Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ust ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

ustaz shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, December 29, 2009

Manusia Tidak Memiliki Apa-Apa

BETULKAH manusia yang merasakan dia memiliki itu benar-benar ia
memiliki? Kerana adanya benda-benda yang ia miliki itu adalah melalui
usahanya. Kalau dia tidak memiliki, apa pula buktinya? Mari bersama-sama
saya untuk memecahkan persoalan-persoalan tersebut. Moga-moga diizinkan
ALLAH SWT sesuai dengan tajuk yang sedang kita perkatakan ini.

Kebiasaannya dalam kehidupan kita sehari-hari, manusia selalu
mengatakan, "Ini harta saya, ini kebun saya, ini estet saya, ini
kenderaan saya" dan lain-lain lagi. Yang mana semua yang disebut
tadi dikaitkan dengan dirinya. Menjadikan manusia-manusia tadi
orang-orang yang sombong, bermegah-megah, menunjuk- nunjuk, mempamerkan
kelebihan masing-masing. Sehingga sampai hati menghina orang-orang yang
tidak mempunyai apa-apa. Mereka yang tidak punyai apa-apa dianggap
rendah, hina, jijik, kurang dan memalukan. Juster-u itu dipertahankan
berhabis-habisan milik mereka itu hingga tidak dikorbankan ke jalan
ALLAH dan tidak digunakan untuk kepentingan masyarakat.

Sekalipun manusia itu pada lahimya ada usaha-usaha yang dibuat sampai ia
memiliki, dan memang usaha untuk mendapat hak milik itu dibenarkan oleh
ALLAH SWT selagi dia mengikut lunas syariat, atau dengan kata lain dia
mengambilnya secara halal, tapi milik manusia itu sebenamya hanya nisbi
(dibangsakan) semata-mata. Hakikatnya usaha lahir itulah yang menjadikan
faktor penyebab ia diizinkan ALLAH untuk memiliki, yang mana orang lain
tidak boleh mencerobohinya; seperti memiliki tanah, ladang, estet,
kilang, rumah, rumah sewa, kedai, kenderaan, binatang temak, emas perak,
intan berlian, Wang ringgit dan sebagainya. Dan pada hakikatnya
benda-benda itu bukan miliknya yang mutlak. Kenapa saya berkata begitu?
Ini adalah kerana semua itu barang ciptaan ALLAH yang diberi pinjam
kepada manusia buat hidup sementara di dunia yang akan binasa ini.

Sekali lagi ditegaskan, oleh kerana melalui usaha-usaha lahirlah
benda-benda tadi dinisbahkan kepada milik manusia, ALLAH tidak biarkan
begitu saja. ALLAH SWT datangkan pula peraturan tentang kebebasan
seseorang itu mempunyai hak milik masing-masing (walaupun bukan hak
milik mutlak). Sekaligus ALLAH tetapkan melalui undang-undang- Nya,
keselamatan manusia dan hak miliknya itu mesti dilindungi dan tidak
dicerobohi Tidak ada siapa yang boleh mengganggu gugat sesuka hati tanpa
izinnya. Jika berlaku juga pencerobohan, penceroboh boleh dihukum
mengikut peraturan-peraturan yang ditentukan oleh ALLAH.

Apa bukti yang saya katakan manusia ini tidak mempunyai atau memiliki
apa-apa? Buktinya, katalah benda-benda tadi, manusia rasakan atau
mengaku milik atau kepunyaannya yang mutlak kerana hasil usahanya
sendiri. Harta miliknya, Wang ringgit miliknya, ibadah yang banyak
miliknya dan semuanya adalah miliknya. Cuba kita tanyakan kepada manusia
itu:

1. Tangan yang mengusahakan sehingga dapat menghasilkan benda-benda
tersebut, siapakah yang ciptakan? Bukankah tangan itu ALLAH yang
ciptakan dan diberikan kepadanya?

2. Akal yang sentiasa berfikir sampai dapat menghasilkan ciptaan atau
rekaan-rekaan baru, moden lagi canggih itu, siapakah yang
menjadikan?Apakah akal serta daya fikir (IQ) manusia yang menghasilkan
berbagai-bagai kemajuan dan tamadun itu, manusia yang menciptanya?
Bukankah Tuhannya juga yang menciptakannya dan memberi pinjam kepadanya.

3. Tanah, kebun, ladang dan estet yang dikatakan miliknya itu, siapakah
yang mencipta dan menjadikan kepingan bumi itu? Bukankah ALLAH yang
menciptakan dan menjadikannya?

4. Rumah, rumah sewa, kilang dan segala bangunan yang dikatakan
miliknya, bahan rumah itu siapakah yang ciptakan? Kayu, batu, kapur dan
besi untuk buat rumah itu, apakah manusia yang menciptanya? atau ALLAH
yang menciptanya? Bukankah semuanya itu ALLAH yang menciptanya.

5. Kenderaan yang dikatakan miliknya itu seperti kapal terbang, kapal
laut, bas, kereta, motor dan lain-lain, siapa yang mencipta besi yang
menjadi bahan kenderaan itu? Manusiakah atau Tuhan yang menciptanya?
Otak manusia yang mereka kenderaan itu sampai terjadinya kenderaan
tersebut, bukankah Tuhan juga yang menciptakannya? Getah yang menjadi
sebahagian daripada bahan kenderaan itu, siapakah yang menciptakannya?
Tuhankah atau manusia?

6. Emas, perak, intan berlian yang diperebutkan oleh sesetengah orang
dan sangat dibangga-banggakan oleh kaum wanita itu, siapakah yang
menciptakan? Tuhankah atau manusia yang menjadikan bahan-bahan galian
itu? Bukankah semuanya itu , Tuhan yang menciptakannya?

Begitulah seterusnya, kalau kita bahaskan tentang benda-benda lain yang
dikatakan menjadi milik manusia itu, apakah manusia yang menciptakannya?
Atau Tuhan yang menciptakan? Tentulah setiap hati akan menjawab bahawa
ALLAH jua yang menjadikan semua isi langit dan bumi termasuk seluruh
makhluk. Dia-lah Pencipta yang mutlak. Sekaligus semua benda itu menjadi
milik-Nya dan hak-Nya. Bahkan usaha-usaha manusia itu pun tertakluk
kepada kuasa dan ciptaan ALLAH.

Kalaupun pada lahimya manusia itu mencipta atau membuat atau mereka
sesuatu, tetapi sebenamya mereka hanya menyusun-nyusun apa yang telah
sedia ada, iaitu bahan-bahan yang telah dijadikan oleh ALLAH SWT itu.

Apa kata kalau tidak ada bahan-bahan yang diciptakan oleh ALLAH itu,
bolehkah manusia membuat tanah sendiri? Bolehkah manusia membuat kayu
sendiri? Bolehkah manusia membuat besi sendiri? Bolehkah manusia buat
getah sendiri, intan berlian dan emas perak sendiri, dan lain-lain lagi?
Apakah semuanya itu manusia boleh membuatnya? Kalau bahan-bahan tadi
tidak diciptakan oleh ALLAH, . apakah manusia dapat membuat kereta?
dapat bangunkan rumah? dapat berfikir? dapat buat segala-galanya? Tentu
tidak.

Kalaulah tidak ada otak, tangan, kaki, telinga dan lain-lain yang ALLAH
ciptakan itu, apakah manusia mampu menyusun bahan-bahan tersebut?
Bolehkah bahan-bahan tersebut tersusun-susun dengan sendirinya jadi
kereta, kapal terbang, kapal, rumah, meja, paku, hinggalah ke
sekecil-kecil barang atau benda? Tanpa otak yang ALLAH jadikan, sudah
tentu manusia tidak boleh berbuat apa-apa.

