Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Sunday, December 20, 2009

Acheh Selepas Lima Tahun Tsunami

Oleh BILL TARRANT. Susunan NORUTUL ILHAM
Keadaan selepas dan sebelum kejadian Tsunami di Acheh
SEKALI pandang, kapal itu kelihatan seolah-olah merupakan sebahagian daripada bangunan yang memang ada di persikataran kampung di pinggir Banda Aceh walhal ia terdampar di situ berbatu-batu jauhnya dari kawasan pantai ekoran gempa bumi dahysat yang mencetuskan bencana tsunami paling buruk berlaku dalam pada zaman ini.
Beberapa pelancong kelihatan berlegar di sekitar kapal PLTD Apung I seberat 2,600 tan itu sambil mendengar penerangan daripada pemandu tempatan tentang bencana yang berlaku pada pagi Ahad 26 Disember 2004, apabila bumi bergegar selama hampir 10 minit.
Dalam kekalutan suasana dengan orang ramai lari bertempiran meninggalkan rumah mereka, ombak tinggi menggunung melepasi pokok kelapa yang mara sama pantas dengan kelajuan jet pejuang, menghancurkan kehidupan penduduk di penjuru barat pulau Sumatera ini dan kawasan sekitar Lautan Hindi, mengorbankan sekurang-kurangnya 226,000 nyawa.
Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell yang meninjau kawasan persekitara Banda Aceh dari udara pada Januari 2005, mengibaratkan bandar raya itu "seolah-olah dilanda serangan senjata nuklear. Hancur musnah segala-galanya".Sesungguhnya gempa berukuran 9.15 pada Skala Ritcher, iaitu yang kedua paling hebat pernah dicatatkan, adalah 1,500 kali lebih kuat jika dibandingkan dengan ledakan bom atom di Hiroshima.
Kali pertama penulis menjejakkan kaki di sini empat tahun lalu, kapal PLTD Apung I yang terdampar di situ itu kelihatan janggal di tengah-tengah kehancuran dan kemusnahan yang saujana mata memandang. Mangsa-mangsa yang selamat kelihatan berlonggok di dalam khemah-khemah yang diuruskan oleh badan-badan amal.
Sekarang, pemandangan dari bahagian atas dek kapal itu menunjukkan persekitaran baru yang tersusun rapi, dibina hasil bantuan kira-kira US$6.7 bilion yang mengalir masuk ke Aceh. Kanak-kanak bermain riang di atas buaian di Taman Pendidikan Tsunami yang terletak bersebelahan tapak kapal itu.
"Secara keseluruhannya, saya berpendapat kita berjaya membina semula tempat ini dengan lebih baik, dan saya rasa penduduk di sini lebih bersedia untuk menghadapi masa depan yang baik," kata bekas Presiden AS, Bill Clinton selaku wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk usaha pemulihan bencana tsunami ketika ditemubual di New York.
Sebuah muzium tsunami baru berbentuk sebuah kapal bernilai AS$7.2 juta akan dibuka pada minggu ini tidak berapa jauh dari tapak kapal PLTD Apung I.
Semua kesan saki-baki bencana gempa bumi mahupun tsunami tidak langsung kelihatan.
Dari segi luaran, memang jelas pembinaan semula Aceh tampak lebih baik, tetapi apa yang dilihat bukanlah keadaan sebenar.
Salawati adalah salah seorang mangsa terselamat yang kini memulakan kehidupan baru. Keadaannya boleh dikatakan lebih baik berbanding dahulu. Ketika wartawan Reuters pertama kali menemuinya beberapa hari selepas tsunami melanda, dia dan sanak-saudaranya tinggal di khemah-khemah yang dipacak di atas tapak rumah mereka yang musnah. Dua daripada tiga anaknya korban dalam bencana itu.
Anak lelaki tunggalnya yang masih hidup sering dihantui mimpi ngeri saban malam bahawa satu lagi gelombang besar akan melanda dan menghapuskan seluruh ahli keluarganya. Mujurlah igauan itu semakin berkurangan.
Program penempatan manusia PBB membina semula rumah-rumah mangsa. Agensi binaan Indonesia (BRR) membawa Salawati ke Jakarta untuk mengikuti latihan dalam industri makanan. Sekarang dia menghasilkan produk serunding ikan yang sangat digemari di sini.
"Serunding saya nombor satu di Aceh,'' katanya sambil menunjukkan sijil sebagai bukti. "Saya bercita-cita untuk mengeksport ke seluruh Indonesia dan luar negara."
