Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Saturday, September 29, 2012

Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu


Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

http://www.al-inaam.com/library/islam.htm

Tuesday, September 25, 2012

Rahsia Lambang Singa Di kotak Rokok?

Rahsia Lambang Singa Di kotak Rokok!

blogspot.com

Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.

Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin./zhaf-akumenulis

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 
 
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta./ http://www.e-fatwa.gov.my

Saturday, August 11, 2012

Buddha Itu Adalah Nabi Zulkifli?

Benarkah Buddha adalah Nabi Zulkifli a.s? Apakah bukti Buddha adalah Nabi Zulkifli? Kalau kita semak dan pelajari riwayat hidup kedua2 tokoh ini... maka ada kemungkinan 90 % mereka adalah orang yang sama...



1. Menurut Abu’l Kalam Azad (seorang Urdu scholar), Sang Buddha (Buddha Shakyamuni) yg dikenal sbg guru suci bagi umat Buddha tidak lain adalah Nabi Zulkifli, yg dlm Al-Quran disebut sbg Nabi yg mempunyai tingkat kesabaran yg tinggi, dan sangat baik. Dalam bahasa Arab Zulkifli sendiri berarti “orang yg berasal dari Kifl”. Sedangkan Kifl itu sendiri, masih menurut Kalam Azad, merupakan nama Arab utk Kapila (singkatan dari Kapilavastu).

2. Buddha Maitreya yg dikenal dlm agama Buddha sbg “Buddha yg akan datang” menurut beberapa analisa tidak lain adalah Nabi Muhammad. Dalam kitab Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. III, 76 boleh ditemui: “There will arise in the world a Buddha named Maitreya (the benevolent one) a holy one, a supreme one, an enlightened one, endowed with wisdom in conduct, auspicious, knowing the universe“.

SIAPAKAH NABI ZULKIFLI

Zulkifli bermaksud sanggup menjalankan amanah raja. Menurut cerita, raja di negeri itu sudah lanjut usia dan ingin mengundurkan diri daripada menjadi pemerintah, tetapi beliau tidak mempunyai anak.

Justeru, raja itu berkata di khalayak ramai:"Wahai rakyatku! Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada waktu malam. Selain itu, sentiasa bersabar ketika menghadapi urusan, maka akan aku serahkan kerajaan ini kepadanya."

Tiada seorang pun menyahut tawaran raja itu. Sekali lagi raja berkata:"Siapakah antara kamu yang sanggup berpuasa pada waktu siang dan beribadah pada malamnya serta sanggup bersabar?"

Sejurus itu, Basyar dengan suara yang lantang menyatakan kesanggupannya. Dengan keberanian dan kesanggupan Basyar melaksanakan amanah itu beliau diberi gelaran Zulkifli.

Baginda juga adalah nabi yang cukup sabar seperti firman Allah, bermaksud:
"Ismail, Idris dan Zulkifli adalah orang yang sabar dan Kami beri rahmat kepada semua kerana mereka orang yang suka bersabar."

SIAPAKAH SIDDHARTHA GAUTAMA

Pada akhir abad ketujuh S.M. (tahun 623 S.M.), lahirlah seorang yang bernama Siddhartha Gautama di bandar Kapilavastu/Kapilavathu (Kapil, lidah Arab menyebut Kafil @ Kafli). Siddhartha Gautama merupakan putera kepada Raja Suddhodana dan Permaisuri Maha Maya. Raja Suddhodana dari keturunan suku kaum Sakyas, dari keluarga kesastrian dan memerintah Sakyas berdekatan negeri Nepal. Manakala Permaisuri Maha Maya pula adalah puteri kepada Raja Anjana yang memerintah kaum Koliya di bandar Devadaha.

Sebelum kelahiran Buddha: Permaisuri bermimpi dibawa oleh 4 orang dewa ke sebuah gunung yang tinggi. Kemudian, permaisuri melihat seekor gajah putih yang cantik. Pada belalai gajah itu terdapat sekuntum bunga teratai. Gajah mengelilinginya 3 kali sebelum masuk ke dalam perut permaisuri.

MAKSUD ISTILAH BUDDHA

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir' (Antim terakhir yang dimaksudkan ialah Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir). Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda.

Makna "Nabi" dalam bahasa Arab (berasal dari kata naba yang bererti "dari tempat yang tinggi"; kerana itu orang 'yang di tempat tinggi' dapat melihat tempat yang jauh). Nabi dalam bahasa Arab sinonim dengan kata Buddha sebagaimana yang difahami oleh para penganut Buddha. Sinonimnya pengertian ini dapat diringkaskan sebagai "Seorang yang diberi petunjuk oleh Tuhan sehingga mendapat kebijaksanaan yang tinggi menggunung".

RINGKASAN KISAH SIDDARTHA GAUTAMA

Kelahiran Bodhisatta (Bodhisattva, bakal Buddha atau bakal mencapai Pencerahan) pada tanggal 623 S.M. pada bulan purnama Vesak. Selepas sahaja Bodhisatta dilahirkan, Permaisuri Maha Maya mangkat selepas tujuh hari melahirkan anak.

Pada hari kelahiran Bodhisatta telah disedari secara ghaib oleh seorang tua yang sedang bertapa di kaki gunung Himalaya yang digelar Asita Bijaksana (nama asalnya Kala Devala). Asita bergegas ke istana pada keesokannya untuk melihat dan menilik putera Raja Suddhodana.

Asita mendapati terdapat 32 tanda utama dan 80 tanda kecil menunjukkan Bodhisatta bakal menjadi Manusia Agung dan Guru Agung kepada manusia dan dewa-dewa (i.e. Jin dan Malaikat, kelemahan umat Hindu dan Buddha ialah tidak dapat bezakan antara Jin dan Malaikat yang keduanya dipanggil DEWA-DEWA).

Asita menangis kerana sedih tidak sempat mendengar ucapan dan pengajaran Buddha di masa akan datang, beliau kemudian berlutut tunduk hormat kepada bayi Bodhisatta.

Kenyataan terakhir Asita ialah Bodhisatta hanya akan menjadi salah satu dari dua iaitu sekiranya ia kekal membesar dalam istana dia akan menjadi Maharaja Agung manakala kalau dia berjaya lari dari istana maka dia akan menjadi Mahaguru Agung.

Upacara menamakan putera raja diadakan pada hari kelima selepas Boddhisatta dilahirkan. Pada akhir majlis itu, 108 orang bijaksana memutuskan nama yang sesuai untuk putera raja iaitu SIDDHARTHA GAUTAMA yang membawa maksud ‘Cita-Cita Terkabul’.

Siddhartha kemudian membesar di istana dan belajar kepada seorang guru istana bernama Sirva Mitra. Beliau menjadi pelajar yang luar biasa pintar dan mahir dengan ilmu ketenteraan. Yang menjadi kehairanan kepada orang disekeliling dan gurunya ialah sifat Siddharta yang sensitif terhadap penganiayaan hinggakan tidak ada seorang pun yang beliau lihat menganiaya binatang kecuali mencegahnya serta merta.

Malah beliau sangat bersedih melihat para petani berkerja keras membajak tanah dibawah terik matahari menyebabkannya lari ketempat lain ke sebuah pokok(Tiin-Bodhi) dan duduk di sana secara bertafakur (samadhi) untuk membuang stress.

PERSAMAAN NABI ZULKIFLI DENGAN SIDDARTHA GAUTAMA

Maka berbalik kepada maudhu' perbahasan, benarkah Buddha itu disebut dalam Al-Qur'an? Sebenarnya tidak ada kata-kata “Buddha” dalam Al-Qur'an, namun menurut Dr. Alexander Berzin bahawa terdapat catatan para sejarawan dan peneliti yang mengaitkan beberapa ayat Al-Qur'an dengan Sang Buddha, iaitu pada maksud ayat;

"Demi (buah) Tin (fig) dan (buah) Zaitun, dan demi bukit Sinai, dan demi kota (Mekah) ini yang aman, sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu? Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?"(At-Tin 95 : 1)

Beliau menjelaskan bahawa buah Zaitun melambangkan Jerusalem, Isa a.s. (Jesus, Kristian). Bukit Sinai melambangkan Musa a.s. dan Yahudi. Kota Mekah pula menunjukkan Islam dan Muhammad SAW. Manakala pohon Tin (fig) pula melambangkan apa?

