Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, January 26, 2010

Ingin tahu kiraan waktu subur

SAYA sudah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga tetapi masih belum menunjukkan tanda akan hamil. Saya melakukan pemeriksaan (tetapi tidak menyeluruh) di klinik dan semuanya dalam keadaan normal.

Tiada tanda penyakit rahim dan kitaran haid saya juga normal. Sejak dua bulan lalu, saya dibekalkan pil clomid (pil kesuburan) tetapi masih belum berhasil.
Saya ingin tahu mengenai kiraan waktu kesuburan saya kerana mengikut kiraan doktor di klinik itu, waktu subur saya adalah hari ke-14 daripada tarikh hari pertama haid.

Bila mendapatkan rawatan di kampung pula, waktu subur saya dikatakan jatuh pada hari ke-12. Apabila saya membaca di Internet, ada artikel mengatakan kiraan waktu subur bergantung pada tempoh kedatangan haid seseorang.

Jika putaran haid mereka 28 hari, kiraan waktu subur berbeza dengan kitaran haid 30 hari. Apakah sebenarnya kiraan waktu subur yang tepat?


LINDA,
Kuala Lumpur.

Jawapan

SUKAR untuk mencari wanita dengan waktu subur yang tepat setiap bulannya. Waktu subur lebih merujuk kepada waktu atau hari berlakunya ovulasi (pengeluaran telur dari ovari).

Ia berlaku sekitar 14 hari sebelum kedatangan haid berikutnya (jika wanita itu tidak hamil). Dalam erti kata lain, waktu subur pada bulan itu hanya dapat disahkan dengan pasti selepas kedatangan haid berikutnya.

Ini penentuan secara retrospektif (melihat kepada kejadian yang sudah berlaku).

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tepat pada setiap bulannya misalnya setiap 28 hari atau setiap 30 hari, waktu subur boleh diketahui memandangkan tarikh haid berikutnya dapat diagak dengan tepat.

Ini dilakukan dengan menolak 14 hari daripada tarikh haid berikutnya. Misalnya, jika kitaran haidnya setiap 28 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-14 daripada hari pertama haid.

Jika kitaran haidnya setiap 30 hari tanpa berubah-ubah setiap bulan, maka waktu suburnya pada hari ke-16.

Namun, kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza contohnya, kadangkala 28 hari dan kadangkala 30 hari, maka waktu suburnya sukar dijangka dengan tepat melainkan hanya selepas didatangi haid berikutnya.

Kajian menunjukkan wanita yang lebih menumpukan hubungan seks kepada jangkaan waktu subur saja mempunyai peratusan kehamilan yang kurang berbanding wanita yang melakukan hubungan seks dengan kerap tanpa mengira waktu subur.

Atas sebab inilah, kebanyakan doktor lebih menasihatkan agar pasangan tidak terlalu bertumpu kepada waktu subur saja untuk melakukan hubungan seks.

Pemeriksaan ultra bunyi melalui faraj juga dapat membantu mengagak waktu subur berdasarkan ukuran saiz kantung folikel telur. Ini disusuli dengan pemberian suntikan hormon hCG untuk merangsang pematangan akhir telur dan mencetus ovulasi yang berlaku pada sekitar 36 hingga 40 jam selepas suntikan itu. Berjumpalah doktor anda untuk pemeriksaan kesuburan.

No comments:

Post a Comment