Islamic Clock
Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)
Ustaz Dato' Badlishah
Ustaz Auni Mohamad
Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman
Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012
Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle
Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)
SAJAK ADI PUTRA
Currency Conversion
!-end>!-currency>
Sunday, November 17, 2024
汉奸Hànjiān Pengkhianat C1na?Cina bukan Muslim seperti mendiang Tan Sri. Prof. Dr. Khoo Kay Kim & Prof Dato Dr. Teo Kok Seong yang patriotik pun dilabel sebagai 汉奸Hànjiān (pengkhianat C1na) hanya kerana mereka mengungkapkan fakta yang tidak disukai mereka.Saya juga difahamkan, sahabat saya yang belum Muslim, Ulasan Apek Cina juga diserang dari semua penjuru kerana berkongsikan fakta tentang kaum Cina.Maka saya juga berbangga dilabel pengkhianat Cina seperti mereka bertiga seandainya pengkhianat Cina itu bermaksud Cina yang patriotik, bercakap benar dan menyampaikan fakta yang tidak mereka sukai. Ramai Cina belum Muslim yang saya temui juga bersetuju dengan fakta-fakta yang saya sampaikan tetapi sayangnya, sikap 贪生怕死Tan Sheng Pa Si (Tamak hidup takut mati) menghalang ramai mereka bersuara kerana mereka juga risau dilabel sebagai pengkhianat bangsa!Kenapa ada segelintir masyarakat Cina berfikiran begitu dan sanggup melabel sejarawan dan kaum Cina sendiri yang patriotik?Saya ada kupas tentang cara fikir Cina dan banyak lagi di dalam buku terbaru saya yang telah dibuka untuk Pre-Order di sini > https://tinyurl.com/BukuCina
"Sesiapa sahaja yang tidak mengikut ‘cara hidup Cina’ dianggap sebagai orang gasar iaitu orang yang tidak bertamadun. Dalam dialek Hokkien, mereka menggelarkan orang asing sebagai 番 (huan), iaitu orang yang tidak bertamadun."(林宝卿. (2007). 普通话闽南方言常用词典. Xiamen University Press, hlm 137.)Di dalam dialek Hokkien juga mereka memanggil orang Melayu sebagai Huan Na manakala mereka yang memeluk agama Islam dipanggil sebagai Jip Huan.Apakah asal usul perkataan 番 (huan) ini dan bagaimanakah penggunaannya di China, Taiwan, Singapura, Filipina hatta di Malaysia?Ulasan pada sejarawan Cina dan pakar sinologi akan dikupas di dalam buku "Cina 'Kiasu' Atau Kiasi'? : Tamak Hidup Takut Mati?" secara tuntas di dalam Bab 11 - PANDANGAN ORANG CINA TERHADAP IDENTITI CINA.
Susah payah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam berdakwah bagi membezakan tauhid & syirik dan Allah turunkan Surah Al-Kafirun bagi membezakan prinsip serta cara beragama antara Muslim & kafir, ada yang dengan mudahnya menjawab;"Ala, kami sambut Hallowen, Krismas, Bon Odori, pakai topi Santa Claus, pasang Dreamcatcher dalam kereta bukannya percaya pun. Saja. Suka-suka."Persoalan pertama yang perlu kita jawab dengan ketaqwaan, adakah itu cari Nabi dan sahabat?Persoalan kedua, apa beza jawapan di atas dengan alasan yang diberikan musyrikin yang menyembah berhala tetapi tidak percaya berhala itu adalah Tuhan tetapi hanya kaedah mendekati/mendampingi Allah?Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya"(Az-Zumar 39:3) Persoalan ketiga, adakah itu cara yang diajarkan dan ditunjukkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam serta para sahabat Radiyallahuanhum dalam mendekati/mendampingi Allah?Agama bukannya sekadar ikut-ikutan apatahlagi mengikut hawa nafsu semata-mata. Agama Islam juga logikal dan praktikal. Agama Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Agama islam itu mudah bukannya diambil mudah sesuka hati nafsu kita. "...bagaimana fikiranmu terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya"(Al-Jaathiyah 45:23)Jangan sampai satu masa akan ada pula ikut trend memakai tangkal & meminta pada pokok kemudian memberikan alasan, ikut-ikut suka suka je. Tak percayapun tangkal dan pokok boleh bantu. Allahu Musta'an
“Agama bukannya pendidikan. Asas pendidikan adalah bukti, logik & penaakulan yang memerlukan seseorang bertanya & berfikir” Saya tertarik dengan satu komen ini yang memberikan isyarat bahawa agama tidak memerlukan bukti, logik & penaakulan yang tidak memerlukan penganut agama bertanya & berfikir. Saya tidak mahu mengkritik komen itu tetapi saya ingin bersetuju dengan komen itu. Kenapa? Kerana menurut Islam terdapat dua jenis ‘Deen’ (agama) iaitu Deen yang benar (3:19) & Deen yang palsu (3:83/85). Deen yang benar memerlukan bukti, logik, penaakulan yang memerlukan penganutnya bertanya & berfikir. Perkataan berkaitan bertanya disebut lebih dari 20 kali manakala perkataan berkaitan berfikir & merenung disebut lebih dari 30 kali di dalam Quran. Saya setuju dengan komen di atas kerana komen di atas merujuk kepada Deen yang palsu bukannya Deen yang benar. Tidak dilupa kerapkali cara manusia berfikir juga berdasarkan ‘pre conceived notion) & pengalaman yang pernah mereka lalui. Jikalau mereka pernah berhadapan atau mengalami suatu pengalaman tidak dibenarkan bertanya & berfikir dalam didikan agama mereka, maka kebiasaannya mereka akan membuat ‘assumption’ bahawa agama lain juga begitu walaupun mereka tidak pernah mengkaji tentang kepercayaan lain. Maka komen di atas hanya menyingkirkan Deen palsu bukannya Deen sebenar. 😉
Subscribe to:
Posts (Atom)