan Islam, tindakan ini sama seperti menyerang dan mengkhianati Islam dan seluruh penganutnya, itulah erti keluar Islam dengan 'bising'.
Malah jika mengikut logik sekalipun, dalam sesebuah negara maju dan rakyat  berpendidikan, sudah tentu semua kita dilarang untuk mengutuk sesama agama lain secara terang-terangan kerana ia tidak mendatangkan kecuali keburukan dan kebahayaan yang besar. Allah swt sendiri melarang mencerca sembahan-sembahan selain Allah yang dilakukan oleh penganut agama lain. (Rujuk Surah al-An'am : 108) 
Pun begitu, tentunya setiap hari dan waktu, akan sentiasa ada musuh-musuh dan pembenci Islam yang mencerca Islam dan Allah swt Islam secara tertutup, di rumah -rumah mereka, di sekolah mereka atau di dalam kelompok mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam kelompok Islam, mereka mencerca agama lain secara tertutup.
Itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan manusiawi. Ia turut berlaku di zaman nabi s.a.w, orang munafiq amat kerap mengutuk Nabi  dan Islam secara tertutup walaupun dipimpin oleh manusia yang sehebat nabi Muhammad s.a.w.
PENUTUP
Demikian sedikit ulasan yang mampu dan sempat saya berikan bagi sesiapa yang masih keliru berkenaan hal ini, KHSUSNYA di kalangan orang bukan Islam. Juga bagi mereka yang merasa Islam kurang toleran kerana boleh masuk dan tidak boleh keluar. Harapan saya ulasan ini akan dapat memberikan sedikit kejelasan. Para pembaca dialukan untuk memberikan lain-lain hujah minda, semoga ia dapat dimanfaatkan oleh saya, juga pembaca lain.  
Bagi pembaca Islam yang lebih cenderung mencari dalil dan rujukan serta istilah arab. Jika anda terfikir adakah isi kandungan tulisan saya ini mempunyai sandaran dalil dan hujjah para ulama Islam. Saya jawab ringkas, YA. Cuma tidak saya nyatakan untuk memudahkan. Sebahagian hujah dan dalil sila baca artikel saya berikut  dan satu lagi hasil penulisan penulis tamu ( Jawapan Kekeliruan Penentang Hukum Murtad )
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tips Mengenai Tayar Kereta

Cuba periksa tayar kereta kita, perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar terdapat satu penyambung. Sekiranya penyambung  itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, maka mulalah mengumpul  duit kerana tayar kita perlu di tukar dalam masa 3-4 bulan lagi. Apabila kita hendak membeli tayar terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil berat kerana ini melibatkan keselamatan.
1. Mula-mula pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Kalau wira 1.3, dan kita hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz  rim 14 inci. kerana jika kita menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan  kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan lebih sedikit.
2. Selepas mendapat saiz yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi  tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam kepermukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi, maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapati ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.

3. Tentang saiz tayar, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Biasanya seperti contoh ini 205/50 VR 16 maksudnya, tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan  tayar (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 % dari kelebaran 205 mm, dan untuk kegunaan rim bersaiz diameter 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar tersebut sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.

4. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana  yang kurang panas dan apabila digunakan diMalaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan.

5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
6. Jika kita perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama. Bunga mula menghaus. Sekiranya kadar kehabisan bunga di bahagian tepi kiri kanan tayar lebih cepat berbanding di bahagian tengah, ini bermaksud selama  tekanan tayar adalah kurang dari yang sepatutnya. Sekiranya bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan terlalu tinggi. Sekiranya haus di bahagian luar sahaja, tayar kita terlalu mencapah ke dalam dan jika haus bahgian dalam sahaja, tayar kita terlalu mancapah ke luar (alligment tayar perlu dibetulkan). Sekiranya bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka absorber kita perlu diganti.

Sunday, July 4, 2010

Amalan terpesong, tak mengikut cara betul sia-sia

Amalan terpesong, tak mengikut cara betul sia-sia walaupun dilakukan dengan penuh keikhlasan




BAGAIMANA perasaan jika amalan dilaksanakan dengan harapan mendapat keredaan Allah dan sebagai tabungan di akhirat ternyata `kosong' atau sia-sia, tidak tertulis sebagai amalan baik menghasilkan pahala.



Walaupun lisan mengatakan `aku ikhlas', ia tidak semudah ucapan kerana keikhlasan melakukan ibadat perlu meliputi semua aspek bukan hanya niat tetapi juga cara amalan itu dilaksanakan.

Menyedari hakikat itu, maka berusahalah untuk mengetahui kaedah beramal supaya amalan tidak sia-sia. Tidak ada detik yang berakhir dengan sia-sia atau penyesalan jika amalan dilakukan mengikut cara sebenarnya.

