‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’
Oleh Ustaz Zaman
2012/02/04
MUHAMMAD SAW adalah seorang insan terpilih
daripada kalangan Bani Hashim untuk menyampaikan risalah rabbaniah
kepada umat manusia. Dilahirkan daripada sulbi Abdullah dan Aminah di
kota suci Makkah ketika perhambaan kepada manusia semakin memuncak.
Tiada
nas sahih dan nyata bagi ulama dan hadis bahawa Baginda SAW adalah
makhluk yang mula-mula dicipta di muka bumi ini. Ada pendapat yang
menyatakan ciptaan terawal adalah qalam. Ada yang menyatakan ciptaan
terawal adalah akal.
Namun,
daripada riwayat kelahiran Baginda SAW menyebut bahawa Allah SWT
menciptakan secebis
daripada nur-Nya dan berkata: ‘Jadikanlah kamu sebagai Muhammad’, dan
itulah ciptaan terawal yang mana kerana Baginda, Allah mencipta langit
dan bumi sehingga ada yang berselawat ‘Selawat dan salam buatmu
(Muhammad SAW) wahai orang yang mula-mula diciptakan’.
Bagaimanapun
dalil di atas tidak dapat dijadikan hujah kuat menurut ahli hadis di
atas perkara demikian kerana pujian daripada Allah SWT untuk Baginda SAW
di dalam al-Quran adalah ciri-ciri kelebihan yang ada padanya melalui
firman-Nya: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai pekerti
tinggi dan mulia.” (Surah Al-Qalam ayat 4).
Apa
yang jelas di sini, Baginda adalah manusia biasa yang dipilih untuk
menyampaikan risalah Tuhan-Nya. Banyak bukti menerusi firman Allah SWT
yang mengangkat martabat Nabi Muhammad SAW antaranya, “Katakanlah (wahai
Muhammad)
bahawa aku adalah manusia seperti kamu yang menerima wahyu.” (Surah al-Kahfi ayat 110). “Katakanlah maha suci Tuhan bahawa aku adalah manusia biasa.” (Surah al-Isra’ ayat 93).
bahawa aku adalah manusia seperti kamu yang menerima wahyu.” (Surah al-Kahfi ayat 110). “Katakanlah maha suci Tuhan bahawa aku adalah manusia biasa.” (Surah al-Isra’ ayat 93).
Baginda
juga menghadapi kematian dan soalan Malaikat. Firman Allah SWT: “Dan
ingatlah tatkala Allah SWT mengumpulkan semua rasul, lalu ditanyakan
mengenai jawapan kaum mereka terhadap seruan Allah SWT. Rasul menjawab
sesungguhnya Engkaulah Allah yang maha
mengetahui.” (Surah al-Maidah ayat 109).
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati seperti mereka juga).” (Surah az-Zumar ayat 30).
Ia menunjukkan bahawa Baginda SAW adalah ciptaan yang sama seperti manusia lain dari pandangan lahiriah dan mata kasar (maddah). Tetapi pada pandangan kenabian dan risalah, Baginda adalah cahaya penyuluh kepada hakikat dan kebenaran.
Firman Allah SWT: “Dan kamu (Muhammad) sebagai
penyeru kepada agama Allah dengan izinnya dan sebagai cahaya yang menerangi.” (Surah al-Ahzab ayat 46).
Allah turut menyeru ahli kitab dengan sabdanya: “Sesungguhnya telah
datang kepada kamu sekalian cahaya (Muhammad) dan kitab yang memberi
penjelasan.” (Surah al-Maidah ayat 15).
Baginda
juga digambarkan sebagai cahaya dan banyak riwayat menyebut mengenai
cahaya yang terpancar pada wajah Baginda SAW ketika berhadapan dengan
sahabat RA. Baginda pernah berdoa: ‘Ya Allah, jadikanlah lubuk hatiku,
pandanganku,
pendengaranku, tulang dan dagingku, rambut serta di kiri dan kananku
sebagai cahaya bersinar’. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas).
Alangkah
baiknya doa ini diamalkan umat Islam bagi menggantikan amalan syirik
yang dilakukan sesetengah pihak hanya semata-mata untuk memperlihatkan
wajah yang cantik berseri.
Tidak
kurang pula yang membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan
itu. Mereka perlu disedarkan bahawa amalan syirik adalah satu dosa
besar.
Pembaziran masa dan wang ringgit adalah satu sifat buruk yang dilarang agama.
Dari
kesan fizikal yang ada pada Baginda SAW amatlah berbeza dari manusia
biasa yang mana sahabat pernah mengambil keberkatan dari wuduk Baginda
SAW serta menjadikan peluh Baginda sebagai wangi-wangian.
Najis
yang ditinggalkan oleh Baginda ditelan bumi sehingga tidak dapat
dikesan oleh sahabat. Rambut yang dicukur Baginda SAW juga disimpan oleh
sahabat untuk mendapat keberkatan serta penawar untuk
menyembuhkan penyakit.
Sempena
menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah sama-sama kita hayati
kehidupan Baginda SAW serta mencontohi dan mengamalkan segala apa yang
ditinggalkan Baginda SAW.
Marilah
kita mengambil jalan selamat supaya masyarakat tidak keliru dengan
kenyataan yang dibuat mengenai diri Baginda SAW. Ulama yang berbeza
pendapat boleh bertemu dan bermusyawarah sebelum apa-apa keputusan
dibuat demi kesatuan masyarakat seluruhnya.
Firman
Allah berksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan
ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah
kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku.”
Benarlah ungkapan Arab menyebut “Wahai Muhammad, kamu adalah manusia tetapi kamu bukan seperti manusia”.
__._,_.___
No comments:
Post a Comment