Tin (fig) = Pohon Bodhi

Pohon Bodhi adalah tempat Buddha mencapai Pencerahan Sempurna. Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahawa sumpah Allah SWT dengan buah tin yang dimaksud ialah pohon Bodhi. Prof. Hamidullah juga berpendapat sama dengan al-Qasimi bahawa perumpamaan pohon (buah) tin (fig) di dalam Al-Qur'an ini menunjukkan Buddha itu sendiri, maka dari sinilah mengapa sebahagian ilmuan Islam meyakini bahawa Buddha telah diakui sebagai nabi di dalam agama Islam.

Manakala Hamid Abdul Qadir, seorang sejarawan abad ke-20 mengatakan dalam bukunya Buddha Yang Agung: Riwayat dan Ajarannya (Arab: Budha al-Akbar Hayatuh wa Falsaftuh), menjelaskan bahawa Buddha adalah nabi Dhul-Kifl, yang bererti “ia yang berasal dari Kifl”. Nabi Dhul-Kifl @ Zulkifli disebutkan 2 kali dalam Al-Qur'an:

"Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar." (Al-Anbiya' 21: 85).

"Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa, dan Dzulkifli (Dhul Kifl). Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik." (Shad 38 : 48).

KESIMPULAN

“Kifl” adalah terjemahan Arab dari Kapilavastu (Kapil), tempat kelahiran Bodhisattva (Buddha). Hal ini juga yang mungkin menyebabkan Mawlana Abul Azad seorang ahli teologi Muslim abad ke-20 turut menekankan bahawa Dhul-Kifl dalam Al-Qur'an boleh jadi adalah Buddha.

Dalam sejarah Islam, Nabi Zulkifli a.s. adalah antara nabi yang mempunyai cerita yang paling sedikit dibicarakan. Hal ini mungkin menjadi faktor kepada sebahagian ulama' menyamakan watak Dzul-Kifli dalam Al-Qur'an dengan Buddha yang secara kebetulan banyak persamaan sekiranya disuaikan.

Yang menarik perhatian saya ialah mengenai surah at-tin (the fig). Allah berfirman mengenai pokok/buah tin, pokok/buah zaitun, bukit sinai dan kota mekah. Mekah dikaitkan dgn Nabi Muhammad s.a.w., Bukit Sinai dengan Nabi Musa, zaitun dengan Nabi Isa a.s., dan siapa pula dikaitkan dengan buah atau pokok tin?

Dikatakan dalam sejarah bahawa Gautama Buddha duduk bawah pokok tin. Kalau ikut istilah islam, dia dapat wahyu masa duduk bawah pokok tersebut. Ikut tulisan orang Buddhist, dia dapat ilham masa duduk bawah pokok tersebut.

Bila Allah berfirman... "Wattiini wazaitun... watuurisinina wahazal baladil amin."
Allah menyebut perihal nabi2-Nya... Tiin (Nabi Zulkifli-Buddha), Zaitun (Nabi Isa a.s), Siniina- bukit Sinai(Nabi Musa) dan Baladil amin -Tanah yang aman dan selamat(Mekah)- NABI MUHAMMAD SAW... ia ikut urutan... hebatnya Qur'an...sebagai kalimat Tuhan.. susunan sejarah riwayat nabi-Nya... Mari kita sama-sama fikirkan... HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
http://syababunnabawi.indonesianforum.net/t57-buddha-itu-adalah-nabi-zulkifli
Buddha = Nabi Dzul-Kifli?
DALAM menafsirkan Surat At-Tin, Buya HAMKA dalam masterpiece-nya TAFSIR AL-AZHAR halaman 204-205, menulis seperti dibawah ini.
"...Selanjutnya ada pula penafsir-penafsir zaman sekarang sebagai disebutkan Al-Qasimi di dalam tafsirnya berpendapat bahwa sumpah Allah dengan buah Tin yang dimaksud ialah Pohon Bodhi tempat bersemadinya Buddha Gaotama ketika beliau mencari Hikmat Tertinggi. Buddha adalah pendiri dari agama Buddha yang di kemudian harinya telah banyak berobah dari ajarannya yang asli. Sebab ajarannya itu tidak ditulis pada zamannya melainkan lama sesudah matinya. Dia hanya diriwayatkan sebagai riwayat-riwayat Hadits-hadits dalam kalangan kita Muslimin, dari mulut ke mulut. Lama kemudian baru ditulis, setelah pemeluk-pemeluknya bertambah maju."
Menurut Al-Qasimi, pendiri agama Buddha itu bernama asli SAKIAMUNI atau Gaotama. Mula kebangkitannya ketika ia berteduh bersemedi di bawah pohon kayu Bodhi yang besar. Di waktu itulah turun wahyu kepadanya. Lalu ia diutus menjadi Rasul Allah. Setan berkali-kali memperdayakannya, tetapi tidaklah telap. Pohon Bodhi itu menjadi pohon suci pada kepercayaan Buddha yang mereka namakan juga ACAPALA.
Selanjutnya, HAMKA mengutip pernyataan Ulama Besar dari ARABIA dan SUDAN yang menetap di INDONESIA. Ulama itu bernama Syaikh AHMAD SOORKATI. Menurut SOORKATI, kemungkinan besar sekali bahwa yang dimaksud dengan seorang Rasul ALLAH yang tersebut namanya dalam Al-Quran dengan DZUL-KIFLI, itulah BUDDHA!
Menurutnya, asal makna dari DZUL-KIFLI ialah "EMPUNYA PENGASUHAN" atau "YANG AHLI DALAM MENGASUH". Menurutnya, mungkin berarti "MENGASUH JIWA MANUSIA". Maka SOORKATI menyatakan pendapat bahwa kalimat KIFLI berdekatan dengan negeri tempat BUDDHA dilahirkan, yaitu KAPILAWASTU.
Mengakhiri tafsir tiga ayat pertama dalam Surat At-Tin ini, HAMKA berkomentar dalam bukunya yang diterbitkan oleh PUSTAKA PANJIMAS Jakarta (Cetakan April 2006) ini berikut:
"Dan semuanya ini adalah penafsiran. Kebenaran mutlak tetaplah pada ALLAH sendiri."
Ada pendapat gak? Gimana menurut saudara?

Sunday, July 1, 2012

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

 

Kebenaran Islam Mengenai Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Posted by greenboc

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Mengapa PAS bersahabat dengan DAP?

