Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Sunday, October 9, 2011

Kerajaan Melaka bermula pada 1262?

Kerajaan Melaka bermula pada 1262?

08/10/2011 6:31pm

KUALA LUMPUR — Seorang ahli akademik melahirkan rasa yakin bahawa Kerajaan Melayu Melaka bermula pada tahun 1262.
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Abdul Rahman Ismail berkata, hasil kajiannya sejak 1990-an terhadap naskah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi Raja Bongsu, menunjukkan bukti yang benar mengenai permulaan kerajaan Melaka.
"Terdapat banyak versi naskah Sulalatus Salatin, tetapi Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu merupakan sumber pribumi yang paling hampir dan paling sahih dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan ceramah bertajuk ‘Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka’ anjuran Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah.
Menurut Abdul Rahman, Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu itu mencatat tempoh pemerintahan setiap Raja Singapura dan Melaka dengan jelas dan lengkap yang dapat disimpulkan bahawa Kerajaan Melayu Melaka sudah bermula sejak tahun 1262.
Beliau juga berkata, sebelum zaman Kerajaan Melayu Melaka, tiada rekod sahih yang menunjukkan terdapat kerajaan lain sebelum kerajaan itu.
"Dalam sejarah, proses kaji semula sentiasa berlaku dan ia untuk mendapat kepastian yang sebenarnya tentang sesuatu perkara. Pelajar sekolah perlu tahu mengenai penemuan tarikh baru ini sebagai menambah ilmu sejarah,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment