Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Wednesday, February 3, 2010

MALU SEBAHAGIAN CABANG IMAN

Assalamualaikum  dann salam  sejahtera.
 
Malu mempunyai pengertian yang besar dalam islam. sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis
imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
 
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud:
 
 "Iman itu ada lebih 60 cabang.
 Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
 
Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan.
 Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain,
kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.
 
Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman
 setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa.
 Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan hari kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa,
 biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.
 
Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu.
 Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah.
 
Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda
 yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu.
 
 "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu".
 
 Mendengar kata-kata lelaki itu,
 
 Rasulullah bersabda,
 
 "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman".
 
 (Bukhari)
 
 
Kedua-dua hadis diatas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita
 tetapi mesti ada pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah SWT. dan hari akhirat.
 Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.
 
 
1. JENIS-JENIS SIFAT MALu.
 
 Sifat pemalu ada dua jenis.
 
 Pertama, malu untuk kebaikan dan kedua, malu yang bersifat kejahatan.
 
 Malu yang baik ialah malu hendak melanggar peraturan Allah dan RasulNya
 manakala sifat malu yang dibenci Allah adalah seorang yang malu hendak mengikut perintah Allah dan RasulNya.
 sebaliknya tidak pula malu menjadi seorang yang ingkar akan perinyahNya.
 
Contoh sifat malu yang baik dan diredhai Allah adalah
 
 seorang yang beriman membina peribadi mulia mengikut yang diperintahkan Allah dan Rasulullah.
 Mereka (lelaki atau wanita Muslim) malu hendak melakukan perkara yang dibenci Allah kerana
 di akhirat nanti setiap perbuatan dosa-dosanya akan ditayangkan semula
dihadapan Allah dan semua umat manusia pada hari pembalasan.
 
 Adakah rasa malu yang lebih hebat dari itu?
 
Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan,
 dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pemberi pembalasan oleh Allah.
 
Jadi lebih tebal rasa malu seseorang, sebenarnya akan lebih mendekatkan dia dengan kasih sayang Allah.
 Adakah perkara yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan daripada segala yang berkuasa iaitu Allah?
 
2 MALU DALAM MASYARAKAT
 
 Dalam masyarakat juga perlu ada sifat malu.
 Sama ada dalam perhubungan ibu dengan anak, suami dan isteri,
 adik- beradik, saudara mara dan jiran tetangga.
 Seorang anak yang beriman dan ada sifat malu tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan hati ibu dan bapanya,
Seoarang isteri tidak akan membuat perkara yang tidak menggembirakan hati suaminya dan begitu juga sebaliknya.
 
Seseorang yang telah hilang rasa malu menunjukkan bukti kelemahan imannya.
 Adalah sangat dilarang seorang Muslim itu apabila ia enggan mematuhi apa yang dianjurkan oleh Islam supaya dia melakukannya kerana malu dilihat oleh orang lain.
 Malu yang utama ialah malu kepada Allah yang Maha Mengetahui akan semuaperkara.
 
Dalam mengutamakan kehidupan akhirat,
 seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu
yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.
 
Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam,
 akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim
itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.
 
Dari segi pekerjaan dari pandangan Islam, seorang guru itu dipandang tinggi berbanding pekerjaan lain yang bersifat keduniaan. Seorang guru itu lebih dipandang mulia disisi Allah berbanding dengan seorang yang hanya duduk menghabiskan masa beribadat dan berdoa sepanjang hari.
 
Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan dunia. Sebab itulah daripada Rasulullah, Islam telah dilengkapkan kesemua sekali, baik dari segi perundangan, perniagaan, sains, perhubungan sosial, pengurusan harta dan lain- lain.
 Tetapi, kita masih malu untuk mengikuti apa yang diperintahkan Allah. Malu sebeginilah
yang ditegah oleh Allah dan Rasulullah.
 
 
3. MALU PADA KAUM WANITA.
 
 Kemodenan hari ini banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dalam cara berpakaian.
 Ramai yang megenakan seluar ketat, mendedahkan bahagian perut dan pusat,
 berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah.
 Ramai yang sudah hilang malu, menonjolkan diri untuk memancing pandangan semua orang.
 Ini termasuklah bebas berdua-duaan bersama-sama pasangan yang bukan muhrim mereka.
 Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana-mana jua.
 
Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri
 semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa.
 Wanita wajib malu mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya.
 Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah.
 Begitu juga dengan kes-kes sumbang mahram yang amat memalukan kita khususnya umat Islam.
 Perbuatan ini amat hina kerana sanggup menodai dan memakan darah daging sendiri yang sepatutnya adalah amanah Allah kepada bapanya, abang datuk dan bapa saudara memelihara kehormatannya.
 
Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:
 
 "Sifat malu dan iman itu seiringan.
 Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."
 
(Baihaqi)
 
Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam.
 Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang percayakan ada pembalasan pada hari akhirat.
 Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda,
 zahir dan batin.
 
Hadis riwayat Anas bin Malik, Rasullullah saw bersabda:
 
 "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya,
ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."
 
(Tirmidhi)
 
4. . DI ZAMAN RASULULLAH.
 
 Orang beriman pada zaman Rasulullah apabila baginda membacakan ayat tentang hijab yang diturunkan kepadanya,
 semua orang Quraish dan Ansar berlari pulang ke rumah masing-masing memberitahu isteri,
 anak perempuan dan saudara perempuan mereka mengenai perintah Allah dan Rasulullah supaya
menutup aurat dan kepala mereka. Bagi yang sudah memakai tudung kepala, segera membetulkannya dan mereka yang masih belum memakai tudung, mencapai kain atau apa saja kain buat menutup kepala mereka.
 
Ini diterangkan dalam hadis riwayat Aisyah,
 
 "Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin.
 Apabila ayat 'dan mereka hendaklah melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka' dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka."
 
 
(Abu Dawod)
 
Seorang muSlim patut faham,
 
 tiada sifat malu itu samalah kita mengikuti jalan syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat
 Malik bin Uhamir yang mendengar Rasulullah bersabda:
 
 "Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh".
 
 Kami Bertanya:
 
 "Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?"
 
 "Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya".
 
Maksud melayani ini ialah si isteri dibiar atau dibiarkan mempamerkan kecantikkannya pada khalayak ramai (tidakmemakai hijab). Bermakna dia bebas dipandang oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
 
Al-Mughira meriwayatkan:
 
 Sa'd bin Ubada berkata,
 
"Aku tidak akan teragak-agak membunuh isteriku dengan pedangku sekiranya aku melihat dia dengan lelaki lain."
 
 Berita ini disampaikan kepada Rasulullah saw dan Baginda bersabda:
 
 "Kamu semua terpegun dengan harga diri dan kemuliaan Sa'd. Demi Allah, aku ini
lebih mempunyai harga diri dan kerana Allah itu lebih mempunyai harga diri.
 Dia mengetahui segala dosa dan perkara yang memalukan dilakukan oleh kamu baik
secara terang mahupun tersembunyi.
 Dan hendaklah kamu kembali kepadanya dan memohon keampunan Allah dan
 untuk itu Dia membawa berita gembira dan amaran.
Dan tiada yang lebih suka dipuji melainkan Allah dan
 untuk itu Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang membuat kebajikan."
 
Abdul Malik berkata,
 
 "Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah."
(Sahih Bukhari)
 
Rasulullah saw bersabda:
 
 "Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam."
 
 ATAU "Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam
adalah malu".
 
 (Abu Dawod)
 
Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan.
 
 Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
 
 "Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan."
 
(Bukhari)
 
Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga.
 
 Rasulullah saw bersabda:
 
 "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga.
Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka."
 
(Bukhari)
 
Rasulullah bersabda:
 
 "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,
 sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya."
 
(Bukhari)
 
susunan Habsah Dinin
 
WASSALAM
 
MUTIARA:
 
 Sa'ad bin Hilal berkata:
 
 "Sesungguhnya bagi seorang hamba yang membuat dosa, maka Allah swt akan [masih] memberikan kepadanya empat perkara;

1. rezeki tidak akan dihilangkan darinya

2. kesihatan tidak akan hilang darinya

3. dosa tidak akan ditunjukkan kepadanya

4. seksaan tidak akan didatangkan kepadanya secara cepat"
 

Tuesday, February 2, 2010

Perbezaan Minda Bawah Sedar dan Super Sedar

Jenis-jenis Minda

Minda ini sebenarnya boleh diistilahkan sebagai kesedaran. Jika seseorang manusia itu tidak sedar maka mindanya tidak bekerja dengan sempurna. Contoh seseorang yang koma, mindanya masih ada tetapi tidak bekerja. Kerana itu dalam Islam kesempuranaan akal dan fikiran itu menjadi keutamaan dalam ibadah. Tahap Minda atau kesedaran boleh dikupas kepada tiga kategori iaitu:

1. Sedar (conscious)


2. Bawah sedar (sub conscious)


3. Super sedar (super conscious)


Kesedaran super sedar merupakan kesedaran tahap tertinggi manuasia. Pada saat kita mengalami kesedaran ini kita akan memperolehi penglihatan dan inspirasi yang begitu mendalam serta penglihatan yang menembusi kewaspadaan diri ibarat sebutir bintang yang bersinar di siang hari.




Salah seorang peserta kursus meditasi yang saya anjurkan bertanya mengapa dia selalu gagal dalam menggunakan minda bawah sedar. Pada pendapat saya jika seseorang itu gagal menggunakan kekuatan minda bawah sedar adalah kerana mindanya tidak kuat. Jika minda masih bercelaru dengan berbagai masalah yang membebankan bagaimana beliau mampu untuk menggali kekuatan minda bawah sedarnya.


Bagi saya minda bawah sedar ibarat alat-alat elektrik seperti tv yang canggih, namun jika tiada bekalan elektrik ianya hanya menjadi hiasan. Sumber untuk melihat kecanggihan tv tersebut ialah kuasa elektrik dan kuasa elektrik ini adalah minda super sedar. Jika minda kita tenang belum tentu jiwa kita tenang tetapi jika jiwa kita tenang sudah pasti minda kita tenang. Jika anda mengatakan minda anda pada tahap positif adakah kita masih merasa was-was dalam melakukan sesuatu, jika jawapannya ya maka sebenarnya jiwa anda masih bercelaru serta mempunyai emosi negatif.


Perjalanan minda bawah sedar ialah membawa minda keluar manakala minda super sedar berjalan menuju ke dalam diri membetulkan jiwa yang bercelaru. Minda super sedar sebenarnya membawa kepada muhasabah diri yang mencorakkan hidup anda hasil ketenangan jiwa. Apabila jiwa anda tenang, emosi anda pasti positif barulah minda anda tenang dan turut menjadi positif. Emosi yang positif memberi anda banyak tenaga serta semangat untuk melakukan apa jua pekerjaan yang anda laksanakan.


Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri. Meditasi yang sebenar akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatakan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti.


Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu. Apakah yang terjadi jika emosi seseorang itu berada dalam keadaan negatif ? Mengikut kajian oleh eqcoach antaranya ialah:

75% kerjaya hilang arah tuju kerana permasalahan emosi

70% dari kes kehilangan pelanggan adalah berkaitan dengan emosi.

50% dari masa dalam perniagaan terbuang kerana tiada kepercayaan

50% perkahwinan menemui gagal kerana emosi.

75-90% daripada lawatan ke klinik atau hospital adalah kerana penyakit atau masalah yang berpunca dengan stress.

**petikan dari Soul Power Self Mastery

Sunday, January 31, 2010

50 weirdest phobias

>>> Ablutophobia: Fear of washing or bathing
>>> Aerophobia: Fear of swallowing air
>>> Ambulophobia: Fear of walking
>>> Anthrophobia: Fear of flowers
>>> Arachibutyrophobia: Fear of peanut butter sticking to the roof of
>>> the mouth.
>>> Arithmophobia: Fear of numbers
>>> Barophobia: Fear of gravity
>>> Bibliophobia: Fear of books
>>> Chionophobia: Fear of snow
>>> Chromatophobia: Fear of colors
>>>
>>> Cibophobia: Fear of food
>>> Clinophobia: Fear of going to bed
>>> Deciophobia: Fear of making decisions
>>> Dendrophobia: Fear of trees
>>> Dextrophobia: Fear of objects at the right side of the body
>>> Didaskaleinophobia: Fear of school
>>> Eleutherophobia: Fear of freedom
>>> Eosophobia: Fear of daylight
>>> Ergophobia: Fear of work
>>> Geliophobia: Fear of laughter
>>>
>>> Graphophobia: Fear of writing
>>> Helmintophobia: Fear of being infested with worms
>>> Hippopotomonstrosesquippedalio
phobia: Fear of long words
>>> Hypnophobia: Fear of sleep
>>> Ichthyophobia: Fear of fish
>>> Ideophobia: Fear of ideas
>>> Kainophobia: Fear of anything new
>>> Lachanophobia: Fear of vegetables
>>> Levophobia: Fear of objects to the left side of the body
>>> Melophobia: Fear of music
>>>
>>> Metrophobia: Fear of poetry
>>> Mnemophobia: Fear of memories
>>> Nephophobia: Fear of clouds
>>> Nomatophobia: Fear of names
>>> Octophobia: Fear of the number 8
>>> Ommetaphobia: Fear of eyes
>>> Oneirophobia: Fear of dreams
>>> Ophthalmophobia: Fear of opening one's eyes
>>> Panophobia: Fear of everything
>>> Papyrophobia: Fear of paper
>>>
>>> Paraskavedekatriaphobia: Fear of Friday the 13th
>>> Peladophobia: Fear of bald people
>>> Phobophobia: Fear of fear
>>> Photophobia: Fear of light
>>> Sciophobia: Fear of shadows
>>> Selenophobia: Fear of the moon
>>> Siderophobia: Fear of stars
>>> Trichopathophobia: Fear of hair
>>> Triskadekaphobia: Fear of the number 13
>>> Xanthophobia: Fear of the color yellow