Saturday, 27 August 2011 9:25 PM
 
Wawancara wartawan Roketkini Amaluddin Zhafir dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
26 OGOS – Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sudah terkenal dengan pendekatan ceramah beliau yang acap kali diselit jenaka dan sidiran tajam – salah satu kepakaran beliau.
Inilah yang membuatkan beliau sentiasa dekat dengan rakyat bawahan, selain kerap turun padang dan suka bersembang dengan mereka. Adalah suatu lumrah alam seperti pejuang rakyat yang lain, perjalanan beliau dipenuhi ranjau dan duka serta pahit manis.
Tokoh yang popular dengan gelaran Mat Sabu yang penuh kontroversi ini, masih bertongkat akibat sikap agresif polis sewaktu bermotosikal ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Walau pun begitu, dengan pengalaman beliau yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dan sudah beribu kali difitnah media kawalan Barisan Nasional, beliau masih selamba dan bersemangat ketika Roketkini bertemu dengannya di sebuah restoran di ibu kota selepas berbuka puasa baru-baru ini.
Hubungan PAS-DAP
Penuh santai dan selesa, dan restoran pula berkumandang didendangan pula dengan lagu-lagiu Hari Raya, perbualan kami tidak menyentuh langsung tentang Aidilfitri. Dalam wawancara itu, antara yang disentuh adalah merayakan kepelbagaian budaya di antara DAP dan PAS – dua parti pembangkang pusat paling aktif.
Begitu pun, perbualan singkat kami penuh makna, dek kejujuran dan kenyataan beliau yang bersifat kritis tetapi lembut, langsung menyerikan suasana Aidilfitri yang bakal menjelma.
Bila disoal tentang perkembangan hubungan kerjasama parti komponen dalam Pakatan Rakyat, terutama di antara DAP dan PAS, Mat Sabu menjawab mudah bahawa selepas tsunami politik 2008, hubungan itu menjadi semakin akrab.
“Hubungan sangat baik sehingga diari saya penuh dengan jemputan DAP. Saya hairan kenapa DAP gemar dengan saya. Inilah realiti yang saya hadapi,” jelasnya.
Bagaimana pun beliau masih kritikal tentang keakraban hubungan ini. “Adakah kita berpuas hati dengan hubungan baik ini? Bagi saya, belum. Kita sentiasa harus memperbaiki lagi dari masa ke semasa.”
Ibarat berumah tangga, katanya, DAP dan PAS akan sentiasa berselisih pendapat walau bersama pendirian dalam banyak perkara.
“Inikan pula sebuah parti yang besar dengan latar belakang yang agak berlainan. Kita sentiasa mesti mencari jalan, berusaha dan setakat ini, PAS, DAP, dan PKR bersetuju dalam dasar bila mengambil alih pemerintahan, dan membuat pembaharuan kepada rakyat Malaysia, tidak akan mengetepikan sama sekali Perlembagaan Malaysia,” sambungnya.
Menyentuh tentang hubungan peringkat akar umbi antara DAP-PAS pula, Mat Sabu mengaku berasa terkejut kerana menurutnya selama 32 tahun penglibatan dalam politik, beliau sendiri seolah-olah sudah berada di alam lain apabila melihat evolusi hubungan antara kedua-dua parti itu.
“Kalau di peringkat awal sebelum wujud hubungan erat ini, kami sendiri dalam PAS, kalau kata tengok muka Lim Kit Siang, kalau boleh tak mahu tengok langsung… Apa beliau cakapkan kita pun tak tahu (ketawa). Tetapi bila kita damping dia, kita nampak ada sesuatu…
“Sekarang saya macam dalam alam yang lain kalau dibandingkan dulu yang mana perkauman cukup tebal. Sekarang, rakyat boleh duduk dalam suasana yang saya andaikan kalau perpaduan ini pecah, agak sukar untuk dipulihkan,” katanya.
Menurut beliau, teras perjuangan Islam PAS melalui Negara Berkebajikan dan asas demokrasi sosial DAP mempunyai banyak persamaan untuk kesejahteraan rakyat, terutamanya dalam usaha mewujudkan peluang saksama untuk semua.
Tambahnya, hanya mereka yang dangkal fikiran akan menuduh PAS menggadaikan Islam kerana Islam itu adil untuk semua umat manusia.
Budaya
“Dalam pilihan raya, nak ambil hati pengundi terlalu berlainan budayanya. Cina lain, Melayu lain, India lain, Kadazan lain, Iban pun lain,” katanya bila diaju mengenai perbezaan budaya antara masyarakat di Malaysia.
Dalam keadaan yang lebih khusus, beliau member contoh tentang perbezaan budaya dan amalam politik di antara PAS dan DAP di mana baginya, DAP tidak perlu banyak ahli atau banyak cawangan seperti PAS.
Katanya, kaum Cina lebih menumpukan kepada isu sementara orang Melayu lebih kepada pendekatan.
“Saya beri contoh, Ahli Parlimen kaum Melayu, dia selalu melawat kampung, pergi kenduri, ziarah orang meninggal dan di Parlimen dia tidak cakap apa pun, tetapi orang kampung boleh terima dia.
“Tidak pula dalam kalangan masyarakat Cina, mereka hendak lihat apa wakil rakyat mereka perjuangkan untuk mereka sama ada di peringkat DUN atau Parlimen,” katanya sebelum menyambung menghirup kopi.
Jadi, tambah beliau, sebaik meletak cawan kopinya, kerjasama itu perlu berterusan dengan mencampuradukkan budaya yang berlainan ini.
“(Pengerusi DAP) Karpal Singh misalnya, sebelum dia berkerusi roda. berapa kali dia balik dalam setahun ke kawasan Parlimen dia? Tetapi rakyat tetap pilih dia, bukan sebab nak tengok dia pergi makan kenduri, melawat orang, tetapi orang nak tengok otak dia, kata-kata dia, perjuangan dia di Parlimen. Begitu juga dengan Lim Kit Siang.
“Berbanding pula dengan masyarakat Melayu, ia lebih konservatif. Inilah hasil pendekatan Kemas, pendekatan sogok duit, bantuan yang buat UMNO bertahan begitu lama,” jelasnya sedikit tegas.
Bagaimana pun, beliau tidak merujuk kepada semua Melayu, jelasnya, seperti di Kelantan, pemikiran orang Melayu di sana agak unik.
“Di Kelantan, orang yang dilihat perlu ada di Parlimen, mereka akan undi walau pun tak pernah jumpa atau bersalam atau berpeluk dengan kita,” katanya.
Tambah Mat Sabu, budaya ini yang perlu digabungkan untuk memastikan perpaduan di kalangan rakyat berbeza kaum dan budaya.
“DAP perlu faham budaya orang Melayu dalam PAS, dalam UMNO, dalam PKR, dan Melayu kena faham budaya Cina dan kaum lain,” jelasnya.
Menurutnya, kadang-kadang DAP cuma ada satu cawangan sahaja tetapi boleh menang pilihan raya kerana DAP menyentuh tentang soal dasar berbanding tentang pendekatan.
“Jadi pemahaman budaya yang berbeza dan kerjasama ini, kita mesti berdasarkan dua budaya ini,” katanya.
Media
“Kata sesetengah orang, media is the new god. Tuhan baru. Media yang menentukan arah fikiran masyarakat awam,” jelasnya bila disoal tentang peranan media yang membentuk persepsi masyarakat.
Beliau berkata orang Melayu sensitif terhadap isu agama, raja, dan isu-isu kaum Melayu sendiri.
“Sebab perkara ini telah di pupuk begitu lama sejak sebelum dan selepas Merdeka. Misalnya ditubuhkan Askar Melayu Diraja untuk menjaga orang Melayu.
“Kemudian UMNO itu sendiri mencanang untuk jaga Melayu. Jadi, sebarang pengurangan kuasa UMNO, dianggap sebagai pengurangan kuasa Melayu. Perkara ini kita kena lawan sebab saluran media terutama dalam dunia ketiga, memang dikawal pemerintah,” ujarnya.
Beliau memberi contoh manipulasi media di peringkat antarabangsa mengenai kebangkitan rakyat di Syria.
“Amerika sokong rakyat untuk jatuhkan kerajaan diktator. Sedangkan di negara Arab, mana ada negara demokrasi. Amerika tak beritahu mereka nak tumbangkan kerajaan Bashar al-Assad (Presiden Syria) kerana kerajaan itulah yang membuka tapak kepada pejuang-pejuang Palestin, Hamas, dan Hisbullah.
“Amerika nak serang bukan sebab demokrasi. Yang paling tiada demokrasi, Arab Saudi itulah, dilindungi pula oleh Amerika. Malah difahamkan bala tentera Arab Saudi masuk ke Bahrain, membunuh rakyat Bahrain yang bangkit menentang kerajaan zalim. Tapi media tidak liputi kes ini, maka isu ini tidak jadi besar.
“Jadi, begitulah juga kita di Malaysia,” jelasnya panjang lebar, masih berlemah lembut.
Mat Sabu mengakui usaha untuk Pakatan Rakyat memecahkan persepsi yang dibentuk oleh media kawalan BN itu bukan perkara mudah.
“Saya ambil contoh di Terengganu, naik sepanduk di banyak tempat, ‘Kalau UMNO kalah, DAP akan menang.’ Padahal DAP tidak bertanding langsung di Terengganu. UMNO guna cara ini kerana dia anggap Melayu di Terengganu tidak bijak.
“Sementara kita seronok di Kuala Lumpur, dengar ceramah, pergi forum, tapi kita lupa orang di Rompin, di Baram, di Kanoit, di Jeli… Pergantungan mereka hanya kepada RTM, TV3. Semua itu berita UMNO dan BN saja yang paling baik di dunia. Ya, memang bukan mudah melawan persepsi ini.”
Melayu dan DAP
Baru-baru ini timbul isu kononnya Mat Sabu akan bertanding di Parlimen Bukit Bintang yang selama ini menjadi kubu kuat DAP.
Beliau secara berhemah, menafikan akan bertanding di Bukit Bintang.
“Apa yang saya sebut dalam wawancara dengan sebuah  akhbar ialah, andai saya dipilih bertanding di Bukit Bintang, dan jika DAP tak bertanding menentang BN, saya yakin saya boleh menang di situ.
“Maksudnya, yang hendak saya sampaikan ialah, keyakinan masyarakat Cina kepada PAS,” jawabnya mudah.
