Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Wednesday, July 24, 2013

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta


Oleh Mat Kacau
Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta
Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.



Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.
Posted on Thursday, July 25 @ 00:20:00 MYT by ahmadi

Thursday, July 4, 2013

PEMIMPIN SEBEGINI TAK LAYAK MENTADBIR MESIR?

Thursday, July 4, 2013

PEMIMPIN SEBEGINI TAK LAYAK MENTADBIR MESIR? (GAMBAR)


Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.
(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang dosa-dosa Presiden Mesir Dr Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi digoncang. Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport dari Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman Mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar setahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang Samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya ialah mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi adalah meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.

Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.

Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.

Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah dosa insan bernama Morsi

Wednesday, July 3, 2013

Abdul Samad Gul

46 tahun pemergian Abdul Samad Gul

Rossem,02 Jul 2013
MALAM itu, dalam tahun 1967, 2 Julai, lampu-lampu di jalan  Datuk Pati dan jalan berhampiran  seperti letih bercahaya, seorang lelaki berjalan gagah menuju kereta yang di pakir di sela-sela deretan bangunan yang kumuh.

Tiba-tiba, saat mahu membuka pintu kereta, satu pukulan keras  tepat mengenai kepalanya. Lelaki yang masih muda itu rebah – tewas (di rumah sakit).  Algonjo kabur.

Hari ini (2 Julai), genap 46 tahun tragedi hitam itu berlaku, namun ia seperti semalam terjadi, ingatan sentiasa segar, terutama ketika berjalan melewati lokasi Medan Ilmu yang menepatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan, kerana di situlah, Ahli Parlimen Pasir Mas Hilir (PAS) Abdul  Samad Gul Ahmad Mianji (gambar) tewas akibat tusukan kapak kecil di kepalanya.

Malam itu, Almarhum menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul saw anjuran PAS di Banguan PAS. Setelah majlis usai, ia berjalan  ke kereta, dalam cahaya lampu yang samar-samar itu, algonjo menunggu untuk menamatkan riwayatnya.

Selain Yang Dipertua  PAS Kawasan Pasir Mas Hilir dan Ahli Parlimen kawasan itu, Almarhum  juga sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Jawatankuasa Agung PAS Pusat.

Almarhum terkenal sebagai pemidato terbaik, sehingga kelantangan dan keberaniannya digeruni seteru politik PAS ketika itu. Kematiannya secara tragis adalah gambaran  betapa   kalutnya pemikiran politik awan (1960an).

Almarhum dikebumikan sianghari 3 Julai 1976 di kawasan tanah perkuburan tidak jauh dari rumah kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu. Beribu-ribu  pendukung  PAS ikut serta menghantar jenazah ke tempat persemadiannya.

Monday, July 1, 2013

5 ciri solat yang sempurna

Apakah  yang dimaksudkan dengan solat yang SEMPURNA?

Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.

Ciri-ciri solat yang sempurna ialah ;
  1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam.
  2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan toma’ninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa).
  3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaan-bacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran.
  4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya, sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu.
  5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.
Mari kita renung-renungkan. Adakah solat kita mempunyai ciri-ciri ini? Kalau ya, alhamdulillah. Kalau masih leka dan lalai, perlu kita berusaha lebih lagi bagi memastikan solat kita sempurna dan seterusnya diterima Allah.

__._,_.___

10 pintu syaitan dlm diri manusia

 
 
Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
 
1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH.
Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia.
Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
 
2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah.
Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah).
 
3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK.
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya.
Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang yang takbur." -Surah an-Nahl. ayat 23-
 
4- Melalui sifat KHIANAT.
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturanAllah juga dikira mengkhianati, namun dengan khianat yang sangat besar.
 
5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT.
Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifar ini melalui hadis baginda :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud, "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." -(Al-Bazzar)
 
6- Melalui sifat HASAD.
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering" -(Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN.
Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud; "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL. - (Riwayat Muslim)
 
8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI.
Menurut ImamAhmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud; "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja." ( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
 
9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN.
Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
 
10- Melalui sifat BURUK SANGKA.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; "Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang sebenarnya rosak dirinya." ( Riwayat Muslim)
 
*******************
 
Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenung diri kita sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat di atas.
Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....
 
