Islamic Clock
Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)
Ustaz Dato' Badlishah
Ustaz Auni Mohamad
Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman
Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012
Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle
Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)
SAJAK ADI PUTRA
Currency Conversion
!-end>!-currency>
Wednesday, January 30, 2013
Senjata Dunia Yang Sangat Merbahaya (10 Gambar)
#Senjata
diwujudkan hanya dengan satu tujuan iaitu MEMBUNUH, tapi tahukah anda
dalam banyak-banyak senjata mana yang paling merbahaya? SARCASM!



Via - Blogsiot
Original Page: http://penpatah.blogspot.com/
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.
Thursday, January 17, 2013
Bagaimana Senjata Terulung Dihasilkan
Kalashnikov adalah Senjata yang paling banyak digunakan oleh pasukan tentera dan pemisah sejak pertama kali dihasilkan. Ada banyak variasi Kalashnikov seperti AK-47, AK-74, AK- 202 dan banyak lagi.
Sebuah kilang yang dinamakan Izmish yang dibuka pada tahun 1941, dan berkeluasan berkeluasan 46 Hektar.
Kesemua senjata dipasang secara manual. Tidak seperti kilang yang lain menggunakan mesin. Sejak 60 tahun yang lalu, sebanyak 50 Juta pelbagai variasi Kalashnikov telah dihasilkan. 95 senjata berjaya disiapkan dalam masa sejam oleh pekerja menggunakan tangan.
hanya guna tukul saja
Gaji mereka kini 15 000 Ruble - USD 530
Alexander 21 tahun. Supervisor di kilang ini.
Untuk mengekalkan kilang ini, mereka mengeksport senjata mereka ke 27 buah negara. Buat masa ini India adalah pengimport yang terbanyak.
AK-47 yang ditempah Khas
Sebelum menjualnya, mereka menguji keberkesanan dan ketahanan senjata.
Ujian hujan
Ujian tahan tahap beku
Setelah melepasi ujian cuaca, senjata ini dihempaskan dengan batu konkrit untuk menguji kelasakannya.
Selepas semua ujian ketahanan dibuat, AK sedia dijual
__,_._,___

Sunday, January 13, 2013
Matahari mengelilingi Bumi?
Matahari mengelilingi Bumi?
Ideologi sains bermula dengan (salah seorangnya) seorang lelaki dari zaman kegelapan Eropah, Galileo Galilei mencetuskan idea bahawa sebenarnya bumi yang mengelilingi matahari, dan terciptalah satu sistem baru yang dinamakan Solar System, atau sistem suria yang menempatkan matahari sebagai pusat cakerawala. (ada ramai lagi tapi ni yg paling famous)
Namun, idea ini dibantah oleh pihak gereja kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Kristian yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat cakerawala dan matahari yang bergerak mengelilingi bumi berdasarkan ayat di dalam Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak:
"The world also is stablished that it cannot be moved."
Psalm 93:1
"He hangeth the Earth upon nothing."
Job 26:7
Kesannya, mereka yang beriman dengan dakwaan kononnya matahari sebagai pusat cakerawala telah ditangkap, diseksa dan dibunuh. Ada yang dipenjarakan dan ada yang dibakar hidup-hidup.
Para sejarawan, saintis moden dan kebanyakan ahli-ahli profesional melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang negatif. Tetapi tidak bagi saya. Saya menyokong tidakan pihak gereja itu, kerana mereka lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. (Cuma saya tidak bersetuju pasal gereja zalim sangat. bunuh terus dah la. takyah nak seksa-seksa)
Pihak gereja lebih faham dan kenal siapa sebenarnya yang mereka bunuh, bukan seperti kita yang telah ditipu bulat-bulat oleh media-media dan buku-buku sejarah.
Kenapa saya setuju?
-x~Kerana golongan yang mendakwa matahari sebagai pusat cakerawala itulah sebenarnya golongan yang telah membunuh ramai umat Islam ketika Perang Salib.
-x~Golongan itu jugalah yang bertanggungjawab melakukan revolusi menumbangkan raja-raja dan pihak gereja yang berkuasa di Eropah.
-x~Golongan itulah juga yang telah mencipta kedua-dua Perang Dunia dan segala krisis yang sedang berlaku di dunia pada hari ini.
-x~Golongan yang sama itu juga lah yang bertanggungjawab di atas pembinaan negara haram Zionis dan pencerobohan ke atas Afghanistan dan Iraq.
-x~Ataupun senang cerita, waris daripada golongan-golongan itu lah yang telah menghuru-harakan dunia ini dan sedang bekerja untuk mempersiapkan kedatangan The Antichrsit (Al-Masih Ad-Dajjal).
Saya amat gembira apabila golongan yang menggelar diri mereka "saintis" itu dibunuh dan saya amat sedih apabila mereka berjaya merampas kuasa di Eropah menumbangkan Gereja dan mula berkuasa di Eropah. Mereka menyembunyikan revolusi jahat mereka di sebalik nama Renaissance.
Dalam hal ini, ramai orang dalam keadaan dilemma. Mana satu yang betul? Gereja atau Saintis?
Oleh kerana para "saintis" ini telah menang dan mendominasi dunia, ramai yang berpihak kepada para saintins. Istilah sekular telah diperkenalkan dan pihak Gereja telah dimalukan dan dianggap kolot dan ketinggalan zaman kerana menolak sains.
Saya sokong pihak gereja.
~~~
Sama seperti yang telah berlaku pada zaman Rasulullah ketika mana tentera Rom telah dikalahkan oleh tentera Parsi. Tentera Rom adalah penganut agama langit manakala tentera Parsi adalah penyembah api. Akibat kekalahan tentera Rom, umat Islam telah bersedih.
Begitu juga dengan kekalahan pihak Gereja menghadapi revolusi yang dilancarkan oleh para "saintis" yang tidak beragama ini (mereka sebenarnya penganut ajaran Kabbalah, sejenis ilmu sihir Bani Israel kuno). Saya amat bersedih dengan perkara ini.
Sebenarnya, sejak dari zaman dahulu lagi, manusia berpegang kepada kepercayaan Geocentric (bumi sebagai pusat cakerawala). Hanya dalam zaman kegelapan Eropah sahaja tiba-tiba muncul kepercayaan Heliocentric (matahari sebagai pusat cakerawala) yang ditimbulkan oleh si bodoh Nicolaus Copernicus dan Galileo Galilei.
Tetapi, oleh kerana perkataan "si bodoh" itu tidak sedap di dengar, mereka telah cipta satu perkataan baru untuk menggantikannya, iaitu "saintis".
Tetapi pada hari ini, seluruh umat manusia telah tertipu dengan ideologi Heliocentric yang dibawa oleh mereka. Mungkin kita tidak sedar bahawa ajaran Heliocentric yang sedang diajar di dalam matapelajaran sains (baca : bodoh) adalah berasal daripada ajaran Kabalah, yang mana para pengikut Kabalah ini memang menganggap matahari sebagai Tuhan.
------------------------------------------------------------ ------------------------------ -----
Ya, saya menyokong pendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi, bukan seperti pendapat lawak dan dongeng yang dikemukakan oleh para saintis.