Namun, beliau menjelaskan keadaannya berbeza dengan masyarakat Melayu kerana mereka belum yakin penuh dengan DAP.
Oleh itu, Mat Sabu akui sebagai rakan dalam Pakatan, PAS yang harus melipatgandakan usaha meyakinkan Melayu tentang DAP, selain usaha DAP sendiri.
Jeas beliau lagi, DAP mempunyai medium seperti lidah rasmi Rocket edisi Bahasa Melayu dan laman web Roketkini yang juga dalam Bahasa Melayu, yang boleh diperluaskan capaiannya kepada masyarakat Melayu.
“Itu salah satu usaha untuk menarik Melayu memahami DAP. Melalui medium itu, orang Melayu akan beri tumpuan bila, contohnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, sahabat baik saya, memberi semula elaun kepada Sekolah Agama Rakyat, elaun agama, guru KAFA, elaun imam, bilal semua naik dan kemudian beri pula elaun kepada orang hafal al-Quran,” katanya.
Jelas Mat Sabu, semua ini harus sentiasa diberi publisiti kerana perlu untuk DAP menghakis tuduhan UMNO dan rakan-rakan pelampaunya bahawa DAP bukan parti anti-Islam, bukan parti Cina.
“Media kawalan BN seperti lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia, TV3, atau RTM memanglah tidak beri liputan. Tetapi kita yang kena bagi tumpuan lebih, sebab kalau benda ini tersebar luas kepada rakyat, orang Melayu tak akan takut lagi dengan DAP bila DAP bersama Pakatan Rakyat memerintah, mereka tak rasa apa-apa.
“Tapi kita kena kerja lebih kuat,” tambahnya.
PAS pikul beban DAP?
“Ya! Kawan-kawan dalam DAP kena faham, bila PAS kerjasama dengan DAP, kami yang menerima beban daripada DAP. Bukan kerana apa, kerana lebih 50 tahun rakyat telah didoktrinkan bahawa DAP ini kafir, DAP ini Cina, DAP ini komunis.
“Kami yang teruk menghadapi tekanan dari UMNO, Perkasa dan badan-badan lain. Kami yang kena pikul beban ni,” katanya.
Menurut Mat Sabu, perkara pertama PAS perlu lakukan ialah meyakinkan ahli-ahli sendiri dan yang kedua, meyakinkan NGO-NGO Islam dan Melayu.
Katanya, Melayu bandar tidak ada masalah mengundi DAP sebagaimana dibuktikan  pada pilihan raya umum lalu di mana DAP menang besar di di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Selain Melayu kampung, jangan lupa pula dengan Melayu yang bekerja dalam sektor kerajaan. Ini kerana mereka telah didoktrin oleh Biro Tata Negara, yang peruntukannya lebih RM500 juta termasuk Jabatan Penerangan.
“Pegawai-pegawai kerajaan ini berjumlah 1.2 juta yang mana 80 peratusnya Melayu. Kalau 70 peratus dari Melayu itu katakan Melayu UMNO, mereka boleh pengaruhi lagi keluarga mereka.
“Itu juga satu blok yang besar yang perlu kita hadapi, iaitu pegawai kerajaan,” katanya.
Kelemahan
Bila Mat Sabu mengatakan bahawa kerjasama dalam Pakatan perlu dibaiki, ini juga bermaksud ada kelemahan.
Beliau memberi contoh kebanyakan keputusan awal oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat tanpa perbincangan dengan rakan komponen Pakatan lain.
“Contoh kalau Exco PAS nak umumkan sesuatu, kawan-kawan dalam DAP perlu dijelaskan supaya mereka bersedia dengan jawapan-jawapan. Begitu juga bila Exco DAP nak umum sesuatu, PAS perlu bersedia dengan jawapan.
“Sebab perkara-perkara sebegini akan timbul dari masa ke semasa kerana kita dalam masyarakat majmuk, berlainan agama dan budaya.
“Saya tak kata kita sembunyi perkara-perkara ini di bawah karpet tetapi kita mesti cari jalan penyelesaian,” katanya.
Tentang isu cadangan penutupan pusat hiburan di Kedah apda bulan Ramadhan, beliau berpendapat ia sebaik-baiknya dibincang di peringkat Pakatan Rakyat di Kedah.
“Beritahu dulu perlaksanannya. Tapi sebab diumumkan dulu oleh pegawai kerajaan, ia menyebabkan rakan-rakan Pakatan melenting. Akhirnya baru diberi penjelasan bahawa hanya untuk orang Islam sahaja.
“Itu pun selepas dua tiga minggu. Kita telah buang masa bergaduh kes kecil,” jelasnya.
Agama
Mengenai isu beberapa orang Melayu hadir pada majlis makan malam di gereja Metodis Damansara Utama (DUMC) di Selangor, Mat Sabu menjelaskan, PAS mengambil sikap berhati-hati kerana sedar ia adalah helah licik UMNO.
Bagaimana pun, beliau akui ada percanggahan pendapat di dalam kalangan PAS sendiri terutamanya kenyataan Pemuda PAS yang lantang “menyokong” serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam itu.
Namun, jelasnya lagi. Ahli-ahli PAS tidak goyang pendirian mereka selepas diberikan penjelasan tentang perkara sebenar.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam PAS ini. Apa-apa isu pun dalam PAS ini, bila timbul, kita dapatkan pandangan Mursyidul Am kita (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dan Presiden kita (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)” ujarnya.
Menurutnya, memang Pemuda PAS agak agresif dalam memberi pandangan “begitu begini” tetapi bila datang pandangan dari Nik Aziz dan Hadi, semua ahli terbuka hati menerimanya.
Memberi contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible, Mat Sabu berkata, Nik Aziz dan Hadi telah banyak menyelamatkan keadaan di Malaysia dengan memgambil pendekatan Islam sebenar, iaitu mengetahui sepenuhnya butir-butir isu serta menanganinya dengan penuh cermat dan berhikmah.
“Bila pemimpin PAS pergi melawat gereja yang dibakar, dan jumpa paderi, dan ceritakan pula di negara-negara Arab, orang Kristian menggunakan nama Allah, jadi perkara ini mudah diselesaikan.
“Padahal kalau mereka hendak tiupkan semangat pergaduhan, memang senang ketika itu. Tetapi inilah Islam yang diamalkan oleh PAS demi keamanan dan kesejahteraan semua.”
Kisah dua sahabat
Mat Sabu mengkagumi Lim Guan Eng kerana sama prinsip dengan beliau sendiri, iaitu menentang rasuah dan penyelewengan serta mengambil sikap sederhana.
“Saya kagum dengan kesederhanaan beliau terutama dalam menjaga wang rakyat, berjimat cermat, dan dia tidak pernah mengatakan this is my right. Misalnya hak dia untuk naik kapal terbang business class, hak dia untuk tukar kereta baru, hak dia untuk duduk di rumah kerajaan.
“Itu adalah hak beliau, tapi beliau tidak guna hujah-hujah itu. Malah beliau setiasa bersederhana dan guna wang rakyat untuk rakyat, serta saya nampak pendapatan yang bertambah terutama RM88 juta pada tahun pertama memerintah dan pada tahun kedua RM77 juta, tanpa ada hasil-hasil balak dan hasil-hasil lain.
“Maknanya dia dapat menambah pendapatan melalui pengurusan. Ini yang saya rasa kagumlah. Nak kata puas hati 100 peratus, tidak,” katanya sambil ketawa.
Jelasnya lagi, bila sahabatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan hasrat untuk memerintah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah laksanakan cara itu setakat ini.
Guan Eng telah secara tidak langsung menunjukkan dasar DAP melalui kerja-kerja kuat beliau menjaga wang rakyat, ujarnya.
“Ini juga memang prinsip saya dan saya sokong prinsip beliau, iaitu amat tidak suka dengan rasuah dan penyelewengan,” katanya.
Secara berseloroh, Mat Sabu berkata beliau lebih berharta daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, dan selepas lebih tiga tahun Guan Eng mentadbir negeri, beliau masih tidak kaya-raya.
Mat Sabu melihat Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang tidak ada penyelewengan sama sekali.
“Setakat yang saya tahu lah. Yang saya tidak tahu, wallahualam. Maksudnya, saya nampak ini sebuah kerajaan yang baik dan beliau juga berjaya mendisiplikan kakitangan kerajaan, sehingga hampir semua majlis perbandaran yang dulunya rugi, sekarang sedang dan telah membuat keuntungan.
“Ini langkah baik yang saya akan bersama menyokong,” jawabnya.
Beliau mnejelaskan, DAP telah mengatasi jauh UMNO-BN dari sudut menjaga hak dan kebajikan orang Melayu dan Islam.
“Kalau yang apa bekas Ketua Menteri Pulau Piang Koh Tsu Koon lakukan dahulu, ternyata DAP sudah jauh ke hadapan, terutamanya dalam Jabatan Kerja Raya, lebih 90 peratus Melayu dapat projek secara sah dan berhak.
“Dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, lebih 80 peratus. Dalam Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang, 100 peratus. Cuma yang tak dapat UMNO, itu yang mereka bising,” katanya.
Bagaimana pun, jelasnya, untuk memenuhi cita-cita Pakatan Rakyat untuk memberi keadilan dan peluang sama rata kepada semua rakyat yang susah, usaha perlu dipertingkatkan lagi.
“Sekarang ini tidak ada publisiti, yang ada cuma yang buruk sahaja dalam media kawalan BN.
“Tetapi membantu masarakat Melayu terutamanya mengenai penyediaan rumah kos rendah, ini mestilah dipertingkatkan lagi oleh kerajaan Pulau Pinang supaya tidak dituduh bahawa mereka yang mampu membeli rumah tinggi sahaja boleh berada di Pulau Pinang.
“Ini kita kena ingat, kalau penggal kedua nanti, jika diberi kuasa oleh rakyat lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat mesti tumpukan hal ini. Pembinaan rumah kos rendah mesti diperbanyakkan,” jelasnya mengakhiri perbualan kami.

