Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Wednesday, January 30, 2013

Khasiat pisang

Inline image 1

7 PENAWAR

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/545461_167993296658398_513293798_n.jpg

 Senjata Dunia Yang Sangat Merbahaya (10 Gambar)

#Senjata diwujudkan hanya dengan satu tujuan iaitu MEMBUNUH, tapi tahukah anda dalam banyak-banyak senjata mana yang paling merbahaya? SARCASM!






Via - Blogsiot

Original Page: http://penpatah.blogspot.com/2013/01/wtf-senjata-dunia-yang-sangat-merbahaya.html

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH



http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551919_425941557443411_722499853_n.jpg
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Thursday, January 17, 2013


Bagaimana Senjata Terulung Dihasilkan




Kalashnikov adalah Senjata yang paling banyak digunakan oleh pasukan tentera dan pemisah sejak pertama kali dihasilkan. Ada banyak variasi Kalashnikov seperti AK-47, AK-74, AK- 202 dan banyak lagi.


Sebuah kilang yang dinamakan Izmish yang dibuka pada tahun 1941, dan berkeluasan berkeluasan 46 Hektar.


Kesemua senjata dipasang secara manual. Tidak seperti kilang yang lain menggunakan mesin. Sejak 60 tahun yang lalu, sebanyak 50 Juta pelbagai variasi Kalashnikov telah dihasilkan. 95 senjata berjaya disiapkan dalam masa sejam oleh pekerja menggunakan tangan.


hanya guna tukul saja




Gaji mereka kini 15 000 Ruble - USD 530

Alexander 21 tahun. Supervisor di kilang ini.



Untuk mengekalkan kilang ini, mereka mengeksport senjata mereka ke 27 buah negara. Buat masa ini India adalah pengimport yang terbanyak.

AK-47 yang ditempah Khas

Sebelum menjualnya, mereka menguji keberkesanan dan ketahanan senjata.

Ujian hujan

Ujian tahan tahap beku



Setelah melepasi ujian cuaca, senjata ini dihempaskan dengan batu konkrit untuk menguji kelasakannya.


Selepas semua ujian ketahanan dibuat, AK sedia dijual




__,_._,___

Sunday, January 13, 2013

Matahari mengelilingi Bumi?

Matahari mengelilingi Bumi?

Ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous)




Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:


"The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1

"He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7





Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.




Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)


Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.






Kenapa saya setuju?

-x~Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.

-x~Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.

-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.

-x~Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.

-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).


Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.


Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?


Oleh kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.

Saya sokong pihak gereja.


~~~
Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.







Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.


Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.

Tetapi, oleh kerana perkataan "si bodoh" itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu "saintis".


Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.



Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)


Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.


Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)


Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)


Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)


Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)


Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)


Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)


Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)


sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)




So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?

Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.

Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.





Di antara hujah beliau:

1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.

2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.

3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.

4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.

5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.

6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.

7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)

8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)

~~~~

Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah "matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.


Soalan budak tadika:

Pilih satu dialog yang logik:

a) "Bangunlah Man, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"
b) "Bangunlah Man, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"


Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.


P/s: Terserah kepada anda utk mempercayai atau tak, tetapi Al-Quran telah membuktikannya. Wallahua'lam.

Sanskrit


 

http://loloqxrules.blogspot.com/2011/07/sanskrit.html

Sejak akhir-akhir ini aku perhatikan agak ramai blogger yang tampil dengan hasil pemerhatian, penelitian dan menyelidik tentang asal bahasa Melayu yang banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit. Aku ucapkan syabas dan akan memberikan sokongan pada mereka. Sebab, kita perlukan golongan seperti ini untuk menyuburkan penerbitan literasi-literasi yang berguna sebagai bacaan.
Aku tak menafikan, banyak perkataan dan ungkapan dalam bahasa melayu yang kita amalkan pada hari ini boleh kita peroleh dalam suku kata sanskrit. Apakah itu bermakna kita meniru bahasa sanskrit ? Soalan yang sama ini pernah juga aku ajukan pada salah seorang kenalan aku yang memiliki Phd dalam sanskrit. Jawapan yang diberikan cukup mengujakan aku. Samada dia menjawab secara ilmiah atau sekadar berdiplomasikan dengan aku...tak aku ketahui.

Dengan nada rendah diri diri mengatakan: dia berpendapat kebanyakkan perkataan yang banyak digunakan dalam bahasa melayu yang membawa bunyi dan maksud yang seakan sama seperti bahasa sanskrit bukanlah bermaksud orang-orang melayu meniru atau terpengaruh dengan bahasa sanskirt. Tetapi, ini menunjukkan evolusi dan percambahan akar penggunaan bahasa sanskrit sebagai medium perantaraan dalam sesebuah sosio itu sendiri sudah melangkaui generasi dan peredaran masa. Hakikatnya, bahasa sanskrit bukanlah bahasa biasa yang dijadikan medium pertuturan seharian oleh individu-individu biasa. Harus ditekankan di sini bahawa, bahasa sanskrit adalah bahasa "rigveda" dalam agama Hindu kuno. Ianya hanya digunakan dalam memastikan segala kandungan dalam kitab-kitab veda hanya mampu ditafsirkan dan diamalkan oleh swami (sami) hindu yang berstatus brahmin SAHAJA. Jadi, dalam penyampaian ajaran hindu yang berkembang luas seawal kurun Masihi...tidak hairanlah kalau ada beberapa perkataan yang diaplikasikan dalam sesebuah bangsa tersebut akibat dari pengaruh pembawakan mubaligh hindu yang menyampaikan ajaran hindu berpandukan bahasa sanskrit yang difahaminya.

Aku tak ingat detail sejarah pengalih bahasaan sanskrit. Tapi, aku pernah terbaca dalam satu artikel lama di sini yang mengatakan bahawa...pada zaman era kedatangan Baritish (kalau tak silap aku kira-kira sekitar 1600an) ke India...dua orang sarjana Inggeris telah tertarik dengan manuskrip-manuskrip lama yang banyak terdapat di salah sebuah institusi pengajian sanskrit berhampiran dengan Sungai Ganges (berhampiran dengan Varanasi). Bila sarjana Inggeris ini berjumpa dengan ketua swami dengan tujuan untuk belajar bahasa sanskrit. Hasrat sarjana itu ditolak bulat-bulat oleh si ketua swami. Tak berpuas hati dengan tindakan pihak kuil, maka beliau berjumpa raja yang memerintah negeri di kawasan kuil tersebut dan juga dengan bantuan pengaruh penjajah Inggeris...mereka berjaya mempengaruhi dan mendesak si raja untuk mengarahkan pihak kuil tersebut mengajarkan kedua-dua mereka akan bahasa sanskrit.

Empat tahun si sarjana ini (ada yang mengatakan lebih dari tempoh itu) bertelaah mempelajari seluk beluk, tatabahasa, memperhalusi bahasa sanskrit...makanya, pada awal tahun 1700an- terterbitlah banyak buku-buku rujukan berkenaan sanskrit dalam bahasa Inggeris tersebar luas di dunia ilmuan.
Kejayaan mereka mengalih bahasa manuskrip sanskrit kuno ini telah membuka mata banyak pihak. Kerana, hasil kerja keras mereka...bukan sahaja manuskrip sanskrit hindu kuno yang telah berjaya mereka terjemahkan...malahan, banyak manuskrip dan buku lama berkenaan dengan puisi, cerita, ilmu perubatan, mantra, dan banyak lagi yang ditulis berjaya di alih bahasakan ke Inggeris.

Sehingga suatu ketika, terdapat pemberontakkan dikalangan pihak kuil dan swami hindu terhadap usaha-usaha terjemahan ini yang dikatakan telah melanggar kesucian agama hindu.

Bahasa sanskrit pada suatu masa dahulu adalah bahasa yang HANYA di fahami oleh kalangan swami hindu. Ia hanyalah bahasa penulisan dalam kitab-kita rujukan hindu mereka. Tidak juga bahasa sanskrit ini digunakan sebagai bahasa pertuturan. Aku ulang lagi sekali, ianya hanyalah bahasa penulisan...macam kodex lah...DAN, hanya swami-swami terpilih sahaja mampu menafsirkan maksud sebenar penulisan sanskrit. Orang lain, walaupun dia seorang MahaRaja pemerintah tempatan juga tidak mengetahui akan penggunaan sanskrit. Walaupun, ada kalangan berkasta tinggi setaraf dengan Brahmin...Tetapi, seandainya die tu bukannya tergolong dalam swami terpilih...makanya die tidak layak untuk mengetahui dan di ajar isi kandungan kitab-kitab yang ditulis dalam sanskrit.

Kerana, terlalu eksklusif dan kelebihan memahami kitab suci hindu inilah...golongan swami diangkat sebagai manusia yang agong dalam hirarki hindu. Kerana dikatakan mampu berkomunikasi dengan tuhan dalam bahasa yang hanya tuhan tuturkan.

Tetapi, zaman berubah mengikut peredaran masanya. Sanskrit sudah dianggap bahasa yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini. malahan di neger Uttarakhand, sanskrit diangkat menjadi bahasa rasmi negeri tersebut. Banyak terjemahan yang boleh didapati di sini. Aku cuba-cuba juga membaca...tapi, agak janggal sikit untuk dijadikan bahan bacaan aku. Sebab, terlalu tinggi sasteranya. Cukup senang buat mata aku mengantuk. Tak paham satu hal. Berbunga2...

Macam aku katakan, sanskrit bukan hanya terbatas dalam penulisan veda. Tetapi, sebenanrnya bahasa ini merupakan simbol kemegahan dalam dunia kasta Brahmin. Banyak elemen perubatan kuno khususnya menjadikan rujukan pada pakar-pakar ayurveda dan hemophaty di sini.

Apa yang menjadikan sanskrit unik ? Hampir kesemua swami dan kebanyakkan ilmuan bersetuju bahawa...manuskrip dan kitab kuno yang ditulis dalam bahasa sanskrit adalah literasi yang cukup lengkap berjaya dihasil seawal kurun sebelum masihi. malahan, mereka mengatakan ada antara manuskrip yang dihasil sezaman dengan era Firaun di Mesir (sekitar 1500 SM). Masih terpelihara, masih utuh untuk dijadikan sumber rujukan bacaan. Ini lah kelebihan masyarakat dahulu yang mengamalkan budaya berfikir dan mencatitkan hasil penemuan mereka untuk tatapan orang selepas mereka.

