Subhaanallah, suara Semut sudah dijelaskan dalam Al Quran
Para penyelidik yang telah
menghabiskan masa bertahun-tahun menyelidik serangga dan memantau
frekuensi suara yang dihasilkan oleh serangga. Namun mereka tidak mampu
untuk mengesahkan perkara tesebut kecuali hanya mampu merakam suara yang
dihasilkan oleh semut!
Tujuannya adalah untuk
mengesan kewujudan semut yang berada pada tanaman pertanian namun mereka
tidak mencari cara yang lebih berkesan untuk mengesan suara semut!
Namun yang mengejutkan para
saintis adalah bahawa frekuensi suara yang dihasilkan oleh semut
berbeza dari seekor semut ke semut yang lain, dan dari satu jenis semut
dengan jenis semut yang lain serta dari satu kedudukan ke kedudukan
lain!
Dianggarkan 12 ribu spesis
semut di dunia ini dan jumlah semut di bawah tanah lebih banyak berkali
ganda dari jumlah manusia. Oleh kerana jumlah yang begitu besar itulah
menyebabkan para penyelidik bingung bagaimana kah cara untuk
berinteraksi dengan suara-suara tersebut.
Mereka cuma mampu merakam
suara yang berbeza terhadap semut dan penyelidikan ini telah diterbitkan
pada majalah Journal of sound and vibration (jurnal tentang suara dan
getaran) pada tahun 2006. Suara yang pertama kali didengar manusia di
dalamnya adalah suara semut!
Hasil penelitian ini telah
menunjukkan bahawa semut mengalahkan manusia dalam kemampuan indera
pendengaran dan saintis menjangkaka semut menggunakan antenna untuk
penghantaran dan menerima frekuensi suara.
Semut menggunakan isyarat
suara yang besar seperti peranti penerima suara moden ketika ini, namun
berubah selepas kesan dalam proses penapisan atau pemurnian suara, untuk
membezakan antara semut dengan yang lainnya! Ini adalah sistem yang
sangat canggih dalam berkomunikasi yang tidak diketahui oleh para
saintis dan tidak mampu dijelaskan kecuali pada masa sekarang ini. Namun
Al-Qur'an telah membicarakan hal ini dan memberitahu kita bahawa semut
boleh bercakap:
حَتَّى
إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا
النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ
وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
"Hingga apabila mereka
sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut,
masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman
dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari";
Seorang mukmin tidak mempunyai pengetahuan ini kecuali akan berkata: Subhanallah!
Diterjemahkan dari sumber islampos.com oleh Detik Islam
Diterjemahkan dari sumber islampos.com oleh Detik Islam
No comments:
Post a Comment