Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, December 15, 2009

Wanita Ciptaan Istimewa

                        Wanita Ciptaan  Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita  ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara  kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)  marahnya.

2. Orang yang membujang  adalah orang yang belum menemukan penghibur duka
dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan
sebahagian  kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
berkahwin dan sebahagian yang lain  diatasi setelah dia masuk ke liang
kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum
wanita.

6. Jangan menyalahkan  perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik
ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang
lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan
apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak
bisa  melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan
akhlak dan  perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia
hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual
kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki
bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat  daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan  dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia  menginginkan
sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan
suaminya teman yang  termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak
mengenal  pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia
berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh
isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai
untuk hidup  berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap
kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam  pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan
pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum
lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati  ialah jantungnya dan bagi wanita
adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai
sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin
lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak
berbicara dan para jiran tetangga  mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah
kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan
wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah
beban kehidupan  suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki
yang dicintainya dan yang  mencintainya.


No comments:

Post a Comment