...---...---...
Detik Islam
...---...---...
13 Nov 2012 08:30 more » ...---...---...
Bagaimana mungkin Jepun,
negera yang terletak agak jauh dari Mesir, pusat dan asal dari Kabbalah
(ajaran Yahudi) mempunyai kaitan dan bahkan diyakini masih satu hubungan
darah. Bukankah orang Jepun mempunyai kepercayaan sendiri yang diberi
nama Shintoisme dan orang-orang Israel juga mempunyai kepercayaan
sendiri yang dinamakan Agama Yahudi dengan kitab Talmudnya?
Sebuah fakta menarik akan didedahkan di sini, persoalan besar yang akan
dijawab dari dua penyelidik sejarah Jepun-Yahudi yakni Arimasa Kubo dan
Joseph Eidelberg. Kedua-dua bangsa yang berbeza, Jepun dan Yahudi,
ternyata mempunyai banyak persamaan dalam tradisi kunonya.
Yang pertama bernama Arimasa Kubo. Dia merupakan orang Jepun asli yang
dilahirkan di bandar Itami di Hyogo tahun 1955 dan lulusan dari Tokyo
Bible Seminary pada tahun 1982. Di usia ke 22 tahun Arimasa Kubo telah
mendapat kepercayaan untuk memimpin majalah penginjilan Remnant dan
berkhidmat di Gereja Tokyo selama enam tahun. Ketika ini, Pendeta
Arimasa Kubo memimpin Remnant Publishing dan pensyarah tetap di Bible
and Japan Forum.
Arimasa Kubo melakukan kajian terperinci tentang tradisi asal bangsa
Jepun dan Yahudi. Dia mendapati banyak persamaan antara kedua-duanya
sehingga meyakini jika nenek moyang bangsa Jepun sebenarnya masih
berdarah Yahudi dari suku yang hilang. Hasil penelitiannya ini
diterbitkan dalam banyak artikel dan buku. Salah satunya buku berjudul
"Israelites Came o Ancient Japan".
Sedangkan yang kedua, Joseph Eidelberg yang merupakan penyelidik
berdarah Yahudi yang menulis buku "The Biblical Hebrew Origin of the
Japanese People".
Di bawah ini Kami paparkan sebahagian kecil persamaan antara tradisi
kuno bangsa Jepun dengan tradisi kuno bangsa Yahudi atau Bani Israel
yang berasal dari buku Pendeta Arimasa Kubo tersebut.
Ontohsai Dan Kisah Ishaq
Salah satu kesamaan antara tradisi kuno bangsa Jepun dengan Yahudi
terdapat dalam upacara tradisional. Ada sebuah festival atau upacara di
Jepun yang menggambarkan kisah Ishaq. Di wilayah Nagano, Jepun, terdapat
sebuah kuil besar Shinto bernama "Suwa-Taisha". Shinto sendiri
merupakan agama tradisional asli Jepun yang menyembah Amaterasu, Dewa
Matahari, sama seperti bangsa Mesir kuno yang menyembah Dewa Ra, Dewa
Matahari.
Setiap tarikh 15 April, di Suwa-Taisha diadakan festival tradisional
bernama "Ontohsai". Festival ini menggambarkan kisah Ishaq seperti yang
terdapat dalam Bab 22 Kitab Kejadian (Genesis), iaitu kisah mengenai
Ibrahim yang hendak mengorbankan anaknya sendiri, Ishaq. Festival
"Ontohsai" ini diadakan sejak zaman dahulu kala dan dianggap sebagai
festival terpenting di "Suwa-Taisha".