Wednesday, June 27, 2012

Bangsa Melayu: Bangsa Misteri (The Lost Tribe)?

[“Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama. Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.

Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.

Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.



Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.


Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua? Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular? THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?

Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'. Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago? Mengapa?


INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA, KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.


Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda. Soalannya, Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?

Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?”]
- dipetik dari Blog Mistisfile.


Merekalah bangsa misteri pengembara yang hebat!Sepanjang sejarah perjalanan mereka yang panjang dan berliku,mereka meninggalkan kod-kod rahsia sejarah untuk dibaca oleh bangsa mereka nanti.Mereka juga membina tamadun dunia dengan ketinggian ilmu yang luar biasa!


Rehatkan minda kita seketika,Sila saksikan usaha-usaha pihak barat untuk mencungkil segala rahsia yang terpendam sekian lama berkaitan bangsa misteri dan segala ketamadunan yang mereka tinggalkan.


Apakah rahsia terpendam sekian lama yang dicari oleh bangsa misteri ini???


Untuk mengetahui rahsianya….baca sekali lagi kod-kod rahsia bangsa yang sengaja di tinggalkan oleh M.O dalam artikel-artikelnya untuk kita jejaki dan cantumkan semula di sini menjadi satu gambar besar untuk diteliti dan direnungi :

Klik sini :

Tulis M.O seperti berikut :

[“Rahsia yang terpendam beribu tahun tentang satu bangsa pengembara yang mencari 'Tanah yang Dijanjikan' semakin lama semakin terbongkar dengan penemuan pelbagai artifak yang penuh misteri dan mengundang pertanyaan seperti penemuan keris di sebuah kuil purba di Okinawa Jepun,kendi purba yang sama di Vietnam,Kemboja dan Pahang,penemuan kota purba yang dinamakan Jawi/Jawa di Jordan dan juga penemuan keris purba di Rusia selain gendang Dong Son dan Kapak Tua Asia Tengah yang popular itu.


APA MAKSUD KEPADA SEMUA MISTERI INI? Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas.Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.


Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.

ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?


Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang.Juga Bumi Mala...


Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.


Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).

Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.

Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).


'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.

Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:

TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.


Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi Mala. Perkahwinan? Mungkin. Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe' Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.


DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.

Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi Keturunan yang terbaik.

Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:

Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.

Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:

Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah,setelah kematian Hassan Al Askari r.a yang diracun, Ahli Bait keturunan Rasullullah s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan Rasullullah s.a.w).


TELAH LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.

Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk dipelajari teknologi perkapalan itu.

Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.’ ]- dipetik dari blog Mistisfile


Persoalan tentang siapa dan bangsa mana yang mempunyai teknologi membina piramid dan negarakota..eloklah sekali lagi kita membaca artikel yang berguna dari M.O ini.

M.O memulakan kod rahsia misteri bangsa ini dengan nama seorang wanita iaitu Keturah!

Siapakah keturah ini?

Klik Sini :
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html

M.O menulis begini…….

[ “Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia.

Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.


Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.

Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.


Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.

Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.

100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXxvtE6sRLdnv0U5dU1IgmGEfJZtwPMKrlcuiFtZup0jgvyI1m1R2zuVyyznrfCJDmzJw20x_Ff49HaPc-oK9Eq0xxT2brqMj4YEU9L-eABDj7lo2TXkhBeoxd81315hRSeY0s9pKs9JGR/s1600-h/kapal+nabi+nuh.jpg

Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan” ] - dipetik dari Blog Mistisfile.


Mari kita jejaki lagi bangsa misteri ini di nusantara! Jika candi Prambanan dikaitkan dengan agama hindu,maka candi Borobudur pula dikaitkan dengan agama budha!kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi tersebut?Siapakah bangsa yang memahat batu-batu dinding candi itu dengan kod-kod rahsia untuk dibaca oleh generasi selepas mereka?sudah tentu mereka bercerita tentang kehidupan mereka dan sudah tentu keris juga adalah sebahagian dari hidup mereka!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQyApNPY7_rcmlpCiy59ZlDHUo09J6MWZCRheQyizyR0k2rfi0Q1jmQmwRHzQKySPVQmOlXexZEA9sRWoIfElh89w8mnDd1mbuRy5QiYH7l6DOa8AaRd3buWDYRV8wq7h0JMzMD5YEuA2X/s1600-h/keris+di+borobudur.jpg


Sila klik sini untuk membaca artikel seterusnya :
http://www.geocities.com/javakeris/kerisology.htm

Apa yang berlaku 20,000 tahun lampau? Apakah jenis peradaban yang ada ketika itu?

Alangkah terkejutnya kita bila kita mengetahui mereka sudahpun mencapai tahap ketamadunan hidup yang tinggi! Sila klik siniuntuk membaca seterusnya.
http://www2.hawaii.edu/~yakovee/theorigin.htm#thelostcontinent



Baiklah...jika semua kod rahsia dan semua rahsia besar telah anda ketahui... maka, saya ingin mengajak anda pula untuk berfikir sedikit mengapa pula agaknya Gereja Besar berbentuk kapal Nabi Nuh itu telah didirikan di atas Bukit Jalil dan apakah tujuan utama pembinaannya?

Sila lihat Gereja itu- klik sini
http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html

Selamat membaca dan selamat berfikir!

Sekian....

Wassalam.

Sangtawal Sakranta...

Kronologi perkembangan Islam Melayu

 


Asal bumi yg kita pijak, langit yg kita junjung sebelum Islam namanya " Alam Bayu Atas Angin Bawah Angin" wilayah Langkasuka, keturunan Merong Mahawangsa pemerintahan Sri Wijaya, kemudian terkenal dgn nama "Kalaha" semasa pemerintahan Raja Phra Ong Mahawanser, penduduknya adalah keturunan Monggol, Parsi, Arab, Cina, India dan lain2 etnik. Agama mereka ialah Hindu, Buddha, Majusi dan lain2 amalan Durbar / Derbar upacara berbentuk pemujaan Dewa.

