Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, September 8, 2011

Batuk pagi, malam tanda asma


Risaunya Hati Ibu

Assalamualaikum WBT Salam Sejahtera
Batuk pagi, malam tanda asma
Oleh ZUHAYATI YAZID
BATUK antara penyakit yang sering di pandang ringan. Ada yang menganggap ia kurang berbahaya termasuk yang dialami di kalangan kanak-kanak.
Tetapi ibu bapa perlu sedar, ia mungkin merupakan petanda awal asma atau lelah terutama apabila anak-anak sering batuk pada waktu malam.
Biasanya penyakit asma di kalangan kanak-kanak bermula dengan batuk berpanjangan di waktu malam dan awal pagi.
Pakar Kanak-kanak, Hospital Perubatan Pantai, Dr. Amir Mohd. Nor memberitahu, asma sememangnya biasa berlaku pada kanak-kanak yang mana ia akan hilang apabila mereka meningkat dewasa.
”Dalam keadaan ini, mereka selalunya berkahak yang boleh menyebabkan batuk dan muntah. Sesetengah kanak-kanak juga mudah berhingus atau hidung berair pada waktu malam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Secara umumnya menurut Dr. Amir, asma berlaku apabila salur pada paru-paru sempit atau tersumbat.
”Di sini, udara yang beroksigen akan menyerap ke salur darah dan menyebabkan kandungan oksigen dalam darah tinggi.
“Apa yang dimaksudkan dengan asma ialah keadaan di mana salur paru-paru kecil (bronchiol) menjadi radang sekali gus menyebabkan salur paru-paru tersebut sempit,” terangnya lagi.
Secara klasiknya, asma menyebabkan kanak-kanak akan mengalami batuk berterusan, nafas berbunyi dan semput. Biasanya batuk yang dialami kanak-kanak itu adalah basah dan berkahak.
Bagaimanapun, terdapat sebahagian daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai tanda-tanda klasik tersebut.
”Ini akan menyukarkan diagnosis dan kebanyakan kanak-kanak ini akan mengalami batuk berterusan yang tidak baik walaupun sudah makan pelbagai jenis ubat.
“Sekira ada juga simptom alahan seperti ruam, resdung atau selesema awal pagi, ia lebih meninggikan lagi kemungkinan asma atau lelah.
”Kanak-kanak yang mempunyai masalah asma senang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya,” terangnya.
Disebabkan asma selalu dicetuskan selepas demam selesema biasa, ini menyebabkan kadar kemasukan hospital lebih tinggi di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit tersebut.
Bagaimanapun, terdapat faktor lain yang boleh mencetuskan simptom lelah seperti habuk atau hama habuk, asap rokok, buah-buahan dan sebagainya.
Tegasnya, walaupun perkara yang menyebabkan asma itu berbeza dari seorang ke seorang tetapi secara umumnya apa yang dinyatakan di atas ialah punca utama.
Ditanya mengenai rawatan asma, Dr. Amir Mohd. Nor berkata, tiada rawatan khusus bagi menyembuhkan asma.
”Ubat yang dimakan kanak-kanak menghidap asma hanya untuk mengawal simptom itu tetapi tidak menyembuhkan seseorang itu daripada masalah asma,” katanya.
Malah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap asma ini akan pulih dengan sendiri apabila mereka besar atau mencapai peringkat remaja.
”Ada dua kategori ubat ketika memberi rawatan kepada kanak-kanak menghidap asma iaitu ubat-ubatan yang mencegah kanak-kanak daripada serangan asma dan ubat-ubatan yang mengurangkan simptom asma ,” akuinya.
Bagaimanapun Dr. Amir menegaskan apabila kanak-kanak sering mendapat simptom asma, mereka perlu mengambil ubat yang boleh mencegah simptom daripada berulang.
”Ubat ini memerlukan pengambilan setiap hari oleh itu ramai ibu bapa berasa takut kononnya kanak-kanak itu terpaksa bergantung kepada ubat. Ini tidak benar, bagaimanapun mendapat rawatan secara berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anak-anak ini,” katanya.
sumber : Utusan Malaysia
ibu bapa mana yg x risau kalau anak2 kena bergantung pada ubat..namun untk kesihatan anak2 ibu-bapa perlu berkorban dan peka dengan masalah kesihatan anak.
ASMA
Asma merupakan penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Semasa berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas akan menyebabkan anak berasa panik dan ini membuat pernafasannya semakin sukar. Punca awal yang menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak yang menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.
Asma biasanya menyerang kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan di susuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak akan pulih semakin umur mereka meningkat.
Kebanyakan bayi yang berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas yang berdehit jika mereka menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang. Bayi-bayi ini tidak semestinya menghidap asma. Apabila umur bayi meningkat dan saluran udara mereka semakin besar, bunyi ini akan berhenti. Keadaan ini biasanya disebabkan jangkitan dan bukan alahan.
Adakah keadaan ini serius?
Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi sebarang kerumitan.
Tanda-tanda
  • Sesak nafas. Menghembus nafas menjadi semakin sukar dan abdomen mungkin dikempiskan semasa anak bernafas.
  • Rasa lemas.
  • Bunyi nafas yang berdehit.
  • Batuk yang berterusan.
  • Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen.
  • Apakah tindakan pertama?
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami serangan asma. Jika serangan ini berlaku semasa anak tidur, dudukkan anak dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh mendudukkan anak anda di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.
Bertenang. Keresahan hanya akan membuat anak anda lebih takut. Semasa menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain. Misalnya, menyanyikan lagu untuk membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.
Perlukah saya berjumpa doktor?
Bawa anak berjumpa doktor sebaik sahaja anak mengalami serangan asma.
Apakah tindakan doktor?
Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus kedaalm bronkus. Serangan yang teruk mungkin akan memerlukan rawatan hospital dan dos yang lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan. Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang. Doktor mungkin menentukan alergennya, sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah. Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik sahaja serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak anda mengalami serangan yang teruk atau sekiranya serangan tidak reda walaupun anak anda diberi dua dos bronkodilator.
Doktor mungkin akan mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid yang rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos yang lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.
Bagaimanakah saya boleh membantu?
Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukannya sendiri. Catatkan bila serangan ini berlaku dan waktunya. Pastikan rumah anda bebas dari alergen yang biasa seperti kekabu. Gunakan pembersih vakum untuk memvakum habuk di rumah.
Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda membela haiwan kesayangan, minta bantuan rakan untuk menjaganya selama beberapa minggu untuk menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan. Pastikan anak membawa ubat pada setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah tentang kemungkinan serangan ini akan berlaku.
Rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri semasa berlaku serangan. Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini akan membebankan paru-parunya.
Senaman ringan dapat membantu pernafasan anak tetapi latihan yang berat boleh membawa kepada serangan asma. Berenang merupakan latihan jasmani yang sangat baik.
Anak disyorkan memakai lencana “Medic Alert”.
sumber : http://www.sabah.org.my
 