Bayangkan pula...kalau pada zaman era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kita masih memiliki simpanan manuskrip tulisan sarjana dan orang-orang Melayu di zaman tersebut. Aku pasti...banyak sejarah dan peristiwa yang berlaku pada hari ini dapat kita elakkan...

Apa yang mampu aku konsikan akan aku kongsikan lagi nanti...
__._,_.___

Kita didampingi Jin Kafir dan Malaikat

Kita didampingi Jin Kafir dan Malaikat


Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah berkata dalam "Al-Inqadz":

Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Kafir Dari Kalangan Jin Yang Selalu Bersamanya

Termasuk perkara yang wajib diketahui oleh kaum muslimin baik lelakinya ataupun wanitanya, bahawa Allah menguji mereka dengan adanya pengaruh pendamping dari kalangan jin. Maka tidak ada seorang muslimpun kecuali dia memiliki pendamping yang kafir dari kalangan jin. Imam Muslim meriwayatkan no. 2814 dari hadits Abdullah bin Mas'ud berkata: Rasulullah bersabda,

ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يا رسول الله, قال: وإياى إلا أن الله أعاننى عليه فأسلم فلا يأمرنى إلا بخير

"Tidaklah seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari kalangan jin." Mereka berkata: "Engkau juga wahai Rasulullah?" Beliau bersabda: "Dan juga aku, hanya saja Allah telah menolongku atasnya dan pendampingku itu masuk islam sehingga tidaklah memerintahkan kepadaku kecuali dengan kebaikan. "
Yang dimaksudkan pendamping di sini adalah yang terus-menerus bersamanya. Pendamping dari kalangan jin ini terus-menerus menyertai seorang muslim untuk menyesatkan dan menyimpangkannya. Dia menggunakan segala cara yang dia mampu dengannya untuk menyesatkan dan mengeluarkan kita dari islam. Bahkan pendamping dari jin ini membantu rakan-rakannya dari syaitan untuk menguasai kita. Betapa banyak dia telah memberi jalan pada syaitan, betapa banyak bantuannya kepada syaitan untuk mewujudkan keinginan mereka berupa penimpaan kepada kita perkara kejelekan dan ujian. Bahkan dia berkomplot dengan syaitan dari kalangan manusia mulai dari tukang sihir dan selain mereka untuk menambah gencar pemusnahan agama kaum muslimin dan dunia mereka.

Tidakkah engkau khuatir atas dirimu wahai hamba Allah dari musuh ini, tidakkah engkau bersiap untuk memeranginya dengan senjata syari'at sebelum dia menyerang dengan pelbagai serangan dan mendatangkan kepadamu segala kehancuran?

Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Dari Malaikat Yang Mengilhamkan Pada Kebaikan

Merupakan rahmat Allah kepada kaaum muslimin adalah Allah menjadikan bagi mereka pendamping dari malaikat yang menyeru ada kalbu mereka berbagai kebaikan dan sebab-sebab kebaikan.

Diriwayatkan oleh Muslim no. 2814 dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda,

ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن

"Tidaklah seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari kalangan jin."

Dan dari hadits Abdullah bin Mas'ud juga, beliau bersabda,

إن للملك لمة وللشيطان لمة, فلمة الملك إيعاد بالخير وتصديق بالحق

"Sesungguhnya malaikat mempunyai bisikan dan syaitan juga mempunyai bisikan, maka bisikan malaikat menjajikan kebaikan dan membenarkan al-haq."

Diriwayatkan oleh Abdur Razaq dalam At-Tafsir (1/109) dan Ibnu Jarir dalam "At-Tafsir" (3/88) dan sanadnya sahih mauquf pada Ibnu Mas'ud dan riwayat tersebut mempunyai hukum marfu '. Dan telah diriwayatkan dengan sanad yang marfu 'oleh At-Tirmidzy dalam "Jami'" nya no. 2988, Abu Ya'la no. 4999 dan Ibnu Hibban akan tetapi riwayat tersebut lemah, kerana orang menjadikannya marfu 'adalah' Ata 'bin As-Sa'ib dan dia rawi yang tercampur hafalannya, dan rawi yang meriwayatkan darinya adalah Abul Ahwash, dan Abul Ahwash meriwayatkan dari' Atha 'selepas terjadinya tercampur hafalannya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam "Majmu 'Al-Fatawa" (4/34) yang berkaitan dengan bisikan yang telah disebutkan: "Maka prinsip ilmu yang benar dan keinginan yang soleh adalah bisikan malaikat".

Maka semangatlah wahai kaum muslimin untuk tidak menerima semua perkara yang terbetik dalam kalbumu kecuali perkara yang berupa kebaikan, maka jika datang was-was kejelekan jauhilah!!

Subhaanallah, keajaiban air mata manusia

Subhaanallah, keajaiban air mata manusia

Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi siapa bilang orang yang menangis terus air matanya kering? justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Kelamaan menangis memang membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
 
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
 
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus baktiria-baktiria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
 
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bleh menurunkan tingkat emosii kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
 
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
 
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
 
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun pada azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
 
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’

 

‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’

Oleh Ustaz Zaman

2012/02/04

MUHAMMAD SAW adalah seorang insan terpilih daripada kalangan Bani Hashim untuk menyampaikan risalah rabbaniah kepada umat manusia. Dilahirkan daripada sulbi Abdullah dan Aminah di kota suci Makkah ketika perhambaan kepada manusia semakin memuncak.
Tiada nas sahih dan nyata bagi ulama dan hadis bahawa Baginda SAW adalah makhluk yang mula-mula dicipta di muka bumi ini. Ada pendapat yang menyatakan ciptaan terawal adalah qalam. Ada yang menyatakan ciptaan terawal adalah akal.

