Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, January 26, 2010

Kiamat Berlaku '2012' Hanya Satu Kisah Dongeng?

Selasa November 17, 2009
Kiamat Berlaku '2012' Hanya Satu Kisah Dongeng?
Ulasan Oleh ZIEMAN
SEMUA agama menyebut tentang saat kehancuran atau Hari Kiamat. Tapi bila dan bagaimana, sukar untuk diramal.
Bayangkan bumi yang kita pijak tiba-tiba terjunam jauh ke dalam perut bumi dan sebahagian lagi pula terus hilang lenyap ditelan laut?
Dahsyat...beginilah keadaan bumi yang musnah yang digambarkan menerusi filem 2012
Dan ada sesetengah orang meramalkan Hari Kiamat itu semakin hampir - tahun 2012, lebih tepat lagi pada tanggal 21 Disember 2012. Begitulah yang pernah diramalkan oleh suku Maya.
Pakar ilmu falak juga ada membuat ramalan yang kini turut disentuh di dalam filem '2012' yang sedang ditayangkan di pawagam.
Filem yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat.
Barangkali, judul yang 'paling sesuai' ialah "2012"?
Penceritaan filem ini bermula dengan babak seorang ahli geologi, Dr Satnam Tsurutani (Jimi Mistry), di India menemukan fakta bahawa kerak dari perut bumi akan mengalami kenaikan suhu kerana kesan yang diakibatkan oleh ledakan besar di permukaan matahari (sun flare).
Columbia Pictures berjaya menghasilkan sebuah filem yang menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat
Menurut perhitungan, ledakan itu menghasilkan gerakan pada tengah bumi. Akibatnya, bumi akan hancur kerana gerakan itu akan mengakibatkan gempa bumi yang sangat dahsyat.
Yakin dengan perhitungan itu, Satnam memanggil sahabatnya, Dr Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor), untuk melaporkan ke Rumah Putih (White House) bahawa kiamat akan tiba. Adrian bertemu ketua staf di Rumah Putih, Carl Anheuser (Oliver Platt).
Carl yang selama ini meremehkan pertemuan bumi yang memanas itu terkejut dan terus membawa usul itu ke pertemuan negara-negara G8 di tahun 2010.
Dalam kesempatan itu, Presiden Amerika Syarikat Thomas Wilson (Danny Glover) menyampaikan maklumat terkini itu kepada para pemimpin tertinggi dunia bahawa manusia akan dilanda musibah besar kerana kerak bumi sedang memanas.
Sejak perkhabaran itu, sebuah rencana besar dirancang. Negara China dipilih sebagai tempat untuk membuat sejumlah bahtera besar... mirip bahtera Nabi Noh, yang akan digunakan saat bencana besar tiba.
Sementara itu, turut dipaparkan kisah lain tentang kehidupan Jackson Curtis (John Cusack) penulis buku berjudul 'Farewell Atlantis'. Curtis telah datang ke rumah bekas isterinya, Kate Curtis (Amanda Peet), untuk menjemput anak mereka, Noah (Liam James) dan Lily (Lily Morgan), berkemah.
Mereka tiba di lokasi perkemahan Yellowstone dengan menaiki limosin. Namun, setibanya di sana ada tanda larangan masuk menuju danau Yellowstone tapi Curtis dan kedua-dua anaknya nekad menceroboh larangan itu.
Curtis terperanjat kerana danau yang pernah dikunjunginya satu masa dulu kini telah lenyap kerana pemanasan bumi.
Salah satu adegan mencemaskan di dalam filem tersebut
Ketika sedang berkemah, Curtis bertemu penyiar radio bernama Charlie Frost (Woody Harrelson), yang mempunyai penampilan seperti orang gila. Charlie memberitahu bahawa bumi akan segera dilanda bencana dahsyat. Charlie juga mendakwa dia mempunyai peta lokasi pesawat yang boleh menyelamatkan manusia dari bencana itu.
Curtis terpaksa pulang lebih cepat kerana Kate sedang trauma kerana baru saja mengalami gempa yang hampir meragut nyawanya.
Dalam masa yang sama, Curtis terpaksa pula menghantar kembar bosnya, Yuri Karpov (Zlatko Buric), yang menjengkelkan itu.
JALAN CERITA LEMBAB TAPI MENARIK
Curtis mulai mempercayai ramalan Charlie tentang kiamat apabila dia menyaksikan jalan di bandar terbelah dua kerana gempa.
Curtis mengambil jalan pintas menyewa pesawat dan seorang juruterbang untuk menyelamatkan keluarganya dengan bayaran jam tangan mahal miliknya.
Babak suspen bermula dari sini bila Kiamat yang diramalkan banyak pihak benar-benar terjadi dan ianya dimulai dengan gempa bumi di mana-mana, di merata dunia.
Panik...Jackson Curtis (John Cusack) dan anaknya lakonan Lily Morgan ketika berdepan dengan bencana alam yang dahsyat
Tanpa membuang masa, Curtis terus menjemput Kate dan anak-anaknya.
Setelah berhasil menyelamatkan keluarganya dan teman lelaki Kate, Gordon Silberman (Tom McCarthy), Curtis segera memecut limosinnya ke bandar.
Di sini adegan agak mencemaskan, bila penonton terpaksa menahan nafas melihat mobil mewah meliuk-liuk, cuba menghindari gedung-gedung yang ranap, bangunan tersembam ke bumi serta jalanan yang merekah dan ternganga luas kerana gerakan gempa bumi yang diluar jangkauan minda.