Dan matahari; ia beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (38) Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. (39) matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. (40)
Surah Ya-seen (Ayat 38-40)
Di dalam surah Yasin, terdapat ayat yang jelas menunjukkan matahari itu bergerak dan bukan berada pada kedudukan yang tetap untuk menjadi paksi cakerawala.
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu
Surah Al-Rad (ayat 2)
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu.
Surah Ar-Rahman(Ayat 5)
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Surah Az Zumar (Ayat 5)
Allah jua yang memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Yang melakukan semuanya itu ialah Allah Tuhan kamu, bagiNyalah kuasa pemerintahan; sedang mereka yang kamu sembah (yang lain dari Allah) tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.
Surah Fatir (Ayat 13)
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Luqman (Ayat 29)
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
Al-Anbiya (Ayat 33)
Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat,
(QS. Al Baqoroh : 258)
sesungguhnya Allah menahan langit dan bumi supaya jangan bergeser, dan sungguh jika keduanya bergeser tidak ada seorangpun yang dapat menahan keduanya selain Allah. Sesungguhnya dia itu maha penyantun lagi maha pengampun.
(QS. Fathir[35]:41)
So, ayat Al-Quran mana yang cerita bumi bergerak dan beredar matahari?
Tiada. Tiada ayat Al-Quran pun yang mengatakan bahawa bumi itu bergerak.
Sape nak percaya pada sains, percayalah. Saya tak halang sebab orang Melayu memang suka percaya pada benda dongeng dan tahyul.
------------------------------------------------------------ ------------------------------ ------
Malah beberapa orang pengkaji Barat sendiri cuba untuk membongkar penipuan yang telah dibuat oleh Galileo Galilei ini, salah seorangnya ialah Marshall Hall.
Di antara hujah beliau:
1. Tiada bukti langsung yang mengatakan bahawa bumi mengelilingi matahari. TIADA.
2. Setiap perkiraan yang dibuat oleh saintis dan astronomi untuk mengira pergerakan satelit, gerhana dan lain-lain yang berkaitan dengan angkasa adalah dikira dengan menggap bumi tidak bergerak. Hanya dengan menganggap bumi tidak bergerak, barulah perkiraan tersebut boleh dilakukan.
3. Tiada ekperimen yang berjaya menunjukkan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Apatah lagi untuk membuktikan bahawa bumi bergerak 32 kali ganda lebih laju daripada peluru senapang rifel, 66600 mph.
4. Banyak eksperimen telah membuktikan bahawa bumi tidak bergerak.
5. Sejarawan telah membuktikan bahawa Copernicus, Kepler, Galileo, Newton, Einstein dan Sagan adalah dalang kepada penipuan ini.
6. Berdasarkan logik akal, pendapat yang mengatakan matahari mengelilingi bumi adalah lebih kuat.
7. Teleskop yang digunakan NASA yang dilengkapi komputer telah diprogramkan untuk menghantar kembali "synthesized images". (Teleskop NASA mengarut je lebih, bukan tengok langit pun)
8. Ayat Bible yang mengatakan bumi tidak bergerak. (Bagi umat Islam, ayat Al-Quran juga banyak menunjukkan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak)
~~~~
Fitrah manusia juga selari dengan anggapan bahawa mataharilah sebenarnya yang bergerak, bukan bumi. Buktinya, kita selalu menggunakan istilah "matahari terbit", "matahari terbenam", "matahari tergelincir" dan sebagainya. Malah saintis sendiri menggunakan istilah "matahari terbit" dan "matahari terbenam" dalam dialog seharian mereka.
Soalan budak tadika:
Pilih satu dialog yang logik:
a) "Bangunlah Man, matahari dah tegak atas kepala ni, ko tak bangun-bangun lagi"
b) "Bangunlah Man, bumi dah berpusing menghadap matahari ni, ko masih tak bangun-bangun lagi"
Hahaha, ni soalan budak tadika. Sila la pilih A atau B. Pilih yang paling logik. Kalau ada orang salah jawab jugak tak tahu la.
P/s: Terserah kepada anda utk mempercayai atau tak, tetapi Al-Quran telah membuktikannya. Wallahua'lam.

Sanskrit
http://loloqxrules.blogspot. com/2011/07/sanskrit.html
Sejak akhir-akhir ini aku perhatikan
agak ramai blogger yang tampil dengan hasil pemerhatian, penelitian dan
menyelidik tentang asal bahasa Melayu yang banyak dipengaruhi oleh
Bahasa Sanskrit. Aku ucapkan syabas dan akan memberikan sokongan pada
mereka. Sebab, kita perlukan golongan seperti ini untuk menyuburkan
penerbitan literasi-literasi yang berguna sebagai bacaan.
Aku
tak menafikan, banyak perkataan dan ungkapan dalam bahasa melayu yang
kita amalkan pada hari ini boleh kita peroleh dalam suku kata sanskrit.
Apakah itu bermakna kita meniru bahasa sanskrit ? Soalan yang sama ini
pernah juga aku ajukan pada salah seorang kenalan aku yang memiliki Phd
dalam sanskrit. Jawapan yang diberikan cukup mengujakan aku. Samada dia
menjawab secara ilmiah atau sekadar berdiplomasikan dengan aku...tak aku
ketahui.
Dengan
nada rendah diri diri mengatakan: dia berpendapat kebanyakkan perkataan
yang banyak digunakan dalam bahasa melayu yang membawa bunyi dan maksud
yang seakan sama seperti bahasa sanskrit bukanlah bermaksud orang-orang
melayu meniru atau terpengaruh dengan bahasa sanskirt. Tetapi, ini
menunjukkan evolusi dan percambahan akar penggunaan bahasa sanskrit
sebagai medium perantaraan dalam sesebuah sosio itu sendiri sudah
melangkaui generasi dan peredaran masa. Hakikatnya, bahasa sanskrit
bukanlah bahasa biasa yang dijadikan medium pertuturan seharian oleh
individu-individu biasa. Harus ditekankan di sini bahawa, bahasa
sanskrit adalah bahasa "rigveda" dalam agama Hindu kuno. Ianya hanya
digunakan dalam memastikan segala kandungan dalam kitab-kitab veda hanya
mampu ditafsirkan dan diamalkan oleh swami (sami) hindu yang berstatus
brahmin SAHAJA. Jadi, dalam penyampaian ajaran hindu yang berkembang
luas seawal kurun Masihi...tidak hairanlah kalau ada beberapa perkataan
yang diaplikasikan dalam sesebuah bangsa tersebut akibat dari pengaruh
pembawakan mubaligh hindu yang menyampaikan ajaran hindu berpandukan
bahasa sanskrit yang difahaminya.
Aku
tak ingat detail sejarah pengalih bahasaan sanskrit. Tapi, aku pernah
terbaca dalam satu artikel lama di sini yang mengatakan bahawa...pada
zaman era kedatangan Baritish (kalau tak silap aku kira-kira sekitar
1600an) ke India...dua orang sarjana Inggeris telah tertarik dengan
manuskrip-manuskrip lama yang banyak terdapat di salah sebuah institusi
pengajian sanskrit berhampiran dengan Sungai Ganges (berhampiran dengan
Varanasi). Bila sarjana Inggeris ini berjumpa dengan ketua swami dengan
tujuan untuk belajar bahasa sanskrit. Hasrat sarjana itu ditolak
bulat-bulat oleh si ketua swami. Tak berpuas hati dengan tindakan pihak
kuil, maka beliau berjumpa raja yang memerintah negeri di kawasan kuil
tersebut dan juga dengan bantuan pengaruh penjajah Inggeris...mereka
berjaya mempengaruhi dan mendesak si raja untuk mengarahkan pihak kuil
tersebut mengajarkan kedua-dua mereka akan bahasa sanskrit.
Empat
tahun si sarjana ini (ada yang mengatakan lebih dari tempoh itu)
bertelaah mempelajari seluk beluk, tatabahasa, memperhalusi bahasa
sanskrit...makanya, pada awal tahun 1700an- terterbitlah banyak
buku-buku rujukan berkenaan sanskrit dalam bahasa Inggeris tersebar luas
di dunia ilmuan.
Kejayaan
mereka mengalih bahasa manuskrip sanskrit kuno ini telah membuka mata
banyak pihak. Kerana, hasil kerja keras mereka...bukan sahaja manuskrip
sanskrit hindu kuno yang telah berjaya mereka terjemahkan...malahan,
banyak manuskrip dan buku lama berkenaan dengan puisi, cerita, ilmu
perubatan, mantra, dan banyak lagi yang ditulis berjaya di alih
bahasakan ke Inggeris.
Sehingga
suatu ketika, terdapat pemberontakkan dikalangan pihak kuil dan swami
hindu terhadap usaha-usaha terjemahan ini yang dikatakan telah melanggar
kesucian agama hindu.
Bahasa
sanskrit pada suatu masa dahulu adalah bahasa yang HANYA di fahami oleh
kalangan swami hindu. Ia hanyalah bahasa penulisan dalam kitab-kita
rujukan hindu mereka. Tidak juga bahasa sanskrit ini digunakan sebagai
bahasa pertuturan. Aku ulang lagi sekali, ianya hanyalah bahasa
penulisan...macam kodex lah...DAN, hanya swami-swami terpilih sahaja
mampu menafsirkan maksud sebenar penulisan sanskrit. Orang lain,
walaupun dia seorang MahaRaja pemerintah tempatan juga tidak mengetahui
akan penggunaan sanskrit. Walaupun, ada kalangan berkasta tinggi setaraf
dengan Brahmin...Tetapi, seandainya die tu bukannya tergolong dalam
swami terpilih...makanya die tidak layak untuk mengetahui dan di ajar
isi kandungan kitab-kitab yang ditulis dalam sanskrit.
Kerana,
terlalu eksklusif dan kelebihan memahami kitab suci hindu
inilah...golongan swami diangkat sebagai manusia yang agong dalam
hirarki hindu. Kerana dikatakan mampu berkomunikasi dengan tuhan dalam
bahasa yang hanya tuhan tuturkan.
Tetapi,
zaman berubah mengikut peredaran masanya. Sanskrit sudah dianggap
bahasa yang tidak asing lagi dalam dunia hari ini. malahan di neger
Uttarakhand, sanskrit diangkat menjadi bahasa rasmi negeri tersebut.
Banyak terjemahan yang boleh didapati di sini. Aku cuba-cuba juga
membaca...tapi, agak janggal sikit untuk dijadikan bahan bacaan aku.
Sebab, terlalu tinggi sasteranya. Cukup senang buat mata aku mengantuk.
Tak paham satu hal. Berbunga2...
Macam
aku katakan, sanskrit bukan hanya terbatas dalam penulisan veda.
Tetapi, sebenanrnya bahasa ini merupakan simbol kemegahan dalam dunia
kasta Brahmin. Banyak elemen perubatan kuno khususnya menjadikan rujukan
pada pakar-pakar ayurveda dan hemophaty di sini.
Apa
yang menjadikan sanskrit unik ? Hampir kesemua swami dan kebanyakkan
ilmuan bersetuju bahawa...manuskrip dan kitab kuno yang ditulis dalam
bahasa sanskrit adalah literasi yang cukup lengkap berjaya dihasil
seawal kurun sebelum masihi. malahan, mereka mengatakan ada antara
manuskrip yang dihasil sezaman dengan era Firaun di Mesir (sekitar 1500
SM). Masih terpelihara, masih utuh untuk dijadikan sumber rujukan
bacaan. Ini lah kelebihan masyarakat dahulu yang mengamalkan budaya
berfikir dan mencatitkan hasil penemuan mereka untuk tatapan orang
selepas mereka.
Bayangkan
pula...kalau pada zaman era pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka kita
masih memiliki simpanan manuskrip tulisan sarjana dan orang-orang Melayu
di zaman tersebut. Aku pasti...banyak sejarah dan peristiwa yang
berlaku pada hari ini dapat kita elakkan...
Apa yang mampu aku konsikan akan aku kongsikan lagi nanti...
__._,_.___
Kita didampingi Jin Kafir dan Malaikat
Kita didampingi Jin Kafir dan Malaikat
Asy-Syaikh Muhammad Al-Imam hafizhahullah berkata dalam "Al-Inqadz":
Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Kafir Dari Kalangan Jin Yang Selalu Bersamanya
Termasuk
perkara yang wajib diketahui oleh kaum muslimin baik lelakinya ataupun
wanitanya, bahawa Allah menguji mereka dengan adanya pengaruh pendamping
dari kalangan jin. Maka tidak ada seorang muslimpun kecuali dia
memiliki pendamping yang kafir dari kalangan jin. Imam Muslim
meriwayatkan no. 2814 dari hadits Abdullah bin Mas'ud berkata:
Rasulullah bersabda,
ما
منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يا رسول الله,
قال: وإياى إلا أن الله أعاننى عليه فأسلم فلا يأمرنى إلا بخير
"Tidaklah
seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari
kalangan jin." Mereka berkata: "Engkau juga wahai Rasulullah?" Beliau
bersabda: "Dan juga aku, hanya saja Allah telah menolongku atasnya dan
pendampingku itu masuk islam sehingga tidaklah memerintahkan kepadaku
kecuali dengan kebaikan. "
Yang
dimaksudkan pendamping di sini adalah yang terus-menerus bersamanya.
Pendamping dari kalangan jin ini terus-menerus menyertai seorang muslim
untuk menyesatkan dan menyimpangkannya. Dia menggunakan segala cara yang
dia mampu dengannya untuk menyesatkan dan mengeluarkan kita dari islam.
Bahkan pendamping dari jin ini membantu rakan-rakannya dari syaitan
untuk menguasai kita. Betapa banyak dia telah memberi jalan pada
syaitan, betapa banyak bantuannya kepada syaitan untuk mewujudkan
keinginan mereka berupa penimpaan kepada kita perkara kejelekan dan
ujian. Bahkan dia berkomplot dengan syaitan dari kalangan manusia mulai
dari tukang sihir dan selain mereka untuk menambah gencar pemusnahan
agama kaum muslimin dan dunia mereka.
Tidakkah
engkau khuatir atas dirimu wahai hamba Allah dari musuh ini, tidakkah
engkau bersiap untuk memeranginya dengan senjata syari'at sebelum dia
menyerang dengan pelbagai serangan dan mendatangkan kepadamu segala
kehancuran?
Tidak ada seorang muslimpun Kecuali Memiliki Pendamping Dari Malaikat Yang Mengilhamkan Pada Kebaikan
Merupakan
rahmat Allah kepada kaaum muslimin adalah Allah menjadikan bagi mereka
pendamping dari malaikat yang menyeru ada kalbu mereka berbagai kebaikan
dan sebab-sebab kebaikan.
Diriwayatkan oleh Muslim no. 2814 dari Abdullah bin Mas'ud bahawa Rasulullah bersabda,
ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن
"Tidaklah seorang dari kalian kecuali telah diwakilkan kepada keluarga, dari kalangan jin."
Dan dari hadits Abdullah bin Mas'ud juga, beliau bersabda,
إن للملك لمة وللشيطان لمة, فلمة الملك إيعاد بالخير وتصديق بالحق
"Sesungguhnya
malaikat mempunyai bisikan dan syaitan juga mempunyai bisikan, maka
bisikan malaikat menjajikan kebaikan dan membenarkan al-haq."
Diriwayatkan
oleh Abdur Razaq dalam At-Tafsir (1/109) dan Ibnu Jarir dalam
"At-Tafsir" (3/88) dan sanadnya sahih mauquf pada Ibnu Mas'ud dan
riwayat tersebut mempunyai hukum marfu '. Dan telah diriwayatkan dengan
sanad yang marfu 'oleh At-Tirmidzy dalam "Jami'" nya no. 2988, Abu Ya'la
no. 4999 dan Ibnu Hibban akan tetapi riwayat tersebut lemah, kerana
orang menjadikannya marfu 'adalah' Ata 'bin As-Sa'ib dan dia rawi yang
tercampur hafalannya, dan rawi yang meriwayatkan darinya adalah Abul
Ahwash, dan Abul Ahwash meriwayatkan dari' Atha 'selepas terjadinya
tercampur hafalannya.
Syaikhul
Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam "Majmu 'Al-Fatawa" (4/34) yang
berkaitan dengan bisikan yang telah disebutkan: "Maka prinsip ilmu yang
benar dan keinginan yang soleh adalah bisikan malaikat".
Maka
semangatlah wahai kaum muslimin untuk tidak menerima semua perkara yang
terbetik dalam kalbumu kecuali perkara yang berupa kebaikan, maka jika
datang was-was kejelekan jauhilah!!
Subhaanallah, keajaiban air mata manusia
Subhaanallah, keajaiban air mata manusia
‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’
‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’
Oleh Ustaz Zaman
2012/02/04
MUHAMMAD SAW adalah seorang insan terpilih
daripada kalangan Bani Hashim untuk menyampaikan risalah rabbaniah
kepada umat manusia. Dilahirkan daripada sulbi Abdullah dan Aminah di
kota suci Makkah ketika perhambaan kepada manusia semakin memuncak.
Tiada
nas sahih dan nyata bagi ulama dan hadis bahawa Baginda SAW adalah
makhluk yang mula-mula dicipta di muka bumi ini. Ada pendapat yang
menyatakan ciptaan terawal adalah qalam. Ada yang menyatakan ciptaan
terawal adalah akal.
Namun,
daripada riwayat kelahiran Baginda SAW menyebut bahawa Allah SWT
menciptakan secebis
daripada nur-Nya dan berkata: ‘Jadikanlah kamu sebagai Muhammad’, dan
itulah ciptaan terawal yang mana kerana Baginda, Allah mencipta langit
dan bumi sehingga ada yang berselawat ‘Selawat dan salam buatmu
(Muhammad SAW) wahai orang yang mula-mula diciptakan’.
Bagaimanapun
dalil di atas tidak dapat dijadikan hujah kuat menurut ahli hadis di
atas perkara demikian kerana pujian daripada Allah SWT untuk Baginda SAW
di dalam al-Quran adalah ciri-ciri kelebihan yang ada padanya melalui
firman-Nya: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) mempunyai pekerti
tinggi dan mulia.” (Surah Al-Qalam ayat 4).
Apa
yang jelas di sini, Baginda adalah manusia biasa yang dipilih untuk
menyampaikan risalah Tuhan-Nya. Banyak bukti menerusi firman Allah SWT
yang mengangkat martabat Nabi Muhammad SAW antaranya, “Katakanlah (wahai
Muhammad)
bahawa aku adalah manusia seperti kamu yang menerima wahyu.” (Surah al-Kahfi ayat 110). “Katakanlah maha suci Tuhan bahawa aku adalah manusia biasa.” (Surah al-Isra’ ayat 93).
bahawa aku adalah manusia seperti kamu yang menerima wahyu.” (Surah al-Kahfi ayat 110). “Katakanlah maha suci Tuhan bahawa aku adalah manusia biasa.” (Surah al-Isra’ ayat 93).
Baginda
juga menghadapi kematian dan soalan Malaikat. Firman Allah SWT: “Dan
ingatlah tatkala Allah SWT mengumpulkan semua rasul, lalu ditanyakan
mengenai jawapan kaum mereka terhadap seruan Allah SWT. Rasul menjawab
sesungguhnya Engkaulah Allah yang maha
mengetahui.” (Surah al-Maidah ayat 109).
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati seperti mereka juga).” (Surah az-Zumar ayat 30).
Ia menunjukkan bahawa Baginda SAW adalah ciptaan yang sama seperti manusia lain dari pandangan lahiriah dan mata kasar (maddah). Tetapi pada pandangan kenabian dan risalah, Baginda adalah cahaya penyuluh kepada hakikat dan kebenaran.
Firman Allah SWT: “Dan kamu (Muhammad) sebagai
penyeru kepada agama Allah dengan izinnya dan sebagai cahaya yang menerangi.” (Surah al-Ahzab ayat 46).
Allah turut menyeru ahli kitab dengan sabdanya: “Sesungguhnya telah
datang kepada kamu sekalian cahaya (Muhammad) dan kitab yang memberi
penjelasan.” (Surah al-Maidah ayat 15).
Baginda
juga digambarkan sebagai cahaya dan banyak riwayat menyebut mengenai
cahaya yang terpancar pada wajah Baginda SAW ketika berhadapan dengan
sahabat RA. Baginda pernah berdoa: ‘Ya Allah, jadikanlah lubuk hatiku,
pandanganku,
pendengaranku, tulang dan dagingku, rambut serta di kiri dan kananku
sebagai cahaya bersinar’. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas).
Alangkah
baiknya doa ini diamalkan umat Islam bagi menggantikan amalan syirik
yang dilakukan sesetengah pihak hanya semata-mata untuk memperlihatkan
wajah yang cantik berseri.
Tidak
kurang pula yang membelanjakan ribuan ringgit setiap bulan untuk tujuan
itu. Mereka perlu disedarkan bahawa amalan syirik adalah satu dosa
besar.
Pembaziran masa dan wang ringgit adalah satu sifat buruk yang dilarang agama.