Namun, daripada riwayat kelahiran Baginda SAW menyebut bahawa Allah SWT menciptakan secebis daripada nur-Nya dan berkata: ‘Jadikanlah kamu sebagai Muhammad’, dan itulah ciptaan terawal yang mana kerana Baginda, Allah mencipta langit dan bumi sehingga ada yang berselawat ‘Selawat dan salam buatmu (Muhammad SAW) wahai orang yang mula-mula diciptakan’.

Bagaimanapun dalil di atas tidak dapat dijadikan hujah kuat menurut ahli hadis di atas perkara demikian kerana pujian daripada Allah SWT untuk Baginda SAW di dalam al-Quran adalah ciri-ciri kelebihan yang ada padanya melalui firman-Nya: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai pekerti tinggi dan mulia.” (Surah Al-Qalam ayat 4).

Apa yang jelas di sini, Baginda adalah manusia biasa yang dipilih untuk menyampaikan risalah Tuhan-Nya. Banyak bukti menerusi firman Allah SWT yang mengangkat martabat Nabi Muhammad SAW antaranya, “Katakanlah (wahai Muhammad)
bahawa aku adalah manusia seperti kamu yang menerima wahyu.” (Surah al-Kahfi ayat 110). “Katakanlah maha suci Tuhan bahawa aku adalah manusia biasa.” (Surah al-Isra’ ayat 93).
Baginda juga menghadapi kematian dan soalan Malaikat. Firman Allah SWT: “Dan ingatlah tatkala Allah SWT mengumpulkan semua rasul, lalu ditanyakan mengenai jawapan kaum mereka terhadap seruan Allah SWT. Rasul menjawab sesungguhnya Engkaulah Allah yang maha mengetahui.” (Surah al-Maidah ayat 109).

“Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati seperti mereka juga).” (Surah az-Zumar ayat 30).

Ia menunjukkan bahawa Baginda SAW adalah ciptaan yang sama seperti manusia lain dari pandangan lahiriah dan mata kasar (maddah). Tetapi pada pandangan kenabian dan risalah, Baginda adalah cahaya penyuluh kepada hakikat dan kebenaran.

Firman Allah SWT: “Dan kamu (Muhammad) sebagai penyeru kepada agama Allah dengan izinnya dan sebagai cahaya yang menerangi.” (Surah al-Ahzab ayat 46).

Allah turut menyeru ahli kitab dengan sabdanya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu sekalian cahaya (Muhammad) dan kitab yang memberi penjelasan.” (Surah al-Maidah ayat 15).
Baginda juga digambarkan sebagai cahaya dan banyak riwayat menyebut mengenai cahaya yang terpancar pada wajah Baginda SAW ketika berhadapan dengan sahabat RA. Baginda pernah berdoa: ‘Ya Allah, jadikanlah lubuk hatiku, pandanganku, pendengaranku, tulang dan dagingku, rambut serta di kiri dan kananku sebagai cahaya bersinar’. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas).
Alangkah baiknya doa ini diamalkan umat Islam bagi menggantikan amalan syirik yang dilakukan sesetengah pihak hanya semata-mata untuk memperlihatkan wajah yang cantik berseri.

Tidak kurang pula yang membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan itu. Mereka perlu disedarkan bahawa amalan syirik adalah satu dosa besar.

Pembaziran masa dan wang ringgit adalah satu sifat buruk yang dilarang agama.
Dari kesan fizikal yang ada pada Baginda SAW amatlah berbeza dari manusia biasa yang mana sahabat pernah mengambil keberkatan dari wuduk Baginda SAW serta menjadikan peluh Baginda sebagai wangi-wangian.

Najis yang ditinggalkan oleh Baginda ditelan bumi sehingga tidak dapat dikesan oleh sahabat. Rambut yang dicukur Baginda SAW juga disimpan oleh sahabat untuk mendapat keberkatan serta penawar untuk menyembuhkan penyakit.

Sempena menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah sama-sama kita hayati kehidupan Baginda SAW serta mencontohi dan mengamalkan segala apa yang ditinggalkan Baginda SAW.

Marilah kita mengambil jalan selamat supaya masyarakat tidak keliru dengan kenyataan yang dibuat mengenai diri Baginda SAW. Ulama yang berbeza pendapat boleh bertemu dan bermusyawarah sebelum apa-apa keputusan dibuat demi kesatuan masyarakat seluruhnya.

Firman Allah berksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku.”

Benarlah ungkapan Arab menyebut “Wahai Muhammad, kamu adalah manusia tetapi kamu bukan seperti manusia”.
__._,_.___

Beberapa Jenis Penyakit Jiwa

Beberapa Jenis Penyakit Jiwa


Stress
Stres adalah suatu keadaan atau keadaan tubuh yang terganggu kerana tekanan psikologi. Biasanya stres dikaitkan bukan kerana penyakit fizikal tetapi lebih mengenai kejiwaan. Akan tetapi kerana pengaruh stres tersebut maka penyakit fizikal boleh muncul akibat lemahnya dan rendahnya daya tahan tubuh pada saat tersebut.