Curtis dan keluarganya sempat tiba di bandar tapi juruterbang yang disewa Curtis pula terkorban kerana terkena gempa.
Akhirnya, Gordon yang pernah mengikuti kursus penerbangan mengambilalih dan membawa pesawat itu. Dari dalam pesawat mereka melihat bencana yang luar biasa....semuanya hancur luluh dan binasa.
Di Rumah Putih, Dr Adrian mendapat perkhabaran kenaikan suhu inti bumi terus naik dengan mendadak. Hal ini membuat Adrian terkejut kerana perkiraannya meleset dan Kiamat datang lebih cepat.
Usaha menyelamat digiatkan dan Presiden Thomas menolak cadangan untuk 'dievakuasi' ke China dan memilih tinggal bersama rakyatnya. Akhirnya Thomas juga turut terkorban.
Sebuah tsunami setinggi ribuan meter menghentam Rumah Putih dan isi kandungannya. Gegaran yang dasyat menyebabkan kapal induk John F Kennedy CV-63 terbabas dan menghentam Rumah Putih.
Gempa dan tsunami terjadi di seluruh pelusuk. Belahan dan rekahan di mana-mana di seluruh dunia...bumi hancur, sehancurnya.
Bahkan kutub selatan dan utara turut bergesel dan semua daratan terseret dan tersasar beribu-ribu batu dari lokasi asal.
Dalam bencana tragis itu, hanya sedikit yang terselamat, termasuk rombongan pesawat Air Force One yang bergerak ke China, menuju "Bahtera Nuh" yang telah siap dibuat.
Tanpa disangka Curtis dan keluarganya selamat mendarat di China menggunakan pesawat Antonov yang dibawa Shasha, anak buah Yuri, dengan dibantu oleh Gorgon.
Rombongan Curtis kemudian ditinggalkan oleh Yuri dan anak kembarnya kerana mereka ada paspot antarabangsa hijau, sebagai tiket untuk naik ke bahtera besar tersebut.
Dalam saat berputus harap, Curtis dan keluarga, seorang sami yang sedang menuju ke bahtera raksasa itu sanggup menumpangkan mereka, walaupun mengikut 'pintu belakang'.
Adegan cemas dan debaran dirasakan di saat ini apabila pintu kapal dibuka secara mendadak, dan mengorbankan Gordon. Tapi saat pintu kapal hendak ditutup lagi, sebuah perkakas jatuh dan roda penggerak pintu tersangkut.
Mereka yang di dalam kapal panik kerana mesin tidak boleh dihidupkan jika pintu masih terbuka. Di saat itulah, sebuah tsunami setinggi gunung sudah bergerak pantas menuju ke arah kapal.....
2012 LEBIH HEBAT
Filem 2012 ini tidak jauh beza dengan filem bencana besar di bumi, seperti The Day After Tomorrow (2004). Tetapi dalam banyak hal, filem 2012 jauh lebih hebat dan dahsyat penggambarannya.
Impak yang ditinggalkan juga amat 'real' dan efek visualnya jauh lebih bagus.
Setimpal lah dengan kos pembikinan filem ini yang mencapai 200 juta dollar AS.
Tapi jalan ceritanya boleh dijangka (predictable). Malah ada ketika amat perlahan dan lembab sekali jalan penceritaannya.
Filem ini turut menuntut kesabaran kerana durasinya yang cukup panjang, 2 jam 40 minit, sama 'hebat' dengan filem Bollywood.
Namun, apapun kelemahan filem ini, setidaknya filem '2012' membolehkan kita menggambarkan bagaimana dunia hancur kerana kekuatan alam yang amat dahsyat.
Dari segi hukum akal, banyak sekali adegan yang tidak boleh diterima dipaparkan di dalam filem ini.
Saya kurang selesa dengan sebutan kiamat untuk filem ini. Rasanya kurang tepat kerana masih ada manusia yang selamat. Kalau sudah kiamat, ia sepatutnya 'The End.'Dan bukannya 'the beginning' of 'The End.' Bagi orang Islam, ini tidak dapat diterima.
Mungkin lebih tepat kalau disebut bencana besar, seperti yang terjadi di zaman Nabi Noh, di mana banjir besar melanda bumi. Dan Noh selamat setelah naik sebuah bahtera berisi semua jenis binatang dan tumbuhan dan mampu menyambung hidup selepas bencana alam.
Banyak elemen keinsafan ditonjolkan, di mana filem ini mengingatkan kita, yang semua milik kita tidak hakiki, kekal dan abadi. Bila sudah ditakdirkan-Nya dan alam sudah 'mengamuk', manusia tidak berdaya melawan meskipun kita sudah bersedia.
Dan yang manis filem ini memberi kesedaran, tak payahlah bergaduh kerana manusia itu bersaudara. Saat menghadapi bencana dahsyat meragut nyawa, tak ada lagi si kaya dan si miskin, tak ada kelompok bangsa, agama dan sempadan.
Tapi seperti banyak hal yang lain, hanya apabila bencana tiba, barulah penyesalan akan datang. Tapi sayang sekali, semuanya sudah terlambat kerana kiamat boleh berlaku pada bila-bila masa saja.
Di akhir cerita yang 'happy ending' membuat saya tertanya-tanya, mungkinkah apa yang dipaparkan tidak lebih dari satu dogengan?
Terlalu mudah diputuskan yang semuanya akan berakhir dengan gembira. Sedangkan soal akhir kehidupan atau 'Doomsday' adalah di luar perkiraan dan ramalan kita.

No comments:

Post a Comment