Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Saturday, September 10, 2011

Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu

Saturday, November 21, 2009

Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu


Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw. DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular.
Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

http://www.al-inaam.com/library/islam.htm

Friday, September 9, 2011

Sudah Tidur Lama Tapi Masih Mengantuk?


Sudah Tidur Lama Tapi Masih Mengantuk?
January 14th, 2011
 
Jika Anda sudah tidur berjam-jam tapi masih terasa ngantuk, maka Anda perlu mewaspadai adanya penyakit di dalam tubuh. Rasa mengantuk merupakan tanda yang diberikan tubuh agar orang beristirahat, yang biasanya datang di malam hari atau saat merasa lelah.

Namun beberapa keadaan tertentu boleh membuatkan orang selalu merasa ngantuk, bahkan di waktu kerja. Berikut adalah antara beberapa penyebab yang membuat orang selalu mengantuk sepanjang hari:

1. Anemia (kurang darah)
Anemia merupakan penyebab utama rasa mengantuk sering datang. Kekurangan darah menyebabkan kurangnya zat besi, sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke jaringan dan organ tubuh pun berkurang, sehingga menyebabkan orang sering merasa mengantuk.

2. Hipotiroid (menurunnya produksi hormon tiroid)
Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengawal metabolisme dan kecepatan mengubah bahan bakar menjadi energi. Ketika kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, orang boleh merasa badan lesu dan selalu mengantuk.

3. Diabetes
Glukosa adalah bahan bakar dari energi yang dilepaskan dalam sel2 kerana adanya oksigen. Orang dengan diabetes tipe-2 memiliki tingkat glukosa darah yang tinggi, kerana tubuh tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menyediakan energi. Oleh kerana itu, individu dengan diabetes tipe-2 mengeluh merasa lelah dan mengantuk sepanjang waktu.

4. Dehidrasi
Kelelahan dan mengantuk merupakan tanda dehidrasi. Selalu minum air secara mencukupi agar selalu merasa segar dan bersemangat.

5. Depresi
Depresi bukan hanyan gangguan emosi tetapi juga banyak berkontribusi untuk gejala fisik. Kelelahan, selalu mengantuk, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan adalah salah satu gejala yang paling umum pada orang yang mengalami depresi.

6. Gangguan tidur
Gangguan tidur seperti sleep apnea dan insomnia juga dapat menyebabkan perasaan kelelahan dan mengantuk terus-menerus. Tidur digunakan untuk memfungsikan tubuh kembali, sel2 tubuh memperbaiki dan meremajakan diri.
Sementara pada orang yang menderita kurang tidur kerana insomnia, sleep apnea, maka sistem pernafasan akan terhambat sehingga sering menyebabkan kelelahan dan kantuk.

7. Penyakit jantung
Ketika mudah merasa lelah dan mengantuk dalam melakukan kegiatan sehari-hari, sebaiknya Anda harus memastikan bahwa jantung Anda dalam keadaaan yang baik, kerana selalu mengantuk boleh jadi pertanda awal penyakit jantung.

8. Sindrom kelelahan kronis
Lelah biasanya segera hilang saat dibawa istirahat. Tapi untuk sindrom kelelahan kronis (chronic fatigue syndrome), lelah tidak cepat hilang dan biasanya ditandai dengan kelesuan, mengantuk, lekas marah, nyeri otot dan dalam beberapa kasus terjadi hilangnya memori.

--

9 Penyakit yang Diwariskan Keluarga

 