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
 
selatanonline
Kiriman gelang_2girl

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.”
Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya.
Posted by ahmadi

Rahsia senyum Rasulullah

Rahsia senyum Rasulullah
 
selatanonline
 
 
Ketika anda membuka lembaran sirah kehidupan Muhammad saw., anda tidak akan pernah berhenti kagum melihat kemuliaan dan kebesaran peribadi beliau saw.

Sisi kebesaran itu kelihatan dari sikap seimbang dan selaras dalam setiap perilakunya, sikap beliau dalam menggunakan segala media untuk meluluhkan kalbu setiap orang dalam setiap kesempatan.

Media paling besar yang dilakukan Muhammad saw. dalam dakwah dan perilaku beliau adalah, gerakan yang tidak memerlukan kos yang besar, tidak memerlukan tenaga berlebihan, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke lubuk hati yang sangat dalam.

Jangan anda tanyakan keberkesanannya dalam mempengaruhi akal fikiran, menghilangkan kesedihan, membersihkan jiwa, menghancurkan tembok penghalang di antara anak manusia!. Itulah ketulusan yang mengalir dari dua bibir yang bersih, itulah senyuman!

Itulah senyuman yang dicatat dalam Al Qur’an tentang kisah Nabi Sulaiman as, ketika Ia berkata kepada seekor semut,

“Maka dia tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. An Naml:19
 
Senyuman itulah yang sentiasa keluar dari bibir mulia Muhammad saw., dalam setiap perilakunya. Beliau tersenyum ketika bertemu dengan sahabatnya. Semasa beliau menahan amarah atau ketika beliau berada di majlis peradilan sekalipun.
 
Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindari dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”
 
Suatu ketika Muhammad saw. didatangi seorang Arab Badwi, dengan serta merta ia berlaku kasar dengan menarik selendang Muhammad saw., sehingga leher beliau membekas merah. Orang Badwi itu bersuara keras, “Wahai Muhammad, perintahkan sahabatmu memberikan harta dari Baitul Maal! Muhammad saw. menoleh kepadanya lalu tersenyum. Kemudian beliau menyuruh sahabatnya memberi harta dari baitul maal kepadanya.”
 
Ketika beliau memberi hukuman keras terhadap orang-orang yang terlambat dan tidak ikut serta dalam perang Tabuk, beliau masih tersenyum mendengarkan alasan mereka.
 
Ka’ab ra. berkata setelah mengungkapkan alasan orang-orang munafik dan sumpah palsu mereka:
“Saya mendatangi Muhammad saw., ketika saya mengucapkan salam kepadanya, beliau tersenyum, senyuman orang yang marah. Kemudian beliau berkata, “Kemari. Maka saya mendekati beliau dan duduk di depan beliau.”
 
Suatu ketika Muhammad saw. melintasi masjid yang di dalamnya ada beberapa sahabat yang sedang membicarakan masalah-masalah jahiliyah terdahulu, beliau lewat dan tersenyum kepada mereka.
 
Beliau tersenyum dari bibir yang lembut, mulia nan suci, sampai akhir detik-detik hayat beliau.
 
Anas bin Malik berkata diriwayatkan dalam sahih Bukhari dan Muslim, “Ketika kaum muslimin berada dalam solat subuh, di hari Isnin, sedangkan Abu Bakar menjadi imam mereka, ketika itu mereka dikejutkan oleh Muhammad saw. yang membuka hijab bilik Aisyah. Beliau melihat kaum muslimin sedang dalam shaf shalat, kemudian beliau tersenyum kepada mereka!”
 
Sehingga tidak menghairankan beliau mampu meluluhkan kalbu sahabat-sahabatnya, isteri-isterinya dan setiap orang yang berjumpa dengannya!
 
Menyentuh Hati
 
Muhammad saw. telah meluluhkan hati siapa saja dengan senyuman. Beliau mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Beliau menumbuhkan harapan dengan senyuman.
 
Beliau mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan beliau saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.
 
Bahkan beliau menjadikan senyuman sebagai tempat berlumba dalam kebaikan. Rasulullah saw. bersabda,
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
 
Meskipun sudah sangat jelas dan terang petunjuk Nabi dan praktik beliau secara terus ini, namun anda masih banyak melihat sebahagian manusia masih berlaku keras terhadap anggota keluarganya, tehadap rumah tangganya dengan tidak melebarkan senyuman dari bibirnya dan dari ketulusan hatinya.
 
Anda merasakan bahawa sebahagian manusia -kerana bersikap marah dan muka masam- mengira bahawa giginya bahagian dari aurat yang harus ditutupi! Di mana mereka di depan petunjuk Nabi yang agung ini! Sungguh jauh mereka dari contoh Nabi muhammad saw.!
 
Ya, kadang anda melepasi jam-jam anda dengan dirundung duka, atau disibukkan beragam pekerjaan, akan tetapi anda selalu bermuka masam, marah dan menahan senyuman yang merupakan sedekah, maka demi Allah, ini adalah perilaku keras hati, yang semestinya tidak terjadi. Wal iyadzubillah.
 
Pengaruh Senyum
 
Sebahagian manusia ketika berbicara tentang senyuman, mengaitkan dengan pengaruh psikologi terhadap orang yang tersenyum. Namun, seorang muslim memandang hal ini dengan kaca mata lain, iaitu kaca mata ibadah, bahawa tersenyum adalah bahagian dari mencontohi Nabi saw. yang disunnahkan dan bernilai ibadah.
 
Para pakar dari kalangan muslim mahup un non muslim melihat seuntai senyuman sangat besar pengaruhnya.
 
Dale Carnegie dalam bukunya yang terkenal, “Bagaimana Anda Mendapatkan Teman dan Mempengaruhi Manusia” menceritakan:
 
“Wajah merupakan cermin yang tepat bagi perasaan hati seseorang. Wajah yang ceria, penuh senyuman semulajadi, senyum tulus adalah sebaik-baik media memperolehi teman dan kerja sama dengan pihak lain. Senyum lebih berharga dibanding sebuah pemberian yang dihadiahkan seorang lelaki. Dan lebih menarik dari lipstik dan bedak yang melekat di wajah seorang wanita. Senyum bukti cinta tulus dan persahabatan yang murni.”
 
