Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, November 13, 2009

INFO: Sakit mental

INFO: Sakit mental
  • Mental yang sihat tidak bermakna terlepas daripada penyakit mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia ('WHO') memberi definisi, individu sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat.

  • Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif/intelek, afektif/emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan.

    Langkah mudah capai kesihatan mental baik:
  • Amalkan cara hidup sihat (makan seimbang, mengekalkan berat unggul dan meluangkan masa untuk rehat dan riadah.

  • Berfikiran positif (Saya akan, saya boleh, saya akan cuba, saya juara, saya disayangi, saya menarik dan sebagainya).

  • Buat keputusan secara bijak.

  • Cari kawan (mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama).

  • Dengan suara hati anda (Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda. Suara hati/perasaan akan memberitahu anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
    • Mencari teman bila kesunyian.
    • Menangis bila bersedih.
    • Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
  • Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa, namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup seperti keseorangan, disayangi, ketakutan, kesedihan, tiada upaya dan sebagainya. Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalam hati akan lebih mengganggu perasaan anda.

  • Belajar menangani kritikan dengan baik. Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan berkenaan, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui mengenai diri anda.

  • Belajarlah berkata "TIDAK". Berkata "TIDAK" seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri.

No comments:

Post a Comment