Amalan tidak lepas daripada dua perkara iaitu ikhlas yang menjadi roh amalan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amal itu tergantung dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu mendapatkan balasan sesuai dengan yang diniatkannya." (Muttafaqun'alaihi)



Kedua, amalan dilakukan sesuai dengan yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah, jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Ali Imran, ayat 31)



Jika niat dan cara yang betul tidak diikuti, amalan dilakukan tidak akan diterima. Inilah yang dikatakan amalan sia-sia dan paling malang, pelaku meyakini pahala diterima sedangkan hakikat adalah sebaliknya.



Firman Allah yang bermaksud: "Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabb-nya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Rabb-nya." (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Solat dilakukan mengikut rukun seperti ditunjukkan Rasulullah SAW tetapi diperkemaskan kerana ada orang yang melihat seperti melambatkan pergerakan supaya tidak nampak gopoh boleh menimbulkan pertanyaan sejauh mana solat itu ikhlas dilaksanakan kerana Allah.



Pada keadaan lain, ibadat dilakukan dengan ikhlas malangnya tidak mengikut kaedah ditetapkan juga menjadikan amalan dilakukan tidak mendatangkan pahala diharapkan. Oleh itu, niat ikhlas dan mengikut peraturan sebenar penting memastikan ibadat tidak sia-sia.



Ada beberapa cara untuk mewujudkan keikhlasan dalam beramal antaranya:



* Berdoa supaya setiap amalan ikhlas kerana Allah kerana manusia tidak lepas daripada perasaan riak, menunjuk-nunjuk dan suka dipuji. Khalifah Umar al-Khattab adalah sahabat Rasulullah SAW yang sudah dijanjikan syurga kepadanya pun masih berdoa supaya dirinya ikhlas dalam beramal.



Doa Umar: "Ya Allah jadikanlah amalku soleh semuanya dan jadikanlah ia ikhlas kerana-Mu dan janganlah Engkau jadikan untuk seseorang daripada amal itu sedikitpun."



* Kita juga digalakkan menyembunyikan amal seperti menyembunyikan keburukan. Bisyr Ibnul Harits berkata: "Jangan kau beramal supaya dikenang. Sembunyikanlah kebaikanmu seperti kamu menyembunyikan keburukkanmu."



* Memerhatikan amalan mereka yang lebih baik. Bacalah biografi sahabat, tabi'in serta orang terdahulu sebagai teladan dalam beramal supaya tidak bercanggah dengan syariat Islam.



* Memandang remeh apa yang diamalkan. Terkadang manusia terjebak godaan syaitan iaitu melakukan sedikit amal dan merasa kagum dengan amalan yang sedikit itu. Akibatnya adalah buruk kerana boleh terjadi satu amal kebaikan dapat memasukkan manusia ke neraka.



Sa'd bin Jubair pernah berkata: "Ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatan dilakukannya dan ada masuk neraka kerana kebaikan dilakukannya. Seseorang yang melakukan maksiat, setelah itu ia takut dan cemas terhadap seksa Allah kerana dosanya, kemudian menghadap Allah dan Allah mengampuninya kerana rasa takutnya kepada-Nya. Seseorang berbuat kebaikan lalu ia sentiasa mengaguminya kemudian ia menghadap Allah dengan sikapnya itu maka Allah pun mencampakkannya ke dalam neraka."



* Khuatir jika amalnya tidak diterima. Cara ini ada kaitan dengan cara sebelumnya iaitu lebih baik menganggap remeh amal yang diperbuat supaya dapat menjaga hati ini daripada rasa kagum terhadap amal itu.



* Tidak terpengaruh dengan ucapan orang. Orang yang mendapat taufik adalah mereka yang tidak terpengaruh dengan pujian. Ibnul Jauzy berkata: "Bersikap acuh terhadap orang lain serta menghapuskan pengaruh daripada hati mereka dengan tetap beramal soleh disertai niat ikhlas dengan berusaha untuk menutupinya adalah sebab utama yang mengangkat kedudukan orang yang mulia."



* Sentiasa ingat bahawa syurga dan neraka bukan milik manusia. Manusia tidak dapat memberikan manfaat mahupun menimpakan bencana kepada manusia. Begitu pula manusia bukanlah pemilik syurga mahupun neraka.



Manusia tidak boleh memasukkan manusia lain ke syurga dan mengeluarkan manusia lain keluar dari neraka. Lantas untuk apalagi beramal demi manusia kerana hanya kepada Allah tujuan semua amalan itu.



Ingatlah bahawa kita akan berada dalam kubur sendirian. Jiwa akan menjadi lebih baik apabila ingat kepada tempat kita kembali. Ketika itulah kita yakin bahawa tidak ada yang dapat menyelamatkan kecuali dengan mengikhlaskan seluruh amalan hanya kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Thursday, July 1, 2010

Kehendak syahwat, godaan iblis jadi cabaran bawa manusia ke ruang keinsafan

Kehendak syahwat, godaan iblis jadi cabaran bawa manusia ke ruang keinsafan

KEHIDUPAN manusia di dunia ciptaan Allah bersifat sementara. Nabi Muhammad pernah mengibaratkan bahawa hayat manusia di atas muka bumi ini seperti seorang pengembara. Apabila tiba masanya, dia diminta pulang bersama tujuan pengembaraan.

