Subhaanallah, keajaiban air mata manusia
Subhaanallah, keajaiban air mata manusia
Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang amat sangat ajaib, jadi
siapa bilang orang yang menangis terus air matanya kering? justeru
orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang
ditimbulkan air matanya.
Siapa kata menangis tak ada gunanya? Kelamaan menangis memang membuatkan
mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan
air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan
fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? dapati fungsi air mata dan
kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.
1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata
itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada
mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai
antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan
lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus baktiria-baktiria yang
tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan
tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bleh menurunkan tingkat emosii kerana dengan
menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang
dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein
albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding
air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian
tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah,
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun
dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangi stress? Air mata juga mengeluarkan
hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin
leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air
mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress
seperti tekanan darah tinggi.
6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang
untuk bangun pada azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah
menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang
memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi
dengan lebih tenang.
7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam
masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul
perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung
akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan
lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan
dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.
No comments:
Post a Comment