Dari blog: Hembusan Amal4U
Hukuman bagi orang yang meminum arak di dalam Islam adalah sebatan sebanyak 40 atau 80 kali, yang dilakukan oleh Khalifah tanpa menambah atau menguranginya. Membincangkan isu sebatan syariah di dalam sistem sekular adalah ibarat menyuruh kambing berkokok. Ini adalah kerana, sistem sekular akan senantiasa membatasi segala perlaksanaan syariah yang bertentangan dengan perlembagaan sekular. Bahkan, sebatan yang dianggap 'syarie' dalam Mahkamah Syariah (sebanyak 6 sebatan) adalah jelas bertentangan dengan syariah Islam itu sendiri.
Ramai yang memandang bahawa meminum arak itu adalah suatu perbuatan yang keji dan menjijikkan. Namun begitu, jarang sekali kita mendengar dari kalangan penguasa dan penguatkuasa undang-undang yang mengeji tempat-tempat maksiat yang dibiarkan terus beroperasi tanpa larangan. Bahkan, tempat-tempat maksiat ini berkembang pesat dengan banyaknya. Kekuasaan berganti tangan, di beberapa buah negeri setelah pilihanraya, namun masih belum kelihatan sebarang perubahan yang benar-benar memanifestasikan kemuliaan di sisi syariat Islam. Lambakan tempat-tempat maksiat dan program-program yang bersifat hedonisme tetap sahaja berterusan.
Hakikatnya, punca sebenar permasalahan ini adalah penerapan sistem thagut (sistem kufur) dalam kehidupan manusia. Segala tempat-tempat maksiat dibiarkan begitu sahaja kerana kewujudannya mendatangkan keuntungan ekonomi yang besar.Cukai terhadap kilang-kilang arak, tempat-tempat perjudian dan tempat-tempat hiburan dianggap perlu bagi 'pembangunan' negara.
Hakikatnya, apa yang berlaku adalah jelas haram di sisi Islam. Tanpa penerapan Islam yang syumul, maksiat ini akan terus berleluasa.
Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com
Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orang tanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".
Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.

No comments:
Post a Comment