Banyak perkara yang boleh mencetuskan stres muncul seperti rasa bimbang, perasaan kesal, kecapekan, kecewa, perasaan tertekan, kesedihan, pekerjaan yang berlebihan, Pre Menstrual Syndrome (PMS), terlalu fokus pada suatu hal, perasaan bingung, berduka cita dan juga rasa takut. Biasanya hal ini dapat diatasi dengan mengadakan perundingan kepada pakar psikiatri atau berehat total.
Neurosis
Neurosis, sering disebut juga psikoneurosis, adalah istilah umum yang merujuk kepada ketidakseimbangan mental yang menyebabkan stress, tapi tidak seperti psikosis atau kelainan keperibadian, neurosis tidak mempengaruhi pemikiran rasional. Konsep neurosis berkaitan dengan bidang psikoanalisis, suatu aliran pemikiran dalam psikologi atau psikiatri
Psikosis
Psikosis merupakan gangguan tilikan peribadi yang menyebabkan ketidakupayaan seseorang menilai realiti dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat realiti baru versi orang psikosis tersebut. Psikosis adalah suatu kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri yang lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10 (The International Statistical Classification of Diseases) atau menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan Diagnosis Gangguan Jiwa). Arti psikosis sebenarnya masih bersifat sempit dan bias yang bererti waham dan halusinasi, selain itu juga didapati gejala lain termasuk di antaranya perbualan dan tingkah laku yang kacau, dan gangguan daya nilai realiti yang berat. Oleh kerana itu psikosis dapat pula diertikan sebagai suatu kumpulan gejala / terdapatnya gangguan fungsi mental, respon perasaan, daya nilai realiti, komunikasi dan hubungan antara individu dengan persekitarannya.
Syndrom
Sindrom, dalam ilmu perubatan dan psikologi, adalah kumpulan dari beberapa ciri-ciri klinikal, tanda-tanda, simtoma, fenomena, atau watak yang sering muncul bersamaan. Kumpulan ini dapat meyakinkan doktor dalam menegakkan diagnosa.
Istilah sindrom boleh digunakan hanya untuk menggambarkan pelbagai watak dan gejala, bukan diagnosa. Namun kadang-kadang, beberapa sindrom dijadikan nama penyakit, seperti Sindrom Down.
Kata sindrom berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "berlari bersama", seperti yang terjadi pada kumpulan tanda tersebut. Istilah ini sering digunakan untuk merujuk kumpulan tanda klinik yang masih belum diketahui penyebab. Banyak sindrom yang dinamakan sesuai dengan doktor yang dianggap mencari tanda-tanda itu pertama kali. Selain itu boleh juga diambil dari nama lokasi, sejarah, dan lain-lain.
Sindrom dan keadaan berkaitan
Pyromania
Pyromania adalah sejenis mania di mana muncul dorongan kuat untuk sengaja mencetuskan api untuk meredakan ketegangan dan biasanya menimbulkan perasaan lega atau puas setelah melakukannya. Pesakit pyromania (atau biasa disebut pyromaniak) berbeza dengan para pembakar bangunan (arson), pyromaniak juga berbeza dengan mereka yang mencetuskan api akibat psikosis, demi kepentingan peribadi, kewangan, mahupun politik, atau sebagai tindakan balas dendam. Pyromaniak menyulut api demi merangsang euforia, dan sering kali tertarik pada hal-hal yang berkaitan dengan pengendalian api, seperti pemadam kebakaran.
Simtoma
Simtoma atau simtom dalam penyakit adalah cara untuk melakukan pengindikasian kewujudan sesuatu penyakit atau gangguan kesihatan yang tidak diingini dengan melalui gejala, tanda-tanda atau ciri-ciri penyakit yang dapat dirasakan seperti perasaan mual atau pusing, akan tetapi dalam hal ini tidak termasuk di dalam pengertian kerana halusinasi atau delusi, cara melakukan pengindikasian ini bertumpuk pada diri pelaku, bukan hasil daripada pemerhatian yang dilakukan berdasarkan pemeriksaan perubatan.
Penggunaan lain simtoma juga terdapat dalam politik di mana ertinya adalah melihat sebagai akar dari sesuatu permasalahan.
Psikopat secara harfiah bererti sakit jiwa. Psikopat berasal dari kata psyche yang bererti jiwa dan pathos yang bermaksud penyakit. Pengidapnya juga sering disebut sebagai sosiopat kerana perilakunya yang antisosial dan merugikan orang-orang terdekatnya.
Psikopat tak sama dengan gila (skizofrenia / psikosis) kerana seorang psikopat sedar sepenuhnya atas perbuatannya. Gejalanya sendiri sering disebut dengan psikopati, pengidapnya seringkali disebut orang gila tanpa gangguan mental. Menurut kajian sekitar 1% dari jumlah keseluruhan populasi dunia mengidap psikopati. Pengidap ini sukar dikesan kerana sebanyak 80% lebih banyak yang berkeliaran daripada yang mendekam di penjara atau di rumah sakit jiwa, pengidapnya juga sukar disembuhkan.
