Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, November 9, 2009

Sebab tayar kenderaan haus

Sebab tayar kenderaan haus

Apakah yang menyebabkan tayar kenderaan haus dan tidak rata. Kehausan tayar yang tampak beralun atau bertompok pada satu bahagian tayar menggambarkan kerosakan penyerap hentak. Tayar ketara haus pada satu bahagian diikuti jurang haus dan ini berulang-ulang pada keseluruhan tayar.
Kehausan tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas stering yang terletak pada tengkok motosikal anda.

Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar, kerana keseimbangan tayar boleh hilang jika tayar mengalami pelanggaran lopak jalan terutamanya pada tayar menggunakan rim lidi.

Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan yang kurang memuaskan kerana ia tidak mudah bengkok. Selain itu tayar yang sering haus di bahagian tengah saja disebabkan tekanan angin tayar terlalu tinggi, sementara kehausan pada kedua-dua sisi disebabkan angin yang tidak cukup.

Penggunaan tayar bersaiz kecil meningkatkan kehausan tayar kerana saiz permukaannya lebih kecil. Ia memberi kesan negatif kepada pemanduan dan kawalan motosikal anda.

Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding tayar bersaiz standard, kebolehan mengambil selekoh juga terjejas walaupun tayar kecil akan lebih ringan dan laju terutama dijalan lurus. Kuasa membrek akan berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan serta menurun kerana saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan saiz motosikal itu sendiri. Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan.

No comments:

Post a Comment