Oleh ZUHAYATI YAZID
RAMBUT merupakan aset paling berharga bagi wanita. Selaku 'mahkota', sebarang kecacatan kecil yang berlaku pasti akan menjejaskan penampilan seseorang itu.
Keadaan rambut yang kusut, tidak bermaya, berkelumumur dan penipisan rambut adalah sebahagian daripada masalah yang dialami oleh ramai orang pada masa kini.
Ia umpama 'mimpi ngeri' yang sukar diterima apabila mahkota gugur sehelai demi sehelai sehingga ke satu tahap tiada lagi helaian rambut di atas kepala.
Ini kerana keguguran rambut sememangnya satu masalah yang membelenggu kita. Dulunya ia lebih menghantui golongan yang berusia, tetapi hari ini golongan muda juga semakin ramai yang mengalami masalah ini.
Tidak ada faktor spesifik yang menjadi punca keguguran rambut . Ada yang beranggapan ia warisan genetik, tidak kurang juga berandaian faktor pemakanan, pencemaran dan penggunaan produk penjagaan rambut yang tidak sesuai menjadi puncanya.
Permasalahan ini akan menyebabkan seseorang itu kurang yakin diri, bersikap menyendiri, pemalu dan mengalami trauma yang berpanjangan.
Kini dengan teknologi moden yang terkini, Svenson Hair Sdn. Bhd. selaku pusat penjagaan kesihatan rambut mampu mengembalikan keyakinan diri anda semula dengan memperkenalkan terapi stemplus yang mampu mengurangkan kesan keguguran rambut.
Menurut Pakar Trikologi dari United Kingdom (UK), Mark Birch, rawatan ini, mampu membaiki kulit kepala daripada terus mempunyai masalah.
Katanya, rawatan ini adalah berkualiti tinggi kerana dihasilkan oleh kajian saintifik Trikologi dari UK untuk memberi penjagaan rambut dan kulit kepala yang optimum secara semula jadi.
"Rawatan ini dirumus khas untuk menggiatkan fasa Anagenic (aktif) dalam kitaran pertumbuhan rambut dan mempercepat penggandaan sel-sel gentian rambut .
"Ia diperkaya dengan 100 peratus campuran ekstrak herba semula jadi, vitamin dan protein. Rawatan ini memperbaiki kekuatan rambut dan memulihkan keadaan rambut. Malah, ia juga mampu mengembalikan akar rambut untuk kembali sihat," katanya ketika memperkenalkan terapi stemplus baru-baru ini.
Selain itu, jelasnya, rawatan ini juga mampu menambahkan densiti rambut, memperbaiki peredaran serta menggalakkan aktiviti kapilari untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat bagi pertumbuhan rambut baru.
Birch memberitahu, bagi menggunakan rawatan ini, pelanggan akan diperiksa bagi memastikan keseriusan keguguran rambut yang dialami oleh pelanggan.
"Sebuah mesin menggunakan teknologi moden akan mengesan keseriusan keguguran rambut yang dialami oleh pelanggan. Melalui rawatan tersebut, pelanggan akan merasai seperti diurut di bahagian kulit kepala.
"Dengan rawatan yang disediakan, ia mampu mengembalikan keyakinan anda dengan mengurangkan masalah keguguran rambut," katanya.
macamner saya ingin mencubanya... di mana tempatnya dan berapa harga rawatan
ReplyDelete