Dari
kesan fizikal yang ada pada Baginda SAW amatlah berbeza dari manusia
biasa yang mana sahabat pernah mengambil keberkatan dari wuduk Baginda
SAW serta menjadikan peluh Baginda sebagai wangi-wangian.
Najis
yang ditinggalkan oleh Baginda ditelan bumi sehingga tidak dapat
dikesan oleh sahabat. Rambut yang dicukur Baginda SAW juga disimpan oleh
sahabat untuk mendapat keberkatan serta penawar untuk
menyembuhkan penyakit.
Sempena
menyambut Maulidur Rasul pada tahun ini, marilah sama-sama kita hayati
kehidupan Baginda SAW serta mencontohi dan mengamalkan segala apa yang
ditinggalkan Baginda SAW.
Marilah
kita mengambil jalan selamat supaya masyarakat tidak keliru dengan
kenyataan yang dibuat mengenai diri Baginda SAW. Ulama yang berbeza
pendapat boleh bertemu dan bermusyawarah sebelum apa-apa keputusan
dibuat demi kesatuan masyarakat seluruhnya.
Firman
Allah berksud: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad),
melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. Katakanlah (wahai
Muhammad): “Sesungguhnya yang diwahyukan kepadaku (mengenai ketuhanan
ialah) bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang bersifat Esa, maka adakah
kamu mahu menurut apa yang diwahyukan kepadaku.”
Benarlah ungkapan Arab menyebut “Wahai Muhammad, kamu adalah manusia tetapi kamu bukan seperti manusia”.
__._,_.___
Beberapa Jenis Penyakit Jiwa
Beberapa Jenis Penyakit Jiwa
Stress
Banyak perkara yang boleh mencetuskan stres muncul seperti rasa bimbang, perasaan kesal, kecapekan, kecewa, perasaan tertekan, kesedihan, pekerjaan yang berlebihan, Pre Menstrual Syndrome (PMS), terlalu fokus pada suatu hal, perasaan bingung, berduka cita dan juga rasa takut. Biasanya hal ini dapat diatasi dengan mengadakan perundingan kepada pakar psikiatri atau berehat total.
Neurosis
Neurosis,
sering disebut juga psikoneurosis, adalah istilah umum yang merujuk
kepada ketidakseimbangan mental yang menyebabkan stress, tapi tidak
seperti psikosis atau kelainan keperibadian, neurosis tidak mempengaruhi
pemikiran rasional. Konsep neurosis berkaitan dengan bidang
psikoanalisis, suatu aliran pemikiran dalam psikologi atau psikiatri
Psikosis
Psikosis
merupakan gangguan tilikan peribadi yang menyebabkan ketidakupayaan
seseorang menilai realiti dengan fantasi dirinya. Hasilnya, terdapat
realiti baru versi orang psikosis tersebut. Psikosis adalah suatu
kumpulan gejala atau sindrom yang berkaitan gangguan psikiatri yang
lain, tetapi gejala tersebut bukan merupakan gejala khusus penyakit
tersebut, seperti yang disenaraikan dalam kriteria diagnostik DSM-IV
(Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) mahupun ICD-10
(The International Statistical Classification of Diseases) atau
menggunakan kriteria diagnostik ppdgj-III (Manual Pengklasifikasian dan
Diagnosis Gangguan Jiwa). Arti psikosis sebenarnya masih bersifat sempit
dan bias yang bererti waham dan halusinasi, selain itu juga didapati
gejala lain termasuk di antaranya perbualan dan tingkah laku yang kacau,
dan gangguan daya nilai realiti yang berat. Oleh kerana itu psikosis
dapat pula diertikan sebagai suatu kumpulan gejala / terdapatnya
gangguan fungsi mental, respon perasaan, daya nilai realiti, komunikasi
dan hubungan antara individu dengan persekitarannya.
Syndrom
Sindrom,
dalam ilmu perubatan dan psikologi, adalah kumpulan dari beberapa
ciri-ciri klinikal, tanda-tanda, simtoma, fenomena, atau watak yang
sering muncul bersamaan. Kumpulan ini dapat meyakinkan doktor dalam
menegakkan diagnosa.
Istilah
sindrom boleh digunakan hanya untuk menggambarkan pelbagai watak dan
gejala, bukan diagnosa. Namun kadang-kadang, beberapa sindrom dijadikan
nama penyakit, seperti Sindrom Down.
Kata
sindrom berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "berlari bersama",
seperti yang terjadi pada kumpulan tanda tersebut. Istilah ini sering
digunakan untuk merujuk kumpulan tanda klinik yang masih belum diketahui
penyebab. Banyak sindrom yang dinamakan sesuai dengan doktor yang
dianggap mencari tanda-tanda itu pertama kali. Selain itu boleh juga
diambil dari nama lokasi, sejarah, dan lain-lain.
Sindrom dan keadaan berkaitan
Sindrom dan keadaan berkaitan
Pyromania
Pyromania
adalah sejenis mania di mana muncul dorongan kuat untuk sengaja
mencetuskan api untuk meredakan ketegangan dan biasanya menimbulkan
perasaan lega atau puas setelah melakukannya. Pesakit pyromania (atau
biasa disebut pyromaniak) berbeza dengan para pembakar bangunan (arson),
pyromaniak juga berbeza dengan mereka yang mencetuskan api akibat
psikosis, demi kepentingan peribadi, kewangan, mahupun politik, atau
sebagai tindakan balas dendam. Pyromaniak menyulut api demi merangsang
euforia, dan sering kali tertarik pada hal-hal yang berkaitan dengan
pengendalian api, seperti pemadam kebakaran.
Simtoma
Simtoma
atau simtom dalam penyakit adalah cara untuk melakukan pengindikasian
kewujudan sesuatu penyakit atau gangguan kesihatan yang tidak diingini
dengan melalui gejala, tanda-tanda atau ciri-ciri penyakit yang dapat
dirasakan seperti perasaan mual atau pusing, akan tetapi dalam hal ini
tidak termasuk di dalam pengertian kerana halusinasi atau delusi, cara
melakukan pengindikasian ini bertumpuk pada diri pelaku, bukan hasil
daripada pemerhatian yang dilakukan berdasarkan pemeriksaan perubatan.
Penggunaan lain simtoma juga terdapat dalam politik di mana ertinya adalah melihat sebagai akar dari sesuatu permasalahan.
Psikopat
secara harfiah bererti sakit jiwa. Psikopat berasal dari kata psyche
yang bererti jiwa dan pathos yang bermaksud penyakit. Pengidapnya juga
sering disebut sebagai sosiopat kerana perilakunya yang antisosial dan
merugikan orang-orang terdekatnya.
Psikopat
tak sama dengan gila (skizofrenia / psikosis) kerana seorang psikopat
sedar sepenuhnya atas perbuatannya. Gejalanya sendiri sering disebut
dengan psikopati, pengidapnya seringkali disebut orang gila tanpa
gangguan mental. Menurut kajian sekitar 1% dari jumlah keseluruhan
populasi dunia mengidap psikopati. Pengidap ini sukar dikesan kerana
sebanyak 80% lebih banyak yang berkeliaran daripada yang mendekam di
penjara atau di rumah sakit jiwa, pengidapnya juga sukar disembuhkan.
