Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Sunday, January 13, 2013

Benarkah Besi Berasal Dari Langit?

Benarkah Besi Berasal Dari Langit?


Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3).
Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:
“…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…
Surah Al-Hadiid ayat 25
Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan “DITURUNKAN” ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.
Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan “BIG BANG”. Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah “SUATU YANG PADU”, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30
Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil “NEBULA”. Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu “MASIH MERUPAKAN ASAP”
Surah Al-Fushshiilat ayat 11
Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.
Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:
Teras Luar:
* kedalaman 2900 – 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 – 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu
Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 – 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 – 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu
Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.
Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.
Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. Wallahua’lam
Sumber: paapaada

No comments:

Post a Comment