Seorang ahli psikopati dunia yang menjadi guru besar di Universiti British Columbia, Vancouver, Kanada bernama Robert D. Hare telah melakukan penyelidikan psikopat sekitar 25 tahun. Ia berpendapat bahawa seorang psikopat selalu membuat penyamaran yang rumit, memutar balik fakta, menebar fitnah, dan penipuan untuk mendapatkan kepuasan dan keuntungan dirinya sendiri.
Dalam kes jenayah, psikopat dikenali sebagai pembunuh, perogol, dan koruptor. Namun, ini hanyalah 15-20 peratus dari jumlah keseluruhan psikopat.Selebihnya adalah peribadi yang berpenampilan sempurna, pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan menyenangkan.
Psikopat mempunyai 20 ciri-ciri umum. Namun ciri-ciri ini diharapkan tidak membuat orang-orang mudah mengecap seseorang psikopat kerana diagnosis gejala ini memerlukan latihan ketat dan hak menggunakan pedoman penilaian formal, lagipula diperlukan wawancara mendalam dan pengamatan-pengamatan yang lain. Mengecap seseorang dengan psikopat dengan sembarangan berisiko buruk, dan sekurang-kurangnya membuat nama seseorang itu menjadi jelek.
Lima tahap mendiagnosis psikopat
1. Mencocokan keperibadian pesakit dengan 20 kriteria yang ditetapkan Prof. Hare. Pencocokkan ini dilakukan dengan cara mewawancara keluarga dan orang-orang terdekat pesakit, aduan mangsa, atau pengamatan prilaku pesakit dari masa ke masa.
2. Memeriksa kesihatan otak dan tubuh melalui imbasan menggunakan elektroensefalogram, MRI, dan pemeriksaan kesihatan secara lengkap. Hal ini dilakukan kerana menurut kajian gambar hasil PET (positron emission tomography) perbandingan orang normal, pembunuh spontan, dan pembunuh terancang berdarah sejuk menunjukkan perbezaan aktiviti otak di bahagian prefrontal cortex yang rendah. Bahagian otak lobus frontal dipercayai sebagai bahagian yang membentuk keperibadian.
3. Wawancara menggunakan kaedah DSM IV (The American Psychiatric Association Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder versi IV) yang dianggap berjaya untuk menentukan keperibadian antisosial.
4. Memperhatikan gejala keperibadian pesakit. Biasanya sejak usia pesakit 15 tahun mulai menunjukkan tanda-tanda gangguan kejiwaan.
5. Melakukan psikotes. Psikopat biasanya mempunyai IQ yang tinggi.
 Gejala-gejala psikopat
1. Sering berbohong, fasih dan dangkal. Psikopat seringkali pandai berjenaka dan pintar bicara, secara khas berusaha tampil dengan pengetahuan di bidang sosiologi, psikiatri, perubatan, psikologi, falsafah, puisi, sastera, dan lain-lain. Seringkali pandai mengarang cerita yang membuatnya positif, dan bila ketahuan berbohong mereka tak peduli dan akan menutupnya dengan mengarang kebohongan lain dan mengolahnya seakan-akan itu fakta.
2. Egosentris dan menganggap dirinya hebat.
3. Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah. Meski kadang psikopat mengakui perbuatannya namun ia sangat meremehkan atau menyangkal akibat tindakannya dan tidak mempunyai alasan untuk mengambil berat.
4. Senang melakukan pelanggaran dan bermasalah perilaku di masa kecil.
5. Sikap antisosial di usia dewasa.
6. Kurang empati. Bagi psikopat memotong kepala ayam dan memotong kepala orang, tidak ada bezanya.
7. Psikopat juga teguh dalam bertindak agresif, mencabar keberanian dan perkelahian, jam tidur lewat dan sering keluar rumah.
8. Impulsif dan sukar mengawal diri. Untuk psikopat tidak ada masa untuk menimbang baik-buruknya tindakan yang akan mereka lakukan dan mereka tidak peduli tentang apa yang telah diperbuatnya atau memikirkan tentang masa depan. Penghidap juga mudah terpicu amarahnya akan hal-hal kecil, mudah bertindak balas terhadap kekecewaan, kegagalan, kritik, dan mudah menyerang orang hanya kerana hal remeh.
9. Tidak mampu bertanggung jawab dan melakukan hal-hal demi kesenangan belaka.
10. Manipulatif dan curang. Psikopat juga sering menunjukkan emosi dramatik walaupun sebenarnya mereka tidak sungguh-sungguh. Mereka juga tidak mempunyai respon fisiologi yang secara normal dikaitkan dengan rasa takut seperti tangan berpeluh, jantung berdebar, mulut kering, tegang, gementar - bagi psikopat hal ini tidak berlaku. Kerana itu psikopat seringkali disebut dengan istilah "sejuk".
11. Hidup sebagai parasit kerana menggunakan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.
Skizofrenia
<br />Sepultura - Schizophrenia

