Sistem
pentarikhan pertama diajarkan Nabi Adam AS kepada anaknya, Nabi Syits AS yang
bermakna pemberian Allah SWT sebagai pengganti anaknya, Habil yang dibunuh
Qabil dalam peristiwa pembunuhan manusia pertama berpunca daripada kisah
pengorbanan. (Ayat 27-31 Surah al-Maidah)
.
Allah
SWT telah menurunkan 50 lembaran (suhuf) kepada Nabi Syits yang berisi ajaran
Allah SWT.
.
(Nota Tambahan; Empat kitab suci yang diturunkan
Allah SWT ialah Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran, manakala suhuf ialah 104 dan
50 daripadanya diturunkan kepada Nabi Syits seperti diriwayatkan Ibn Hibban
daripada Abu Darda’ secara marfu’.)
.
Imam
Ibnu Kathir dalam kitabnya Qishashul Anbiya’ (Kisah Nabi) menukil perkataan
Muhammad ibn Ishaq bahawa ketika Nabi Adam ystem ajalnya, Baginda berpesan
kepada anaknya, Syits dan mengajarkan kepadanya perihal waktu malam dan siang.
Baginda juga mengajarkan ibadah pada waktu berkenaan serta memberitahu
kepadanya taufan yang akan berlaku.
Siang
dan malam adalah tanda kebesaran Allah SWT dengan diputarkannya matahari, bumi
dan bulan, menerusinya kita boleh mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.
Allah SWT berfirman:
هُوَ الَّذِي جَعَلَ
الشَّمْسَ ضِيَاءً وَالْقَمَرَ نُورًا وَقَدَّرَهُ مَنَازِلَ لِتَعْلَمُوا
عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ ۚ مَا خَلَقَ اللَّـهُ ذَٰلِكَ إِلَّا
بِالْحَقِّ ۚ يُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٥
“Dialah yang menjadikan matahari bersinar (terang benderang) dan
bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu
(berpindah-pindah) di tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat
mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semua itu
melainkan dengan faedah. Allah menjelaskan ayat-Nya (tanda kebesaran-Nya) satu
persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang
dijadikan-Nya).” (Surah
Yunus: ayat 5)
Kita
juga boleh menjumpai makna sama dengan ayat ini dalam Surah al-Isra ayat 12.
.
Daripada
apa yang diajarkan Adam kepada Syits ialah Allah menetapkan 12 bulan dalam
setahun. Al-Quran menjelaskan dalam Surah al-Taubah: ayat 36:
إِنَّ عِدَّةَ
الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ
الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ
وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ
وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ ﴿٣٦
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (yste) Allah ialah 12 bulan,
(yang ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama
yang lurus, maka jangan kamu menganiaya diri kamu pada bulan yang dihormati itu
(dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya
seperti mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah
berserta orang yang bertakwa.”
.
.
Takwim Hijrah
.
Bulan
pada tahun Hijrah bermula dengan Muharam dan tahun Masihi bermula dengan Mac
pada asalnya. Kedua-dua bulan ini berkaitan dengan perang. Nama Muharam
diberikan orang Arab terdahulu kerana di dalamnya dilarang peperangan selepas
pelaksanaan haji pada Zulhijjah. Sedangkan Mac adalah nama tuhan perang orang
Rom.
.
Jika
diperhatikan sejarah penamaan bulan dalam tradisi Masihi dan Hijrah dan tahun
lain kita dapati semuanya menggunakan bulan sebagai asal pengiraan masa. Pada
mulanya bulan pada tahun Masihi hanya 10 bermula dari Mac hingga Disember yang
bermakna bulan ke-10.
Mereka
menambah Januari dan Februari ke dalam ystemr kerana pada dua bulan tidak ada
kegiatan kehidupan bermakna bulan berkenaan adalah musim sejuk.
.
