Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Tuesday, January 5, 2010

Wasatiah & Qana'ah

Wasatiah bermaksud sederhana  iaitu sikap tidak yang keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samada dalam pemikiran atau perlakuan supaya sesuai dengan peraturan agama, norma hidup dan nilai masyarakat .
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud 
“ sebaik-baik perkara adalah yang sederhana ” .

    Manakala Qana’ah pula bermaksud merasa cukup dengan dengan pemberian Allah samada sedikit mahupun banyak.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas (qana'ah) menerima segala pemberian Allah". (Riwayat Muslim)

  
    Wasatiah dan Qana’ah tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua sifat tersebut adalah termasuk di dalam konteks “redha”.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 )


    Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin. Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Oleh itu,  Islam melarang umatnya membazir kerana membazir itu amalan syaitan dan membawa kepada kerugian dan kepapaan .
     
Keperluan seseorang manusia dalam kehidupan
Ø  Tempat tinggal
Ø  Pakaian
Ø  Makanan
Ø  Kewangan

Ciri-ciri orang yang sederhana dalam kehidupan
Ø  Sentiasa bersyukur kepada Allah
Ø  Tidak melakukan pembaziran
Ø  Bersih rohani dan jasmani
Ø  Tidak tamak dan sombong
Ø  Bersederhana / Wasatiah  dalam kehidupan seharian

Sederhana ketika makan
Ø  Jangan membazir
Ø  Makanan yang disediakan jangan berlebihan
Ø  Insaf terhadap golongan yang tidak mampu

Sederhana ketika berbelanja
Ø  Berbelanja barang yang perlu dahaja
Ø  Mengikut kadar kemampuan
Ø  Jangan boros

Sederhana ketika berpakaian
Ø  Jangan memakai pakaian yang terlalu mahal
Ø  Pakaian yang bersih dan kemas
Ø  Berpakaian yang sopan dan menutup aurat

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

No comments:

Post a Comment