Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, July 25, 2013

Siaran Iklan dan Lagu Raya di Bulan Ramadan

Siaran Iklan dan Lagu Raya di Bulan Ramadan: Bilakah Patut Bermula?
By Nik Roskiman bin Abdul Samad (dari IKIM) 
Ibadah puasa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin pada bulan yang barakah ini.
 
Telah datang kepada kita bulan yang penuh barakah, bulan yag dinantikan oleh sekalian para solihin sejak zaman berzaman. Disebut bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat menjadikan bulan Ramadan sebagai penanda dalam kehidupan mereka.

Enam bulan sebelum kedatangan Ramadan masing-masing menanam harapan agar mereka akan sampai di bulan yang mulia. Manakala dua bulan sebelum Ramadan, masing-masing mula berdoa sepertimana disebut  “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan”.
Selepas Ramadan pula, masing-masing berdoa agar amal ibadat mereka sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT. Begitulah kehidupan Nabi SAW dan para Sahabat yang menjadikan Ramadan sebagai bulan yang ditunggu-tunggu mereka.

Di bulan Ramadan inilah, Allah telah menjanjikan bahawa amalan kebajikan akan digandakan tanpa had, sedangkan amalan yang sama hanya digandakan samada 10 kali atau maksimanya 700 kali ganda. Allah sendiri yang akan menentukan betapa ganjaran yang selayaknya diterima oleh orang yang berpuasa itu. Ini dinyatakan dalam suatu hadith Baginda SAW: “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang seumpamanya hingga tujuh ratus kali ganda. Allah Ta’ala berfirman (yang ertinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya.
Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’” (HR. Muslim no. 1151)

Begitu juga dengan kedatangan malam Lailatul Qadar yang ganjarannya disebut lebih baik dari 1000 bulan (lebih 83 tahun). Malam Lailatul Qadar ini juga dikatakan dalam satu hadith yang sahih boleh dicari pada sepuluh malam-malam akhir di bulan Ramadan khususnya pada malam-malam ganjil sepertimana disebut. Hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah menyebut mafhumnya,
Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Terlalu banyak untuk kita nukilkan kelebihan dan keberkatan bulan Ramadan ini dan tuntutan kepada kita untuk berlumba-lumba mencari ganjaran dan kelebihannya. Cuma, tidak begitu bermanfaat jika kita sekadar dinukilkan kelebihan dan keberkatan bulan Ramadan ini jika hakikatnya kita seharian tidak bersungguh-sungguh merebut kelebihan dan keberkatan ini.

Malang sekali umat Islam jika kita mensia-siakan tawaran ganjaran hebat dari Allah SWT ini yang bukan sahaja akan memberi kebahagiaan dan keberkatan hidup kita di dunia ini tetapi juga akan memasukkan kita ke dalam Syurga FirdausNya yang hebat.
Perlukah budaya memasang lagu promosi Raya dihentikan?
Andai kata ada pasaraya besar  yang menjual pakaian misalnya di negara kita yang memberi tawaran potongan harga sebanyak 80 atau 90 peratus terhadap barangan jenama tersohor, nescaya akan berbondong-bondong di kalangan kita pergi bahkan sanggup beratur berjam-jam untuk merebut kelebihan potongan harga tersebut. Tetapi ganjaran yang Allah berikan bukan 80 peratus atau 90 peratus tetapi tiada had dan bahkan boleh melebihi 700 peratus. Kenapa kita tidak rebut kelebihan ini?

Sebaliknya apa yang kita mula dengar hari ini bahkan sebelum mula berpuasa lagi promosi diskaun raya dan kini lagu-lagu raya sudah mula berkumandang di pasar-pasaraya. Yang dibesarkan oleh masyarakat kita ialah sambutan Hari Raya, bukan kelebihan Ramadan itu.

Ini adalah satu budaya berupa bidaah sesat yang wujud dalam masyarakat kita sehingga kelebihan, kebesaran, dan kemuliaan Ramadan mula luntur manakala keghairahan merebut malam Lailatul Qadar pula semakin lesu. Jemaah masjid juga seolah terpengaruh dengan budaya ini sehingga menjadikan masjid-masjid semakin lengang berbanding di awal Ramadan dahulu.

Budaya ini perlu dihentikan dan semua pihak samada pasaraya-pasaraya, peniaga-peniaga dan stesen-stesen radio sewajarnya bersama-sama mempromosikan kelebihan Ramadhan dan malam Lailatul Qadar dan bukannya mempromosikan potongan harga barangan dan dendangan lagu raya. Sungguh besar ganjaran diberikan kepada mereka yang mengajak orang lain berbuat kebaikan apatah lagi berbuat kebaikan di bulan Ramadan.

Kesimpulannya, iklan komersil yang menyiarkan potongan harga atau penyiaran lagu-lagu raya mungkin boleh disiarkan beberapa hari sebelum Hari Raya. Paling lama pun pada pandangan saya seminggu sebelum raya tetapi bukannya di awal-awal Ramadan.

Kami di stesen radio IKIMfm hanya mula memainkan lagu-lagu raya paling awal pun seminggu sebelum Hari Raya, jika tidak kurang daripada itu. Wallahu’alam.
 

No comments:

Post a Comment