Lain
halnya dengan bulan pada Hijrah. Ia dari awal berjumlah 12 seperti diajarkan
Syits dengan ketetapan Allah. Ketika orang Arab terdahulu hendak menamakan
bulan, mereka sepakat awal tahun dimulakan selepas selesainya pelaksanaan haji
pada Zulhijjah supaya mudah diingati kerana ibadah itu adalah penyatuan bangsa
Arab yang mengikuti ajaran Nabi Ibrahim AS.
.
.
Sejarah Permulaan Kalendar Hijriah
.
Sejak
dahulu, sebelum datangnya Islam, Bangsa Arab telah menggunakan tahun Qamariah.
Hanya tidak semua masyarakat jahiliah di seluruh Semenanjung Arab sepakat dalam
menentukan kalendar tertentu, sehingga pentarikhan mereka berbeza-beza.
Meskipun begitu, mereka mengenali kalendar Qamariah dan mereka menggunakan
konsep ini untuk membuat pentarikhan bagi suku mereka masing-masing.
.
Kalendar
Qamariah yang mereka kenal sejak zaman dahulu, sama dengan kalendar Qamariah
yang berlaku ketika ini. Dalam satu tahun, ada dua belas bulan dan awal bulan
ditentukan mengikut terbitnya hilal (bulan sabit pertama). Mereka menetapkan
bulan Muharram sebagai awal tahun. Mereka juga menetapkan empat bulan haram
(bulan suci). Mereka menghormati bulan-bulan haram ini. Mereka jadikan empat
bulan haram sebagai masa dilarangnya berperang antara-suku dan golongan.
.
.
Nama Asal Bulan ~ Pada Kalendar Qamariah
.
Jadual
berikut merupakan senarai nama-nama bulan Qamariah dari pelbagai versi:
.
No
|
Kalendar Kaum
Tsamud (Dari Riwayat Al-Azdi)
|
Kalendar Sebelum Kedatangan Islam
(Dari Riwayat Al-Bairuni)
|
Kalendar Sebelum Kedatangan
Islam (Dari Riwayat Al-Mas’udi)
|
Kalendar Sejak Tahun 412 H
|
1
|
Mujab
|
Al-Mu’tamir
|
Natiq
|
Muharram
|
2
|
Mujir
|
Najir
|
Tsaqil
|
Safar
|
3
|
Murid
|
Khawwan
|
Thaliq
|
Rabi’ul Awal
|
4
|
Mulzim
|
Shuwan / Bushon
|
Najir
|
Rabi’ul Ahir
|
5
|
Mashdar
|
Hantam / Hanin / Runna
|
Simah
|
Jamadil Ula
|
6
|
Hawbar
|
Zuba
|
Amnah
|
Jamadil Akhir
|
7
|
Hubal
|
Al-Asham
|
Ahlak
|
Rajab
|
8
|
Muha
|
Adil
|
Kusa
|
Sya’ban
|
9
|
Dimar
|
Nafiq / Nathil
|
Zahir
|
Ramadhan
|
10
|
Dabir
|
Waghil / Waghl
|
Burth
|
Syawal
|
11
|
Haifal
|
Hawa’/ Rannah
|
Harf
|
Zulqa’dah
|
12
|
Musbil
|
Burk
|
Na’as
|
Zulhijjah
|
.
Panamaan
bulan Qamariah yang berlaku saat ini-menurut pendapat yang kuat-telah ada sejak
awal abad kelima Masehi. Ada yang mengatakan, bahawa yang menetapkan pertama
kali adalah Ka’ab bin Murrah, datuk kelima Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
.
Ada
lima bulan (Rabi’ul Awal, Jamadil Akhir, Jumadil Awal, Jamadil Akhir, dan
Ramadhan) yang namanya ditetapkan mengikut keadaan musim yang berlaku di bulan
tersebut:-
.
1.
Rabi’ul Awal dan Akhir diambil
dari kata “rabi’” yang bermaksud ‘bunga’ kerana ketika penamaan
bulan Rabi’ bertepatan dengan musim semi.
