Matahari mengelilingi Bumi?
Matahari mengelilingi Bumi?
Ideologi
sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman
kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya
bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang
dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari
sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous)
Namun,
idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan
ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat
cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat
di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:
"The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1
"He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7
Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari
sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang
dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.
Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional
melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak
bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih
faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal
gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)
Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka
bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media
dan buku-buku sejarah.
Kenapa saya setuju?
-x~Kerana golongan yang mendakwa
matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah
membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.
-x~Golongan itu
jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja
dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.
-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.
-x~Golongan
yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara
haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.
-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah
yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk
mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).
Saya
amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu
dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di
Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka
menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.
Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?
Oleh
kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai
yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan
dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan
zaman kerana menolak sains.
Saya sokong pihak gereja.
~~~
Sama seperti yang telah
berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan
oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala
tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat
Islam telah bersedih.
Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi
yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka
sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel
kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.
Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang
kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya
dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan
Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh
si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.
Tetapi, oleh kerana perkataan "si bodoh" itu tidak sedap di dengar,
mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu
"saintis".
Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah
tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin
kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam
matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran
Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari
sebagai Tuhan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Ya,
saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan
seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.
Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;
itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan
bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat,
sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat
awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya
mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya
masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)
Di dalam surah Yasin, terdapat
ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada
kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.
Allah
jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang
sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy
dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya);
tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah
ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia
menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin
kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)
Dia
menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar;
Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan
menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan
matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari
keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah!
Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)
Allah jua yang memasukkan malam pada
siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang
memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya
beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya
itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka
yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun
walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa
Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih
berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah
makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu
masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)
Dan Dialah (Tuhan) yang telah
menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya
beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)
Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)
sesungguhnya
Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika
keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya
selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)
So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?
Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.
Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar
penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya
ialah Marshall Hall.
Di antara hujah beliau:
1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.
2.
Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira
pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa
adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan
menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh
dilakukan.
3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak
mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi
bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600
mph.
4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.
5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.
6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.
7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah
diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop
NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)
8. Ayat Bible
yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran
juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)
~~~~
Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa
mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu
menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari
tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah
"matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.
Soalan budak tadika:
Pilih satu dialog yang logik:
a) "Bangunlah Man, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"
b) "Bangunlah Man, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"
Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.
P/s: Terserah kepada anda utk mempercayai atau tak, tetapi Al-Quran telah membuktikannya. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment