Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, November 23, 2009

HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN

 
Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman
 
 

Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain. Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
 

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata: “Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s 262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya, sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s 327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan Rasulnya”.

Kesimpulannya ialah penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah S.W.T. memerintahkan kita berdakwah bukannya mencela atau menghina. Islam tidak perlu kepada pelaris yang bersifat menghina kepercayaan orang lain. Kerana Islam terlalu indah.
 
 

No comments:

Post a Comment