Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, November 16, 2009

Petua


Hilangkan Lemak dalam Sup

BIASANYA bila anda membuat sup lemaknya akan berkumpul di bahagian atas. Lemak dalam masakan sup boleh dihilangkan dengan cara menggunakan kertas tisu.
Letakkan perlahan-lahan kertas tisu di permukaan sup dan tarik keluar.
Anda akan dapati lemak tadi melekat pada kertas tisu. Lakukan be-gini sehingga lemak tadi habis di-buang.Perlulah anda menukarkan ker-tas tisu setiap kali anda membuang
lemak pada sup.


Elakkan Gula dari Semut

UNTUK mengelakkan gula dari didatangi semut ada pelbagai cara.
Kita boleh meletakkan sepiring air di bawah bekas gula tersebut atau kita boleh juga mencuba cara ini,
iaitu memasukkan buah pala kedalam bekas gula tadi.Ini akan menjauhkan semut dari gula tersebut.


Kupas Bawang Dengan Mudah

Di waktu-waktu kenduri atau keramaian mengupas bawang yang banyak boleh menjemukan. Untuk
memudahkan anda melakukan tugas ini apa kata anda cuba cara ini. Tuangkan sedikit air panas hing-
ga menutupi permukaan bawang. tadi dan tutup.biarkan sebentar.
Apabila dibuka, kulit bawang akanmerekah dari isinya. Ini akan memudahkan lagi kerja, bukan?.


Membersihkan kacamata

ADAKAH anda mengalami masalah membersih kaca mata? Cuba petua nenek kebayan ini. Bersihkan semua bahagian untuk menghilangkan habuk dan peluh yangmelekat di celah bingkai kaca mata.
Setelah dibersih dengan sabun,lapkan dengan kain flanel hingga kering. Anda akan dapati kaca mata
anda bersih dan berbau wangi.


Membersihkan kaca dengan kapor Tulis

ANDA mungkin mempunyai masalah membersih tingkap (kaca) dan juga cermin muka di rumah anda.
langan cepat berputus asa, cuba pula dengan membersihkan cermin tingkap atau sebarang cermin dengan menggunakan kapur tulis.Apa yang perlu dilakukan ialahambil lima hingga enam batang kapur tulis, rendamkandalam sedikit air. Biarkan kapur tadi larut, kemudian dengan menggunakan span
atau kain bersihkan cermin yang anda inginkan.
Biarkan sehingga air kapur tadi kering, kemudian dengan menggunakan kain bersih dan kering lapkan
hingga kering. Anda akan dapti cermin anda berkilat.


Membersihkan kain bulu

BAGAIMANA cara anda membersihkan kain bulu seperti tuala mandi atau baju sejukanda. Apakah
yang anda dapati bila baju atau kain yang anda bersihkan itu telah kering. Jangan putus asa anda masih
boleh mendapat hasil yang baik setelah membersihkannya. Caranya dengan merendamkan kain bulu dalam larutan cuka makan.
Campurkan satu sudu makan cuka ke dalam setengah baldi air dan rendam selama dua hingga tiga jam.
Kemudian bersihkan seperti biasa dengan menggunakan sabun untuk
menghilangkan kesan cuka tadi. Bilas dengan bersih setelah kering anda dapati kain anda seperti baru.


Memotong roti sandwich

ADA ketikanya roti tidak cantik bentuknya bila dipotong. Roti akan menjadi pecah-pecah. Bagi mengatasi masalah ini, cubalah rendamkan pisau yanghendakdigunakan untuk memotong roti dalam air panas mendidih.
Biarkan sehingga lebih kurang 15 minit. Kemudian angkat dan lapkan pisau tadi hingga kering.Potonglah
roti tadi seperti biasa.


Cara mudah buang akar tauge

MEMB UANG akar tauge menjadi kemestian bagi sebilangan suri rumah sebelum memasaknya. Oleh
itu, cara mudah membuangnya jika anda mempunyai terlalu banyak tauge ialah dengan menabur sedikit
tepung kanji dan taburkan di atas tauge tersebut. Kemudian, ramas-ramaskan sedikit dengan pelahan. Nescaya
akar tauge tersebut akan terpisah dan boleh diasingkan.



Hilangkan bau hanyir ayam

walaupun ayam tersebut baru sahaja kita beli tapi bau hanyir pada ayam tersebut tidak dapat dihilangkan. Bau tersebut akan kekal walaupun setelah memasaknya. Ini amatlah tidak menyenangkan. Satu
cara yang boleh anda cuba ialah dengan menabur sedikit tepung gandum ke atas ayam tersebut dan
biarkan seketika. Setelah itu cuci dan bersihkan ayam tersebut dan masaklah seperti sediakala.


Untuk mengetahui madu asli

DALAM dunia serba lengkap dengan teknologibaru ini, memang bukan mudah untuk membezakan
antara yang asli dan tiruan. Di sini nenek kebayan syorkan untuk membezakan madu asti. Apa-
bila madu asli ini dititikkan pada kertas suratkhabar, ianya tidak akan merebak atau merekah dan bila
dikacau iatidakmengeluarkanbuih. Satu lagi, ialah madu asli akan terbakar bila dinyalakan.

Untuk menjernihkan minyak yang telah digunakan.

ADAKALA minyak yang baru dipakai sekali sudah hitam dan kotor. Cara mengatasi ini adalah mudah
sekali dan boleh menjimatkan anda dari membuang terus minyak tadi.
Anda perlu masukkan kentang yang dihiris nipis ke dalam minyak tadi dan biarkan sebentar. Apabila
sudah agak jernih angkat kentang tadi dan minyak ini bolehlah gunakan lagi.

No comments:

Post a Comment