Ia meneruskan, “Saya minta setiap mahasiswa saya untuk tersenyum kepada orang tertentu sekali setiap bandarnya. Salah seorang mahasiswa datang bertemu dengan peniaga, ia berkata kepadanya, “Saya pilih tersenyum kepada isteriku, ia tidak tahu sama sekali perihal ini.
 
Hasilnya adalah saya menemui kebahagiaan baru yang sebelumnya tidak saya rasakan sepanjang akhir tahun-tahun ini. Yang demikian menjadikan saya senang tersenyum setiap kali bertemu dengan orang.
 
Setiap orang membalas penghormatan kepada saya dan bersegera melaksanakan khidmat -pelayanan- kepada saya. Kerana itu saya merasakan hidup lebih ceria dan lebih mudah.”
 
Kegembiraan meluap ketika Carnegie menambahkan, “Ingatlah, bahawa senyum tidak memerlukan kos sedikitpun, malah membawa kesan yang luar biasa. Tidak akan menjadi miskin orang yang memberinya, justeru akan menambah kaya bagi orang yang mendapatkannya. Senyum juga tidak memerlukan waktu yang berlarutan, namun membekas kekal dalam ingatan sampai akhir hayat. Tidak ada seorang fakir yang tidak memilikinya, dan tidak ada seorang kaya pun yang tidak memerlukannya.”
 
Betapa kita sangat memerlukan sosialisasi dan penyedaran petunjuk Nabi yang mulia ini kepada umat. Dengan niat taqarrub ilallah -pendekatan diri kepada Allah swt.- lewat senyuman, dimulai dari diri kita, rumah kita, bersama isteri-isteri kita, anak-anak kita, teman sepejabat kita. Dan kita tidak pernah merasa rugi sedikit pun! Bahkan kita akan rugi, rugi dunia dan agama, ketika kita menahan senyuman, menahan sedekah ini, dengan selalu bermuka masam dan marah dalam kehidupan.
 
Pengalaman membuktikan bahawa kesan positif dan efektif dari senyuman, iaitu senyuman menjadi pendahuluan ketika hendak meluruskan orang yang keliru, dan menjadi muqaddimah ketika mengingkari yang munkar.
 
Orang yang selalu masam tidak mensengsarakan kecuali dirinya sendiri. Bermuka masam bererti mengharamkan menikmati dunia ini. Dan bagi siapa sahaja yang mahu menebar senyum, selamanya ia akan senang dan gembira. Allahu a’lam. Situslakalaka/tulahan
 
Posted by ahmadi

Tekanan emosi punca jerawat

 

Tekanan emosi punca jerawat

MUKA saya banyak ditumbuhi jerawat sejak akhir-akhir ini. Rakan saya memberitahu, ia berpunca daripada aturan tidur saya yang tidak menentu. Adakah perkara ini benar atau ia berpunca daripada makanan berminyak? Apakah yang perlu saya lakukan doktor.

Jerawat adalah masalah anak remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka, dada dan belakang. Punca jerawat boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor hormon adalah penyebab utama jerawat bagi wanita dalam lingkungan umur subur.

Majoritinya adalah dalam lingkungan belasan tahun dan awal 20-an. Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12, kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak menyebabkan masalah jerawat.

Sebahagian jerawat timbul dari ketegangan dan tekanan emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah dan terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat.

Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Jerawat juga disebabkan oleh masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan juga stres yang melampau. Untuk pengetahuan anda, banyak jenis makanan yang boleh memburukkan lagi keadaan kulit anda yang sedia bermasalah dan seterusnya menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Contohnya, jerawat akan tumbuh jika anda kekurangan tidur, menyedut udara yang tercemar dan juga menghadapi tekanan yang teruk akibat kerja dan hal peribadi. Jadi elok adik dapatkan rehat yang secukupnya kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan dan bermasalah yang juga secara tak langsung boleh menganggu aturan tidur seseorang.


7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih

 

Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu.

Sebab 1: Kekurangan darah

Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

Sebab ke 4: Terlebih caffeine

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

Sebab ke 5: Alahan makanan.

