Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, October 5, 2009

Lyuba - bayi mamot berusia 40,000 tahun kini dipamerkan di muzium Chicago

Oleh K. KRIST HIRST

Bayi mamot Lyuba dikaji selidik oleh pakar-pakar. -Foto NATIONAL GEOGRAPHIC

PADA Mei 2007, seekor bayi mamot berbulu lebat dijumpai di Sungai Yuribei yang beku terletak di Semenanjung Yamal, Rusia oleh seorang penggembala rusa kutub bernama Yuri Khudi.

Penemuan itu merupakan salah satu daripada lima bayi mamot yang dijumpai hampir berada dalam keadaan sempurna. Ia dikenali sebagai Lyuba atau "Love" dalam bahasa Rusia. Lyuba berusia 40,000 tahun.

Mamot adalah sejenis haiwan purba yang besar merupai gajah. Malah ia disifatkan sebagai datuk nenek kepada gajah yang wujud hari ini. Bezanya mamot dengan gajah hari ini ialah ia berbulu lebat dan mempunyai gading yang lebih besar serta melengkung.

Dan Fisher memeriksa tanah di lokasi penemuan Lyuba. -Foto oleh FRANCIS LATREILLE

Bayi mamot betina yang ditemui di Siberia itu berusia satu hingga dua bulan, berkemungkinan mati lemas dalam sungai 40,000 tahun dahulu dan kemudian terawet dengan sempurna dalam keadaan permafrost sehinggalah dia ditemui secara tidak sengaja oleh pengembala rusa kutub.

Ketika ditemui, keadaannya hampir-hampir sempurna kerana beku dalam kesejukan Siberia sehinggakan para penyelidik dapat mengesan tanda-tanda susu ibunya di dalam perut binatang tersebut.

Penemuan dan penyiasatan ke atas Lyuba telah dirakamkan dalam filem dokumentari National Geographic berjudul 'Waking the Baby Mammoth' yang ditayangkan di pawagam pada April lalu.

Dalam esei foto ini, pengkaji fosil haiwan dari Universiti Michigan, Dan Fisher hairan tentang mendapan tanah yang nipis di sekitar bangkai bayi mamot itu.

Lyuba semasa di makmal St. Petersburg. -Foto oleh FLORENT HERRY

Beliau mempercayai Lyuba bukan menemui ajalnya di lokasi itu ataupun 'timbul' ekoran hakisan tanah yang berlaku. Sebaliknya, Fisher percaya Lyuba terdampar di situ akibat pergerakan sungai.

Beliau juga berpendapat bangkai itu mungkin terdedah kerana hakisan permafrost di hulu sungai.

Bagaimanapun, lokasi sebenar Lyuba tertanam 40,000 tahun di bawah keadaan permafrost masih belum ditemui dan mungkin tidak akan diketahui sesiapa pun.

Selepas ditemui, Lyuba dipindahkan ke bandar Salekhard di Russia dan disimpan di Muzium Sejarah Semulajadi dan Etnologi. Bayi mamot itu dipindahkan sementara ke Jepun bagi menjalani CT Scan.

Dr Naoki Suzuki dari Sekolah Perubatan, Universiti Jikei di Tokyo, Jepun menjalankan CT Scan terlebih dahulu sebelum lain-lain kajiselidik dilakukan.

Para penyelidik menjalankan pembedahan mikro keatas Lyuba. -Foto oleh PIERRE STINE

Ini bagi membolehkan para penyelidik merancang bedah siasat separa dengan sedikit "gangguan" pada bangkai Lyuba.

CT Scan mendedahkan Lyuba sihat ketika mati. Bagaimanapun, terdapat sejumlah besar lumpur di mulut, belalai dan tenggoroknya(trakea). Kesan ini mencadangkan ada kemungkinan bayi mamot ini mungkin lemas dalam lumpur sungai.

Lyuba juga didapati mempunyai "bonggol besar" seperti unta. Para penyelidik percaya bonggol itu berfungsi bagi menyelaraskan haba badan.

Di hospital St. Petersburg, Rusia pula, para penyelidik menjalankan pembedahan siasatan keatas Lyuba dan mendapatkan sampel dari kulit dan badannya untuk tujuan kaji selidik. Mereka menggunakan endoskop dengan satu forsep untuk memeriksa organ-organ dalamannya.

Hasil pemeriksaan mendapati Lyuba telah menyusu ibunya. Bayi mamot itu juga didapati memakan tahi ibunya sehingga ia mampu menghadam makanan.

No comments:

Post a Comment