Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, August 24, 2009

Bapa hebat mesti pandai berkomunikasi, berilmu

Bapa hebat mesti pandai berkomunikasi, berilmu

Kebelakangan ini banyak kisah kepincangan institusi keluarga dikaitkan dengan kegagalan bapa sebagai pemimpin keluarga memainkan tanggungjawab nakhoda yang sepatutnya membawa kapal belayar ke pelabuhan penuh damai serta ketenangan.



Sebaliknya, kapal terpaksa mengharungi laluan sukar, berhadapan ombak bergelombang hingga ada antara anak kapalnya terjatuh ke dalam lautan sementara setengahnya terus menggapai apa yang dapat dicapai untuk bergantung.



Bagaimanapun, tidak adil meletakkan kesalahan di atas bahu bapa kerana masih ada bapa yang sanggup melakukan apa saja demi anak serta keluarga dan berjaya membina sebuah keluarga bahagia.



Kurangnya ilmu kebapaan dan keengganan bapa menimba pengetahuan bagi memantapkan kewibawaan diri sebagai pemimpin menyukarkan lagi usaha ke arah melahirkan sebuah institusi keluarga sejahtera.



Ilmu kebapaan perlu sebagai pembimbing kepada bapa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.


Kegagalan bapa disebabkan mereka tidak memiliki ilmu atau menggunakan ilmu yang ada dalam menjalin hubungan dengan anak.



Selalunya apabila anak melakukan kesalahan, penampar datang dulu. Sepatutnya, soal selidik dulu dan jika ternyata anak melakukan kesalahan, barulah dinasihat atau dihukum. Bapa sering berkata tidak tanpa memberi pilihan kepada anak..



Mendidik anak memerlukan kesabaran, tetapi tidak dinafikan tuntutan serta tekanan hidup menyebabkan golongan bapa berhadapan masalah menahan sabar terutama ketika berhadapan kerenah anak yang kuat melawan serta tidak mahu mendengar kata.



Sikap kebanyakan bapa yang suka mengarah dan mengongkong anak secara berlebihan boleh mengeruhkan hubungan antara mereka dengan anak terutama anak remaja yang sedang meningkat dewasa.



Sebagai cara menjalin hubungan baik dengan anak remaja, bapa hendaklah bersikap ambil tahu dan pada masa sama memberi kebebasan kepada anak atas dasar kepercayaan. Bapa juga perlu bijak mendorong minat anak.



Perkara itu jika difahami kebaikannya dan dilaksanakan dengan bijak oleh bapa, bukan saja mampu menjalinkan hubungan mesra dengan anak, malah secara tidak langsung menerapkan disiplin dalam diri mereka.



Anak hendak ke mana, minta beritahu. Bapa juga tanya jam berapa anak hendak balik. Sambil itu, kita minta anak sebaiknya balik sebelum Maghrib. Apabila anak lewat, jangan terus marah, tetapi tanya kenapa lewat.



Mungkin ada masalah kesesakan atau hari hujan. Bapa perlu mengingatkan anak supaya lain kali jangan lewat. Jika setiap kali ia berlaku, anak akan sedar prihatinnya bapa. Rasa hormat juga akan wujud dalam diri anak.



Bukan kata kita beri kebebasan melulu, tetapi kita beri kepercayaan. Bapa juga hendaklah melatih anak berjanji untuk pulang awal kerana dengan cara itu anak akan cuba menepati janji yang akhirnya lahirlah semangat disiplin dalam diri mereka.



Islam menggariskan ciri bapa yang baik antaranya memiliki sikap pelindung, pengasih, penyayang, sebagai contoh teladan terbaik dan sumber rujukan kepada ahli keluarga serta mempunyai daya komunikasi tinggi.



Gejala sosial dapat dihindari jika bapa memainkan peranan sebagai ketua keluarga yang sentiasa memastikan setiap ahli menerima hak serta melaksanakan tugas masing-masing.



Bapa juga perlu mengubah sikap mereka yang liat serta suka mengambil mudah keperluan menghadiri bengkel atau seminar membincangkan mengenai tanggungjawab ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran mereka merancang apa yang terbaik untuk keluarga.



Jika ada seminar atau ceramah, ibu saja yang pergi. Oleh itu tidak hairanlah jika bapa gagal berperanan hingga keluarga menjadi pincang. Tiba masanya bapa menilai serta bermuhasabah diri demi kebaikan mereka serta keluarga.



Masih belum terlambat bagi bapa terutama golongan bapa muda memperbaiki diri dengan memberi perhatian kepada tiga aspek iaitu sikap, ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi.

No comments:

Post a Comment