Skizofrenia merupakan penyakit otak yang timbul akibat ketidakseimbangan pada dopamin, iaitu salah satu sel kimia dalam otak. Ia adalah gangguan jiwa psikotik paling lazim dengan ciri hilangnya perasaan afektif atau respons emosional dan menarik diri dari hubungan interpersonal normal. Sering kali diikuti dengan delusi (keyakinan yang salah) dan halusinasi (persepsi tanpa ada rangsang pancaindra).
Pada pesakit-pesakit, didapati penurunan kadar transtiretin atau pre-albumin yang merupakan pengusung hormon tiroksin, yang menyebabkan permasalahan pada bendalir cerebrospinal.
Skizofrenia boleh mengenai siapa saja. Data American Psychiatric Association (APA) tahun 1995 menyebutkan 1% populasi penduduk dunia menderita skizofrenia.
75% Pesakit skizofrenia mulai menghidapinya pada usia 16-25 tahun. Usia remaja dan dewasa muda memang berisiko tinggi kerana tahap kehidupan ini penuh stresor. Keadaan pesakit sering terlambat disedari keluarga dan persekitarannya kerana dianggap sebagai bahagian dari tahap penyesuaian diri.
Pengenalan dan campur tangan awal berupa ubat dan psikososial sangat penting kerana semakin lama ia tidak dirawat, kemungkinan kambuh semakin sering dan pertahanan terhadap usaha terapi semakin kuat. Seseorang yang mengalami gejala skizofrenia sebaiknya segera dibawa ke pakar psikiatri dan psikologi.
Gejala
Penunjuk premorbid (pra-sakit) pre-skizofrenia antara lain ketidakmampuan seseorang mengekspresikan emosi: wajah sejuk, jarang tersenyum, acuh tak acuh. Penyimpangan komunikasi: pesakit sukar melakukan perbincangan terarah, kadang menyimpang (tanjential) atau berputar-putar (sirkumstantial). Gangguan atensi: pesakit tidak mampu memberi tumpuan, mengekalkan, atau memindahkan atensi. Gangguan perilaku: menjadi pemalu, tertutup, menarik diri secara sosial, tidak dapat menikmati rasa senang, mencabar tanpa alasan jelas, mengganggu dan tak disiplin.
Gejala-gejala skizofrenia pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua kelas:
1. Gejala-gejala Positif
Termasuk halusinasi, delusi, gangguan pemikiran (kognitif). Gejala-gejala ini disebut positif kerana merupakan manifestasi jelas yang dapat diamati oleh orang lain. 
2. Gejala-gejala Negatif
Gejala-gejala yang dimaksudkan disebut negatif kerana merupakan kehilangan dari ciri khas atau fungsi normal seseorang. Termasuk kurang atau tidak mampu menampakkan / mengekspresikan emosi pada wajah dan perilaku, kurangnya dorongan untuk melakukan aktiviti, tidak dapat menikmati kegiatan-kegiatan yang disenangi dan kurangnya kemampuan bicara (alogia).
Meski bayi dan anak-anak kecil boleh menderita skizofrenia atau penyakit psikotik yang lain, kewujudan skizofrenia pada kumpulan ini sangat sukar dibezakan dengan gangguan kejiwaan seperti autisme, sindrom Asperger atau ADHD atau gangguan perilaku dan gangguan tekanan post-traumatik. Oleh sebab itu diagnosa penyakit psikotik atau skizofrenia pada anak-anak kecil harus dilakukan dengan sangat berhati-hati oleh pakar psikiatri atau psikologi yang bersangkutan.
Pada remaja perlu diperhatikan keperibadian pra-sakit yang merupakan faktor ciri-ciri skizofrenia, iaitu gangguan personaliti paranoid atau kecurigaan berlebihan, menganggap semua orang sebagai musuh. Gangguan keperibadian skizoid iaitu emosi dingin, kurang mampu bersikap hangat dan ramah pada orang lain serta selalu menyendiri. Pada gangguan skizotipal orang mempunyai perilaku atau paparan diri aneh dan ganjil, afek sempit, percaya hal-hal aneh, fikiran magis yang berpengaruh dalam perilakunya, persepsi pancaindera yang tidak biasa, fikiran obsesif tak terkawal, fikiran yang samar-samar, penuh kiasan, sangat terperinci dan rumit atau stereotipik yang termanifestasi dalam perbincangan yang aneh dan inkoheren.
Tidak semua orang yang mempunyai penunjuk premorbid pasti berkembang menjadi skizofrenia. Banyak faktor lain yang berperanan untuk munculnya gejala skizofrenia, misalnya stresor persekitaran dan faktor genetik. Sebaliknya, mereka yang normal boleh saja menderita skizofrenia jika stresor psikososial terlalu berat sehingga tak mampu mengatasi. Beberapa jenis ubat-ubatan terlarang seperti ganja, halusinogen atau amfetamin (ekstasi) juga boleh menimbulkan gejala-gejala psikosis.
Pesakit skizofrenia memerlukan perhatian dan empati, namun keluarga perlu mengelakkan reaksi yang berlebihan seperti sikap terlalu mengkritik, terlalu memanjakan dan terlalu mengawal yang justru boleh menyulitkan pemulihan. Rawatan terpenting dalam menyembuhkan pesakit skizofrenia adalah rawatan ubat-ubatan antipsikotik yang digabungkan dengan rawatan terapi psikologi.
Kesabaran dan perhatian yang tepat sangat diperlukan oleh pesakit skizofrenia. Keluarga perlu menyokong dan memberi motivasi kepada pesakit untuk sembuh. Kisah John Nash, doktor ilmu matematik dan pemenang hadiah Nobel 1994 yang mengilhamkan filem A Beautiful Mind, membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh sembuh dan tetap berprestasi.
Kleptomania