Pun begitu, dia tidak begitu ghairah tentang rumahnya. Berukuran 36 meter persegi, rumah itu lebih kecil daripada rumahnya yang asal. Sebuah lagi rumah yang dibina di perkarangan rumahnya nampak goyah dan sebab itu salah seorang saudaranya yang sepatutnya enggan berpindah dan menyewa di tempat lain.
Perasaan ini dikongsi bersama oleh kebanyakan penduduk Aceh. Semua orang berasa kagum melihat jalan raya-jalan raya, pejabat-pejabat, sekolah-sekolah dan masjid-masjid yang baru dibina. Begitupun, tidak ramai yang suka dengan rumah-rumah mereka walaupun ia kelihatan cantik.
Maimun, yang tinggal di sebuah rumah dibina oleh sebuah badan amal tidak jauh dari tapak kapal PLTD Apung I memberikan penjelasannya. "Rumah saya boleh tahan, tetapi jika saya sendiri yang bina ia mungkin lebih baik daripada ini."
Kuntoro Mangkusubroto, ketua BRR yang menyelia usaha-usaha pemulihan Aceh bersetuju dengan sentimen itu. Beliau yang sangat dihormati dan dianggap sebagai "raja" pembaharuan di Pejabat Presiden Indonesia berkata, sekiranya berpeluang melakukannya semula, beliau akan meminta penduduk Aceh membantu membina rumah-rumah mereka sendiri.
"Apabila mereka tinggal di berek (tempat tinggal sementara), mereka dapat bantuan makanan, susu dan ubat secara percuma... tetapi bila mereka mendapat rumah, mereka bertanya 'kenapa saya harus bayar bil elektrik dan air'," katanya.
Pihak kerajaan mengambil pendekatan itu selepas gempa bumi yang dahsyat melanda Yogyakarta pada 2006. Penduduk yang kehilangan rumah dan harta benda diberi bantuan secara langsung serta maklumat mengenai piawaian yang dipatuhi untuk membina semula rumah mereka. Hasil kajian dijalankan mendapati ramai yang berpuas hati dengan cara itu walaupun mutu bangunan itu diragui.
Pasukan Palang Mereka Turki membina ratusan rumah yang kemas dan tersusun, lengkap dengan taman bunga kecil yang indah di bandar persisiran Lampuuk, di mana gelombang tsunami melanda paling jauh di pedalaman sehingga 7 kilometer dari pantai. Di lereng-lereng bukit yang curam terdapat tanda ombak setinggi 10 meter.
Bill Clinton dan bekas Presiden George H.W. Bush melawat bandar ini untuk membantu mengutip derma untuk pembangunan semula Lampuuk, di mana satu-satunya bangunan yang terselamat ialah Masjid Baiturrahim yang berusia 125 tahun.Pada hari ini, satu barisan lori sampah bergerak melalui jalan utama bandar ini yang diberi nama baru "Jalan Bill Clinton/George Bush", mengangkut bahan-bahan binaan untuk membina jalan-jalan baru di bandar itu yang mempunyai pejabat-pejabat baru, sebuah sekolah, klinik, kedai runcit dan kedai cenderamata.
Rumah-rumah di situ mempunyai tandas dan bekalan air paip. Masjid Baiturrahim sudahpun dibaik pulih dengan indah. Penduduknya kelihatan lebih makmur berbanding mereka yang tinggal di lain-lain tempat yang penulis kunjungi di Indonesia.
Walaupun sampah sarap dan kesan-kesan runtuhan sudah dibersihkan, kehancuran emosi masih kekal bagi sebilangan penduduk. Di sebuah kedai kopi tepi jalan, sekumpulan pemuda kelihatan kehilangan punca. Boleh dikatakan semuanya tidak mempunyai pekerjaan dan masih bujang.
Bencana tsunami telah mengorbankan lebih banyak bilangan wanita kerana tidak ramai yang tahu berenang, kalau ada pun sibuk memimpin tangan anak-anak mereka ketika melarikan diri daripada ombak yang melanda.
"No job. No women, no cry (Tiada pekerjaan. Tiada isteri/teman wanita, tiada tangisan)," kata Andi Rahman, 30. "Anda tahukan lagu nyanyi Bob Marley itu? Kumpulan-kumpulan pembantu bina rumah-rumah, dan kerajaan memberikan latihan pekerjaan, tetapi tiada siapa yang datang membawa teman wanita untuk membantu kami," katanya sambil tersenyum. - REUTERS
  
 



No comments:

Post a Comment