Abdullah bin Umar berkata, Rasulullah memegang bahuku seraya berkata: “Jadikanlah diri kamu di atas muka bumi ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu tunggu menjelang waktu pagi. Apabila kamu berada di waktu pagi, jangan kamu tunggu menjelang waktu petang. Gunakanlah peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa hidup untuk persediaan matimu.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Jelas, bekalan yang perlu dibawa ke negeri akhirat sebagai mana dikehendaki Allah bakal menentukan ke arah mana harus ditujui. Memilih syurga bererti memilih pengorbanan yang perlu dilakukan di dunia ini. Pengorbanan untuk mencari jiwa yang murni dengan menjadi insan yang sentiasa melaksanakan perintah Allah dan menghindari larangan-Nya. Dua cabaran utama harus dihadapi iaitu kehendak syahwat dan godaan iblis yang berjanji untuk mengheret sebanyak mungkin manusia ke dalam kelompoknya.

Firman Allah bermaksud: “Syaitan menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan menggalakkan kamu berbuat kejahatan sedangkan Allah menjanjikan untukmu keampunan daripada-Nya dan kurniaan. Dan Allah Maha Luas kurniaan lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 268)

Sebagai umat Islam, kita berpegang bahawa al-Mizan iaitu alat timbangan Allah mampu mengakses dan menimbang buku amalan catatan sama ada yang baik atau sebaliknya. Bergembiralah golongan yang menerima buku amalan dengan tangan kanan di hari akhirat kelak.

Umat Islam harus memahami segala tindakan, perbuatan, perkataan dan perwatakan peribadi adalah dikira ibadat jika diniatkan kepada Alah seperti firman bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah nescaya akan dilihatnya (dalam kitab amalnya).” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

Setiap amalan akan yang dicatatkan adalah bekalan untuk dibawa ke akhirat. Seorang penjual pasar malam yang menjalankan urus niaga dengan jujur dan mengutamakan keuntungan sederhana demi memenuhi keperluan pengguna pun turut dijanjikan pahala.

Seorang isteri mentaati perintah suami yang tidak bertentangan dengan syariat Islam serta melayan suami dengan baik, dijanjikan pahala dan keampunan Allah. Rasulullah bersabda bermaksud: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanya laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah hingga ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaannya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknat hingga ia pulang.” (Hadis riwayat Al Bazzar)

Begitu juga perbuatan membuang benda boleh membahayakan orang ramai yang lalu-lalang di jalan. Harga keselamatan orang yang melalui jalan itu walaupun perbuatannya dianggap remeh, sebenarnya mengundang keampunan Allah kepada pelakunya. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang lelaki melalui sebatang jalan dan ternampak ranting pokok yang berduri lalu dialihkannya ke tepi. Maka Allah melimpahkan kasihnya kepada lelaki itu dan diberikan keampunan ke atasnya.” (Sahih al-Bukhari)

Menyesali waktu yang lepas adalah perkara sia-sia. Justeru, menjadikan hari ini sebagai permulaan untuk membetulkan kesilapan lalu adalah jawapan yang mungkin membawa kita ke ruang keinsafan dan mengundang perubahan.

Imam Hassan al-Banna menyatakan dalam kitabnya Risalah at-Ta’lim: “Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada. Maka sepatutnya tidak ada satu saat dibiarkan berlalu tanpa kita menggunakannya dengan melakukan perkara berfaedah.”

Menghampiri taubat dengan rasa ikhlas akan membuahkan sinar baru dalam kehidupan. Sejahat-jahat manusia seandainya taubatnya diterima Allah, pasti darjatnya mampu mencapai di kedudukan yang tinggi. Seseorang yang taubatnya diterima Allah seperti bayi baru dilahirkan. Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Tahrim: 8)

Oleh itu, perbetulkan niat kerana Allah supaya bekalan yang dibawa di akhirat nanti dapat membantu saat ditanya Allah di hari akhirat apakah bekalan yang dibawa daripada pengembaraan di dunia ini. Firman Allah bermaksud: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu sia-sia saja? Dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?” (Surah al-Mukminun: 115)

Sementara tubuh badan masih sihat dan ajal belum tiba, lakukan tugas mencari sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke dunia akhirat serta pastikan bekalan itu mampu menjawab tujuan kita dilahirkan di dunia.

Renung-renungkan!

Sumber : Muhammad Abdullah @ Ab Shatar di http://www.bharian 18/05/2010

Tuesday, June 15, 2010

Potong kuku

 
Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul

Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar dalam attchement untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar dalam attachment untuk mudah memahami.)

Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku

Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: "Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat."


__._,_.___