Wednesday, January 27, 2010

sejarah....JOHOR


Warga Johor berkabung selama 7 hari kerana kemangkatan Sultan,

Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar
Ibni Almarhum Sultan Ismail
dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.


Please note for the 7 days period of mourning in Johor:

Muslim men must wear Songkok with 2 inch white band
Muslim woman must wear white Tudung
Muslim in uniform/Other races/religion must wear 3 inch black band
on left arm

I've heard somewhere that the law enforcement officer
boleh issue saman if u're in Johore
and do not adhere to the mourning code attire...


Sejarah Penubuhan Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia .

Asal Usul Nama Tempat

Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Ada yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

Batu Pahat

Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Muar

Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai..
Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing

Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

Pontian

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

Kota Tinggi

Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

Tangkak

Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

Kluang

Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

Tuesday, January 26, 2010

Punca kanak-kanak 'memberontak'

Susunan FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN
Meragam atau 'memberontak' adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerun singan dan kemarahan orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.
Bagi mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenal pasti apa pencetus kepada sikap mereka itu.
Seorang pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara mengatasinya.
1. Isu biologi
Kebanyakan kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.
Bagi mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.
2. Kekurangan aktiviti
Ketiadaan aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap 'memberontak' kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku, video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.
3. Kehendak
Kebanyakan kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.
Sekiranya kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.
4. Menunggu
Ada pula kanak-kanak yang akan 'memberontak' apabila tidak memperoleh apa diingini atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau sebentar.
Jadi ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.
5. Bina semangat
Sesetengah kanak-kanak bersikap 'amat sempurna' dan 'tidak boleh menerima kekalahan' dalam segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.
6. Melawan untuk perhatian
Bagi sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.
Kanak-kanak tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.

Kiamat Berlaku '2012' Hanya Satu Kisah Dongeng?