Perlu juga diingatkan di sini tentang sesetengah orang yang merasakan
amal ibadah dan usahanya adalah miliknya. Sehingga menganggap dirinya
hebat beramal, banyak Tahajjud, banyak puasa, banyak naik haji, banyak
bersedekah, banyak menolong orang lain (melakukan khidmat masyarakat)
dan sebagainya. Selalu kita dengar sesetengah orang suka membual-bualkan
amal ibadah mereka dengan bangganya, seperti katanya, "Saya kuat
Tahajjud", "Saya puasa tiga bulan berturut-turut" , "Saya
sudah sepuluh kali naik haji", "Dia dapat hidup tu, saya yang
menanggungnya" , "Masjid ni sayalah yang bina" dan
bermacam-macam lagi hingga dia rasa ujub dan riyak.

Kadang-kadang sampai menghina-hina atau memperli-perli orang lain yang
tidak dapat berbuat seperti mereka. Kerana dia terasa lebih daripada
orang lain. Dia rasa bahawa seluruh amalan yang dia buat itu adalah
miliknya. Dia lupa amal ibadah itu adalah hadiah daripada ALLAH SWT.

Kalau begitu, mari kita tanya orang ini:

1. Anggota kepala, otak, badan, kaki dan tangan yang mengusahakan
sehingga dapat menghasilkan Tahajjud, haji, puasa yang baik dan banyak
itu, siapakah yang menciptakannya? Bukankah ALLAH yang menciptanya?
Anggota-anggota yang berdiri, rukuk, sujud, apakah milik dia atau milik
ALLAH? Mulut yang digunakan untuk berzikir itu, apakah dia yang mencipta
atau Tuhan yang menciptanya?

2. Detikan hati yang mendorong tangan untuk bersedekah, menolong orang
(melakukan khidmat masyarakat), siapa yang mengingatkan dan
mendorongnya? Dirinya atau Tuhan yang menciptakannya?

Tentulah hati menjawab ALLAH jua yang menjadikan semuanya. Sekaligus
milik-Nya. Kalaupun lahimya manusia mampu beramal banyak, beribadah
banyak, tapi itu semuanya adalah hidayah dan dorongan dari ALLAH, yang
tanpanya tentulah mereka tidak akan beramal dan beribadah.

Andaikata tidak ada anggota-anggota yang ALLAH ciptakan itu, bolehkah
dia bertahajjud, berpuasa, sedekah, buat khidmat masyarakat dan
sebagainya? Apakah semua anggota itu manusia boleh membuatnya? Kalaulah
anggota-anggota itu tidak ada, alangkah malangnya manusia ini. Tanpa
anggota-anggota itu manusia tidak boleh buat apa-apa. Bahkan tidak
bernilai dan berharga langsung.

Untuk hal-ha1 yang berkaitan dengan alam maknawiyah pula, manusia selalu
tersilap tafsir. Kerana merasakan itu juga adalah miliknya. Antara- nya
manusia merasakan:

1. Kedudukan, pangkat, jawatan dan kuasa adalah miliknya.
2. Cerdik, pintar, bijak, petah adalah miliknya.
3. Handal, kuat, gagah, bertenaga, sihat adalah miliknya.
4. Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya adalah miliknya.
5. Rajin, sabar, syukur, redha, pemaaf dan lain-lain lagi adalah
miliknya.

Bila itu semua dirasakan miliknya, maka disebut-sebutnya tentang
kelebihannya itu; sekurang-kurangnya terlintas di hati dengan katanya,
"Tak tahu ke aku ni orang yang berpangkat? Aku tangkap dan penjara
nanti", "Nampaknya tidak ada yang lebih cantik, lawa, cerdik, bijak
dari aku", dan bermacam-macam lagi kata-kata yang boleh membuat
orang tersinggung, marah, luka hati, benci serta meluat.