Seorang
ahli psikopati dunia yang menjadi guru besar di Universiti British
Columbia, Vancouver, Kanada bernama Robert D. Hare telah melakukan
penyelidikan psikopat sekitar 25 tahun. Ia berpendapat bahawa seorang
psikopat selalu membuat penyamaran yang rumit, memutar balik fakta,
menebar fitnah, dan penipuan untuk mendapatkan kepuasan dan keuntungan
dirinya sendiri.
Dalam
kes jenayah, psikopat dikenali sebagai pembunuh, perogol, dan
koruptor. Namun, ini hanyalah 15-20 peratus dari jumlah keseluruhan
psikopat.Selebihnya adalah peribadi yang berpenampilan sempurna,
pandai bertutur kata, mempesona, mempunyai daya tarikan luar biasa dan
menyenangkan.
Psikopat
mempunyai 20 ciri-ciri umum. Namun ciri-ciri ini diharapkan tidak
membuat orang-orang mudah mengecap seseorang psikopat kerana diagnosis
gejala ini memerlukan latihan ketat dan hak menggunakan pedoman
penilaian formal, lagipula diperlukan wawancara mendalam dan
pengamatan-pengamatan yang lain. Mengecap seseorang dengan psikopat
dengan sembarangan berisiko buruk, dan sekurang-kurangnya membuat nama
seseorang itu menjadi jelek.
Lima tahap mendiagnosis psikopat
Lima tahap mendiagnosis psikopat
1. Mencocokan
keperibadian pesakit dengan 20 kriteria yang ditetapkan
Prof. Hare. Pencocokkan ini dilakukan dengan cara mewawancara keluarga
dan orang-orang terdekat pesakit, aduan mangsa, atau pengamatan prilaku
pesakit dari masa ke masa.
2. Memeriksa kesihatan otak dan tubuh melalui imbasan menggunakan elektroensefalogram, MRI, dan pemeriksaan kesihatan secara lengkap. Hal ini dilakukan kerana menurut kajian gambar hasil PET (positron emission tomography) perbandingan orang normal, pembunuh spontan, dan pembunuh terancang berdarah sejuk menunjukkan perbezaan aktiviti otak di bahagian prefrontal cortex yang rendah. Bahagian otak lobus frontal dipercayai sebagai bahagian yang membentuk keperibadian.
3. Wawancara menggunakan kaedah DSM IV (The American Psychiatric Association Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder versi IV) yang dianggap berjaya untuk menentukan keperibadian antisosial.
4. Memperhatikan gejala keperibadian pesakit. Biasanya sejak usia pesakit 15 tahun mulai menunjukkan tanda-tanda gangguan kejiwaan.
5. Melakukan psikotes. Psikopat biasanya mempunyai IQ yang tinggi.
2. Memeriksa kesihatan otak dan tubuh melalui imbasan menggunakan elektroensefalogram, MRI, dan pemeriksaan kesihatan secara lengkap. Hal ini dilakukan kerana menurut kajian gambar hasil PET (positron emission tomography) perbandingan orang normal, pembunuh spontan, dan pembunuh terancang berdarah sejuk menunjukkan perbezaan aktiviti otak di bahagian prefrontal cortex yang rendah. Bahagian otak lobus frontal dipercayai sebagai bahagian yang membentuk keperibadian.
3. Wawancara menggunakan kaedah DSM IV (The American Psychiatric Association Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder versi IV) yang dianggap berjaya untuk menentukan keperibadian antisosial.
4. Memperhatikan gejala keperibadian pesakit. Biasanya sejak usia pesakit 15 tahun mulai menunjukkan tanda-tanda gangguan kejiwaan.
5. Melakukan psikotes. Psikopat biasanya mempunyai IQ yang tinggi.
Gejala-gejala psikopat
1. Sering
berbohong, fasih dan dangkal. Psikopat seringkali pandai berjenaka dan
pintar bicara, secara khas berusaha tampil dengan pengetahuan di bidang
sosiologi, psikiatri, perubatan, psikologi, falsafah, puisi, sastera,
dan lain-lain. Seringkali pandai mengarang cerita yang membuatnya
positif, dan bila ketahuan berbohong mereka tak peduli dan akan
menutupnya dengan mengarang kebohongan lain dan mengolahnya seakan-akan
itu fakta.
2. Egosentris dan menganggap dirinya hebat.
3. Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah. Meski kadang psikopat mengakui perbuatannya namun ia sangat meremehkan atau menyangkal akibat tindakannya dan tidak mempunyai alasan untuk mengambil berat.
4. Senang melakukan pelanggaran dan bermasalah perilaku di masa kecil.
5. Sikap antisosial di usia dewasa.
6. Kurang empati. Bagi psikopat memotong kepala ayam dan memotong kepala orang, tidak ada bezanya.
7. Psikopat juga teguh dalam bertindak agresif, mencabar keberanian dan perkelahian, jam tidur lewat dan sering keluar rumah.
8. Impulsif dan sukar mengawal diri. Untuk psikopat tidak ada masa untuk menimbang baik-buruknya tindakan yang akan mereka lakukan dan mereka tidak peduli tentang apa yang telah diperbuatnya atau memikirkan tentang masa depan. Penghidap juga mudah terpicu amarahnya akan hal-hal kecil, mudah bertindak balas terhadap kekecewaan, kegagalan, kritik, dan mudah menyerang orang hanya kerana hal remeh.
9. Tidak mampu bertanggung jawab dan melakukan hal-hal demi kesenangan belaka.
10. Manipulatif dan curang. Psikopat juga sering menunjukkan emosi dramatik walaupun sebenarnya mereka tidak sungguh-sungguh. Mereka juga tidak mempunyai respon fisiologi yang secara normal dikaitkan dengan rasa takut seperti tangan berpeluh, jantung berdebar, mulut kering, tegang, gementar - bagi psikopat hal ini tidak berlaku. Kerana itu psikopat seringkali disebut dengan istilah "sejuk".
11. Hidup sebagai parasit kerana menggunakan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.
2. Egosentris dan menganggap dirinya hebat.
3. Tidak punya rasa sesal dan rasa bersalah. Meski kadang psikopat mengakui perbuatannya namun ia sangat meremehkan atau menyangkal akibat tindakannya dan tidak mempunyai alasan untuk mengambil berat.
4. Senang melakukan pelanggaran dan bermasalah perilaku di masa kecil.
5. Sikap antisosial di usia dewasa.
6. Kurang empati. Bagi psikopat memotong kepala ayam dan memotong kepala orang, tidak ada bezanya.
7. Psikopat juga teguh dalam bertindak agresif, mencabar keberanian dan perkelahian, jam tidur lewat dan sering keluar rumah.
8. Impulsif dan sukar mengawal diri. Untuk psikopat tidak ada masa untuk menimbang baik-buruknya tindakan yang akan mereka lakukan dan mereka tidak peduli tentang apa yang telah diperbuatnya atau memikirkan tentang masa depan. Penghidap juga mudah terpicu amarahnya akan hal-hal kecil, mudah bertindak balas terhadap kekecewaan, kegagalan, kritik, dan mudah menyerang orang hanya kerana hal remeh.