2.
Jumadil Ula dan Akhirah diambil
dari kata “jamad” yang ertinya ‘beku’, kerana pada ketika
penamaan bulan ini bertepatan dengan musim sejuk, yang saat itu air membeku.
3.
Ramadhan diambil dari kata “ramdha’”
yang bermaksud’ sangat panas ‘, kerana penamaan bulan ini bertepatan dengan
musim panas.
.
.
Tujuh
bulan yang lain dinamakan dengan nama keadaan masyarakat dan kitaran sosial:-
.
1.
Muharram dari kata “haram” yang bermaksud ‘suci yang
terlarang’ kerana bulan ini termasuk salah satu di antara empat bulan suci dan
dilarang berperang.
2.
Safar diambil dari kata “shifr”
yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’. Dinamakan “Safar”, kerana pada bulan ini
rumah-rumah banyak yang kosong ditinggalkan penghuninya untuk berperang.
3.
Rejab bermaksud ‘mengagungkan’ kerana
masyarakat jahiliah sangat menghormati bulan ini, dan dijadikan sebagai masa
sangat dilarang untuk berperang. Kerana itu, mereka menyebut bulan ini dengan “Rajab
Al-A’sham” (Rajab yang sunyi).
4.
Syaaban diambil dari kata “sya’bun” yang
ertinya ‘kelompok’ atau ‘golongan’. Disebut Sya’ban, kerana pada bulan ini
masyarakat jahiliah berpecah, membentuk kelompok-kelompok untuk melakukan
peperangan, setelah mereka meninggalkan perang di bulan Rejab.
5.
Syawal diambil dari kata “syalat” yang
bermaksud ‘mengangkat’ kerana bulan ini adalah musim di saat unta betina
mengangkat ekor mereka kerana tidak mahu dikawini unta jantan.
6.
Zulqa’dah diambil dari kata “al-qa’du”
yang bermaksud ‘duduk’. Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap di
rumah dan tidak melakukan peperangan, kerana bulan ini merupakan awal dari tiga
rangkaian bulan haram.
7.
Zulhijjah diambil dari perkataan “haji”
sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini iaitu waktu masyarakat Arab sibuk
mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.
.
.
Keadilan Takwim Hijrah
.
Takwim
Hijrah memberi keadilan meaksanakan Ibadah. Amalan dalam Islam tidak statik
tetapi berlaku pada setiap musim untuk menguji iman umatnya dan memikirkan
kebijaksanaan Yang Maha Khaliq.
.
Daripada
beberapa tanda yang menunjukkan Islam agama yang adil ialah penggunaan kalendar
Hijrah dalam sistem pentarikhan. Oleh itu, kita berpuasa Ramadan pada semua
musim; hujan dan kemarau; sejuk, panas, bunga dan luruh. Begitu juga
pelaksanaan haji dan merayakan hari kebesaran Islam lain.
.
Dengan
perkataan lain, sistem ibadah dalam Islam tidak dihadkan pelaksanaannya pada
masa yang tetap dan statik, tapi berubah mengikuti perubahan iklim. Sistem ini
memberikan keadilan kepada semua masa untuk berasakan nuansa keislaman di
dalamnya. Sebagai contoh, jika Ramadan pada Julai saja, tentu kita tidak akan
berasakan keindahan berpuasa pada musim sejuk. Begitu juga sebaliknya, jika
kita tetapkan puasa Ramadan pada Disember saja, tentu kita tidak akan berasa
betapa beratnya berpuasa pada musim panas.
.
Kelebihan
dan keistimewaan pada perubahan ini membolehkan setiap Muslim merasai kemanisan
dan keindahan beribadat kepada Allah Subhanahuwata’ala pada masa-masa dan
keadaan berbeza tanpa sebarang masalah berpanjangan.
.
.
والله
أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui
apa yang benar)
No comments:
Post a Comment