Islamic Clock

Ustaz Muhammad Kazim Elias - Hidupnya Allah Dengan Ilmu (part 2)

Ustaz Dato' Badlishah

Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Shamsuri kisah akhir zaman

Ustaz Azhar Idrus - Soal Jawab Masjid Saidina Umar AlKhattab Cenderawasih Kuantan - 22 Mac 2012

Ustaz - Dr. Rozaimi Ramle

Ustaz Ahmad Rozaini . Ummat Nabi yang terbaik( 1-12)

SAJAK ADI PUTRA

Currency Conversion

Thursday, April 22, 2010

Istana Kornik, Poland simpan khazanah Islam

Istana Kornik, Poland simpan khazanah Islam

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Reka bentuk gerbang dan tiang yang mengambil motif Islam di zaman lampau.


Apabila menyebut tentang Poland, sebuah negara di Eropah Timur kita tentu masih ingat bagaimana satu ketika dahulu ia begitu kuat di bawah pengaruh komunis. Malah ia merupakan sebuah negara republik dengan Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi di sebalik pengaruh komunisme dan kristianisasi, terdapat tinggalan warisan Islam di negara itu terutama pada seni bina sebuah istana lama yang dikenali sebagai Istana Kornik (disebut Kurnik).
Istana ini mungkin tiada kaitannya sebagai salah sebuah institusi Islam yang lazimnya dibicarakan dalam ruangan ini.
Namun negara yang terletak di antara Jerman di barat, Republik Czech dan Slovakia di selatan, Ukraine dan Belarus di timur, dan Laut Baltik, Lithuania dan Rusia di utara, Poland sebenarnya menyimpan pelbagai kisah yang mempunyai hubung kait dengan agama itu.
Istana Kornik yang terletak di Poznan, bandar kelima terbesar Poland, misalnya menyingkap misteri tersendiri ekoran seni binanya sangat mirip dengan seni bina Islam.
Sebagai sebuah istana lama di Eropah, istana Kornik sangat terkenal kerana konsep binaannya menggabungkan tiga konsep seni bina Islam yang terkenal dunia. Gabungan itu ialah konsep Moorish Lions Court, Istana al-Hambra, Sepanyol untuk ruang depan istana, konsep Masjid Sultan Hassan di Kaherah Mesir untuk pintu gerbang laluan masuk ke dewan Istana dan konsep binaan Taj Mahal, Agra, India untuk ruang bahagian tembok dinding istana.
Istana yang kini merupakan sebuah muzium terkenal mempunyai kisah sejarah yang sangat panjang iaitu bermula sejaki tahun 1362.
Dikatakan nama istana ini berasal daripada perkataan 'Gorkow' atau 'Gorka' iaitu nama keluarga pemilik asal istana ini, Mikolai Gorka yang merupakan Canselor Dewan Rakyat Poznan.
Sehinggalah pada tahun 1592, istana itu berpindah milik kepada keluarga Count Titus Dzialynski yang dibina semula pada tahun 1840 dengan mengambil sentuhan binaan yang bercirikan Islam.
Count Titus menjadi tokoh yang berperanan menjadikan istana itu mirip seni bina Islam dalam usaha untuk memelihara dan mengekalkannya sebagai sebuah muzium.
Seperti yang ditulis oleh seorang wartawan yang juga jurugambar profesional, Malgorzata de Latour Abdalla dalam rencananya yang disiarkan di akhbar Gulf Today, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Count Titus adalah antara masyarakat Eropah yang dapat menerima pengaruh-pengaruh Timur atau Islam.
Mereka amat terkesan dan kagum dengan era kegemilangan Islam terutama ketika Islam di Sepanyol dan India.
Walaupun kedudukan Poland itu sendiri beribu-ribu kilometer jauhnya dari timur empayar Islam di Sepanyol namun ia tidak menghalang pengaruh seni bina Islam untuk sampai ke negara itu.
Kata Malgorzata, minat yang sungguh mendalam dalam pengajian orientalisme di kebanyakan negara-negara Eropah telah menyebabkan mereka semakin terbuka dalam soal budaya.
Menurutnya, keadaan itu tidak menghairankan kerana hubungan antara Eropah Tengah dan kerajaan Islam Uthmaniah pada akhir abad ke-17 telah menyebabkan pengaruh Turki tersebar luas di Poland.
"Ini termasuklah pakaian yang dipakai oleh golongan aristokrat atau bangsawan Eropah iaitu jubah dan kot, selendang sehinggalah baju besi untuk pahlawan sebenarnya berasal dari Turki.
"Seperti yang kerap tertulis di mana-mana, tanpa Islam, Eropah tidak akan wujud," jelasnya.
Selain seni bina yang indah dan unik bercirikan Islam, seperkara yang mesti diketahui mengenai Istana Kornik ini ialah di situ juga tersimpannya beberapa khazanah silam Islam yang unggul dan suci.
Khazanah itu adalah dua naskhah kitab al-Quran lama yang begitu indah bagaikan permata yang usianya dari seawal abad ke -5 dan 17 namun tetap terpelihara.
Naskhah awal abad ke -5 itu adalah al-Quran yang dikenalpasti penemuannya pada tahun 1470 atau 1471 (bersamaan 874 H). Sebuah al-Quran yang sangat unik apabila kesemua 30 juzuk ayat-ayatnya dapat dimuatkan dalam naskhah yang hanya berukuran 12 kali 15 sentimeter.
Ayat-ayat al-Quran pada naskhah itu ditulis menggunakan dakwat hitam dengan khat berbentuk 'Nashi'. Namun ragam hiasan sekelilingnya adalah antara yang paling indah pernah ditemui berdasarkan usia naskhah yang muka depannya diperbuat daripada kulit.
Ragam hiasnya bermotifkan flora dan fauna serta keunikan geometrik dengan bertemakan warna biru dan keemasan yang kekal indah menarik perhatian sehingga hari ini.
Ini menjadikan naskhah ini mempunyai mutu kerja seni yang sangat tinggi semata-mata bagi meninggikan martabat dan kehebatan kitab suci itu.
Sementara naskhah dari abad ke-17 pula, tidak kurang menarik perhatian apabila pada setiap lembaran ayat-ayat al-Quran itu dalam bingkai yang bergaris biru keemasan tanpa ragam hias yang sarat.
Namun setiap nama surah dituliskan dengan tinta emas dan ayat-ayat dalam dakwat hitam yang turut ditandai dengan harakat bacaan dan lain-lain panduan tajwid untuk membaca kitab itu.
Dua khazanah utama Islam itu merupakan antara hampir 320,000 judul yang terdapat di perpustakaan istana ini. Iaitu 14,000 daripadanya merupakan simpanan skrol dan manuskrip lama dan buku-bukunya pula ada yang berusia sehingga 150 hingga 200 tahun.
Selain itu, artifak bersejarah turut banyak tersimpan dalam ruang pameran di Istana ini. Pelbagai khazanah lama yang dipamerkan termasuk perabut-perabut antik, lukisan, peralatan perang, dewangga-dewangga indah, skrol, pinggan mangkuk tembikar Cina dari Dinasti Ming dan sebagainya.
Kebanyakan koleksi di istana ini termasuk milik Islam jarang kedapatan di tempat lain. Ini menjadikan istana ini begitu eksklusif kepada para pengunjung.
Namun istana ini benar-benar menyingkapkan banyak pengajaran apabila kehebatan Islam dalam memerintah Eropah selama 800 tahun iaitu era kegemilangannya di Granada, Sepanyol menjadi inspirasi kepada warga Barat bagi membina identiti dan budaya mereka sendiri.
Hasilnya istana ini menjadi nostalgia kepada kegemilangan Islam apabila segala-galanya begitu mengembalikan ingatan kita kepada era itu.
Dari reka corak lantainya, corak siling dan reka bentuk tiang yang dipenuhi dengan corak-corak Arabesque kesemua itu pada asalnya adalah milik Islam.

No comments:

Post a Comment