Selasa November 17, 2009
Kiamat Berlaku '2012' Hanya Satu Kisah Dongeng?
Ulasan Oleh ZIEMAN
SEMUA agama menyebut tentang saat kehancuran atau Hari Kiamat. Tapi bila dan bagaimana, sukar untuk diramal.
Bayangkan bumi yang kita pijak tiba-tiba terjunam jauh ke dalam perut bumi dan sebahagian lagi pula terus hilang lenyap ditelan laut?
Dahsyat...beginilah keadaan bumi yang musnah yang digambarkan menerusi filem 2012
Dan ada sesetengah orang meramalkan Hari Kiamat itu semakin hampir - tahun 2012, lebih tepat lagi pada tanggal 21 Disember 2012. Begitulah yang pernah diramalkan oleh suku Maya.
Pakar ilmu falak juga ada membuat ramalan yang kini turut disentuh di dalam filem '2012' yang sedang ditayangkan di pawagam.
Filem yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat.
Barangkali, judul yang 'paling sesuai' ialah "2012"?
Penceritaan filem ini bermula dengan babak seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), di India menemukan fakta bahawa kerak dari perut bumi akan mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).
Columbia Pictures berjaya menghasilkan sebuah filem yang menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat
Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi akan hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat.
Yakin dengan perhitungan itu, Satnam memanggil sahabatnya, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), untuk melaporkan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).
Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010.
Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan maklumat terkini itu kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa manusia akan dilanda musibah besar kerana kerak bumi sedang memanas.
Sejak perkhabaran itu, sebuah rencana besar dirancang. Negara China dipilih sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar... mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba.
Sementara itu, turut dipaparkan kisah lain tentang kehidupan Jackson Curtis (John Cusack) penulis buku berjudul 'Farewell Atlantis'. Curtis telah datang ke rumah bekas isterinya, Kate Curtis (Amanda Peet), untuk menjemput anak mereka, Noah (Liam James) dan Lily (Lily Morgan), berkemah.
Mereka tiba di lokasi perkemahan Yellowstone dengan menaiki limosin. Namun, setibanya di sana ada tanda larangan masuk menuju danau Yellowstone tapi Curtis dan kedua-dua anaknya nekad menceroboh larangan itu.
Curtis terperanjat kerana danau yang pernah dikunjunginya satu masa dulu kini telah lenyap kerana pemanasan bumi.
Salah satu adegan mencemaskan di dalam filem tersebut
Ketika sedang berkemah, Curtis bertemu penyiar radio bernama Charlie Frost (Woody Harrelson), yang mempunyai penampilan seperti orang gila. Charlie memberitahu bahawa bumi akan segera dilanda bencana dahsyat. Charlie juga mendakwa dia mempunyai peta lokasi pesawat yang boleh menyelamatkan manusia dari bencana itu.
Curtis terpaksa pulang lebih cepat kerana Kate sedang trauma kerana baru saja mengalami gempa yang hampir meragut nyawanya.
Dalam masa yang sama, Curtis terpaksa pula menghantar kembar bosnya, Yuri Karpov (Zlatko Buric), yang menjengkelkan itu.
JALAN CERITA LEMBAB TAPI MENARIK
Curtis mulai mempercayai ramalan Charlie tentang kiamat apabila dia menyaksikan jalan di bandar terbelah dua kerana gempa.
Curtis mengambil jalan pintas menyewa pesawat dan seorang juruterbang untuk menyelamatkan keluarganya dengan bayaran jam tangan mahal miliknya.
Babak suspen bermula dari sini bila Kiamat yang diramalkan banyak pihak benar-benar terjadi dan ianya dimulai dengan gempa bumi di mana-mana, di merata dunia.
Panik...Jackson Curtis (John Cusack) dan anaknya lakonan Lily Morgan ketika berdepan dengan bencana alam yang dahsyat
Tanpa membuang masa, Curtis terus menjemput Kate dan anak-anaknya.
Setelah berhasil menyelamatkan keluarganya dan teman lelaki Kate, Gordon Silberman (Tom McCarthy), Curtis segera memecut limosinnya ke bandar.
Di sini adegan agak mencemaskan, bila penonton terpaksa menahan nafas melihat mobil mewah meliuk-liuk, cuba menghindari gedung-gedung yang ranap, bangunan tersembam ke bumi serta jalanan yang merekah dan ternganga luas kerana gerakan gempa bumi yang diluar jangkauan minda.
Curtis dan keluarganya sempat tiba di bandar tapi juruterbang yang disewa Curtis pula terkorban kerana terkena gempa.
Akhirnya, Gordon yang pernah mengikuti kursus penerbangan mengambilalih dan membawa pesawat itu. Dari dalam pesawat mereka melihat bencana yang luar biasa....semuanya hancur luluh dan binasa.
Di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat.
Usaha menyelamat digiatkan dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk 'dievakuasi' ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya. Akhirnya Thomas juga turut terkorban.
Sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih.
Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan di mana-mana di seluruh dunia...bumi hancur, sehancurnya.
Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar beribu-ribu batu dari lokasi asal.
Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju "Bahtera Nuh" yang telah siap dibuat.
Tanpa disangka Curtis dan keluarganya selamat mendarat di China menggunakan pesawat Antonov yang dibawa Shasha, anak buah Yuri, dengan dibantu oleh Gorgon.
Rombongan Curtis kemudian ditinggalkan oleh Yuri dan anak kembarnya kerana mereka ada paspot antarabangsa hijau, sebagai tiket untuk naik ke bahtera besar tersebut.
Dalam saat berputus harap, Curtis dan keluarga, seorang sami yang sedang menuju ke bahtera raksasa itu sanggup menumpangkan mereka, walaupun mengikut 'pintu belakang'.
Adegan cemas dan debaran dirasakan di saat ini apabila pintu kapal dibuka secara mendadak, dan mengorbankan Gordon. Tapi saat pintu kapal hendak ditutup lagi, sebuah perkakas jatuh dan roda penggerak pintu tersangkut.
Mereka yang di dalam kapal panik kerana mesin tidak boleh dihidupkan jika pintu masih terbuka. Di saat itulah, sebuah tsunami setinggi gunung sudah bergerak pantas menuju ke arah kapal.....
2012 LEBIH HEBAT
Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorrow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya.
Impak yang ditinggalkan juga amat 'real' dan efek visualnya jauh lebih bagus.
Setimpal lah dengan kos pembikinan filem ini yang mencapai 200 juta dollar AS.
Tapi jalan ceritanya boleh dijangka (predictable). Malah ada ketika amat perlahan dan lembab sekali jalan penceritaannya.
Filem ini turut menuntut kesabaran kerana durasinya yang cukup panjang, 2 jam 40 minit, sama 'hebat' dengan filem Bollywood.
Namun, apapun kelemahan filem ini, setidaknya filem '2012' membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat.
Dari segi hukum akal, banyak sekali adegan yang tidak boleh diterima dipaparkan di dalam filem ini.
Saya kurang selesa dengan sebutan kiamat untuk filem ini. Rasanya kurang tepat kerana masih ada manusia yang selamat. Kalau sudah kiamat, ia sepatutnya 'The End.'Dan bukannya 'the beginning' of 'The End.' Bagi orang Islam, ini tidak dapat diterima.
Mungkin lebih tepat kalau disebut bencana besar, seperti yang terjadi di zaman Nabi Noh, di mana banjir besar melanda bumi. Dan Noh selamat setelah naik sebuah bahtera berisi semua jenis binatang dan tumbuhan dan mampu menyambung hidup selepas bencana alam.
Banyak elemen keinsafan ditonjolkan, di mana filem ini mengingatkan kita, yang semua milik kita tidak hakiki, kekal dan abadi. Bila sudah ditakdirkan-Nya dan alam sudah 'mengamuk', manusia tidak berdaya melawan meskipun kita sudah bersedia.
Dan yang manis filem ini memberi kesedaran, tak payahlah bergaduh kerana manusia itu bersaudara. Saat menghadapi bencana dahsyat meragut nyawa, tak ada lagi si kaya dan si miskin, tak ada kelompok bangsa, agama dan sempadan.
Tapi seperti banyak hal yang lain, hanya apabila bencana tiba, barulah penyesalan akan datang. Tapi sayang sekali, semuanya sudah terlambat kerana kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa saja.
Di akhir cerita yang 'happy ending' membuat saya tertanya-tanya, mungkinkah apa yang dipaparkan tidak lebih dari satu dogengan?
Terlalu mudah diputuskan yang semuanya akan berakhir dengan gembira. Sedangkan soal akhir kehidupan atau 'Doomsday' adalah di luar perkiraan dan ramalan kita.