Sejarah keluarga memegang peranan penting dalam keadaan kesehatan seseorang. Misalnya jika dalam keluarga ada riwayat penyakit barah, itu bermakna kita atau anak-anak kita memiliki kemungkinan untuk mewarisi gen yang sama. Dengan kata lain risikonya untuk terkena barah jauh lebih tinggi daripada risiko individu yang tidak memiliki gen tersebut.
Sejauh ini para ilmuwan telah mengenalpasti gen-gen yang dapat meningkatkan sekitar 400 keadaan penyakit paling menonjol, seperti misalnya parkinson dan cystic fibrosis atau keadaan fatal yang disebabkan oleh mutasi genetik. Cystic fribrosis menyebabkan terbentuknya lendir melekit dan tebal di dalam paru-paru dan berbagai bagian lain.
Kendati demikian beberapa penyakit tidak hanya disebabkan oleh gen tunggal melainkan akibat kombinasi beberapa faktor seperti pola makan dan gaya hidup. Sebut saja misalnya tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau skizofrenia.
Berikut ini beberapa penyakit beserta peratusan tingkat risiko yang mungkin boleh diturunkan terkait riwayat yang dimiliki oleh anggota keluarga :
1. Tekanan darah tinggi
Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah keadaan dimana seseorang mengalami peningkatan tekanan darah diatas normal atau kronik (dalam waktu yang lama). Hipertensi sering tidak disedari karena tidak bergejala. Untuk mengetahuinya perlu dilakukan pengukuran tekanan darah. Jika tidak segera diubati, dapat meningkatkan risiko stroke atau serangan jantung.
Risiko diturunkan: Menurut para ahli, jika salah satu orang tua Anda memiliki tekanan darah tinggi, risiko Anda mendapatkan penyakit ini sebesar 15 persen atau bahkan lebih tinggi.
2. Kolesterol tinggi
Dalam keluarga yang sama, kadang para anggotanya memiliki tingkat kadar kolesterol tinggi. keadaaan ini dalam ilmu kedokteran disebut Familial Hypercholesterolaemia (FH). FH disebabkan oleh perubahan gen dimana lemak tidak dimetabolisme dengan baik dalam darah dan menumpuk di arteri. FH merupakan satu contoh dari sifat genetik yang dominan, yang berarti bahwa seseorang memerlukan hanya satu gen abnormal untuk memiliki keadaan tersebut.
Risiko diturunkan: Dr Nigel Capps, dari Inggris mengatakan, jika salah satu orang tua Anda memiliki hiperkolesterolemia familial, maka Anda memiliki risiko 50 persen mendapatkan penyakit tersebut.
3. Hipotiroid
Hipotiroid terjadi ketika tubuh tidak menghasilkan cukup hormon tiroksin. Gejala yang muncul biasanya sering merasa kelelahan dan penurunan berat badan. Penyakit ini tujuh kali lebih mungkin terjadi pada perempuan.
Risiko diturunkan: Dr Mark Cohen, konsultan endokrinologi dari Spire Bushey Hospital, Hertfordshire mengungkapkan, memiliki saudara atau ibu dengan tiroid (kurang aktif), maka Anda memiliki risiko 20 kali lebih mungkin untuk mendapatkannya.
4. Gangguan Bipolar
Gangguan bipolar (juga dikenal gangguan manik murung ) adalah suatu keadaan yang menyebabkan pusingan kemurungan dan mania, biasanya dipicu oleh stres. Diduga disebabkan oleh ketidakseimbangan kimia di otak, dan pengaruh faktor genetik.
Risiko diturunkan: Jika ada orang tua yang memiliki penyakit ini, maka risiko untuk setiap anak-anak mereka mengalami hal sama adalah sebesar 10-15 persen.
5. Diabetes jenis 2
Umumnya gejala awal diabetes jenis 2 tidak dapat dikesan. Risiko mengidap diabetes cukup tinggi jika keluarga, orang tua atau saudara Anda juga memiliki riwayat penyakit ini.
Risiko diturunkan: Jika ada salah satu orang tua dengan diabetes jenis 2, risiko penyakit itu diturunkan sebesar 15 persen. Tetapi jika kedua orang tua memiliki keadaan tersebut, risiko penyakit itu diturunkan kepada anak mereka sebesar 75 persen. Namun, faktor lain seperti kegemukan, malas olahraga dan makan yang tidak sehat dapat meningkatkan resiko.
6. Arthritis (radang sendi)
Osteoarthritis adalah jenis penyakit sendi yang disebabkan oleh kehausan sendi dan merupakan salah satu dari keluarga besar penyakit arthritis yang paling sering terjadi. Penyakit ini mempengaruhi sekitar 80 persen orang pada suatu waktu dalam kehidupan mereka.
Risiko diturunkan: Banyak masyarakat yang menganggap kalau osteoartritis adalah penyakit yang diturunkan. Tetapi Dr. Sanggar mengatakan, keadaan seperti ini sebetulnya sangat jarang diwariskan. "Ini biasanya terjadi karena kehausan pada sendi," katanya.
7. Motor Neuron Disease (MND)
MND adalah suatu penyakit mematikan yang sudah dikenal sejak abad ke-19. Karena relatif jarang ditemukan  sering seorang dokter luput mengesan gejala-gejala penyakit ini bahkan banyak yang mendiagnosanya sebagai stroke.
Penyakit umumnya merosak sistem saraf sehingga menyebabkan otot lemah. Penyakit ini cenderung mempengaruhi orang berusia lebih dari 40 tahun dan lebih sering menimpa laki-laki. Penyebab pastinya belum jelas, tetapi penyakit ini boleh diturunkan.
Risiko diturunkan: Peneliti mengatakan, sekitar 10 persen penyakit ini dapat diturunkan jika Anda memiliki kerabat dekat dengan keadaan seperti tersebut.
8. Kanker payudara dan ovarium
Barah payudara adalah barah paling umum yang diderita kaum perempuan. Di negara kita, barah payudara merupakan salah satu penyakit penyebab terbesar kematian pada wanita. Sedangkan barah ovarium, biasa dikenal dengan "silent killer", menduduki peringkat ke-lima sebagai penyebab kematian pada wanita akibat barah.
Risiko diturunkan: Menurut penelitian sementara 90 persen kes tidak diwariskan. Hanya 5-10 persen barah payudara disebabkan oleh mutasi gen yang diwariskan dari satu ibu atau ayah. Mutasi gen BRCA1 dan BRCA2 adalah yang paling sering. Perempuan dengan mutasi ini memiliki risiko terkena barah payudara sampai 80 persen. Meningkatnya risiko barah ovarium juga dikaitan dengan mutasi gen ini.
9. Parkinson
Penyakit parkinson dimulai secara samar-samar dan berkembang secara perlahan. Pada banyak penderita, pada mulanya parkinson muncul sebagai tremor (gementar) tangan ketika sedang beristirahat. Penyakit ini cenderung diturunkan, walau terkadang faktor genetik tidak memegang peranan utama. "Sekali lagi, ini adalah keadaan multi-faktorial," kata Dr Walker.
Risiko diturunkan: Menurut Walker, mereka yang mempunyai orangtua, saudara atau kerabat dekat dengan gangguan parkinson, maka dua kali lipat lebih mungkin untuk mengalami hal serupa.
Sumber :
http://health.kompas.com/read/2011/09/07/10340378/9.Penyakit.yang.Diwariskan.Keluarga
__._,_.___

Kalimat syaitan di dalam al-Qur'an

 
Kalimat syaitan di dalam al-Qur'an

Ayat-ayat al-Qur'an mengandungi perkataan "syaitan" (menurut kronologi) adalah:

2:14. Apabila mereka berjumpa dengan orang-orang yang percaya, mereka berkata, "Kami percaya", tetapi apabila mereka menyendiri kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata, "Kami bersama kamu; kami hanyalah orang-orang yang berolok-olok."
2:36. Kemudian syaitan menggelincirkan mereka daripadanya, dan mengeluarkan mereka dari dalam apa yang mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."
(kisah Adam dan isteri digelincirkan syaitan)
2:102. Dan mereka mengikuti apa yang syaitan-syaitan membacakan semasa kerajaan Sulaiman. Sulaiman bukan tidak percaya (kafir) tetapi syaitan-syaitanlah yang tidak percaya, dengan mengajar manusia sihir, dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Babil, Harut dan Marut; mereka tidak mengajar seseorang tanpa mereka berkata, "Kami hanyalah cubaan, janganlah kamu tidak percaya (kafir)." Daripada mereka, mereka belajar bagaimana mereka boleh memecahkan seorang lelaki dan isterinya, tetapi mereka tidak dapat memudaratkan seseorang dengannya, melainkan dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari apa yang memudaratkan mereka, dan tidak bermanfaat kepada mereka, dengan mengetahui benar bahawa sesiapa membelinya, dia tidak ada bahagian di akhirat; buruknya apa yang mereka menjual diri-diri mereka dengannya, jika mereka mengetahui.
(syaitan mengajar sihir, memecahkan pasangan, apa yang tidak bermanfaat; tiada bahagian di akhirat)
2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:208. Wahai orang-orang yang percaya, masuklah ke dalam kesejahteraan kesemua kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
2:268. Syaitan menjanjikan kamu kemiskinan, dan menyuruh kamu pada kesumbangan, tetapi Allah menjanjikan kamu keampunan-Nya dan pemberian-Nya; dan Allah Merangkumi, Mengetahui.
(syaitan larang memberi nafkah yang Tuhan janjikan keampunan dan pemberian-Nya; ia juga menyuruh membuat kesumbangan)
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu ialah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
(syaitan dan riba)
3:36. Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, "Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan." Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, "Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam."
(doa setelah melahirkan anak, mohon diperlindungkan daripada syaitan)
3:155. Orang-orang antara kamu yang berpaling pada hari dua kumpulan bertemu, syaitan menggelincirkan mereka kerana sebahagian apa yang mereka mengusahakan, tetapi Allah memaafkan mereka; sesungguhnya Allah Pengampun, Penyantun.
(berpaling dalam peperangan)
3:175. Itu adalah syaitan yang menakut-nakutkan wali-walinya (sahabat-sahabatnya), maka janganlah takut pada mereka, tetapi kamu takutilah Aku, jika kamu orang-orang mukmin.
(syaitan menakut-nakutkan)
4:38. Orang-orang yang menafkahkan harta mereka untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan mereka tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Sesiapa yang mempunyai syaitan untuk teman yang dipercayai, maka ia adalah teman dipercayai yang jahat.
(nafkah untuk menunjuk-nunjuk)
4:60. Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang mendakwa bahawa mereka percaya kepada apa yang diturunkan kepada kamu, dan apa yang diturunkan sebelum kamu, menghendaki untuk berhakimkan kepada Thagut dalam perselisihan mereka, dan sungguh, mereka diperintah supaya tidak mempercayainya, tetapi syaitan menghendaki untuk menyesatkan mereka dalam kesesatan yang jauh.
(syaitan menyesatkan dengan berhakimkan kepada selain al-Quran)
4:76. Orang-orang yang percaya berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang tidak percaya berperang di jalan Thagut. Maka perangilah wali-wali (sahabat-sahabat) syaitan; sesungguhnya muslihat syaitan lemah.
4:83. Apabila datang kepada mereka suatu urusan, sama ada daripada keamanan atau ketakutan, mereka menyiarkannya; dan jika mereka mengembalikannya kepada rasul, dan kepada orang-orang yang dalam urusan mereka, orang-orang antara mereka yang ditugaskan untuk menyelidikinya, tentu akan mengetahuinya. Dan sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu, dan pengasihan-Nya, tentu kamu akan mengikuti syaitan, kecuali sedikit.
(ikut penyelidik atau syaitan)
4:117. Tiadalah yang mereka seru selain daripada Dia melainkan perempuan; dan tiadalah mereka seru melainkan syaitan yang derhaka,
4:119. Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah." Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya.
4:120. Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan.
5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
(sebahagian daripada amalan syaitan)
