Mengikut ulama',
syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:
1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH.
Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia.
Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut
ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT.
Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah
kurniaan Allah.
Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan
fisabilillah (di jalan Allah).
3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK.
Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia
yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya.
Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang
dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.
Allah berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya DIA tidak menyukai
orang yang takbur." -Surah an-Nahl. ayat
23-
4- Melalui sifat KHIANAT.
Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan
merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati
hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian
dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturanAllah juga dikira
mengkhianati, namun dengan khianat yang sangat besar.
5- Melalui sifat TIDAK
SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT.
Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda
agar menjauhi sifar ini melalui hadis baginda :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang
bermaksud, "Jadikanlah
dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu
mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang
tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang
dengan sebabnya engkau akan binasa." -(Al-Bazzar)
6- Melalui sifat HASAD.
Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa
benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan
memakan amalan kamu seperti api yang memakan kayu yang kering" -(Riwayat Bukhari dan Muslim)
7- Melalui sifat SUKA
MEREMEHKAN ORANG LAIN.
Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang
individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang
lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan
dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah
S.A.W pernah bersabda bermaksud; "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali
orang munafik ialah ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL. - (Riwayat Muslim)
8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI.
Menurut ImamAhmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang
bermaksud; "Jangan
kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan
orang yang bersenang-senang sahaja." ( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9- Melalui sifat SUKA
BERANGAN-ANGAN.
Islam agama yang menentang sifat malas. Orang yang berat
tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang
hina oleh Allah dan manusia.
10- Melalui sifat BURUK
SANGKA.
Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu
kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah
S.A.W bersabda yang bermaksud; "Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang
ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang
sebenarnya rosak dirinya." (
Riwayat Muslim)
*******************
Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenung diri kita
sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat di atas.
Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar
sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....
Sebar-sebarkan dan selamat beramal :D
No comments:
Post a Comment