Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, September 20, 2011

hukum


Allah s.w.t menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru
Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya' dan juga semasa haid
atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus.
Namun isu ‘oral seks' tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini
menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami
dan isteri tanpa ‘oral seks', adalah dibenarkan menurut para ulama Islam
kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami
isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan :

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk
mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau
menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini
adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim
(meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan
seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui
lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral
seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh
Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ
Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya
benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami
dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari
ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh
Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh
dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam
keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini
dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang
normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir
iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki.
Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti
pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini
adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu
membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram
memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan
sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram
menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya
sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah
tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang
tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia
adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan
boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh
dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut
undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat
dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi
mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari
fatwa-fatwa berikut [1] :-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya
An-Najmi menjawab sebagai berikut,

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini
adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat
memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar
darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air
mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan
menyebabkan penyakit baginya.

Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu
sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan
pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga
bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan
dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit
yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa
bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan,
justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa
penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak
bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata
:-

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita
mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk
tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud)
seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk
seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi
Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai)
dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut
pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu,
apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya
seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai
haiwan-haiwan"

Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai
oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat
untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram
secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya
dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika
sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah
binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada
juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga
diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

KESIMPULAN

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita
perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat
mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih
sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.

2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan
syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut
untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini
sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang
cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk
meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga
binatang.

3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan
umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan
menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian
kimia)

4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh
Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi
mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih
dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan
sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan
hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam
erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia
hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah
fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas
bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan
masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini
benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita,
dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal
atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin
membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di
sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan
ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.
Fikirkan...

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

No comments:

Post a Comment