Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, December 11, 2009

Kaedah ringkas tentukan tahap kolesterol mata

Kaedah ringkas tentukan tahap kolesterol mata
HYPERCHOLESTEROLEMIA atau paras tinggi kolesterol dalam darah merupakan tanda atau simptom kesihatan seseorang berisiko untuk menghidap darah tinggi atau penyakit jantung.
Meskipun ia tidak dikaitkan dengan penyakit tetapi simptom ini berisiko untuk menyumbang kepada penyakit-penyakit yang lain seperti penyakit yang berpunca daripada masalah kardiovaskular.
Oleh itu adalah penting untuk memastikan paras kolesterol di dalam darah berada dalam keadaan yang stabil.
Bagi memastikan keadaan darah seseorang berada dalam keadaan baik di samping mengamalkan makanan yang seimbang, seseorang itu hendaklah menjalankan pemeriksaan kesihatan melalui ujian kolesterol di dalam darah.
Salah satu kaedah yang sering di lakukan ialah ujian sukatan paras kolesterol dengan melakukan ujian darah yang dikenali sebagai ujian lipoprotein profile.
Bagi membolehkan ujian ini dijalankan, seseorang itu perlu berpuasa daripada mengambil sebarang makanan antara sembilan ke 12 jam, bagi membolehkan ujian tahap kolesterol di lakukan.
Lipoprotein profile merupakan pemeriksaan menggunakan kaedah intrusif untuk mendapatkan informasi berkenaan kolesterol dalam badan manusia.
Terdapat juga kaedah yang menggunakan kaedah teknologi non-intrusif bagi mengukur kolesterol dalam darah menerusi ujian pada kulit pesakit.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), kulit manusia mengandungi 11 peratus berat keseluruhan kolesterol di dalam badan manusia. Sekiranya berlaku penyakit koronori arteri akut, angka kandungan kolesterol pada kulit akan bertambah.
Oleh yang demikian, ujian pada tapak tangan untuk ujian kulit untuk menentukan kehadiran kolesterol tidak dijalankan kepada mereka yang mengidap penyakit koronori arteri yang biasa dan ia kurang sesuai digunakan sebagai alat untuk mengukur kehadiran kolesterol dalam darah.
Justeru, seorang penyelidik Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM), Redza Azri Ramlee, telah menjalankan kajian bagi menghasilkan satu kaedah yang ringkas dan berkesan dan juga menggunakan kaedah non-intrusif bagi menentukan kehadiran kolesterol di dalam badan manusia.
"Menerusi kajian ini kami melihat kajian mengenai rawatan menggunakan kaedah perubatan alternatif iaitu iridologi.
"Iridologi merupakan kajian ke atas mata pesakit untuk menganalisis tahap dan sebab penyakit yang dihidapi oleh pesakit," katanya
Menurutnya, kolesterol dalam badan boleh dikesan sekiranya terdapat tanda yang dikenali sebagai sodium ring dalam mata pesakit. Biasanya simptom ini berlaku di kawasan bawah iris mata pesakit.
Walau pun kaedah iridilogi ini bercanggah dengan perubatan klinikal tetapi ada pendapat yang serupa pada kedua dua daripada segi kehadiran kolesterol yang dapat dilihat menerusi mata (iris).
Dalam istilah perubatan, simptom ini dikenali sebagai Arcus Lipoides (arcus senilis atau arcus juvenilis).
Arcus senilis merupakan keadaan separa bulat yang berwarna keputihan atau keadaan bulat yang jelas di sekeliling kawasan selari dengan bahagian tepi pada mata mereka yang berusia (dewasa).
Arcus senilis ini disebabkan oleh mendapan lipid (lemak) di bahagian tepi mata dan ia tidak semestinya berkaitan dengan darah tinggi.
Bagaimanapun perubahan warna yang sama sekiranya berlaku pada mereka yang berusia muda (arcus juvenilis), selalunya dikaitkan dengan kolesterol.
Keadaan ini merupakan bukti bahawa corak pada mata (iris) boleh digunakan untuk menganalisis bagi menentukan kehadiran kolesterol di dalam badan.
"Dalam kajian yang di buat ini, kami menggunakan Algoritma Iris dengan menggunakan perisian MATLAB untuk menganalisis dan menentukan kehadiran kolesterol di dalam badan," katanya

No comments:

Post a Comment