Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Sunday, December 27, 2009

Slipped Disc

Apakah slipped disc (sakit belakang)?
Sebenarnya bagaimana terjadi slipped disc (sakit belakang) tidak dapat digambarkan kerana cakera tersebut bukan terkeluar dari susunan tulang belakang tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang. Malah, apabila umur kita meningkat dan badan kita lemah, ia memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung.

Tulang belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan. Kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh, kemalangan, kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.

Kebiasaannya penghidap sakit belakang diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun. Tetapi ia juga boleh menyerang mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang mereka lakukan.

Apabila disc terkeluar, akar saraf (nerve roots) akan terjadi himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.

Disc yang terkeluar kerap terjadi kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun. Ia kerap terjadi apabila selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang, posisi badan yang tidak betul, otot yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang.


No comments:

Post a Comment