Di sebelah kuil "Suwa-Taisha", ada sebuah gunung bernama Gunung Moriya
(dalam bahasa Jepun disebut "Moriya-san"). Penduduk di kawasan Suwa
memanggil dewa Gunung Moriya dengan sebutan "Moriya no kami", yang
bermaksud "dewa Moriya". Pada festival tersebut, seorang anak laki-laki
diikatkan dengan tali pada sebuah tiang kayu, lalu ditempatkan di atas
tikar buluh. Seorang paderi Shinto menghampiri sang anak sambil
menyiapkan sebilah pisau. Sebelum pisau itu diayunkan, tiba-tiba datang
seorang pembawa mesej yang kemudian membebaskan kanak-kanak lelaki itu
daripada ritual korban. Hal ini tentu saja mengingatkan kita pada kisah
ketika Ishaq dibebaskan setelah malaikat datang pada Ibrahim.
Ritual serupa juga terdapat dalam tradisi umat Islam yang dikenali
dengan Iedul Adha, hanya dalam Islam yang akan dikorbankan oleh nabi
Ibrahim adalah Ismail bukan Ishaq seperti pemahaman umat kristian. Hanya
di Jepun, pada festival ini yang dikorbankan adalah 75 ekor rusa, yang
satu di antaranya diyakini cacat telinganya. Rusa ini dipercayai telah
disediakan oleh tuhan. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan biri-biri
jantan yang dipersiapkan tuhan dan kemudian dikorbankan setelah Ishaq
bebas. Namun di zaman dahulu, penduduk berfikir bahawa kebiasaan
pengorbanan rusa ini adalah hal yang aneh, sebab pengorbanan binatang
bukanlah sebuah tradisi Shintoisme.
Penduduk menyebut festival ini sebagai "festival untuk dewa Misakuchi".
"Misakuchi" mungkin berasal dari "mi-isaku-chi". "Mi" bererti "besar",
"isaku" mungkin saja "Ishaq" (dalam bahasa Hebrew adalah "Yitzhak"), dan
"chi" adalah sesuatu (seperti zarah-pen) yang digunakan untuk akhir
suatu kata. Nampaknya penduduk Suwa menjadikan Ishaq sebagai dewa,
mungkin kerana pengaruh dari para kaum pagan.
Kini upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki pembebasannya itu tidak lagi
dipraktikkan, tapi kita di sana masih boleh melihat tiang kayu yang
disebut "oniye-basira" yang bererti "tiang pengorbanan"
(sacrifice-pillar). Kini penduduk menggunakan haiwan tiruan sebagai
pengganti bintang asli dalam melaksanakan pengorbanan. Bagi rakyat di
zaman Meiji, lebih kurang satu abad silam, mengikat seorang anak
laki-laki yang diikuti dengan pengorbanan binatang dianggap sebagai
perbuatan biadab, dan kebiasaan tersebut dihentikan. Tapi festival itu
sendiri sehingga hari itu masih berlangsung.
Upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki tersebut dipertahankan hingga
permulaan zaman Meiji. Masumi Sugae, seorang terpelajar Jepun dan
pencatat perjalanan yang hidup di zaman Edo, lebih kurang dua abad
silam, menuliskan catatan perjalanannya dan mencatat apa yang ia lihat
di Suwa.
Catatan ini memperlihatkan keterangan terperinci mengenai "Ontohsai".
Catatan ini mengatakan bahawa upacara pengorbanan kanak-kanak lelaki dan
pembebasannya tersebut, serta binatang korban, masih berlangsung pada
zaman Sugae. Catatan Sugae ini disimpan di museum dekat Suwa-Taisha.
Festival ini dipertahankan oleh keluarga Moriya sejak zaman dahulu kala.
Keluarga Moriya berfikir bahawa "Moriya-no-kami" (dewa Moriya) adalah
dewa leluhur mereka. Dan mereka berfikir bahawa "Gunung Moriya" adalah
tempat suci mereka. Nama "Moriya" mungkin berasal dari "Moriah" (dalam
bahasa Hebrew adalah "Moriyyah") yang juga terdapat dalam Injil kitab
Kejadian 22: 2. Keluarga Moriya menganjurkan festival tersebut selama 78
generasi. Diterjemahkan dari sumber islampos.com
No comments:
Post a Comment