9. Tidak mampu bertanggung jawab dan melakukan hal-hal demi kesenangan belaka.
10. Manipulatif dan curang. Psikopat juga sering menunjukkan emosi dramatik walaupun sebenarnya mereka tidak sungguh-sungguh. Mereka juga tidak mempunyai respon fisiologi yang secara normal dikaitkan dengan rasa takut seperti tangan berpeluh, jantung berdebar, mulut kering, tegang, gementar - bagi psikopat hal ini tidak berlaku. Kerana itu psikopat seringkali disebut dengan istilah "sejuk".
11. Hidup sebagai parasit kerana menggunakan orang lain untuk kesenangan dan kepuasan dirinya.
Skizofrenia
Pada
pesakit-pesakit, didapati penurunan kadar transtiretin atau pre-albumin
yang merupakan pengusung hormon tiroksin, yang menyebabkan permasalahan
pada bendalir cerebrospinal.
Skizofrenia
boleh mengenai siapa saja. Data American Psychiatric Association (APA)
tahun 1995 menyebutkan 1% populasi penduduk dunia menderita skizofrenia.
75%
Pesakit skizofrenia mulai menghidapinya pada usia 16-25 tahun. Usia
remaja dan dewasa muda memang berisiko tinggi kerana tahap kehidupan ini
penuh stresor. Keadaan pesakit sering terlambat disedari keluarga dan
persekitarannya kerana dianggap sebagai bahagian dari tahap penyesuaian
diri.
Pengenalan
dan campur tangan awal berupa ubat dan psikososial sangat penting
kerana semakin lama ia tidak dirawat, kemungkinan kambuh semakin sering
dan pertahanan terhadap usaha terapi semakin kuat. Seseorang yang
mengalami gejala skizofrenia sebaiknya segera dibawa ke pakar psikiatri
dan psikologi.
Gejala
Penunjuk
premorbid (pra-sakit) pre-skizofrenia antara lain ketidakmampuan
seseorang mengekspresikan emosi: wajah sejuk, jarang tersenyum, acuh tak
acuh. Penyimpangan komunikasi: pesakit sukar melakukan perbincangan
terarah, kadang menyimpang (tanjential) atau berputar-putar
(sirkumstantial). Gangguan atensi: pesakit tidak mampu memberi tumpuan,
mengekalkan, atau memindahkan atensi. Gangguan perilaku: menjadi pemalu,
tertutup, menarik diri secara sosial, tidak dapat menikmati rasa
senang, mencabar tanpa alasan jelas, mengganggu dan tak disiplin.
Gejala-gejala skizofrenia pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua kelas:
1. Gejala-gejala Positif
Termasuk halusinasi, delusi, gangguan pemikiran (kognitif). Gejala-gejala ini disebut positif kerana merupakan manifestasi jelas yang dapat diamati oleh orang lain.
2. Gejala-gejala Negatif
Gejala-gejala yang dimaksudkan disebut negatif kerana merupakan kehilangan dari ciri khas atau fungsi normal seseorang. Termasuk kurang atau tidak mampu menampakkan / mengekspresikan emosi pada wajah dan perilaku, kurangnya dorongan untuk melakukan aktiviti, tidak dapat menikmati kegiatan-kegiatan yang disenangi dan kurangnya kemampuan bicara (alogia).
Termasuk halusinasi, delusi, gangguan pemikiran (kognitif). Gejala-gejala ini disebut positif kerana merupakan manifestasi jelas yang dapat diamati oleh orang lain.
2. Gejala-gejala Negatif
Gejala-gejala yang dimaksudkan disebut negatif kerana merupakan kehilangan dari ciri khas atau fungsi normal seseorang. Termasuk kurang atau tidak mampu menampakkan / mengekspresikan emosi pada wajah dan perilaku, kurangnya dorongan untuk melakukan aktiviti, tidak dapat menikmati kegiatan-kegiatan yang disenangi dan kurangnya kemampuan bicara (alogia).
Meski
bayi dan anak-anak kecil boleh menderita skizofrenia atau penyakit
psikotik yang lain, kewujudan skizofrenia pada kumpulan ini sangat sukar
dibezakan dengan gangguan kejiwaan seperti autisme, sindrom Asperger
atau ADHD atau gangguan perilaku dan gangguan tekanan
post-traumatik. Oleh sebab itu diagnosa penyakit psikotik atau
skizofrenia pada anak-anak kecil harus dilakukan dengan sangat
berhati-hati oleh pakar psikiatri atau psikologi yang bersangkutan.
Pada
remaja perlu diperhatikan keperibadian pra-sakit yang merupakan faktor
ciri-ciri skizofrenia, iaitu gangguan personaliti paranoid atau
kecurigaan berlebihan, menganggap semua orang sebagai musuh. Gangguan
keperibadian skizoid iaitu emosi dingin, kurang mampu bersikap hangat
dan ramah pada orang lain serta selalu menyendiri. Pada gangguan
skizotipal orang mempunyai perilaku atau paparan diri aneh dan ganjil,
afek sempit, percaya hal-hal aneh, fikiran magis yang berpengaruh dalam
perilakunya, persepsi pancaindera yang tidak biasa, fikiran obsesif tak
terkawal, fikiran yang samar-samar, penuh kiasan, sangat terperinci dan
rumit atau stereotipik yang termanifestasi dalam perbincangan yang aneh
dan inkoheren.
Tidak
semua orang yang mempunyai penunjuk premorbid pasti berkembang menjadi
skizofrenia. Banyak faktor lain yang berperanan untuk munculnya gejala
skizofrenia, misalnya stresor persekitaran dan faktor
genetik. Sebaliknya, mereka yang normal boleh saja menderita skizofrenia
jika stresor psikososial terlalu berat sehingga tak mampu
mengatasi. Beberapa jenis ubat-ubatan terlarang seperti ganja,
halusinogen atau amfetamin (ekstasi) juga boleh menimbulkan
gejala-gejala psikosis.
Pesakit
skizofrenia memerlukan perhatian dan empati, namun keluarga perlu
mengelakkan reaksi yang berlebihan seperti sikap terlalu mengkritik,
terlalu memanjakan dan terlalu mengawal yang justru boleh menyulitkan
pemulihan. Rawatan terpenting dalam menyembuhkan pesakit skizofrenia
adalah rawatan ubat-ubatan antipsikotik yang digabungkan dengan rawatan
terapi psikologi.
Kesabaran
dan perhatian yang tepat sangat diperlukan oleh pesakit
skizofrenia. Keluarga perlu menyokong dan memberi motivasi kepada
pesakit untuk sembuh. Kisah John Nash, doktor ilmu matematik dan
pemenang hadiah Nobel 1994 yang mengilhamkan filem A Beautiful Mind,
membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh sembuh dan tetap
berprestasi.