Sikap-sikap buruk atau perangai keji ini timbul daripada rasa ujub
(hairan dengan diri sendiri), rasa riyak, sombong, ego, besar diri,
iaitu nafsu jahat yang ada dalam din seseorang itu. Sehingga sanggup dia
memperkecil- kecilkan orang lain, menghina-hina, memperleceh- lecehkan,
memalukan dan menjatuhkan maruah orang di depan orang lain kerana dia
terasa lebih daripada orang lain. Dia terasa kelebihan-kelebihan itu
kepunyaannya.

Sekiranya ia dipuji orang dengan kelebihan-kelebihan yang ada padanya,
dia rasa bangga, hatinya berbunga, makin terasa dia seorang yang luar
biasa.

Kesimpulannya, dia merasa bahawa segala kelebihan yang ada padanya itu
adalah milik dan kepunyaannya. Dia lupa bahawa segala-galanya adalah
nikmat dan milik ALLAH dan dihadiahkan kepadanya. Patut dia terasa malu
dengan ALLAH dan bersyukur pada-Nya.

Benarkah hal-hal maknawiyah dan rohiyah yang ada pada manusia itu adalah
milik mutlaknya? Kalau begitu mari kita tanya mereka itu:

1. Kuasa, pangkat, jawatan, kedudukan yang ada padanya itu milik siapa?
Akal yang digunakan untuk berfikir sampai dia boleh mentadbir dan
menjawat jawatan dan kedudukan yang tinggi, siapakah yang
menciptakannya? Diakah atau Tuhan? Rohnya yang menggerakkan
anggota-anggotanya hingga jadi cukup bertenaga dan akhirnya mendorong
dia jadi berkuasa itu, siapakah yang menjadikannya? Dia atau Tuhankah
yang menjadikannya?

2. Kecerdikan, kepintaran, kepetahan yang dikatakan miliknya itu,
siapakah yang jadikan? ALLAH-kah atau dia yang menjadikan?

3. Handal, kuat, gagah, bertenaga dan sihat yang dikatakan miliknya itu,
siapakah yang menjadikannya? Tuhan atau diakah?

4. Berilmu, berpengalaman, peka, pakar, berjaya yang dikatakan miliknya
itu, siapakah yang menjadikan ilmu itu Tuhankah atau dia sendiri? Siapa
yang memberi ia umur panjang dan lama hidup? Tuhankah atau dia sendiri?
Sensitif dan perasa yang ada pada deria lidah, mata, telinga, hidung dan
kulit yang menjadikan ia peka itu siapakah yang menjadikannya? Diakah
atau Tuhan?

5 . Rajin, sabar, syukur, redha yang dirasakan miliknya itu,dari mana
datangnya tangan dan anggota yang rajin itu? Tuhankah atau dia? Dia
dapat bersabar, bersyukur dan redha itu, siapakah yang jadikan hatinya
itu? Tuhankah atau dia?

Hati setiap orang akan menjawab dengan sendirinya ALLAH-lah yang
menjadikannya. Jika ada pun pada lahirnya manusia itu cerdik, pintar,
bijak, petah, handal, kuat, gagah, bertenaga, sihat, berilmu,
berpengalaman, peka, pakar, berjaya, rajin, sabar, redha, syukur, pemaaf
dan lain-lain lagi, itu adalah nisbi atau nisbah atau dibangsakan
semata-mata. Sebenarnya ia tetap menggtmakan akal, ilmu, tenaga dan
lain-lain anggota maknawiyah yang telah sedia ALLAH jadikan.

