Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, November 16, 2009

Mencapai Keluarga Bahagia

Mencapai Keluarga Bahagia

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah daripada Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas daripada insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan.

Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki. Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini.

Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana’ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.


Beberapa pendapat tentang jodoh:

1. Jodoh merupakan takdir semata-mata

“Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk. “ Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud “Jodoh di tangan tuhan" maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar.

Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, “Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang.” Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.


2. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari

“Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya. “ Pendapat ini lebih baik daripada pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.


3. Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:


- Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
- Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
- Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
- Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.


Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua-dua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua-dua orang tua.

Namun begitu, kedua-dua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

a. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumah tangga.
b. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil.
c. Pasangan ideal dalam erti:


- Bersikap baik terhadap isteri
- Dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- Menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- Dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- Dapat menjaga kewibawaan isteri
- Dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- Dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
- Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
- Pasangan yang baik lahir dan batin


Rujukan: Bacaria 20 Disember 2003

No comments:

Post a Comment