6:43. Kalaulah, apabila bencana Kami datang kepada mereka, mereka merendahkan diri! Tetapi hati mereka keras, dan syaitan menampakkan indah bagi mereka apa yang mereka buat.
6:68. Apabila kamu melihat orang-orang yang terjun pada ayat-ayat Kami, berpalinglah daripada mereka sehingga mereka terjun pada hadis (pembicaraan) yang lain; dan, jika syaitan menjadikan kamu lupa, janganlah duduk setelah teringat bersama kaum yang zalim.
(jadikan lupa)
6:71. Katakanlah, "Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, 'Datanglah kepada kami!'" Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,
(menggoda hingga membingungkan daripada petunjuk Allah)
6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.
(2 jenis syaitan - jin dan manusia; ucapan indah; mengada-adakan dalam agama)
6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan.
6:142. Dan daripada binatang ternak, untuk pengangkutan dan untuk disembelih, makanlah daripada apa yang Allah merezekikan kamu, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."
(kisah Adam dan isteri)
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
7:30. Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
(syaitan sebabagi sahabat; sangka dapat petunjuk)
7:175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang kepadanya Kami telah memberikan ayat-ayat Kami, tetapi dia mencampakkannya, dan syaitan mengikutinya, dan dia menjadi antara orang-orang yang bersalah.
(syaitan ikut orang yang mencampakkan ayat-ayat Allah)
7:200. Jika suatu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dia Mendengar, Mengetahui.
(syaitan dan provokasi)
7:201. Orang-orang yang bertakwa, apabila kunjungan syaitan menyentuh mereka, mereka ingat, dan kemudian melihat.
8:11. Apabila menjadikan tidur nyenyak menutupi kamu sebagai keamanan daripada-Nya, dan menurunkan kepada kamu air dari langit untuk membersihkan kamu dengannya, dan untuk menghilangkan daripada kamu kecemaran syaitan, dan untuk menguatkan hati kamu, dan untuk memperteguhkan kaki kamu dengannya.
8:48. Dan apabila syaitan menampakkan amalan-amalan mereka indah bagi mereka, dan berkata, "Pada hari ini, tiada manusia akan menang terhadap kamu kerana aku jiran kamu." Tetapi apabila kedua-dua pasukan berlihat-lihatan, ia berundur di atas tumit-tumitnya, dengan berkata, "Aku berlepas diri daripada kamu, kerana aku melihat apa yang kamu tidak melihat. Aku takut kepada Allah; dan Allah keras dalam pembalasan sewajarnya."
12:5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.
(kisah Nabi Yusuf)
12:42. Kemudian dia (Nabi Yusuf) berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, "Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:100. Dan dia (Nabi Yusuf) menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
14:22. Dan syaitan berkata, apabila perkara telah diputuskan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu satu janji yang benar; dan aku menjanjikan kamu, kemudian aku memungkiri kamu, kerana aku tidak ada kuasa terhadap kamu, melainkan aku menyeru kamu, dan kamu menyahuti aku. Maka janganlah kamu mencela aku, tetapi celalah diri kamu sendiri; aku tidak dapat menolong kamu, dan tidak juga kamu dapat menolong aku. Aku tidak percaya kepada persekutuan aku dengan Allah daripada kamu dari dahulu." Bagi orang-orang yang zalim, bagi mereka, azab yang pedih.
(syaitan jenis manusia dipersekutukan di dunia)
15:17. Dan menjaga mereka daripada tiap-tiap syaitan yang direjam.
('mereka' - gugusan bintang)
16:63. Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus kepada umat-umat yang sebelum kamu, tetapi syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka; ia adalah wali (pelindung) mereka pada hari ini, dan bagi mereka, azab yang pedih.
16:98. Apabila kamu membaca Al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
(mohon perlindungan daripada syaitan)
17:27. Orang-orang yang boros adalah teman syaitan, dan syaitan tidak berterima kasih (kafir) kepada Pemeliharanya.
(boros teman syaitan)
17:53. Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
(ucapan buruk; provokasi)
17:64. Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!" Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan.
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita mengambil perlindungan di batu, lalu aku melupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang membuat aku melupakannya, supaya aku tidak mengingatinya; dan ia mengambil jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan."
19:44. Ayah, janganlah menyembah syaitan; sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah.
19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi wali (sahabat) syaitan."
19:68. Demi Pemelihara kamu, sungguh Kami akan mengumpulkan mereka, dan syaitan-syaitan, kemudian Kami mengarakkan mereka di sekeliling Jahanam dengan melutut.