Raja Phra Ong Mahawanser berasal dari negeri Kalaha, wilayah Parsi di arah oleh kerajaan Rom Timur utk meminang anak raja Cina bagi dirinya. Baginda belayar dgn kekuatan 40 buah kapal. Sampai di lautan selatan India di serang oleh lanun2, 30 buah kapal hancur hanya tinggal 10 buah. Apabila lanun2 menyedari di dlm 10 buah kapal tersebut ada Raja Parsi, mereka ikut taat setia kpd Raja Phra Ong Mahawanser. Mereka meneruskan pelayaran sehingga ke Langkasuka (Langkawi). Pada masa itu, Langkasuka masih terbakar akibat peperangan antara kerajaan Hindu Andanum dan kerajaan Buddha Sri Wijaya. Terbukti sehingga sekarang masih wujud beras terbakar di Langkawi.

Baginda meneruskan pelayaran ke selatan Langkasuka masuk ikut Kuala Muda dan berhenti di Lembah Bujang, dan menubuhkan kerajaan kedah Tua (Kalaha) dan membina Istana di Bukit Meriam. Baginda mewujudkan Pelabuhan Bebas antara Timur dan Barat di Lembah Bujang. Pedagang akan berlabuh di Lembah Bujang dan meneruskan perjalanan ke Kuala Bekah (Pattani) membawa barang dagangan ke Canton (China) melalui jalan darat.

Amalan kehidupan penduduk Kalaha pada masa itu Durbar / Derbar Puja Dewa. Agama mereka Hindu, Majusi, Buddha dan lain2 di ketuai oleh sami2 yg dipanggil "Mahaguru". Golongan ini terbahagi kpd 10 puak yg mengambil peranan besar dlm masyarakat Kalaha pd masa itu, 10 golongan tersebut ialah:
Raja, Panglima, Hulubalang, Tok Pawang, Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudim, Tok Bidan, Mak Andam, Tukang Jaga Rumahtangga dan Harta Benda. Tiap2 satu golongan akan melawan dgn yg lain utk mempamerkan kehebatan dan kemegahan. Puak2 ini dlm tauhidnya dipanggil "Sihir" atau "Silap Mata". Dlm hukum Syarak adalah "Haram". Dlm aL-Quran puak2 ini dipanggil puak "Addholin (yg tidak berpegang kpd kitab al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias). Mencipta berhala dgn tangan kemudian disembah dan dipuja keris, batu dan lain2.

Puak2 yg patuh pd pemujaan yg sama dgn hukum syarak atau harus dalam hukum syarak dipanggil puak "Maghdhubi 'Alaihim" kerana membuang 5 perkara dlm Taurat bagi puak Yahudi atau membuang 5 perkara dlm al-Quran dan Hadis pd zaman Salaf iaitu menolak "mati hidup semula", menolak "Yaumul Mahsyar", menolak syurga neraka, menolak " Qada' dan Qadar" dan menolak Nabi Muhammad s.a.w. dan segala sifat2nya.

Zaman Khalaf bermula tahun 1136M sehingga 2011M dan seterusnya dipanggil puak " Munafiqin dan Murtad" kerana menolak al-Quran, Hadis, Ijma' Ulamak, Rukyah dan Qias, menolak wujudnya malaikat, menolak rasul2 dan nabi2 khususnya yg tersebut nama2nya di dlm al-Quran, menolak Ulama' dan org2 soleh yang terpelihara daripada dosa dlm ilmu dan amal mereka atau yg di sentuh oleh dosa dan segera bertaubat (An'am ta'alaihim".

Islam bermula apabila Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani menghantar 12 org anak muridnya yang diketuai oleh Sayyid Syeikh Abdullah Bin Ahmad Al-Qumairi dari Baghdad ke Gunung Jerai pada kadar satu langkah dalam waktu Zohor, Azan yg pertama dilaungkan di puncak Gunung Jerai pd waktu Zohor, Lima kali azan:Zohor, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh. Selepas azan ke 2
Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi mengadap Raja Phra Ong Mahawanser di istana Bukit Meriam (Lembah Bujang). Mereka tidak melakukan apa2 serangan dan hanya mengambil uzlah selama 40 hari.

Raja Phra Ong Mahawanser beserta sami2nya dan kesemua puak yg disebut tadi menyerang Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi dan 11 org sahabatnya dgn segala bentuk sihir dan silap mata melalui latihan pertahanan diri, perbomohan dan lain2 cara. Kesemuanya itu tidak berfungsi, tidak memberi bekas dan berhasil.

Akhirnya Raja Phra Ong Mahawanser dan bala tenteranya datang mengadap Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi dan bertanya kpd Sayyid Abdullah al_Qumairi "Apa yang tuan pakai? Kami jumlah yg besar, kalah dgn kamu jumlah yg kecil". Sayyid Abdullah Al-Qumairi menyebut "Islam". Apabila ditanya apa Islam?, Sayyid Abdullah Al-Qumairi menghuraikan dgn panjang lebar. Raja Phra Ong Mahawanser terus menerima Islam sebagai agama dan memerintahkan pembesar2nya menerima agama Islam. Mereka datang dgn tempayan arak dan gelas utk menjamu Sayyid Syeikh Abdullah Al_Qumairi dan rakan2nya. Akhirnya, Raja Phra Ong Mahawanser perintahkan tempayan dan gelas dimusnahkan kecuali mangkuk kaca baginda, yg dicuci bersih dan dihadiahkan kpd Sayyid Syeikh Abdullah Al_Qumairi. Sayyid Sheikh Abdullah Al_Qumairi menyebut "Haza Qodah Darul Aman", maka negeri ini ditukarkan kpd nama negeri " Kedah Darul Aman".

Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi tinggal di Kedah Darul Aman selama satu tahun atau tiga tahun kata sesetengah ulama'. Dlm masa tersebut ditukarkan nama raja kpd " Al-Malik Muzaffar Shah". Baginda mengadakan perhimpunan kali ke dua atas nama " Islam":

1. Menukar nama penduduk islam kpd nama2 dlm sebutan Bahasa Arab mengikut al-Quran umpama Ibrahim, Idris, Muhammad dan sebagainya.

2. Melantik Raja Muzaffar Shah memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah 1" untuk Kedah Darul Aman dan seluruh nusantara (pangkat Sultan Wali).

3. Menamakan bangsa yg sudah menjunjung Islam selama satu atau tiga tahun utk dikenali diperingkat antarabangsa dgn nama " Al-Mala'u". Perkataan Al-Mala'u ada disebut 22 tempat di dlm al-Quran. Oleh kerana pelat disebut "Milayu", dlm tulisan Rom dipanggil "Melayu:.

4. Jemaah ini dikenali dgn " Islam Melayu Melayu Islam" yg tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yg beragama Islam dan bermastautin di sini atau org2 Islam dari rata rata yg berhijrah dan bermastautin di sini dipanggil " Melayu" .

5. Umat "Islam Melayu Melayu Islam" ini dipimpin oleh ulama' dari satu generasi ke satu generasi silih berganti;
a. Panduannya Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama' dan Qias.
b. Aqidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Abu Hassan As-Syaari, Abu Mansur Al-Maturidi, Fiqh Muktabar: As-Syafie dgn tidak menolak tiga lagi mazhab. Akhlak Sufi Islam dipimpin oleh Imam Junaid Al-Baghdadi, Imam Al-Ghazali, Imam Al-Khusyairi dan Imam As-Sya'rani. Wirid2 dan ahzab semua dipimpin oleh ulama' yg ahli pada babnya.


