Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, December 15, 2009

Antara Mata Lebah & Mata Lalat

Seorang anak murid kepada ustaz Shamsul menghantar email untuk bertanyakan soalan. Agak menarik soalannya.

Antara soalan yang dikemukan, kenapa manusia diciptakan Allah sedangkan Allah tahu manusia seringkali melanggari arahan-Nya? Kenapa manusia tak dijadikan seperti malaikat sahaja? Kenapa manusia mesti melakukan dosa dan kemudiannya dimasukkan ke dalam neraka? Kenapa manusia diberikan nafsu dan kemudian ada pula syaitan yang kuat menggoda untuk manusia berbuat kejahatan?

Jika diperhatikan pada soalan-soalan tersebut, jelas menampakkan bahawa sahabat yang bertanyakan soalan ini mencari kesalahan Allah swt yang Maha Adil dan Bijaksana.

Permasalahannya dalam kehidupan kita sehari-harian, kita pasti berjumpa dengan orang yang sebegini. Tambahan pula, dunia hari ini yang penuh dengan pancaroba dan menambahkan bilangan orang yang menghidap tekanan (stress) menyebabkan syaitan mudah meniupkan perasaan dan persoalan sebegini kepada kita.

Jadi apa jawapan anda? Di sinilah bermulanya cerita antara mata lalat dan mata lebah. Kedua-dua binatang ini ada Allah swt sebutkan tentangnnya di dalam Al-Quran. Hebatkan. Namun bukanlah menghuraikan kisah kedua binatang ini yang menjadi jawapan, tetapi melihat sudut pandang kedua-dua binatang tersebut.

Katakan sekarang ini kita berada di sebuah taman yang indah. Penuh dengan bunga-bungaan yang cantik dan menwangi. Namun kita pada masa itu adalah seekor lalat. Lalu apa yang akan kita cari? Apakah bunga-bungaan yang mewangi di taman atau bangkai binatang, sampah sarap dan kotoran? Sudah sunnatullah seekor lalat, yang dicarinya hanyalah bangkai, sampah sarap dan kotoran.

Bagaimanapula kita bila menjadi seekor lebah? Ya, sebagai lebah sudah tentu, walau dimanapun kita berada, sama ada ditempat sampah sarap atau kotoran, kita pasti tetap mencari bunga-bungaan dan madu yang manis. Kita tidak akan endahkan tempat yang kotor dan tidak bersih. Mata kita hanya akan mencari kecantikan dan kebaikan.

Jadi begitulah kita. Kalau melihat dari mata lalat, maka secantik manapun yang Allah aturkan kehidupan kita, kita masih akan mencari cacat-celanya. Masih lagi mencari busuk dan buruknya.

Namun tidak bagi seseorang yang melihat dari mata lebah. Biar ujian datang melanda, biar pelbagai cubaan dan rintangan harus dihadapi dalam hidup, tetapi yang dilihat adalah keindahan dan kecantikkan aturan kehidupan yang telah Allah jadikan.

Jadi, buatlah pilihan yang terbaik dengan melihat dari kedua-dua sudut pandang. Kita sememangnya tidak mampu untuk berlaku adil, walaupun untuk diri sendiri.

No comments:

Post a Comment