Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ust ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

ustaz shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Sunday, December 27, 2009

40 tip mudah

Ingin berkongsi 40 tip mudah untuk mendapatkan kebahagian, ketenangan dan kedamaian.

KESIHATAN
 
   1 Minum banyak air; sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
 
   2  Bersarapan bagaikan seorang Raja, makan tengah hari seperti seorang
   Putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maskudnya, utamakan
   sarapan, berserdehana ketika  makan tengah hari dan makan sedikit ketika
   makan malam.
 
   3 Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan
   yang diproses.
 
   4 Hidup dengan prinsip 3E (energy, enthusiasm dan empthy)
 
   5 Peruntukan masa untuk bersolat.
 
   6 Lebihkan permainan yang membina minda.
 
   7 Banyak membaca (lebih banyak berbanding tahun lalu)
 
   8 Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari
 
   9 Ambil masa 10 sehingg 30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan
   anda tersenyum ketika berjalan.
 
   10 Tidur selama 7 jam.
 
PERSONALITI
 
   11 Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda sebenarnya tidak
   tahu mengenai kehidupan orang lain.
 
   12 Jangan buat anggapan negatif mengenai perkara yang berada di luar
   kawalan. Sebaliknya jana tenaga dalam kehidupan sekarang.
 
   13 Jangan melakukan sesuatu berlebih-lebihan; ketahui had anda.
 
   14 Jangan terlalu memberikan tekanan pada diri sendiri.
 
   15 Jangan bazirkan masa berharga anda untuk bergosip.
 
   16 Bina impian ketika anda sedang berjaga; maka anda akan berusaha untuk
   merealisasikannya.
 
   17 Cemburu adalah perbuatan buang masa. Sedarlah bahawa anda sudah ada
   apa yang anda perlukan.
 
   18 Lupakan kisah silam yang menyakitkan. Jangan ungkit kesilapan yang
   telah dilakukan oleh pasangan. Itu akan memusnahkan kebahagian anda
   sekarang.
 
   19 Hidup ini terlalu singkat untuk anda bazirkan dengan menyakitkan hati
   orang lain. Jadi jangan membenci sesiapapun.
 
   20 Berdamailah dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa
   sekarang anda.
 
   21 Tidak ada orang yang boleh menggugat kebahagian anda kecuali diri
   anda sendiri.
 
   22 Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah 'sekolah' untuk anda dan di sini
   anda harus belajar. Masalah adalah sebahagian daripada kurikulum
   pembelajaran yang akan datang dan pergi, tetapi proses pembelajarannya
   berlangsung sepanjang hayat.
 
   23 Banyakkan senyuman dan tertawa.
 
   24 Anda tidak perlu memenangi semua perdebatan. Bersetujulah untuk tidak
   bersetuju.
 
KOMUNITI
 
   25 Selalulah berhubungan dengan keluarga anda.
 
   26 Berikan sesuatu yang baik pada orang lain setiap hari.
 
   27 Maafkan semua orang di atas segala kesalahan.
   28 Luangkan masa bersama orang yang berusia lebih 70 tahun dan  yang
   berusia bawah enam tahun (ibu bapa, orang tua dan anak-anak yang masih
   kecil)
 
   29 Setiap hari cubalah untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang
   tersenyum.
 
   30 Apa yang orang lain fikirkan mengenai anda, itu bukan masalah anda.
 
   31 Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Sebaliknya
   keluarga dan rakan-rakan yang akan menjaga anda. Oleh itu, selalunya
   ingat mereka.
 
 
   HIDUP
 
   32 Lakukan perkara yang betul.
 
   33 Singkirkan semua yang tidak berguna, yang tidak cantik dan yang tidak
   mengembirakan.
 
   34 Ingatlah bahawa Allah akan menyembuhkan segala-galanya.
 
   35 Apa pun, sama ada perkara baik atau jahat ia akan berubah.
 
   36 Tidak kira apapun perasaan anda bagunlah, bersiap dan bersedia.
 
   37 Yakinlah perkara yang baik pasti akan datang.
 
   38 Apabila anda bangun pagi dan anda masih hidup, maka ungkapkanlah
   Alhamdullilah (bersyukur kepada Allah).
 
   39 Suara hati anda sentiasa inginkan kegembiraan, kebahagian dan
   kedamaian. Maka bergembiralah, carilah kebahagiaan dan ungkaplah
   kedamaian.
 
   40 Akhir sekali; Sampaikan kebaikan (termasuk tip yang anda perolehi
   ini) kepada orang yang anda sayang)
 
 

No comments:

Post a Comment