Islam Melayu Melayu Islam dalam ketulenannya bermula 1136M sehingga 1511M bersamaan 531H sehingga 906H. Dalam pada masa itu, wujud beberapa buah kerajaan Islam yg tulin antaranya Samudera, Pasai, Acheh, Demak, Maluku, Sulu, Brunei, Melaka, Pahang, Terengganu, Johor, Perak, Kelantan dan Pattani Darul Salam. Selepas dari itu, kesemua negeri2 melayu tumbang ke tangan siam Buddha kecuali Kedah Darul Aman yg membayar "ufti (Bunga Emas)". Manakala Melaka kalah kpd Portugis. Indonesia (nama sekarang) pula kalah kpd Belanda. Tahun 1511M hingga 2011M tidak wujud lagi kerajaan Islam Melayu Melayu Islam kerana berkecamuk dgn macam2 ajaran ilmu dan amal serta kefahaman hasil campurtangan British secara langsung. British berjanji akan mengembalikan negeri dan kerajaan kpd raja2 Melayu dgn syarat baginda hanya dilantik sbgai "Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu" di negeri yg baginda perintah. British memegang secara menyeluruh politik, ekonomi dan pendidikan.

Sultan pertama utk negeri Kedah Darul Aman dan seluruh Nusantara ialah "Sultan Muzaffar Shah 1". Sultan Abdul Halim Muazzam Shah yg ada sekarang adalah Sultan generasi yg ke 27. Bermula 1511M - 2011M dipanggil "KURUN DIJAJAH" sehingga seterusnya dipanggil "MASA KEHANCURAN".

Bilamana masyarakat hilang pedoman meraba raba mencari tumpuan, berlaku pula kegawatan yg lahir dari macam2 ragam umat manusia ada yg mengambil kesempatan mereka-reka segala mcm ideologi baru menjadi amalan utk kepentingan diri masing2. Idea2 ini diterapkan ke dalam masyarakat pelbagai kaum atas pentas demokrasi utk menghidupkan budaya " Kafir Addholin" tipu menipu, memanipulasi, provokasi, demonstrasi dan provokasi kaum ke arah kontroversi antara kaum yg boleh membawa padah "Kehancuran". Timbul pula kumpulan mencipta jampi, wirid, zikir, doa, tangkal, azimat dan selendang utk tujuan megah, kuat, kebal, kahaq, gagah, ajaib dan lain2 kononnya bagi mereka itu membantu memberi latihan ilmu kebatinan dan pertahanan diri utk menjaga agama, bangsa dan negara.

Kemudian timbul pula pelbagai penyakit keras hati, buruk sangka, caci mencaci, fitnah memfitnah, isim, gila talak, gila kuasa, gila lalu berleluasalah pekerjaan khurafat dan amalan syirik. Lahirlah perpecahan dlm masyarakat, sia2lah amalan, berlaku kerugianlah dlm kehidupan selama2nya.
Di atas kesedaran dan keinsafan melihat umat Islam Melayu Melayu Islam kebanyakannya terjebak dgn pelbagai ajaran palsu yang tidak ada muafakat dgn ajaran Islam, maka atas kesedaran ini lahirlah “Warga Melayu” di pentas “Bangsa Antarabangsa”. Lihat tafsir At Thobrani (Para sahabat bertanya kpd nabi Muhammad s.a.w. mengenai makna An’am ta’alaihim, Maghdhubi ‘Alaihim dan Addholin did lm surah al-Fatihah.
kpd umat Islam Melayu Melayu Islam amnya segera kembali semula “Tajdid Ucapan Dua Kalimah Syahadah” mewarisi segala ilmu dan amalan yg dihimpunkan oleh Allah Ta’ala dihantar kpd hamba2Nya yg mukallaf atas lidah rasulnNya nabi Muhammad s.a.w. secara Talaqqi kpd seorang guru yg tiada putus salasilah, guru mursyid kepada Guru Murabbi nabi Muhammad s.a.w., nescaya sampai kepada Allah s.w.t.
Kesinambungan perjuangan Warga Melayu diteruskan dgn menyusun usaha yg bersungguh sungguh melaksana perintah suruhan dan larangan ke atas pemulihan Islam Melayu Melayu Islam. Merdekakan daripada ideology penjajah dgn member tumpuan kepada Gagasan Islam Melayu Melayu Islam secara universal, sebagai pewaris yg berhak, Bangsa Keturunan Manusia Agong yg dijadikan oleh Allah Ta’ala. Firman Allah dlm surah Al-Hujurat ayat 13:
“Wahai umat manusia ! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalan”.
Wahai saudara;
Ingatlah bangsa bangsa terdahulu sebelum kedatangan Islam, orang2 Hijaz manakala bangsa itu menerima Islam maka Allah kekalkan bangsa itu bangsa beragama. Maka agama Islam yang diletakkan pada hati, lidah dan anggota bangsa bangsa itu, maka bangsa itu bangsa beragama. Lihatlah kepada Firman Allah, surah Al-Hujurat ayat 14:
“Bangsa terdahulu orang orang Hijaz berkata: Kami telah beriman; katakanlah wahai Muhammad, kamu belum beriman (jangan berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk dalam hati kamu, berkatalah sahaja “Kami telah Islam (kami telah tunduk menyerah diri, tidak melawan dan tidak menentang) dan ingatlah jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal kamu kerana sesungguhnya Allah amat pengampun lagi amat mengasihani”.
Bangsa2 Hijaz terdahulu Parsi, Arab, Monggol, Cina, India, Merong Mahawangsa dan lain2 etnik sebelum kedatangan Islam dalam wilayah Nusantara bangsa bangsa itu menerima agama Islam, maka jadilah bangsa itu bangsa beragama. Maka wujudlah satu rumpun bangsa bangsa beragama yg terkenal dgn nama “ AHLI JAWI BANGSA KEBANGSAAN BERPEGANG TEGUH AGAMA ISLAM”.
Ahli Jawi adalah satu satu bangsa yg wujud di alam dunia yg fana ini mempunyai wasilah yg telah ditetapkan, diputuskan dan didoakan oleh ulama’ Muktabar yang ahli pada babnya. Mereka dibalut dengan pakaian kebesaran Agong Rahmatan Lil A’lamin, Makarimul Akhlak, Khuluqul A’zim, Uswatan Hasanah sepanjang zaman. Kemudian diikat kukuh pada hati, lidah dan anggota sebagai Pewaris Asabah kepada Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang zaman.
Atas kehendak yg Maha Esa mengurniakan petunjuk kepada hambaNya seorang Guru Mursyid Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairi setelah mendapat perkenan Gurunya DYMM Sultan Aulia’ Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jailani Qaddasallahu Sirrah dan mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Muzaffar Shah, Baginda ambil kalimah Arab “Al-Mala’u” kalimah asal yang dihazaf huruf “hamzah” diganti huruf “Ya”, kemudian dibaca mengikut kaedah bahasa arab “ Melayu” yang dinisbah kepada: Bangsa Keturunan Manusia Agong.
Nisbah Melayu: BANGSA KETURUNAN MANUSIA AGONG.
Sepertimana tersebut dalam kitab “ Hadiqatul Azhar” Maulana Syeikh Wan Ahmad Syeikh Wan Muhammad Zain Syeikh Wan Mustaffa Faqih Wan Musa Al-Jambusi Al-Fathani, dan doanya:
“Ya Allah, perkuatkanlah orang orang Islam Bangsa Melayu atas bangsa bangsa kafir dan kembalikanlah negeri negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah Ya Rabbal ‘Alamin”.
Maka kalimah “Melayu” ini jika ditujukan kepada individu dipanggil “Orang Melayu”, jika kepada kumpulan dipanggil “Bangsa Melayu”, jika kepada negeri dipanggil “Negeri Melayu”, jika kepada Raja dipanggil “Raja Melayu”, jika kepada Negara dipanggil “Persekutuan Tanah Melayu”, jika kepada semenanjung dipanggil “ Semenanjung Tanah Melayu”, jika kepada gugusan dipanggil “ Gugusan Selat Kepulauan Melayu”, jika kepada dunia dipanggil “Alam Melayu”, sehingga terbentuk Empayar Alam Melayu yang kuat dan kukuh berkuasa sepenunnya 375 tahun hingga 1511, sehingga kini ber berusia lebih daripada 875 tahun.
Huruf Jawi Qadim menjadi huruf tulisan Bahasa Melayu yang ditambah “titik” kpd beberapa huruf tertentu sahaja, kemudian dikekalkan bahasanya sebagai loghat utama disebut “ Bahasa Melayu”, adalah satu satu bahasa yang paling ringan dan mudah daripada bahasa2 penduduk dunia terdahulu termasuk Jawi Qadim. Maka dgn sebab itu kebanyakan orang2 Hijaz dan orang2 arab dahulu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua rasmi dalam pergaulan dunia bangsa antarabangsa disebut “Bahasa Jawi Jadid” dan bahasa utama disebut “Bahasa Jawi Qadim” ialah bahasa Al-Quran.