Musuh dalami Islam untuk menentangnya

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
 


Marilah kita menyedari bahawa antara sebab tersebarnya kemungkaran, jenayah serta maksiat adalah memandang ringan dalam perkara agama Islam. Allah telah memberi amaran dalam al-Quran (maksudnya): Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah). (at-Taubah: 122)

Ini menunjukkan bahawa memahami ajaran agama Islam itu adalah perkara yang wajib ke atas setiap lelaki dan perempuan. Wajib ke atas setiap umat Islam memahami perkara dasar dalam agama Islam. Mereka juga perlu mengetahui perkara Islam serta apa yang boleh membatalkan iman serta Islam. Juga dalam perkara ibadat agar ibadat yang dijalankan itu diterima Allah, bukannya melakukan ibadat secara jahil.

Perkara ini adalah menjadi fardu ain ke atas umat Islam mempercayainya. Manakala dalam perkara fardu kifayah adalah hendaklah ada umat Islam yang memahami perkara agama secara mendalam supaya rujukan dalam perkara agama oleh masyarakat. Perkara ini termasuk dalam soal menjaga agama kerana agama adalah perkara yang lebih penting dalam hal-hal yang lain dalam kehidupan.

Ahli ilmu sosiologi berpendapat bahawa rukun kehidupan manusia itu adalah memelihara agama, nyawa, akal fikiran, maruah diri dan keturunan serta memelihara harta benda. Semua perkara itu adalah wajib dan menjadi rukun dalam kehidupan manusia, tetapi memelihara agama adalah perkara yang pertama, kerana agamalah yang menentukan baik buruknya kita dalam kehidupan ini.