Sebar-sebarkan dan selamat beramal :D
 
 
- Wallahu A’lam -

Monday, June 24, 2013

Kod negeri kelahiran pada IC

BIL
NEGERI
KOD I/C
1
Johor 
01, 21, 22, 23, 24
2
Kedah 
02, 25, 26, 27
3
Kelantan
03, 28, 29
4
Melaka 
04, 30
5
Negeri Sembilan 
05, 31, 59
6
Pahang 
06, 32, 33
7
Pulau Pinang 
07, 34, 35
8
Perak 
08, 36, 37, 38 , 39
9
Perlis 
09, 40
10
Selangor 
10, 41, 42, 43, 44
11
Terengganu 
11, 45, 46
12
Sabah 
12, 47, 48, 49
13
Sarawak 
13, 50, 51, 52, 53
14
Wilayah Persekutuan (KL) 
14, 54, 55, 56, 57
15
Wilayah Persekutuan (Labuan)
15, 58
16
Wilayah Persekutuan (Putrajaya)
16
17
Negeri Tidak Diketahui 
82

Wednesday, June 19, 2013

Dulu aku pernah terlihat sebuah kartun yang menggambarkan kenapa negara kita lambat maju berbanding negara maju yang lain seperti Jepun dan US. Memandangkan aku carik kat Internet tak jumpa kartun tu, so aku minta tolong rakan seperjuangan blogger iaitu Nazha Anua untuk lukiskan balik kartun tu.



Kita biasa dengar ungkapan kemajuan dan teknologi di negara kita lambat 10 tahun berbanding Jepun. Kenapa kita lambat maju dan teknologi kita ketinggalan? Pernah suatu ketika dulu tahap kemajuan negara seperti Korea Selatan lebih bawah daripada kita, tapi cuba tengok mereka sekarang? Semuanya sebab ia ada kaitan dengan budaya kerja kita.

Di negara2 maju, orang yang mengarah dan mengurus lebih sikit berbanding mereka yang menerima arahan dan melaksakan tugas. Bila seseorang tu naik pangkat dan gaji bertambah, kerja mereka bukan semakin berkurang sebaliknya semakin bertambah. Khidmat mereka dalam bidang kemahiran dan teknikal lebih diperlukan seiring dengan pengalaman dan kepakaran yang mereka ada. Namun, para pekerja ini amat dihargai oleh para majikan kerana merekalah nadi kepada kejayaan sesuatu syarikat/kerajaan.

Pekerja adalah bos

Tapi di Malaysia pula, kalau kita lihat hari ini, orang yang mengarah dan mengurus tu lebih ramai daripada orang yang menerima arahan. Dan bila seseorang itu naik pangkat, mulalah rasa malas sebab dah ada anak buah so dah rasa boleh lepas tanggungjawab kat anak buah, lepas tu dah tak nak buat kerja2 teknikal, cuma nak buat kerja2 mengurus (management) je. Dah tu kalau ko mengurus, ko punya bos pun mengurus, bos kepada bos ko pun mengurus, bos kepada bos kepada bos ko pun mengurus, habis tu siapa yang nak buat kerja? Dah la yang pekerja2 ni kena buat banyak kerja, kalau ada apa2 masalah mereka orang pertama kena lanyak. Aku perhati budaya ni banyak berlaku sektor awam atau gomen, di syarikat swasta pun wujud  juga terutama GLC.


Bukan setakat tu, dalam mana2 pengurusan pun selalunya macam tu, kepala yang mengetuai dan membuat keputusan tu terlalu ramai. Dalam kerajaan sekalipun, dengan bilangan rakyat seramai 28 juta orang, bilangan menteri kabinet kita terlalu ramai dan tidak seiring dengan jumlah rakyat kalau nak dibanding dengan negara lain yang kepadatan penduduknya berkali2 ganda lebih ramai tapi bilangan pemimpin yang memimpin negara lebih sedikit bak kata penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menurutnya, kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

Malah pada temasya Sukan SEA di Indonesia pada tahun 2011 yang lalu, timbul isu di mana bilangan pegawai sukan, pemerhati dan VIP yang dihantar hampir sama ramai dengan jumlah atlet yang dihantar.

Perlu ke orang yang mengurus dan mengarah tu ramai sangat berbanding yang nak buat kerja? Masalahnya dah la yang kat atas tu ramai, lepas tu yang kat bawah pun tak nak buat kerja, last2 yang sanggup di arah hanyalah orang Bangla, Indon, Nepal, Myanmar dan Vietman. Selagi budaya ni tak diubah, sampai bila2 lah kita akan ketinggalan berbanding negara2 maju. Tapi kalau anda cuma nak bandingkan negara kita dengan negara2 dunia ketiga lain seperti Zimbabwe, Nigeria, Cambodia, Laos, Papua New Guinea, Filipina dan lain2, ya, memang anda boleh rasa sangat puas hati dan tak payah nak ubah apa2.

Bila kerja yang sama tapi kepala yang buat keputusan ramai sangat, macam ni la jadinya.