Kleptomania (bahasa Yunani: κλέπτειν, kleptein, "mencuri", μανία, "mania") adalah penyakit jiwa yang membuat pesakit tidak dapat menahan diri untuk mencuri. Benda-benda yang dicuri oleh pesakit kleptomania umumnya adalah barang-barang yang tidak berharga, seperti mencuri gula, gula-gula, sikat, atau barang-barang lain. Sang pesakit biasanya merasakan rasa tegang subjektif sebelum mencuri dan merasakan kelegaan atau kenikmatan setelah mereka melakukan tindakan mencuri tersebut. Tindakan ini harus dibezakan daripada tindakan mencuri biasa yang biasanya didorong oleh motivasi keuntungan dan telah dirancang sebelumnya.
Kemurungan
Penyakit ini umum muncul pada masa puber dan ada sampai dewasa. Pada beberapa kes, kleptomania dialami seumur hidup. Pesakit juga mungkin mempunyai kelainan jiwa yang lain, seperti kelainan emosi, Bulimia Nervosa, paranoid, Schizoid atau borderline personality disorder.Kleptomania boleh muncul setelah berlaku kecederaan otak traumatik dan keracunan karbon monoksida.
Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih dari suatu keadaan sedih, bila keadaan kemurungan seseorang hingga menyebabkan terganggunya aktiviti sosial sehari-harinya, maka hal itu disebut sebagai suatu Gangguan Kemurungan. Beberapa gejala Gangguan Kemurungan adalah perasaan sedih, rasa lelah yang berlebihan setelah aktiviti rutin yang biasa, hilang minat dan semangat, malas melakukan aktiviti, dan gangguan corak tidur. Kemurungan merupakan salah satu punca utama kejadian bunuh diri.
Penyebab suatu keadaan kemurungan termasuk:
* Faktor organobiologis kerana ketidakseimbangan neurotransmiter di otak terutama serotonin
* Faktor psikologi kerana tekanan beban psikologi, kesan pembelajaran perilaku terhadap suatu situasi sosial
* Faktor sosio-persekitaran misalnya kerana kehilangan pasangan hidup, kehilangan pekerjaan, paska bencana, kesan situasi kehidupan sehari-hari yang lain
Menurut Diagnostic and Statistical Manual IV - Text Revision (DSM IV-TR) (American Psychiatric Association, 2000), seseorang menderita gangguan kemurungan jika: A. Lima (atau lebih) gejala di bawah telah ada selama tempoh dua minggu dan merupakan perubahan dari keadaan biasa seseorang; sekurang-kurangnya salah satu gejala harus emosi kemurungan atau kehilangan minat atau kemampuan menikmati sesuatu.
1. Keadaan emosi kemurungan / tertekan sebahagian besar waktu dalam satu hari, hampir setiap hari, yang ditandai oleh laporan subjektif (misal: rasa sedih atau hampa) atau pemerhatian orang lain (misal: kelihatan seperti ingin menangis).
2. Kehilangan minat atau rasa nikmat terhadap semua, atau hampir semua kegiatan sebahagian besar waktu dalam satu hari, hampir setiap hari (ditandai oleh laporan subjektif atau pemerhatian orang lain)
3. Hilangnya berat badan yang ketara apabila tidak melakukan diet atau bertambahnya berat badan secara signifikan (misal: perubahan berat badan lebih dari 5% berat badan sebelum ini dalam satu bulan)
4. Insomnia atau hipersomnia hampir setiap hari
5. Kegelisahan atau kelambatan psikomotor hampir setiap hari (dapat diamati oleh orang lain, bukan hanya perasaan subjektif akan kegelisahan atau merasa lambat)
6. Perasaan lelah atau kehilangan kekuatan hampir setiap hari
7. Perasaan tidak berharga atau perasaan bersalah yang berlebihan atau tidak wajar (boleh merupakan delusi) hampir setiap hari
8. Berkurangnya keupayaan untuk berfikir atau menumpukan perhatian, atau sukar membuat keputusan, hampir setiap hari (ditandai oleh laporan subjektif atau pemerhatian orang lain)
9. Berulang-kali muncul fikiran akan kematian (bukan hanya takut mati), berulang-kali muncul fikiran untuk membunuh diri tanpa rencana yang jelas, atau usaha bunuh diri atau rencana yang khusus untuk menamatkan nyawa sendiri
Gejala-gejala tersebut juga harus menyebabkan gangguan jiwa yang cukup besar dan signifikan sehingga menyebabkan gangguan nyata dalam kehidupan sosial, pekerjaan atau kawasan penting dalam kehidupan seseorang.
Cara menangani kemurungan berbeza-beza sesuai dengan keadaan pesakit, namun biasanya merupakan gabungan dari farmakoterapi dan psikoterapi atau kaunseling. Sokongan dari orang-orang terdekat serta sokongan spiritual juga sangat membantu dalam penyembuhan.
WIKIPEDIA

Benarkah Besi Berasal Dari Langit?

Benarkah Besi Berasal Dari Langit?


Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3).
Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:
“…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…
Surah Al-Hadiid ayat 25
Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan “DITURUNKAN” ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.
Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan “BIG BANG”. Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah “SUATU YANG PADU”, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30
Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil “NEBULA”. Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu “MASIH MERUPAKAN ASAP”
Surah Al-Fushshiilat ayat 11
Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:
Teras Luar:
* kedalaman 2900 – 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 – 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu
Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 – 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 – 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu
Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.
Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.
Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. Wallahua’lam
Sumber: paapaada