Tanggungjawab memelihara agama adalah tanggungjawab yang menyeluruh. Iaitu kepada semua termasuk diri sendiri, pemimpin masyarakat dan pemimpim negara. Seluruh pihak perlu menjaga agama agar seluruh kehidupan ini tidak boleh dipisahkan daripada agama.

Imam al-Ghazali telah menyebut dengan tegas (maksudnya) agama itu asas bagi kehidupan manusia, manakala kekuasaan atau pemerintah merupakan pengawas, kalau tidak ada asas akan runtuh manakala jika tiada pengawas maka sia-sia.

Hari ini agama diperkecilkan, dipandang ringan serta dikira sebagai remeh-temeh. Maka kehidupan manusia menjadi runtuh dan musnah. Ramai di kalangan anggota masyarakat tenggelam di dalam kemungkaran dan maksiat.

Pada masa yang sama apabila orang-orang yang memerintah tidak berasaskan kepada agama, maka pemerintahan menjadi sia-sia. Pemerintah tidak boleh menjadi pengawas dalam kehidupan manusia sebaliknya lebih ramai menjadi pengkhianat dan merosakkan masyarakat.

Itulah padahnya apabila kita memperkecilkan urusan agama Islam, yang memberi kemuliaan kepada umat Islam ialah ajaran agama Islam. Islam telah memuliakan bangsa Arab yang buta huruf. Setelah mereka menganut Islam, mereka dapat memimpin dunia. Banyak bangsa-bangsa dalam dunia yang menganut ajaran Islam serta berpegang dengan Islam menjadi bangsa yang kuat serta mempimpim umat Islam.

Digantikan kaum lain

Allah SWT menjadikan pemimpin umat Islam silih berganti di kalangan bangsa yang menganut Islam dan kuat berpengang dengan agama Islam. Firman Allah SWT (maksudnya): Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah: 39)

Allah SWT meyeksa umat Islam dengan adanya bangsa dan kumpulan yang lain yang menganut agama Islam dan mempelajari agama Islam dan berpegang dengan ajaran Islam. Setelah bangsa Arab lemah dalam pengangannya dalam agama Islam Allah SWT menggantikan dengan bangsa Kurdis kemudiannya Tukri. Begitulah seterusnya.

Percayalah bahawa al-Quran adalah petunjuk dan mukjizat yang berterusan sehingga kiamat. Kedudukan agama Islam ini diketahui dan dikaji oleh musuh-musuh Islam yang membuat perancangan untuk menentangnya dan bukan untuk beriman. Seorang Perdana Menteri British menyatakan bahawa selagi orang Islam berpegang dengan kitab ini iaitu al-Quran selama itulah kuasa-kuasa Barat tidak boleh menguasai dan merendah-rendahkan orang Islam.

Malah mereka berusaha supaya orang Islam meninggalkan agama mereka. Walaupun tidak beriman dengan agama Islam tetapi sekurang-kurangnya tidak beramal dengan ajaran agama mereka. Oleh kerana itu agenda dan perancangan untuk menjauhkan orang Islam daripada agama berlaku sehingga kini. Termasuk dalam program globalisasi yang dilakukan oleh Barat yang menganggap umat Islam sebagai pencabar dan penghalang, mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan perancangan untuk mengurangkan sekolah-sekolah agama, mengawal ajaran Islam, khutbah Jumaat, kuliah agama di masjid adalah antara agenda penjajah musuh-musuh Islam. Semua ini dilakukan oleh penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam yang dilahirkan di kalangan umat Islam sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.(maksudnya): Akan ada penyeru-penyeru ke arah neraka jahanam, barang siapa yang mengikutnya, maka dia akan dicampak sama ke neraka jahanam. Apabila Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. supaya menjelaskan siapa mereka. Rasulullah s.a.w. menyatakan mereka adalah daripada golongan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu.

Oleh kerana itu wajib kita mempertahankan agama Islam walaupun dalam keadaan kita mencari kehidupan di dunia ini, kerana yang memandu kepada kemajuan dunia adalah agama Islam. Kemajuan yang tidak berpandukan kepada al-Quran hanya akan menjadi sebagai jalan dan lebuh raya untuk menuju ke neraka jahanam.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)