Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Monday, October 24, 2011

Kualiti iman perlu sentiasa diperkukuh



Kualiti iman perlu sentiasa diperkukuh
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
 
ISLAM adalah agama yang serba lengkap pakejnya untuk manusia menjalani jalur kehidupan di dunia yang fana ini. Dua inti teras yang tergarap dalam falsafah kehidupan beragama dituntut Islam merangkumi bentuk ‘habblumminallah dan habblumminannas’ iaitu hubungan dengan Allah dan budaya hidup. Inilah wadah murni yang dibawa untuk manusia sebagaimana dipamerkan Rasulullah.
Allah sendiri menobatkan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Namun, imej prestasi dan reputasi umat terbaik itu akan hanya terjelma dan tercerna seandainya seseorang Islam itu menyusuri kehidupan atas landasan benar dan tepat mengikut piawai dikehendaki Allah. Ada yang beranggapan Muslim yang hebat itu ialah yang kehidupan dipenuhi ketaatan dan kepatuhan terhadap segala perintah Allah. Hidup yang penuh dengan amalan ibadah spiritual yang total. Memanglah kita disuruh bertakwa yang bermaksud mematuhi dan mengerjakan semua diperintahkan Allah serta meninggalkan yang dilarang. Muslim yang bertakwa adalah lambang keutuhan iman yang padu. Pun demikian, dalam melonjakkan nilai iman, seseorang Muslim itu tidak hanya cukup sekadar patuh mengerjakan ibadah fardu ain dan fardu kifayah saja.

Ini kerana mutu iman juga diukur dengan satu standard lain yang akan menentukan apakah seseorang Muslim itu benar-benar memahami kehidupan beragama yang benar dan mampat imannya. Imam Bukhari pernah mengatakan: ‘Iman adalah cahaya yang menerangi langit dan bumi, memancar di hati Mukmin. Ia akan menjadi kekuatan yang akan menghalang kemaraan api neraka.’ Demikian penting iman kepada seseorang Muslim dan kita mesti bertindak wajar untuk memperkukuh kualiti iman itu. Seterusnya Imam Bukhari melanjutkan pesanannya: ‘Iman itu mempunyai perhiasan. Hiasannya berupa amal ibadah dan khusyuknya hati kepada yang diibadahnya, iaitu Allah. Oleh itu, jangan kotori iman dengan maksiat dan kederhakaan.’ Ini dua peringatan terbaik buat kita semua agar tidak lalai dalam menggayakan corak kehidupan di dunia ini.
Banyak kriteria yang seharusnya dimiliki untuk melonjakkan mutu iman. Antaranya ialah sikap sabar dalam kehidupan. Orang yang rajin beribadah seperti solat, tetapi tidak boleh bersabar adalah orang yang rugi. Rugi kerana jiwanya kering dengan siraman iman yang kukuh. Ingatlah saudaraku sekalian akan peringatan Allah ini: ‘Dan berapa ramainya nabi yang berperang bersama-sama mereka serta sejumlah besar daripada pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang yang sabar.’ (Maksud Surah Ali Imran ayat 146 ) Justeru, di sini menunjukkan sikap sabar mempunyai tahap yang tinggi dalam pembinaan peribadi Muslim dan sewajarnya kita sentiasa perkasakan dengan sepadu yang boleh. Selain bersikap sabar, ukuran ketinggian iman seseorang Muslim itu dilihat daripada aspek akhlaknya. Tanpa adanya akhlak murni, iman akan mudah dikoyakrobekkan nafsu dan syaitan. Akhlak yang mulia ibarat emas di hati orang beriman dan menjadi penyeri kehidupan. Kita sepatutnya memelihara akhlak yang baik sebagai bekalan menghadap Allah kelak.

Ingatlah wasiat Rasulullah: ‘Sesungguhnya yang paling aku cintai dan paling dekat tempatnya kepadaku pada hari kiamat kelak ialah yang terbaik akhlaknya di antara kamu, yang rendah hati dan mudah mengenal dan dikenal. Sedang yang paling ku benci dan terjauh tempatnya daripadaku di antara kamu pada hari kiamat ialah mereka yang sombong dan banyak bicara.’ ( Hadis riwayat at-Tirmidzi ).

Inilah panduan untuk kita dan marilah kita muhasabah diri kita sendiri kemudian tinjau-tinjau akan sahsiah isteri dan anak kita, adakah akhlak peribadi menepati sebagaimana dipertuturkan Rasulullah itu? Jika kita sudah jauh terpelanting daripada landasan akhlak mulia yang dituntut agama, masih ada waktu untuk mengubah diri serta hati ke arah diajar Rasulullah.

Prasyaratnya kita mesti jujur dan bersedia dengan hati yang bulat untuk laku ‘post mortem’ terhadap peribadi kita, lantas menampalkan semula ‘pembedahan ‘ ke atas akhlak itu dengan tampalan unsur akhlak murni. Selain itu, amalan memperkasakan kualiti iman ialah melalui pendekatan menyenangkan orang lain. Ini berdasarkan kepada apa yang pernah disuarakan Rasulullah sendiri.

Kata baginda: ‘Amal yang paling disukai Allah selepas menunaikan kewajipan fardu ain ialah memberikan rasa gembira sesama Muslim.’ (Hadis riwayat Ahmad). Dengan mempamerkan raut wajah yang berseri-seri dan tersenyum manis kepada kawan kita sebenarnya satu amalan mulia dan keadaan seperti itu pastinya menggembirakan orang lain.

Senyuman sebagai sedekah kerana ia menyenangkan hati orang lain. Ini yang dinamakan sebagai ‘sedekah tanpa wang’ selaras dengan diingatkan Rasulullah iaitu ‘Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudara juga sedekah dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.’ (Hadis riwayat at-Tirmidzi dari Abu Dzar) Malah, Jarir bin Abdullah juga ada membuat testimoni akhlak Rasulullah dalam aspek senyum ini.

Katanya: ‘Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah tidak pernah datang kepadaku kecuali dengan senyuman.’ Begitu luas ruang lingkup definisi sedekah dalam Islam. Ini bermakna setiap Muslim berupaya membuat amalan bersedekah, hatta jika tidak mempunyai sebarang harta pun. Hebatnya nilai hidup dalam Islam, bersyukurlah! Penulis seorang guru
__._,_.___

No comments:

Post a Comment