Kleptomania
Kleptomania
(bahasa Yunani: κλέπτειν, kleptein, "mencuri", μανία, "mania") adalah
penyakit jiwa yang membuat pesakit tidak dapat menahan diri untuk
mencuri. Benda-benda yang dicuri oleh pesakit kleptomania umumnya adalah
barang-barang yang tidak berharga, seperti mencuri gula, gula-gula,
sikat, atau barang-barang lain. Sang pesakit biasanya merasakan rasa
tegang subjektif sebelum mencuri dan merasakan kelegaan atau kenikmatan
setelah mereka melakukan tindakan mencuri tersebut. Tindakan ini harus
dibezakan daripada tindakan mencuri biasa yang biasanya didorong oleh
motivasi keuntungan dan telah dirancang sebelumnya.
Kemurungan
Penyakit
ini umum muncul pada masa puber dan ada sampai dewasa. Pada beberapa
kes, kleptomania dialami seumur hidup. Pesakit juga mungkin mempunyai
kelainan jiwa yang lain, seperti kelainan emosi, Bulimia Nervosa,
paranoid, Schizoid atau borderline personality disorder.Kleptomania
boleh muncul setelah berlaku kecederaan otak traumatik dan keracunan
karbon monoksida.
Kemurungan
adalah suatu keadaan yang lebih dari suatu keadaan sedih, bila keadaan
kemurungan seseorang hingga menyebabkan terganggunya aktiviti sosial
sehari-harinya, maka hal itu disebut sebagai suatu Gangguan
Kemurungan. Beberapa gejala Gangguan Kemurungan adalah perasaan sedih,
rasa lelah yang berlebihan setelah aktiviti rutin yang biasa, hilang
minat dan semangat, malas melakukan aktiviti, dan gangguan corak
tidur. Kemurungan merupakan salah satu punca utama kejadian bunuh diri.
Penyebab suatu keadaan kemurungan termasuk:
* Faktor organobiologis kerana ketidakseimbangan neurotransmiter di otak terutama serotonin
* Faktor psikologi kerana tekanan beban psikologi, kesan pembelajaran perilaku terhadap suatu situasi sosial
* Faktor sosio-persekitaran misalnya kerana kehilangan pasangan hidup, kehilangan pekerjaan, paska bencana, kesan situasi kehidupan sehari-hari yang lain
* Faktor psikologi kerana tekanan beban psikologi, kesan pembelajaran perilaku terhadap suatu situasi sosial
* Faktor sosio-persekitaran misalnya kerana kehilangan pasangan hidup, kehilangan pekerjaan, paska bencana, kesan situasi kehidupan sehari-hari yang lain
Menurut
Diagnostic and Statistical Manual IV - Text Revision (DSM IV-TR)
(American Psychiatric Association, 2000), seseorang menderita gangguan
kemurungan jika: A. Lima (atau lebih) gejala di bawah telah ada selama
tempoh dua minggu dan merupakan perubahan dari keadaan biasa seseorang;
sekurang-kurangnya salah satu gejala harus emosi kemurungan atau
kehilangan minat atau kemampuan menikmati sesuatu.
1. Keadaan
emosi kemurungan / tertekan sebahagian besar waktu dalam satu hari,
hampir setiap hari, yang ditandai oleh laporan subjektif (misal: rasa
sedih atau hampa) atau pemerhatian orang lain (misal: kelihatan seperti
ingin menangis).
2. Kehilangan
minat atau rasa nikmat terhadap semua, atau hampir semua kegiatan
sebahagian besar waktu dalam satu hari, hampir setiap hari (ditandai
oleh laporan subjektif atau pemerhatian orang lain)
3. Hilangnya
berat badan yang ketara apabila tidak melakukan diet atau bertambahnya
berat badan secara signifikan (misal: perubahan berat badan lebih dari
5% berat badan sebelum ini dalam satu bulan)
4. Insomnia atau hipersomnia hampir setiap hari
4. Insomnia atau hipersomnia hampir setiap hari
5. Kegelisahan
atau kelambatan psikomotor hampir setiap hari (dapat diamati oleh orang
lain, bukan hanya perasaan subjektif akan kegelisahan atau merasa
lambat)
6. Perasaan lelah atau kehilangan kekuatan hampir setiap hari
7. Perasaan tidak berharga atau perasaan bersalah yang berlebihan atau tidak wajar (boleh merupakan delusi) hampir setiap hari
8. Berkurangnya
keupayaan untuk berfikir atau menumpukan perhatian, atau sukar membuat
keputusan, hampir setiap hari (ditandai oleh laporan subjektif atau
pemerhatian orang lain)
9. Berulang-kali
muncul fikiran akan kematian (bukan hanya takut mati), berulang-kali
muncul fikiran untuk membunuh diri tanpa rencana yang jelas, atau usaha
bunuh diri atau rencana yang khusus untuk menamatkan nyawa sendiri
Gejala-gejala
tersebut juga harus menyebabkan gangguan jiwa yang cukup besar dan
signifikan sehingga menyebabkan gangguan nyata dalam kehidupan sosial,
pekerjaan atau kawasan penting dalam kehidupan seseorang.
Cara
menangani kemurungan berbeza-beza sesuai dengan keadaan pesakit, namun
biasanya merupakan gabungan dari farmakoterapi dan psikoterapi atau
kaunseling. Sokongan dari orang-orang terdekat serta sokongan spiritual
juga sangat membantu dalam penyembuhan.
WIKIPEDIABenarkah Besi Berasal Dari Langit?
Benarkah Besi Berasal Dari Langit?
Besi
adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya
terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit
(FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3).
Besi
adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat
dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:
“…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…
“Surah Al-Hadiid ayat 25
“Surah Al-Hadiid ayat 25
Namun,
terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi
ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang
berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan
menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23
tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal
dari angkasa lepas dan “DITURUNKAN” ke dunia ini sesuai dengan surah
tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam,
semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di
dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi,
perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang
menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah
kurniakan pada kita.
Baiklah,
untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu
geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam
semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu
letupan besar yang dinamakan “BIG BANG”. Letupan yang maha hebat itu
mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan
apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:
Dan
apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan
bumi itu keduanya dahulu adalah “SUATU YANG PADU”, kemudian Kami
pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang
hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30
Surah Al-Anbiya ayat 30
Kemudian,
setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan,
matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta.
Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di
cakerawala yang dipanggil “NEBULA”. Nebula adalah kumpulan debu dan gas
di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam
Al-Quran:
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu “MASIH MERUPAKAN ASAP”
Surah Al-Fushshiilat ayat 11
Surah Al-Fushshiilat ayat 11
Di
sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan
planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari
kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam
cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir
sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama
seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini.
Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang
berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil
berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih
panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai
menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita
kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.
Seperti
yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3
bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi
kepada 2 iaitu:
Teras Luar:
* kedalaman 2900 – 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 – 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu
* kedalaman 2900 – 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 – 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu
Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 – 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 – 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 – 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 – 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu
Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.
Disini
timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari
angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan
besi didalam perut bumi? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda
fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.
Kesimpulannya
adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita
sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran
sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke
dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama
dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke
bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang
masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut
mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk,
sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras
dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali
pada hari ini. Wallahua’lam
Sumber: paapaada
Subscribe to:
Posts (Atom)