Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, December 3, 2009

Pemakanan & Kesihatan: Pembunuh setiap 10 saat

Pemakanan & Kesihatan: Pembunuh setiap 10 saat
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
246 juta penduduk dunia diancam diabetes dan dijangka meningkat jika tidak dicegah.
DIANGGARKAN, setiap 10 saat seorang akan mati akibat masalah yang berkait dengan diabetes, iaitu 3.8 juta kematian setiap tahun dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan penyakit berkenaan adalah punca kematian keempat tertinggi di dunia ketika ini.
Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 246 juta penduduk dunia atau hampir 6 peratus hidup dengan diabetes dan dijangka jumlah berkenaan akan meningkat sehingga kira-kira 380 juta menjelang 2025 jika tindakan pencegahan tidak diambil.
Bagaimanapun, Setiausaha Am, Persatuan Diabetes Malaysia, Rahimah Datuk Ahmad, berkata diabetes masih dipandang remeh masyarakat di negara ini memandangkan kebanyakan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi penyakit lain seperti kardiovaskular.
"Sebagai negara yang diberkati makanan lazat, kita jarang sekali memikirkan mengenai kandungan gula dan kalori makanan yang kita makan. Ini, digabungkan pula dengan gaya hidup moden yang kurang aktif, menyumbang kepada peningkatan kes diabetes ketara di Malaysia," katanya pada majlis sambutan Hari Diabetes Sedunia di ibu negara, baru-baru ini.
Acara berkenaan dianjurkan oleh Merck, Sharp dan Dohme (MSD) Malaysia dengan kerjasama Persatuan Diabetes Malaysia untuk meningkatkan kesedaran memerangi diabetes.
Sebelum ini, diabetes jenis 2 yang lazim dihidapi di kalangan pesakit diabetes, iaitu 90 peratus daripada jumlah pesakit berkenaan, berlaku di kalangan mereka yang berusia dan warga emas, tetapi kini didapati semakin ramai pesakit muda menghidapinya.
Namun, penyakit yang semakin popular di negara membangun itu dikatakan berlaku apabila badan mungkin tidak cukup menghasilkan insulin. Ini berpunca daripada kemerosotan progresif sel beta pankreas menghasilkan, menyimpan dan merembes insulin, sekali gus mengakibatkan hiperglisemia (aras gula darah yang tinggi) progresif.
Mereka yang menghidap penyakit itu boleh mendapat sakit jantung, penyakit ginjal, buta, masalah vaskular atau neurogi sehingga menyebabkan kadar kematian meningkat.
Penyakit itu boleh menular di antara mereka yang tergolong daripada keluarga mempunyai sejarah menghidap, mengamalkan gaya hidup Barat dan kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak aktif secara fizikal sehingga mengalami obesiti
Bagaimanapun, diabetes jenis 2 tidak menunjukkan sebarang petanda awal dan ia boleh dilihat selepas pesakit mengalami simptom awal, antaranya termasuklah rasa dahaga yang kuat, penyusutan berat badan, rasa lapar yang lebih kerap (terutama selepas makan), mulut kering, loya, kelesuan dan penglihatan kabur.
Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit diabetes memerlukan beberapa jenis ubat yang bertindak dengan cara berbeza untuk mencapai kawalan glisemia supaya dapat membantu menguruskan penyakit sampingan.
Pesakit juga perlu menjalani rawatan terapi yang biasanya mengandungi beberapa batasan keselamatan dan ketahanan seperti pertambahan berat badan.
Pesakit diabetes, Theresa Lim, 53, yang turut menyertai kempen berkenaan berkata beliau yang mula menghidap diabetes ketika mengandungkan anak sulungnya sama sekali tidak menyangka akan mengalami masalah itu sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengambil insulin bagi menurunkan menurunkan kandungan gula dalam darahnya.
"Ketika mengandungkan anak sulung 18 tahun lalu, saya sangat terkejut apabila diberitahu saya mengalami masalah kandungan gula dalam badan yang meningkat dan terpaksa bergantung kepada insulin untuk meneruskan rutin harian saya.
"Keadaan itu membuatkan saya begitu tertekan, mana lagi hendak bekerja, menjaga kesihatan sendiri dan kandungan yang semakin membesar. Saya rasa sungguh penat dan tidak berdaya untuk melakukan kerja sepanjang itu.
"Namun, saya cukup bertuah kerana ibu dan kakak yang juga penghidap diabetes banyak memberi sokongan dan bantuan serta bertukar pengalaman dengan saya sehingga membakar semula semangat saya," katanya ketika ditemui selepas kempen itu.
Katanya, melahirkan anak pertamanya itu, Theresa sering mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan sihat mengikut nasihat doktornya selain melakukan aktiviti beriadah pada setiap petang supaya berat badan dan kecergasan dirinya terjaga.
Sementara itu, Pengarah Urusan MSD Malaysia Ewe Kheng Huat, berkata kempen 'Hidup Sihat Dengan Diabetes' yang diadakan dipercayai dapat memberi maklumat yang lengkap kepada masyarakat mengenai diabetes dan petua mengurus penyakit itu.
"Pada kempen ini, mendekati secara menyeluruh melalui acara pendidikan penuh keceriaan dipilih untuk menekankan kepentingan pemakanan, senaman dan langkah yang patut diambil untuk menguruskan diabetes dengan baik," katanya.
INFO: Langkah pencegahan
  • Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul.
  • Sentiasa cergas - bersenam secara sederhana selama sekurang-kurangnya 30 minit, sebaik-baiknya setiap hari.
  • Diagnosis awal boleh dibuat melalui ujian darah yang agak murah.
  • Hindarkan penggunaan tembakau.

--

No comments:

Post a Comment