Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, December 17, 2009

Kutu kepala

Subject: Kutu kepala
 


Berkenaan kutu kepala untuk dikongsi bersama.

Semasa saya di tadika ada seorang pelajar perempuan yang mempuyai
masalah kutu,kebanyakan pelajar takut nak berkawan dengan pelajar tu, takut
berjangkit dan akhirnya ibunya telah mencukur rambut.

Anispharmacy. com ( rujukan)

Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala.

Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada

kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada

rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat
di kulit kepala tanpa disedari.
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur

enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala
melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.


Penyebab kutu
Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :
  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.

Apa yang perlu di lakukan?

  • Gunakan sikat kutu. Sikat ini hendaklah direndam dalam cuka terlebih dahulu supaya telur-telur mudah dikeluarkan.
  • Rendam sikat-sikat dan barangan kegunaan kepala seperti pengikat rambut dsb. dengan ubat kutu atau alkohol untuk beberapa jam.
  • Basuh cadar dsb dengan air panas.
  • Gunakan alat vakum untuk membersihkan karpet, tempat duduk kereta dsb.
  • Gunakan ubat untuk membunuh kutu dan telurnya.

Ubat-ubat

  • Crotamiton
  • Benzene hexachloride
  • Malathion

Cara merawat

  • Gunakan syampu khusus (boleh didapati di farmasi) untuk membunuh kutu kepala.
  • Cuci rambut secara biasa. Syampu kepala, kemudian usap sehingga ke kulit kepala dan rambut. Jangan sampai
  • syampu mengenai mata. Sisir rambut dan biarkan sampai kering. Gunakan sikat rambut yang bergigi lembut.
  • Buangkan semua kutu dan telurnya.
  • Bertemulah dengan doktor apabila terdapat tanda infeksi bakteria seperti demam serta bisul di kepala atau nanah.

 

No comments:

Post a Comment