(syaitan turut berarak)
19:83. Tidakkah kamu melihat bagaimana Kami mengutus syaitan-syaitan terhadap orang-orang yang tidak percaya untuk menyucuk mereka, dengan cucukan?
(dihantar kepada orang tidak percaya)
20:120. Kemudian syaitan membisikkan kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku menunjukkan kepada kamu Pokok Yang Berkekalan, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?"
21:82. Dan daripada syaitan-syaitan, sebahagian menyelam untuknya dan membuat amalan yang lain di samping itu; dan Kamilah yang menjaga mereka.
(syaitan zaman Nabi Sulaiman - penyelam)
22:3. Dan antara manusia ada orang yang membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan, dan mengikuti setiap syaitan yang derhaka.
(membantah mengenai Allah tanpa pengetahuan)
22:52. Kami tidak mengutus seseorang rasul, dan tidak juga seseorang Nabi sebelum kamu, melainkan bahawa apabila dia berkhayal, syaitan melemparkan ke dalam khayalannya; tetapi Allah menghapuskan apa yang dilempar syaitan, kemudian Allah menentukan ayat-ayat-Nya; Allah Mengetahui, Bijaksana.
(rasul, nabi dengan khayalan daripada syaitan)
22:53. Supaya Dia membuatkan, apa yang syaitan melemparkan, satu cubaan bagi orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, dan orang-orang yang hati mereka keras; dan sesungguhnya orang-orang yang zalim adalah dalam perpecahan yang jauh.
23:97. Dan katakanlah, "Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan,
23:98. Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku."
(doa mohon perlindungan daripada syaitan yang sebenar)
24:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.
25:29. Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
(menyesatkan daripada al-Quran; pengabai manusia)
26:210. Tidaklah oleh syaitan-syaitan ia (al-Qur'an) dibawa turun,
26:221. Bolehkah aku memberitahu kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan turun?
26:222. Mereka turun kepada tiap-tiap penyamar yang berdosa.
26:223. Mereka mendengar, tetapi kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta.
27:24. Aku mendapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain daripada Allah; syaitan menampakkan indah amalan-amalan mereka bagi mereka, dan ia menghalangi mereka daripada jalan, maka mereka tidak mendapat petunjuk,
(nampakkan amalan indah; halang jalan Allah)
28:15. Dan dia (Nabi Musa) masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang bergaduh; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, "Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata."
29:38. Dan Ad, dan Tsamud - telah menjadi nyata bagi kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka; dan syaitan menampakkan indah bagi mereka amalan-amalan mereka, dan menghalangi mereka daripada jalan, walaupun mereka adalah orang-orang yang melihat dengan jelas.
31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?
(ikut bapa-bapa, tidak mahu ikut al-Qur'an)
35:6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala.
36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
37:7. Dan untuk menjaga daripada setiap syaitan yang derhaka.
37:65. Seludang-seludangnya seperti kepala-kepala syaitan,
38:37. Dan syaitan-syaitan, tiap-tiap ahli binaan dan penyelam,
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
41:36. Jika satu provokasi daripada syaitan memprovokasikan kamu, berlindunglah pada Allah; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.
(provokasi)
43:36-37. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai, Dan mereka menghalangi mereka daripada jalan, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk,
(syaitan adalah teman baik orang yang membutakan diri daripada al-Qur'an, dan ia membuat orang itu menyangka mendapat petunjuk)
43:62. Janganlah syaitan menghalangi kamu; ia, bagi kamu, musuh yang nyata.
47:25. Orang-orang yang kembali (murtad) ke belakang mereka setelah petunjuk menjadi jelas bagi mereka, syaitanlah yang menghasut mereka, dan memanjangkan angan-angan mereka.
(syaitan hasut sampai murtad dengan angan-angan)
58:10. Pembicaraan rahsia adalah daripada syaitan, supaya orang-orang yang percaya bersedih; tetapi ia tidak memudaratkan mereka sedikit pun, kecuali dengan izin Allah, dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).
(pembicaraan rahsia)
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
(melupakan ayat Allah - golongan syaitan)
59:16. Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, "Jangan percaya"; kemudian apabila dia tidak percaya, ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam."
(suruh manusia jangan percaya)
67:5. Dan Kami menghiasi langit dunia dengan pelita-pelita, dan membuatnya untuk merejam syaitan-syaitan; dan Kami menyediakan bagi mereka azab yang Menyala.
81:25. Dan ia (al-Qur'an) bukanlah ucapan syaitan yang direjam.
__._,_.___