Warga Melayu
Menyeru kepada umat manusia yang memiliki hasrat suci dan cita cita teguh untuk memelihara kesucian agama Islam, Bangsa, Harta dan Negara di semua tempat persekutuan Malaysia, marilah turut serta membina segera kedudukan, kekuatan, kekuasaan, kedaulatan Kesultanan Alam Melayu menurut kronologi sebenar kerana:
Agama Islam Lahir Melayu
Nobat Sultan Raja Melayu
Raja Melayu Bapa  Melayu Campur

Anak Melayu Warga Melayu
Warga Melayu menyeru kepada umat manusia prihatin kembali segera kea rah perpaduan cantuman lengkap kehidupan bangsa2 terdahulu: Arab, Parsi, Monggol, Cina, India dan semua etnik yang “PEGANG AMAL DUA LARIAN SERENTAK” membawa Panji Panji Agong Kebesaran Agama Islam mengelilingi dunia menurut kaedah Fiqh Muktabar yang ahli pada babnya mereka semua bersatu.
“Mengambil Allah menjadi Wali
Menerima Ilmu Perkasa Diri
Agama Islam Pusaka Khalifah Wali
Pakaian kehidupan Hamba Ilahi”
Keseluruhan anggota Warga Melayu berkewajipan melaksanakan aktiviti kehidupan samada gerak dan diam di semua tempat dan masa menerusi Fardu Ain dan Fardu Kifayah bagi memelihara status kedudukan sebagai hamba Allah di bumi.
Hukum Fardu Ain atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan Warga Melayu bagi memelihara status kehambaanNya kepada Allah dgn menyempurnakan segala tanggungjawab agama yg terkandung dalam 4 perkara:
1. Memelihara rahsia hak kehambaan dan hak ketuhanan bernama Allah.
2. Memelihara hukum barang yang di antaranya dan di antara hukum Allah.
3. Menanggung kesakitan barang yang di antaranya dan di antara makhluk Allah.
4. Meraikan bersalah salahan akal barang yang di antaranya dan diantara makhluk Allah.
Manakala Fardu Kifayah pula menetapkan atas setiap Mukallaf lelaki dan perempuan Warga Melayu memelihara status kedudukan manusia sebagai khalifah Allah menerusi 4 perkara berikut:
1. Khilafatul Al-Nubuwwah;
Bertanggungjawab mengurus tadbir pekerjaan ibadah kepada Allah dengan sempurna.
2. Khilafatul Al-Risalah;
Bertanggungjawab mengurus tadbir syariat Allah dgn sempurna.
3. Khilafatul Ulul Azmi;
Bertanggungjawab mengurus tadbir kedudukan pangkat, jawatan dan darjah iman di sisi Allah dgn sempurna.
4. Khilafatul Uli Istifa’;
Bertanggungjawab mengurus tadbir isi kandungan langit bumi mengambil manfaat dgn dia untuk melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah dgn sempurna.
Kebangkitan Gagasan Islam Melayu Melayu Islam (GIMMI) Warga Melayu ini menerusi hasrat suci ulama yang ahli pada babnya membuka ruang memberi peluang dan kemudahan tempat kepada umat prihatin memaksa diri kea rah pelaksanaan perintah suruhan dan larangan Allah di semua tempat dan masa. Mereka semua dapat menikmati Islam sebagai “ Addin” berada dalam kumpulan An’am ta’alaihim, kumpulan terima dan amalkan apa apa sahaja suruhan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan tinggalkan apa apa laranganNya dengan erti kata: Gagasan terima dan amalkan menerusi Teguh Cita Cita, Ikhtiar Usaha dan Rangkaian Doa dengan tidak mengharapkan kepada hujan emas atau perak turun dari langit.
GIMMI Warga Melayu bangsa terakhir dilahirkan ke alam dunia sebagai pengganti kepada bangsa bangsa terdahulu yg berpaling tadah dari agamanya (Murtad) menerusi firman Allah, surah Al-Maidah ayat 54 yg dilengkapkan pada hati, lidah dan anggotanya sifat2 terpuji:
1. Ia kasihkan mereka, mereka kasih kepadanya.
2. Ia berlemah lembut terhadap orang orang beriman.
3. Ia berlaku tegas gagah terhadap orang orang kafir.
4. Ia berjuang bersungguh sungguh di jalan Allah.
5. Ia tidak takut pada celaan orang yang mencela.
6. Ia redha dan bersyukur mengharapkan limpah kurnia dari Allah s.w.t.
kepada umat prihatin bangun segera kembali muhasabah diri, muafakat memenuhi tuntutan kehendak naluri tertumpu kepada agama Islam mengikut wasiat kalimah Taqwa membenar mengikuti akan dia sepenuhnya, belajar kepada sejarah penyebaran dan perkembangan generasi umat Islam, bersatu atas kehendak sendiri perkasa Agama, Bangsa, Diri, Harta Benda dan Negara.
Kesimpulan:
Masyarakat yang berdiri atas nama Bangsa Melayu hendaklah segera muhasabah diri, muafakat kembali memenuhi kehendak tuntutan naluri tertumpu kepada agama Islam mengikut wasiat menerima kewajipan Kalimah Taqwa membenar dan mengikuti sepenuhnya, belajar kepada sejarah penyebaran perkembangan Islam Melayu Bersatu muafakat di antaranya memelihara segala kehendak sendiri mengikut acuan dari Allah Ta’ala, lalu ia perkasa diri, Agama, Bangsa dan Negara, berusaha dapatkan kembali segala hak ketuanan Warga Melayu, Berpegang teguh agama Islam sebagai satu kepercayaan dan jaminan berdasarkan formula berikut:
1. Bangsa hendaklah menerima agama. Maka jadilah bangsa itu bangsa beragama.
2. Tempat letak agama pada diri seseorang ialah: Hati, Lidah dan anggotanya.
3. Seseorang yang telah menerima agama Islam dengan penuh yakin, wajib Fardu Ain menjaga agama yg ada pada dirinya pada setiap masa.
4. Ilmu dan amalan seseorang itu akan menjadi baja yg menyuburkan agama pada dirinya selagi ilmu dan amalan itu berada di atas dasar agama serta dipelajari dari mereka yang ahli pada babnya.
5. Sebaliknya ilmu dan amalan seseorang itu akan menjadi racun membunuh agama yang ada pada dirinya sekiranya ilmu dan amalan itu tersasar daripada dasar agama atau dipelajari pula daripada orang Kafir, Murtad, Munafiq atau orang yang rosak aqidah, syariat dan akhlaknya.
6. Agama Islam boleh keluar daripada seseorang itu setelah menerimanya atas nama Murtad, Munafiq, Zalim dan Fasik.
7. Orang Kafir mudah dikenali peribadinya dgn jelas seperti sami2 Buddha, Hindu, Paderi, Rahib dan lain2 seumpamanya tetapi orang Munafiq, Murtad, Zalim dan Fasik payah utk dikenali, Cuma Nabi Muhammad s.a.w. ada memberitahu tanda2nya iaitu:

a. Apabila bercakap suka berdusta
b. Apabila berjanji suka memungkiri
c. Apabila di amanahkan sesuatu suka mengkhianati
d. Apabila berbalah di atas kebenaran, tidak mahu mengalah, suka menegak benang yang basah.
Sekiranya berhimpun keempat empat atau salah satu tanda tanda tersebut lahir ke atas diri seseorang yang mengaku beragama Islam, itulah dia seorang Munafiq yang nyata, jauhilah kamu daripadanya, sesungguhnya orang Munafiq itu ditempatkan di dasar neraka yang paling bawah