Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Friday, September 9, 2011

“KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT) DI NORWAY KUTUB UTARA



(Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa terjadinya. Sesungguhnya hanya kepada Allah kita serahkan semua urusanNya)


Masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.

Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.
Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.

Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.


Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.

Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.


Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.

Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.

Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.

 Dan telah diadakan Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean, Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).
Anda bolehlah melihatnya menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E. Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam “KUBAH KIAMAT” (DOOMSDAY VAULT):

No comments:

Post a Comment