Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, January 7, 2010

SOALAN: BOLEHKAN SEORG SUNNI BERKAHWIN DENGAN SEORG SYIAH?

Pandangan mengenai sama ada Hakim Mahkamah Syariah di Malaysia amnya dan khas di  Wilayah Persekutuan  boleh  mengesahkan pernikahan yang dijalankan mengikut Mazhab Syiah?

a)    Sekiranya seorang perempuan/lelaki  bukan Islam berwarganegara Malaysia telah memeluk agama Islam di Iran berkahwin secara nikah daim ( kekal) dengan seorang Lelaki/Perempuan Islam Iran yang bermazhab Syiah dan perkahwinan tersebut sah mengikut mazhab Syiah, perempuan/lelaki tersebut kemudiannya ingin membuat pengesahan dan pendaftaran perkahwinannya di Malaysia, samaada Hakim Mahkamah Syariah di Malaysia amnya dan khasnya di wilayah Persekutuan boleh mengesahkan pernikahan tersebut ?

b)    Sama ada maksud hukum syara` di dalam  defenisi Seksyen 3 Akta Undang-undang Keluarga Islam  (Wilayah –wilayah Persekutuan) 1984  dihadkan kepada mazhabSyafii,Hanafi, Hambali dan Maliki atau dikhaskan kepada Mazhab Syafii sahaja?

c)     Sekiranya pernikahan tersebut sah di sisi  mazhab Syiah tetapi belum  didaftarkan di Iran dan pasangan ini telah  dikurniakan anak, apakah status anak tersebut di sisi hukum  Syara` dan di sisi undang-undang di Malaysia ?
d)    Sekiranya perkahwinan tersebut sah di sisi undang-undang Iran , walaupun ia dijalankan mengikut mazhab Syiah, sama ada pendaftar Nikah  Cerai dan Ruju` boleh terus mengesahkan  dan mendaftarkan perkahwinan tersebut seterusnya mengeluarkan Sijili Nikah pasangan tersebut ?

 e)     Sekiranya setelah meneliti fakta kes dan rukun –rukun nikah menurut mazhab Syiah dam mazhab Syafii dipenuhi serta menurut “ Natural Justice” dan kaedah fiqh , Mahkamah  Syariah  memberikan penghakiman bahawa pernikahan  tersebut adalah sah , apakah Hakim Syarie tersebut mengatasi Kod Etika seorang Hakim  Syarie di Malaysia?

 f)       Sekiranya pernikahan tersebut didapati tidak sah, apakah jalan keluar terbaik yang boleh diambil oleh perempuan  warganegara Malaysia tersebut yang pasangannya adalah warganegara Iran dan bermazhab Syiah ?

 Jawapan:

a) Sekiranya seorang perempuan /lelaki  bukan Islam berwarganegara Malaysia telah memeluk agama Islam di Iran berkahwin secara daim (kekal) dengan seorang lelaki/perempuan   Iran yang bermazhab Syiah dan pernikahan itu menepati syarat-syarat sah pernikahan mazhab berkenaan maka pernikahan itu adalah sah.

b) Sama  ada maksud hukum syara` di dalam definasi dihadkan kepada mazhab Syafie, Hanafi,Hambali dam Maliki atau akta berkenaan dikhaskan kepada Mazhab Syafie sahaja  hanyalah merupakan amalan di Malaysia.

c) Pernikahan  tersebut perlu didaftarkan di Iran  untuk dibuktikan bahawa pernikahan itu benar-benar berlaku dan menepati syarat-syarat sah nikah.

d) Pada pendapat saya, sekiranya pernikahan itu sah di sisi undang-undang Iran, Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk boleh mengesahkan dan mendaftarkan  nikah  tersebut.

e) Sekiranya setelah meneliti fakta kes dan rukun-rukun nikah menurut Mazhab Syiah dan Mazhab Syafie dipenuhi serta menurut natural justice dan kaedah  fiqh Mahkamah Syariah memberikan  penghakiman bahawa pernikahan tersebut adalah sah,Hakim Syarie tidak  mengatasi kod Etika kerana beliau hanya sekadar mengesahkan pernikahan itu sahaja.

f) Jika seseorang lelaki atau perempuan yang bermazhab sunni berkahwin dengan orang yang bermazhab  Syiah,sekiranya pernikahan itu tidak menepati syarat-syarat nikah sunni maka pernikahan itu batil.


No comments:

Post a Comment