13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan


13 Langkah hilangkan Mengantuk dan Tekanan

Di sini terdapat beberapa langkah senaman yang boleh menghilangkan rasa mengantuk dan tekanan. Kepada mereka yang selalu rasa mengantuk ataupun tengah mengalami tekanan, Sila ikuti dan lakukan senaman ini. Selamat Mencuba!!

LANGKAH 1
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian

6 Amalan mendididk jiwa membenci rasuah

Subject: 6 Amalan mendididk jiwa membenci rasuah
 
 
1- Keraplah mengeluar zakat, infaq dijalan Allah SWT serta bersedekah.
 
2- Sayangilah golngan miskin, anak-anak yatim dan golongan janda.
 
3- Perbanyakkan solat tahajjud, puasa sunat dan membaca Al-Quran.
 
4- Rendahkan diri dan tawaduk.
 
5- Jangan terlalu khayal dengan keseronakkan dunia.
 
6- Kerapkan hati mengingati mati kerana mati adalah satu kepastian yang wajib kita tempuhi.
 
Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah.M/S : 80.

Penduduk kampung tangkap buaya gergasi


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjM-v3aLrR4nMhKs8RW9MwGY6wUvpfGv1n2pcLn8e7edYJhnOTwi6R-8e1L3YEe2Gh8KdCVRcMn5BB0gP9z3eXuvVqi5G_1cusxah2f8tcgCZxgruaotp2KrPH4ATkv8356QEr9-o-KTeI/s1600/boya.jpg

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP