Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, May 27, 2010

Kedalaman Lautan Bumi

 

Kedalaman Lautan Bumi - Satu Ilustrasi

Adakah anda tahu berapa dalamkah lautan bumi kita ini. Adakah lautan kita dapat menenggelamkan gunung Everest. Atau dapatkah ia menenggelamkan bangunan yang tertinggi di dunia? Rajah di bawah dapat memberikan anda gambaran betapa dalamnya lautan kita.

Jurang Mariana – Berapa dalam Lautan Kita?  0 kaki: Titik hitam di
 sebelah adalah skala mewakili seorang manusia bertinggian 6 kaki lebih.
  350 kaki: Kedalaman maksimum selaman seekor paus biru, haiwan terbesar
 di dunia. Seekor paus biru bersaiz besar dan dewasa diwakilkan secara 
berskala seperti di sebelah.  1381 kaki: Ketinggian menara berkembar 
KLCC. Sekiranya anda memasukkan menara ini ke dalam jurang Mariana, ia 
akan tenggelam pada tahap ini.  3280 kaki: Pada aras ini, cahaya sudah 
tidak dapat lagi menembusi ke dalam air.  5280 kaki: Satu batu di bawah 
paras laut.  13 120 kaki: Permulaan Zon Abis. Tekanan air pada aras ini 
adalah lebih kurang 11 000 paun per inci persegi. Makhluk-makhluk aneh, 
dengan rupa yang menakutkan tinggal di kedalaman ini, seperti ikan 
Fangtooth, ikan Lampu Suluh (flash light) dan ikan Angler.  20 000 kaki:
 Zon Hadal. Tekanan mencapai 16 000 paun per inci persegi, lebih dari 1 
100 kali ganda dari tekanan di permukaan bumi. Hidupan masih wujud pada 
aras ini walaupun jarang.  31 000 kaki: Ketinggian purata kapal terbang 
komersial terbang. Bagi mereka yang pernah melihat keluar melalui 
tingkap kapal terbang, jadikan ini satu skala rujukan.  36 000 kaki: 
Aras paling dalam yang diketahui manusia, yang pernah diterokai oleh 
kapal Challenger II, aras ini juga dikenali sebagai Kedalaman 
Challenger. Adalah dipercayai masih ada aras kedalaman yang lebih dalam,
 kerana hanya baru 10% sahaja dari lautan dipetakan.

No comments:

Post a Comment