Apakata seandainya ALLAH tidak berikan apa-apa kepadanya. ALLAH tidak
beri roh (nyawa), akal, ilmu, tenaga; sudah tentu tidak punya erti
apa-apa lagi. ALLAH tarik roh, ertinya manusia akan jadi mayat yang
tidak berguna lagi, bahkan menyusahkan orang yang hidup menguruskannya.
ALLAH tarik ilmu, manusia jadi bodoh; ALLAH tarik tenaga, manusia akan
lumpuh. ALLAH tarik deria mata, manusia jadi buta; ALLAH tarik deria
telinga, manusia jadi pekak. ALLAH tarik satu urat sahaja, manusia jadi
cacat. Begitulah seterusnya yang menunjukkan semua yang ada pada manusia
itu adalah milik ALLAH yang mutlak. Untuk orang-orang ini sudah pun
ALLAH ingatkan dengan amaran-amaran keras melalui fir-man-Nya:

Terjemahan: Dan Dia-lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi
dan Dia meninggikan kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk
mengujimu tentang apa yang diberikun-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu
amat cepat seksaan- Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (Al An'am 165)

ALLAH juga memberi warning kepada orang yang suka melahirkan apa yang
ada dalam hatinya. Firman-Nya:

Terjemahannya: Kepunyaan ALLAH-lah segala apa yang ada di langit dan di
bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu
menyembunyikunnya nescaya ALLAH akan membuat perhitungan dengan kamu
tentang perbuatanmu itu. Maka ALLAH mengampuni siapa yang dikehendaki-
Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki- Nya dan ALLAH Maha Kuasa atas
segala sesuatu. (Al Baqarah: 284)

Jadi nampaklah sekarang ini oleh mata lahir dan mata batin (hati) kita
bahawa segala yang lahir dan yang batin semuanya ciptaan ALLAH, bukan
ciptaan manusia. Ertinya ia hak milik ALLAH yang mutlak yang hanya
diberi pinjam kepada manusia mengikut ketentuan di azali lagi. Kemudian
ianya diagih-agih mengikut kehendak-kehendak- Nya sebagai amanah-Nya agar
dapat dijadikan alat oleh manusia untuk memudahkannya mengerjakan
perintah ALLAH SWT. Itulah tujuan sebenar nikmat-nikmat itu diberi oleh
ALLAH kepada manusia.

Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh mengambilnya balik dari manusia atau
boleh mengekalkannya. ALLAH beri benda-benda tersebut dan lain-lain lagi
dengan tujuan supaya semuanya itu digunakan kepada apa yang diredhai
oleh ALLAH sahaja. Kerana semua itu ciptaan-Nya dan kepunyaan-Nya. Kita
tidak boleh menggunakannya sesuka hati.

Oleh itu jelaslah bahawa bila manusia dikatakan memiliki itu dan ini,
ianya hanya merupakan nisbi (dibangsakan) semata-mata. Bukan secara
mutlak. Hakikat sebenamya manusia ini tidak punya apa-apa. Kerana pada
hakikamya barang itu bukan milik manusia, maka ia tidak boleh
menggunakannya sesuka hati, tapi tertakluk kepada kehendak-kehendak dan
peraturan-peraturan yang ALLAH telah tetapkan. Kalau manusia ini
menyalahgunakan barang kepunyaan ALLAH itu, sewaktu ALLAH menjemput
nanti mereka akan ditanya, cara mana ia mendapatkan barang-barang itu
dan ke mana ia digunakan.

Kalau begitulah hakikatnya, ertinya apa yang ada pada manusia ini adalah
pinjaman ALLAH. Mana boleh dibangga-banggakan dan mana boleh manusia
bermegah-megah dan sombong dengan benda-benda tersebut. Juga mana boleh
manusia menggunakannya sesuka hati tanpa mengikut peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH yang mencipta dan memiliki barang-barang itu.

Kalau manusia tidak menggunakan ciptaan dan milik ALLAH yang ada padanya
itu untuk ALLAH dan apa yang diperintahkan ALLAH maka mereka dianggap
kufur dengan nikmat. Risikonya terimalah nanti balasan ALLAH di Akhirat
dengan Neraka. Wal'iyazubillah. Begitulah amaran Allah dalam ayat:

Terjemahannya: Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat)
nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jiku kamu kufur (kufur
nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) . (Ibrahim: 7)


No comments:

Post a Comment