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.

Sebab ke 6: Sleep Apnea

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

Sebab No 7: Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
 

Fakta Ukuran Kelamin Lelaki & Wanita

 

Fakta Ukuran Kelamin Lelaki & Wanita


Laman web porno di internet selalu menyebabkan punca info yang salah kepada orang ramai tentang ukuran kelamin atau organ seks yang sebenarnya. Berikut adalah fakta-fakta tentang ukuran kelamin lelaki dan wanita.

Beberapa angka  menarik tentang ukuran organ seks manusia baik wanita mahupun lelaki seperti dilaporkan Medindia dan Womenhealth pada Selasa (8/3/2011), adalah:

Organ kelamin lelaki

1. Zakar ketika ereksi
Ukuran purata zakar ketika ereksi adalah di antara 5 hingga 7 inci (12.7-17.8 cm) dengan sudut tegak 15 darjah secara horizontal menghadap ke atas.

2. Zakar ketika relaksi  atau rehat
Ukuran purata zakar ketika relaksi (tidak ereksi) adalah antara 3 hingga 5 inci (7.6-12.7 cm) mengarah ke bawah.

3. Ukuran testis
Ukuran purata testis (buah zakar) adalah 5 x 2 x 3 cm atau panjang 5 cm, lebar 2 cm dan diameter (tinggi) 3 cm. Biasanya testis kiri tergantung lebih rendah daripada testis kanan sehingga kelihatan lebih besar.

Organ kelamin wanita

1. Kedalaman vagina normal
Ketika tidak terangsang secara seksual,kebanyakan wanita memiliki vagina dengan kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) dengan diameter 0.8 inci (2 cm).

2. Kedalaman vagina ketika terangsang
Ketika mengalami rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan pangkal rahim (serviks) dan rahim naik, sehingga saluran vagina mengalami regangan dan kedalamannya menjadi sekitar 4-7 inci (10-17 cm) dengan diameter 2.5 inci (6.35 cm).

3. Sudut vagina
Letak sudut pada vagina ketika hubungan kelamin sepadan dengan sudut organ lelaki (zakar) dan terletak pada 45 darjah.

4. Selaput dara
Ukuran selaput dara sangat tipis, purata tebal selaput dara adalah 0.05-0.10 inci (0.127-0.25 cm).

5. pH vagina
pH vagina normal adalah antara 4 hingga 5, sedangkan pH bagi urine 5.5 hingga 6.5.

6. Klitoris
Panjang purata total klitoris adalah 1 inci (2.5 cm) dan bahagian yang menonjol keluar panjangnya 0.2 inci (0.5 cm). Hal ini sepadan dengan zakar yang penuh dengan saraf-saraf.

Ejakulasi dan orgasma
Panjang purata sperma adalah 4 mikron
Purata kepekatan sperma adalah 20 juta sperma per mililiter
Purata jumlah sperma per ejakulasi adalah 300-500 juta sperma
Seumur hidup seorang lelaki mempunyai purata jumlah sperma 1,2 triliun
Purata kelajuan ejakulasi ialah 28 mil per jam atau 45 km/jam
Purata isipadu ejakulasi ialah 4 ml atau hampir satu sudu teh
Setelah masuk ke dalam vagina, 4 mikron sperma hanya memerlukan 5 minit untuk menyeberangi 6 inci (15.2 cm) pangkal rahim.
Masa purata orgasma bagi lelaki ialah 3-5 saat sedangkan bagi wanita lebih lama sedikit iaitu 5 hingga 8 saat.
__._,_.___

Monday, September 5, 2011

Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan

Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan

by Mohamed Hadi Al-Majwi on Friday, September 2, 2011 at 8:53pm
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!

Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
 Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Siapa Mat Indera
 Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.
 Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah.

Mat Indera dan Bukit Kepong
 Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasong Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.
 Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953.


Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan
 Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961.

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'".
 Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi.

Rasional bukan emosi
 Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Sumber yang saya utarakan ini pun bukannya daripada Wikileaks atau maklumat daripada kerajaan British, tapi berdasarkan buku terbitan Yayasan Warisan Johor. Johor tau, Johor, tempat Umno beranak, negeri Umno terkuat di dunia. Sumber satu hala ini pun boleh meraikan perbezaan, kenapa kita masih tak mahu mengerti?
 Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat?



--